in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Tuesday, December 29, 2009

Pariaman ~ Dumai ~ Port Klang

Alhamdulliah aku selamat sampai ke Malaysia tanggal 27 December jam 8 malam di Port Klang. 3 hari di Padang, satu perjalanan yang tidak dirancang sebenarnya. Pada hari khamis 24 December, aku bertanya khabar sahabat lama aku Sheikh Siraj, aduh tiba tiba dia kata akan ke Padang untuk memantau program NGO yang diwakilinya, Malaysia Relief Agency (MRA). Wah, aku tanpa banyak dan membuang masa memikirkannya terus meminta dia untuk membooking tiket untuk turut sama, tak mengapa, aku akan menggunakan biaya aku sendiri insyaALLAH ada rezeki ALLAH akan memudahkan. Lagipun aku ingin melihat perkembangan di Padang setelah 3 bulan kejadian gempa, setelah aku ber”mission” yang lepas bersama Islamic Relief Malaysia. Sms aku terima dari Sheikh Siraj “ Sheikh tiket anta ana dah booking, ana akan emailkan, alhamdullilah dapat RM206.00, kita balik naik ferri Sheikh dari Dumai”. Wah takpernah naik ferri ni. Pagi 10.45nya berita dari M-Star Online. Alamak eh, Padang digegar dengan kekuatan 6.5 skala richter. Hemm ...

Aku touchdown di Bandara Padang Airport 07.45pagi 25 December (Jumaat) 2009. Dijemput oleh Pak Yus dari Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII) Cabang Pariaman dan Pak Irfan dari DDII Cabang Malinjau Pak Hamka. Kami ke Padang sebentar dan terus ke penginapan di Pariaman. Aku menumpang di Rumah Pejabat Operasi/POSKO MRA. Strategik sungguh kedudukan pejabat itu. Aku berehat sekitar 30minit dan mula bergerak untuk melihat projek mereka. Antara projek MRA-DDII adalah membantu membina rumah semula, membekalkan mesin jahit dan pasentren tahfiz (untuk anak anak yatim dan miskin mangsa gempa bumi).

Menariknya bantuan rumah ini kosnya tidaklah tinggi, kurang dari 4ribu sahaja (kalau tak silap aku). Rumah akan didirikan di atas tapak asal, maka mereka akan menggunakan bahan yang sedia ada, dari wang bantuan itu, mereka akan membeli simen dan atap zing, yang paling menarik adalah dinding yang dibuat dari buluh yang dijangka hayat sekurang kurangnya 10 tahun, selagi tidak terbakarlah. Buluh ini walaupun cuaca panas ia tetap akan merasa dingin. Tapi aku rasa kalau kat Malaysia tak sesuai kot, sebabnya kat Malaysia ni ramai kaki skodeng berbanding di Pariaman. Pihak MRA menyalurkan bantuan kewangan manakala DDII dan sebuah lagi badan NGO Indon MMB akan memantau perkembangan projek. Manakala penduduk kampung akan membina rumah rumah tersebut secara gotong royong, maka itu rumah rumah ini dikenali sebagai Rumah Bangkik Basamo dan Rumah Syukur. Setakat ini sudah 24 buah rumah terbina dan sebanyak 28 buah rumah lagi seterusnya.

Projek bantuan mesin jahit. Di Pariaman antara penjanaan ekonomi penduduk disini adalah menjahit tudung dan telekung solat untuk muslimah. Kreatifiti dan keindahan jahitan sulaman mereka begitu cantik sekali. Dalam kejadian gempa, ramainya ibu ibu yang kehilangan mata pencarian kerana mesin mereka rosak dihempap runtuhan rumah. Oleh itu pihak MRA telah membelikan mereka mesin jahit dan mereka harus membayar balik secara ansuran untuk tempoh 1-2 tahun dengan bayaran yang paling rendah dan termampu oleh mereka. Yang pastinya mereka tetap mendapat kembali mata pencarian yang telah hilang itu.

Dan projek seterusnya adalah membina dan membaik pulih sebuah pesantren bagi membantu anak anak yatim dan miskin mangsa gempa. Kedudukan pasentren ini amat istimewa sekali, ia berada di dalam perkampungan yang jauh dari bingitan kenderaan dan yang paling bestnya berada beberapa meter sahaja dari pantai. Peh memang best. Ruang makan berhadapan dengan pantai dan padang permainnya sudah pasti di tepi pantai.

26 December (Sabtu) petang aku bertolak ke Dumai. Wah ini nak citer ni, journey yang paling tak boleh nak lupakan. Dari Pariaman kami bertolak ke Dumai dengan menaiki sebuah van. Di dalam van ada 8 orang termasuk pemandu van. Aku duduk dibelakang sekali manakala Sheikh Siraj aku suruh duduk disebelah driver, sebab dia besar. Bersama aku sepasang pengantin muda yang baru sahaja bernikah, 2 orang makcik dan seorang cewek gitu. Perjalanan kami bermula jam 6 petang dan difahamkan akan sampai ke Dumai jam 6-7pagi kesokan harinya (12jam). Hemm sepanjang perjalanan itu aku kira seperti macam minta nyawa, sepanjang perjalanan hujan, kejap lebat kejap gerimis, jalan rayanya pula, adoyai dah rasa macam naik 4x4jer rasanya. Pak Supirnya pula tekan minyak macam takder padlejer dia buat, jalan lurus ke, jalan lap ke, jalan berlobang ke, naik bukit ke, turun bukit ke, kat depan ada lori ke, dia nak potong queue dia punya suka, meter kelajuan dia samajer, berhenti pun 2 pit stop, itupun tak sampai setengah jam. Punggung aku dah rasa kematu, dahtu pulak aku rasa bukan duduk kat atas kusyen sit kete, tapi dah rasa macam duk kat atas besi sebabnya sit dibelakang itu hanyalah sit tambah buat sendiri bukan sit original, makna kata aku duduk atas besijer, adoyai sengal beb. Dan paling aku tension, couple yang sebelah aku ni asyik bermanja manjaan, aku tengokpun dan nak pecah kepala, beb langsung tak respect kat gue beb, agak agaklah, apa apa hal tunggulah bila dah sampai rumah, hampeh. Dan sepanjang perjalanan itu, Pak Supir langsung tak on aircond dan buka pula lagu dangdut sekuat yang boleh, tapi sound system memang power, berdangdut aku sepanjang journey tu, nak pecah anak telinga aku.

Aku sampai ke Dumai jam 7pagi. Alhamdullilah selamat dan paling aku tak percaya Pak Supir tu langsung tak rasa letih, dia selamba rockjer. Sampai sampai dia lepak dengan kekawan dia yang lain sambil layan Gudang Garamnya, gua respect lu Pak Supir (umurnya aku jangkakan sekitar 50an). Di Dumai terpaksa pula menunggu hingga jam 12tengahari untuk naik ferri. Aku dan Sheikh Siraj apalagi layan pusing kat area tu dengan beca. Kesian Pak Beca tu bila kena bawak 2 bebanan yang teramatlah beratnya. Jam 12 naik ferri pastu sangkut 2 jam pulak. Ferri overloaded, so terpaksa mencari penumpang yang masuk ke dalam secara haram. Di jeti Dumai mamat Imigresen Indon bengang dengan kami, dia nak pau tapi kami buat tak layan haa haa haa. Tepat jam 2.30ptg baru ferri bergerak dari Dumai dan aku tiba di Port Klang jam 6petang. Sampai di Port Klang kami tersekat pula kat Kastam Malaysia, sama gak nak pau kami, tapi tolonglah kami sudah bayar bak sini receipt Brother, orang lain boleh dengan kami boleh blah, banyak lu punya songeh, allo kami balik dari membantu orang tau bukannya pergi berhuha huha okay. Dari Port Klang kami ambik Komuter, tanya teksi gilo apo diaorang mintak 80-90 hinggit. Naik komuter save sikit. Walaupun macam naik ulat bulu. Slow and steady hua hua hua.

Akhirnya aku sampai rumah pukul 12 malam. Letih beb, letih perjalanan sebenarnya, yealah kalau kira kira Pariaman-Dumai 12jam. Dumai-Port Klang 4jam, Port Klang-KL Sentral 1jam, KL Sentral-Setiawangsa 30minit, Setiawangsa-Rumah Aku 15minit. Hemm kiralah sendiri. Esoknya aku MC. Sengal satu badan beb hu hu hu ..

Terima Kasih kepada Sheikh Siraj, Chief Field Officers Malaysia Relief Agency kerana menumpangkan dan belanja makan minum aku, Pak Yus dan Pak Irfan diatas ukhuwah yang hebat ini. Dan kepada kekawan yang layan citer neh dan ingin membantu seadanya, bolehlah layari web mereka di http://www.mra.com/

jL : Sudah lama tidak berusrah dan malam itu dapat berusrah dengan teman teman dari Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia Cabang Pariaman dan di isi dengan tazkirah oleh seorang Ustaz Muda. Alhamdullilah.

Monday, December 21, 2009

TSUNAMI

Gegar gempa pasak bumi
Gelodak pusar ombak
Punah, derita hidup pasrah
i
Anak disusuan, ribaan hanyut dibawa keras deras
Kemana ibu, dimana ayah, kakek, mbah hilang segala
Jerit pekik hening oleh deruan pusar air menyusur seperti ular mengganas
ii
Tolong…. Lolonglah, pekiklah sekuat hati mana
Tiada erti, semua nafsu nafsi
Umpama masuk kubur kambus sendiri
Tanpa mengetahui siapa gerangan yang akan menggali
Bergelimpangan tanpa nesan, tanpa tal’qin,
Tidak disirami, tiada bunga tiada yang menangisi
iii
Entah apa bala ini, mengapa bencana harus terjadi
Apakah dosa telah terlalu menimbung tinggi menggunung
Adakah tangan-tangan comot mencemar kotor
Kesucian Ilahi
Lantas ,
Lantas Tsunami
Datang mu tidak ketahui, menunjukkan diri
Mengejut kami, mengetok pintu hati, yang makin lupa ini
Pulanglah, ayuh pulanglah Tsunami
Pergilahmu kamu., tidak mahu kau kembali lagi
iv
Tinggalan panahanmu amat ngeri, getir, ngilu luka parah
Hingga kering air mata ini
Akal keramat jadi kesasar buntu
Panik, jiwa kekhayalan dalam kegalauan, goncang segala keimanan









Peringatan ALLAH yang semakin dilupakan

v
Mata melihat hati berbicara gelisah bergelora
Di sini ada mayat , tembok runtuh menunjuk arah
Di sini ada mayat, sekeping papan menutup tubuh
Di sini ada mayat, sehelai kain menjadi tanda
Di sini ada mayat, sekumpulan pemuda mencari korban
vi
Di situ ada mayat, tergelimpang menanti tuk disempurna
Di situ ada mayat, mereka sedang menggali lubang besar
Di situ ada mayat, seribu dua ribu entah beribu-ribu
Tanah dikambus menutup derita
Tanah dikambus menutup sengsara
Tanah dikambus menutup merana
Tanah dikambus menutup segala
vii
Dari utara negara, di seberang Aceh dan nun sejauh Sri Langka
Mereka menangis dan menangis
Mereka berduka dan terluka
Bangun ayuh bangunlah semula
Agar kembali ia seperti sediakala







Al-Fatihah









Tuesday, December 15, 2009

Persidangan YB-YB Review BINGKAS

Persidangan YB-YB BINGKAS telah diadakan pada 11-13 December di Lembah Azween Resort dan mengumpulkan sebilangan YB yang terlibat yang mewakili Kementerian masing-masing. Persidangan Review BINGKAS ini adalah untuk membuat post-mortem BINGKAS 2009, mengenalpasti kelemahan, kekurangan dan seterusnya membincang dan mengemaskini modul, method dan penambahbaikan gerak kerja untuk BINGKAS 2010. Di setiap kementerian diwajibkan untuk mengolah modul sokongan di samping pembaharuan modul yang sedia ada. 6 kementerian telah dipertanggungjawabkan :

1] Kementerian Asimilasi : YB Alisah, YB Lilik (Temerloh), YB Alma (Temerloh), YB Fendi (Hulu Langat) dan YB Naqib (Filipina)

2] Kementerian Sir Games : YB KakZ (Sarawak), YB Najwa, YB Pa’an, YB Shuai (Sri Kembangan)

3] Kementerian Kembara Si Celik/Info Hunt : YB Mas, YB Anizah (Ampang), YB Wahida (Temerloh), YB Hashimah

4] Kementerian X-Files/Rekflesi/Moral : YB Niezam (Gaza), YB Fait, YB Tuan Haji Hamzah (Sarawak), YB Sara, YB Yati

5] Kementerian Cergas Cerdas : YB Shahrul (KotaSeputih), YB Sue (ParitBuntar), YB Ina ( BatuCaves Korea), YB Yus

6] Kementerian Parenting : YB Nal, YB Abg Hamidon, YB KakJam

Persidangan ini telah diSpeakerkan oleh YDP Persidangan Dewan YB Zakiah Senin (Pahang) dengan jayanya begitu sekali berjayanya, betul berjaya, percayalah ..

Persidangan selama 3 hari ini telah berlangsung dalam suasana yang penuh “sungguh riang melihat mereka ceria”, gembira, gelak ketawa dan ditukar ganti dengan sedikit emosi sedih, serius, pecah kepala apabila sessi pecah kepala. Namun begitu ukhuwah yang terbina di antara YB YB yang hadir begitu mantop sekali, kerjasama yang begitu mantap dan dapat dilihat di setiap raut wajah dan perlakuan yang ditunjukkan oleh YB’s begitu teruja untuk melaksanakan BINGKAS 2010. Team Building yang begitu mencabar, memperlihatkan sekali lagi bagaimana setiap YB’s telah bersedia untuk menghadapi segala cabaran mendatang. Diharapkan perjalanan program BINGKAS 2010 nanti dapat dilaksanakan dengan penuh professional dan ikhlas dihati. insyaALLAH. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada Speaker YDP Dewan YB Zakiah dan Yayasan SALAM, dan cayalah tabik hormat (tepuk tepuk kanan, tepuk tepuk kiri, tepuk tepuk tengah haahaahaa) pada semua YB’s yang hadir, kita jumpa di BINGKAS 2010 nanti.

jL: YB itu adalah Yang Berperanan, Yang Berkhidmat tanpa inginkan imbuhan, Yang Berkorban wang, masa dan tenaga, Yang Bersedia membantu apabila diperlukan, Yang Bersukarela dengan ikhlas, Yang Bersemangat membantu anak bangsa, Yang Bersahabat dengan semua, Yang Bersusah dan senang bersama, Yang Berprofesional didalam kerjaya dan Yang Bersanding bila bila masa .. hee hee hee .. SELAMAT BERSUKARELA BEB …

- sudahlah yang berhormat, duduklah yang berhormat, tarik balik yang berhormat, saya tarik balik, hua hua hua .. beskan – YB YB bilik 11, segala perdebatan anggaplah satu kebaikan dan pembelajaran kita bersama yea .. Maaf Zahir Dan Batin : YB Niezam (Gaza)

Wednesday, December 9, 2009

alahai artis 1mesia ...

aku ada cerita lawak tapi tak tahulah lawak atau tidak, kalau bagi aku lawaklah tetapi kalau yang terkena tidaklah kot .. ini kisah beberapa hari lalu ..

alkisah .. toyyibbb .. alkisah di suatu hari bukan di padang pasir tetapi di area Bukit Bintang .. toyyibbb … huahuahua .. camnie ceriteranya, kawan aku, dia ni di kalangan kami lebih dikenali seorang Ustaz, Ustaz Has, memang rajin mencari duit, berbagai perniagaan yang dia buat, dari MLM hinggalah ke perniagaan berinternet, Ustaz suka menjual produk poduk kesihatan, lebih lebih lagi untuk kaum Adam hehehe .. nak jadi cerita, Ustaz dapat roger dari seorang pelakon lelaki, memang fofulor gila mamat nie, banyak berlakon drama dan filem, pengarah lagi ..

si mamat ni berminat dengan produk dalam internet dan ingin berjumpa dengan Ustaz, mana tahu jika ada peluang berkerjasama, Ustaz tidak tidak tahu yang orang dia hendak jumpa ini seorang artis, so apabila Ustaz tiba di tempat kejadian, Ustaz terperanjat Dinosaur, walaupun mamat ni memakai topi (nak cover dari peminatlah kununnya), tetapi lubang hidung ko tetap dikenali, Ustaz tanya dia ni artis lelaki yang top tu ke?, si mamat ni senyum “kenal juga saya yea”, Ustaz balas balik “yealah popular kan?”, so bermulalah perbincangan mereka, nak buat itulah nak buat inilah, pastu jual nama artis inilah artis itulah, nama artis pompuanlah, apa dia ingat Ustaz ni macam perangai dia kee suka main mainkan pompuan, sengal ..

tiba tiba dia minta hp Ustaz, katanya nak call seseorang, Ustaz terkejut lagi, kan ke dia ada hp, alasannya line takder, apo gilo ko kat area Bukit Bintang takder line, so tanpa bersangka buruk, Ustaz memberikan hpnya, mamat artis ni menekan nombor di papan kekunci hp, “hello” dia bangun dan mula beredar perlahan dengan perlahan dengan perlahan, semakin jauh dari Ustaz, Ustaz biarkan sahaja mungkin perkara penting mungkin hal peribadi, Ustaz terus menghirup air Nescafe kow, kerana terlalu lama menunggu, Ustaz toleh ke belakang, alamak ehh, Ustaz kena tipulah, mamat tu hilang dengan hp sekali, Ustaz tepuk dahi, “aku sudah kenalah”, Ustaz kena tipu hidup hidup, memang pelakon betul, Ustaz rasa dah macam kat dalam dramalak pulak, Ustaz balik, Ustaz garu kepala, tersengih pahit payau, habis semua contact business Ustaz hilang ..

malam Sabtu lepas (05.11.2009) aku nampak mamat ni di sebuah restoran makanan segera Ampang, aku call Ustaz, Ustaz datang nak tengok camner riak muka mamat sengal ni kalau nampak Ustaz, wey memang takder perasaan betul, dia nampak Ustaz tapi buat buat tak nampak pulak .. adoyai, yang pasti muka dia memang cuak, cepat cepat dia blah dari situ, aku rasa tak sempat sendawa pun, badigol betul, yang aku heran tu Ustaz masih boleh senyum dan bersabar lagi, tapi yealah kan, apa boleh buatpun, memangdah banyak cerita tentang si mamat ni, dia ni memang mental sikit, atau emangnya mental bangat gitu ..

so moral of the story, actor is actor ok .. diaorang akan berlakon sepanjang masa .. tapi yang aku paling heran sesangat, apakee sengkek sangat mamat ni sampaikan hp harga 2-3 ratus pun nak rembat .. bikin panas ini cerita kan kan kan ..

jL : pelakon ni semua orang kenallah, mamat ni bikin pilem boleh tahan kaya raya tapi nak beli hengpun herge 3-5 ratus pun tak mampu .. aparaaaa ..

Sunday, December 6, 2009

tangan tangan syaitan itu

Tangan tangan syaitan itu tidak akan pernah puas
Tangan tangan syaitan itu tidak akan duduk diam
Tangan tangan syaitan itu akan terus memendam .. (bunuh)
Tangan tangan syaitan itu akan terus berdendam .. (Islam)
Tangan tangan syaitan itu akan terus mengidam .. (darah Pejuang)
Tangan tangan syaitan itu akan terus menggila .. (menghancurkan Islam)
Tangan tangan syaitan itu akan terus bersikap kejam .. (menghapuskan Zuriat Pejuang)
Tangan tangan syaitan itu akan terus membabi buta .. (membuli Negara Islam)
Tangan tangan syaitan itu akan terus berdurjana .. (menghamba abdikan pemimpin gila kuasa)
Tangan tangan syaitan itu akan terus kotor dengan najis terhina .. (yang tidak boleh dicuci selama)

Tangan tangan syaitan itu akan terus menoda
Tangan tangan syaitan itu akan terus bercelaka
Tangan tangan syaitan itu akan terus membawa duka
Tangan tangan syaitan itu akan terus membuat bencana
Tangan tangan syaitan itu akan terus melakukan onar
Tangan tangan syaitan itu akan terus bersifat perangai kesyaitanannya
Tangan tangan syaitan itu Israel, US, Britain dan syaitan syaitan sekepala mereka
Adalah bangsa-bangsa yang laknat bangsat dan akal fikiran yang teramat sesat

Tuesday, December 1, 2009

soal hati : sakit hati sangat ni beb

Nihaa aku masih hendak menyentuh soal hati lagi, tetapi ni bukan soal hati cinta cintan gitu, tetapi soal sakit hati. Apa perasaan anda kalau di tahan Si Penguasa Uniform Biru di hadapan kereta anda, di dalam parking apartment anda yang hanya boleh masuk menggunakan access card, makna kata kalau tiada access card anda tidak boleh masuk ke dalam kawasan parking kereta apartment anda .. begini ceritanya :

Tanggal 29 November 2009, Masa 9.00 malam. Aku baru balik dari Bukit Beruntung program di sebuah Sekolah Tahfiz. Sekitar 8.30 malam aku “dinner” di Restoran Pak Lan. Aku perasan ada 4 orang Si Penguasa Uniform Biru (SPUB) sedang menikmati juadah makan malam, lantak diaorang lah hendak makan apapun. Seusai aku membayar, aku beredar dan pada masa yang sama semua SPUB itupun bergerak juga. 2 biji kereta Waja Putih, sebuah membelok ke kiri jalan dan sebuah lagi dibelakang aku, lantaklah diaorang hendak pergi mana, bukan masaalah aku.

Nak masuk parking, seperti biasa kena touch access card dahulu baru pintu gate terbuka (detail ni), aku letak kereta di tapak yang aku beli sebanyak RM9,000.00. Bukan murah ok. Seperti biasa selepas lock, aku akan check balik pintu kereta, kerana pintu kereta aku ada masaalah auto lock. Semasa aku check kedua kedua pintu itu, sebiji Waja Putih tiba tiba muncul betul betul dihadapan kereta aku. Si Driver telah merenung tajam pada aku dan pada masa yang sama aku tidak endahkan. Selepas aku puashati kereta aku terkunci, aku beredar kearah lif. Tiba tiba Waja Putih tersebut menghon aku dan Si Driver dengan wajah tidak puashati memanggil aku dari dalam kereta ….

Si Driver SPUB (Melayu) : minta IC (dari dalam kereta tidak keluar)

Aku : kenapa (menunjukkan riak tidak puasa hati)

Si Driver SPUB : saya kata minta IC (sedikit tinggi dan baru keluar dari kereta)

Aku : nah .. (menghulurkan IC ) .. lesen taknak sekali ? (muka aku dah merah)

Si Driver SPUB : abang duduk sini kee ? (sambil memandang aku atas bawah)

Aku : saya orang pertama yang duduk sini, beli dan rumah sendiri, itu kereta sendiri dan motor di belakang tupun sendiri punya (suara agak keras dan menggeletar kemarahan)

Si Driver SPUB : (tidak mengacuhkan apa yang aku cakap dan terus mencatit nama aku)

Rakan SPUB (India) : (keluar dari kereta menghulurkan tangan) .. wah lamanya abang duduk sini .. kami ronda ni bang (sambil tersenyum)

Aku : (menghulurkan tangan dan tersenyum) emm ya,

Rakan SPUB : kami selalu juga lihat budak budak di sini yang masuk ke kawasan apartment ni, selalunya kami halau mereka (aku tak tanyapun)

Aku : yea terima kasihlah

Si Driver SPUB : terima kasih (menghulurkan IC aku tanpa memandang)

Aku : (mengambil IC tanpa memandang dia juga)

yang aku bengang sangat, walaupun aku sudah bagi tahu mamat ini, aku duduk disini, kereta aku, motor aku tetapi dia masih hendakkan IC aku, apahal, lagipun kawasan parking ni bukan kawasan hitam, 24 hours security, dan paling aku hangin satu badan, kenapa hendak tunjuk kan sangat yang anda tu berkuasa dengan sikap angkuh dan sombong, aku faham tu tugas, tapi janganlah berlagak sangat, lagipun takkan aku nak pecah masuk kereta aku sendiri, pada mulanya aku malas nak bagi IC aku, aku tidak melakukan apa apa kesalahan, tetapi tiba tiba aku terfikir, tak pasal pasal jer nanti nyawa melayang kat parking kereta, alasannya nanti cuba melawan/menghalang penjawat awam, apalagi aku melihat di sisi pinggangnya benda berpeluru, kan kee seminggu dua ni, berapa ramai yang mati katak kena tembak, OKU pun diaorg tak peduli, baru aku teringat sebuah pantun English yang aku dapat thru email, sound like this :

Malaysian Street Gossip The 'missing cycle' goes like this in Malaysia :............
Get Vietnamese workers, dogs missing.
Get Bangladeshi workers, Malay girls missing.
Get Indonesian workers, money missing.
Get Indian workers, jewellery missing.
Get Chinese maids, husbands missing.

And now ..

Call the police, the evidence goes missing,
Call the lawyers, the judge go missing,
Call the home ministry, the reports go missing
Current government, funds go missing,
Say something and you may be missing.

jL : Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebalanga, so jangan salahkan orang awam sekiranya segelintir mereka rasa phobia yang amat sangat dengan SPUB, bukan phobia takut lakukan kesalahan tetapi phobia menyampah .. jagalah integriti anda dan dihormati orang seperti anggota Bukit Kepong .. wallahuallam ..

Friday, November 27, 2009

KataPepatahLagi : Patah Tumbuh Hilang Berganti

Aku alami kemalangan kecil malam sabtu lepas, balik dari rapat umum sukarelawan di Petaling Jaya, kecil tak kecil, kena jugaklah gosok “kad berwang” tuu beberapa ratus ringgit malaysia. Kalau hendak dikira, cukup untuk membayar loan kereta untuk sebulan. Entah apa yang aku alamunkan semasa memandu tidak tahulah. Mungkin juga impak dari rapat umum di PJ tu. Apapun alhamdullilah aku dapat mengelak dari berlakunya kemalangan besar yang mungkin juga boleh melibatkan nyawa. Kesian pakcik malam itu, dan mangkuk hayun sungguh malaun yang telah mengorek jalan tetapi tidak meratakannya balik seperti asal. Nampaknya mereka mereka ini lebih mementingkan duit dari nyawa pengguna jalanraya, sekali lagi malaun sungguh.

Yealah, kalau sport rim aku bengkok, patah dahpun bertukar ganti. Tapi gimana yea kalau hati dah remuk dan patah, ada ke spare partnya ? hee hee hee .. Alangkah baiknya kalau ada dijual di kedai kedai spare partkan. Gilo apo. Patah tumbuh hilang berganti, hati yang dilukai kini mendapat pengganti. Wah, hebat ni. Kebelakangan ni suka sangat aku dengan topik topik menyentuh hal hal hati ni. Aku alami kee ? . Eih nak kata tidak, ya mungkin. Berpusing pusing bercakap kan.

Aku suka sangat lihat perubahan sahabat baik aku seorang ni. Ehem sekarang ni di handphonenya dah ada gambar awek gitu, dah main main tukar mms, sms, facebook dan face to face, hehehe cayalah Bro. Atlast anda ambil juga kata kata akukan. Aku doakan kau bahagia Bro. Minggu lepas, kawan aku sorang lagi minta nasihat masaalah dengan pasangannya, cheh macamlah aku ni Tuan Kaunselor, yea alhamdullilah, khabarnya dia dah pun settle down sikit. Eih boleh pakai juga nasihat aku tu.

Tapi aku siapa nak bagi nasihat. Atau tidak perlu kot. Jiran baik aku cakap, aku ni tengah bertranformasi. Katanya semenjak 2 menjak ni kalau minum teh aku suka bercakap soal hati. Sudah tidak lagi berceloteh hal hal politik macam dulu. Dia tanya aku ada apa apa kee. Aku ada apa apa ke ?. Entah ada kee ?. emm yang patah tumbuh hilang berganti kee ?. Emm belum lagi kot. Tengah proses ?. Emm belum tentu lagi kot. Emm rasanya pi mai pi mai tang tu jugalah. Kalau ada boleh tahan lama kee ?. No komen. Tapi, harap haraplah kalau ada. Eih cerita ini bukan aku, atau memangpun aku, eih apa apalah. Ntah apa apa ntahkan. Tapi memang YA atau bukan aku.

Friday, November 20, 2009

merawat luka, menghapus parut ?

aku kira semua orang ada sejarah ataupun kenangan silam yang kadangkala menyakit memedihkan .. aku pun tak terkecuali diuji .. tapi hidup mesti diteruskan .. kebahagiaan tu mahal harganya ... kadang kala , terpaksa mempertaruhkannya dengan kekecewaan, pengorbanan dan mungkin air mata ... bukan sekali tapi berkali-kali ... ia umpama anak kecil yang baru bertatih, jatuh terluka tapi bangkit kembali ... benar ... kenangan pahit itu seharusnya kita jadikan panduan bukan untuk kita ratapi ... setiap sesuatu yang terjadi tu ada hikmahnya ... renungkan kembali ... muhasabah diri ... insyaALLAH ini kerjaNYA, DIA akan tarik sesuatu itu sebelum kita semakin parah .... ALLAH masih sayang dan tahu kita mampu menghadapinyanya ... di setiap solat, kita baca mathurat dan sentiasa berdoa supaya ALLAH tidak menguji dengan sesuatu yang tidak sanggup kita hadapi ... inilah ujianNYA ... melihat adakah kita redha atau tidak ... berlapang dada atau tidak dengan ujian ALLAH ... tidak berbaloi kita bersedih tapi orang disana bergembira ... tidak adil namanya ... satu hukuman yang tidak sepatut kita terima ... rasanya ..

dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna ... hanya Rasulullah S.A.W. sahaja yang ALLAH ciptakan ma'sum ... tapi yang pastinya, ALLAH mencipta setiap dari kita mempunyai kelebihan ... kita gunakan kelebihan yang kita ada dan cuba mengurangkan kelemahan kita ... belajar dari kesilapan ... belajar dari kesilapan gitu ..

DIA :

belajar dari kesilapanlah .. takut untuk menyayang dan disayangi .. takut akan kecewa dan mengecewakan .. berkorban dan pengorbanan .. kerana segala pengorbanan, kesetiaan, kepercayaan boleh hilang semudah itu sahaja .. akui ingin sayang dan menyayangi .. cinta dan menyintai .. tetapi juga tidak mahu kecewa atau mengecewakan seseorang ... takut ingin berjanji ... takut untuk memberikan pengharapan yang belum tentu pasti ... mungkin pintu hati masih belum terbuka sepenuhnya ... terfikir juga sampai bila ... cuba beristikarah masih belum juga bertemu jalannya .. .. sanggupkah melayari kembali satu perhubungan yang tidak pasti .. apakah akan teguh perhubungan itu nanti ..

sendiri tidak tahu apakah sikap dan perasaan pada insan bernama hawa .. terkadang begini terkadang begitu .. sikap ini akan membosankan sesiapa juga .. mudah hilang segala kepercayaan juga keyakinan, pada diri sendiri kadangkala pada seorang hawa ... sampai bila ? soalan lagi .. tidak tahu sampai bila .. mungkin setahun, 2 tahun dan mungkin selamanya .. bahagia dengan kehidupan sekarang ? .. tipu diri sendiri jika mengiyakannya ..

pepatah ada mencatat .. “parut itu kalau terluka parah, susah sungguh hendak hilang” .. sedangkan luka itu telah bertahun lamanya sembuh tetapi parut jugalah yang mengingatkan kembali .. adakah sebab berparut seseorang itu takut terluka lagi .. umpama seseorang yang mengalami kemalangan kereta dan terluka parah meninggalkan parut .. adakah dia akan trauma untuk memandu lagi .. yea .. mungkin dia masih ingin dan akan memandu semula .. tetapi sudah pastinya dia akan memandu lebih berhati hati .. itu pasti .. itu memandu .. bagaimana pula kalau hati, perasaan, jiwa terluka parah .. mungkinkah parut itu boleh dipadamkan begitu saja .. yea .. ramai pandai berkata .. “yang sudah tu sudahlah, buka buku lama” .. tetapi senang kah untuk membuka buku yang baru .. aah

adakah rasa teruja sekiranya ingin membuka satu buku baru .. bolehkah segala bayangan lalu yang terluka itu tidak lagi menghantui segala yang ingin dituju .. entah rasanya begitu janggal tidak berkeyakinan untuk mengatakan tidak dan amat sukar untuk mengatakan ia akan merubah parut yang ada .. parut aah parut .. bagaimana ingin melenyapkannya dari pandangan mata hati ..

adoyai .. sebenarnya serik tahap gaban ni .. tapi bila tengok kekawan yang pernah “seperti itu” malahan lagi teruk pula parut diaorang, buka baru nampak ok .. bahagia .. smooth .. cool .. gembira ceria .. semua baik belaka .. eih kenapa tidak dicuba .. emm nak cuba kee ?? … huh .. dia pikirlah sendiri ..

jL : bila seorang otak tidak berserabut .. bila nak try test berdua duaan .. mula kepala otak nak pecah berselerak ..

Monday, November 16, 2009

jalan di situ berlopak

Jalan di situ berlopak-lopak besar, terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.
Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduks ahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini. Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.
"Nak apa?!"
Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!"
Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"
Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu.Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!
" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.
"Kenapa ni? Gila?!""
Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetikkelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.
Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu,ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.
" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" .
Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.
Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sialyang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."
Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak,berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki."
Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati"
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.
Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.
Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.
jL : dipetik dari satu email

Tuesday, November 10, 2009

Aku Akta tiada harga

Aku akta yang dicipta dikala 1973

Kununnya ingin membantu rakyat jelata

Khazanah diperut bumi di kongsi bersama

Untuk kesejahtera

Untuk semua gembira dan ceria

Untuk masa hadapan selamanya

Tapi akta itu kini dilawak badutkan sahaja

Segala perjanjian hanyalah satu petaka

Segala perjanjian di humban penuh hina

Milik rakyat dibolot semua

Harta rakyat hanya di kongsi sesama “keluarga”

Rakyat di paksa dan terpaksa di gula gula

Gula gula yang berperisa masam cuka

Tanpa sedar juga di campur tuba

Berbagai kiasan di reka reka

Berbagai ayatan hanya dusta belaka

Royalti berubah menjadi EHSAN sahaja

Disalur pula pada yang tidak berkuasa

Dipenuhkan tabung untuk si pemuka

Berlelah yang halal memerintah membantu rakyat seada

Secupak 5% disentap tanpa malu tanpa berdosa

Sedangkan yang secupak itu begitu berharga pada mereka

Bangga melihat rakyat merayu meminta

Seolah diri itu amat tinggi darjatnya

Tanpa mengira perlakuan itu dilaknat ALLAH Yang Maha Berkuasa

Seolah sengaja ingin menunjuk dibumi nyata

Akulah orang yang tidak akan ditimpa bencana

Kebal untuk hidup tanpa musibah menimpa

Lupa akan syurga dan neraka

Kini aku akta terus terhina dihina

Kini aku akta menjadi mangsa penipu bangsa

Mainan makhluk Tuhan begitu sekali tamak haloba

Dipiciskan segala amanah dan tanggungjawab yang diterima

Aku Akta Pembangunan Petroleum 1973

Hanya akta yang tercemar dinoda tidak berguna

Di dalam sebuah negeri disisih dari 14 saudara

Yang rakyatnya didahulukan di sebuah 1Negara

Friday, November 6, 2009

aku rakyat biasa aja

Ketika engkau di iring berbelas motorsikal berkuasa besar

Aku engkau terajang ke tepian, digam gajahkan di tengah jalan bawah terik mentari

Ketika engkau tidak perlu berasak asak di pintu pintu tol merapu

Aku beratur panjang panas punggung untuk melepasi pintu yang dibayar itu

Ketika engkau berjalan di atas hamparan karpet merah

Aku berjalan kadangkala tanpa sepatu kaki berdarah

Ketika engkau makan dengan selera di dalam dingin dewan yang mewah

Aku makan di gerai makcik tepi jalan berteman habuk kenderaan kerana murah

Ketika engkau melanggar lampu merah

Aku pula disaman dan garenti kena marah

Ketika engkau naik kenderaan tanpa perlu membayar petrol hijau ke merah

Aku tepaksa berjimat, petrol hijau ke merah naik tidak mahu mengalah

Ketika engkau bergaya dengan pakaian harganya gah

Aku memakai pakaian yang harganya paling rendah

Ketika engkau anak beranak setiap hari berlibur kesana sini

Aku dan keluarga hanya memerhati keluar air liur basi

Ketika engkau tidak boleh di usik oleh undang undang ciptaan sendiri

Aku dibayangi hantu undang undang rimba yang sering dipantau gerak geri

Ketika engkau dan keluarga tidur nyenyak beralas bantal tilam import mimpi yang panjang

Aku dan keluarga tidur tidur ayam memikirkan hari mendatang

Ketika engkau lalai dan khayal dengan syurga dunia

Aku khusyuk mencari nikmat syurga azali milikNYA

Ketika engkau hidup berlenang dengan wang titik peluh kami

Aku rakyat biasa aja bersenang seadanya dengan belanja usaha sendiri

jL : benda ini dinukil setelah jL melihat satu perisitiwa di hadapan Bangunan MAA Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka pada suatu pagi. Uncle anda hanya rakyat biasa aja.

Monday, November 2, 2009

ikan patin, ikan kelah, ayam kampung, pelanduk di Mat Daling

25 – 31 oktober 2009, aku telah mengikuti program Khemah Kerja di Kampung Mat Daling, Jerantut Pahang. Program Yayasan SALAM Malaysia dan KBS. Jarak dari Jeti Kuala Tahan Pahang mengambil masa hampir 4 jam menggunakan bot. Perjalanan tidak memenatkan, melihat keindahan fauna, kehijauan hutan yang belum diterokai di kiri kanan susur sungai dan melintasi beberapa perkampungan orang asli. Adakala terpaksa turun dari bot kerana tersangkut di atas pasir, air sungai tidaklah begitu dalam, terdapat beberapa “rapid” yang agak mengoncang jantung juga, terutama yang baru pertama kali mudik ke hulu melawan arus. Dalam perjalanan dok terfikir juga, macam manalah agaknya suasana di kampung tersebut. Apatah lagi aku akan duduk selama 3 hari 2 malam di sekolah sebelum menetap bersama keluarga angkat. Terbayang sekolah pendalaman, sekolah kampung, “sure” takder api dan air “very limited”. Keluarga angkat pula bagaimana nanti penerimaannya.

TAPI, semua itu hilang bila kami sampai ke jeti Kampung Mat Daling. Penduduk sudahpun menanti ketibaan kami. Rasa teruja melihat sambutan yang diberikan dan lebih teruja apabila melihat Sekolah Kebangsaan Mat Daling, Jerantut Pahang tersergam indah. Boleh dikatakan sekolah “standard town” juga, 2 buah blok bertingkat dua, pejabat Guru yang selesa, kuarters guru, padang permainan yang luas, juga terdapat sebuah asrama untuk anak anak penduduk sekitar dan pra sekolah. Aku telah dimenetapkan tinggal bersama sebuah keluarga yang duduk lebih kurang 2km dari sekolah dan jeti. Air dan elektik tiada masaalah. Keadaan rumah pun selesa, walaupun usia rumah hampir 20 tahun. Air mereka menggunakan dari sungai, lagipun aku memang mandi kat sungai jer, petang dan pagi sesudah subuh, sejuk gila, elektrik baru setahun dibekalkan, jalan walaupun tidak bertar tetapi cukup boleh untuk merempit atau drift, line telefon ahaaa, cuma Maxisjer, line lain kirim salam, broadband jauh sekali, emm diberitakan juga line Maxis ini orang kampung “request” dari bukan calang calang individu beb. Astro boleh dapat, tapi rumah family aku cuma 2 channeljer, aku tak kisah sebab channel itu tidak pernah aku nak tontonpun, tak minat langsung : RTM 1 & 2 : eeee …
Family aku; Pak (ayah) Mat Adnan, tinggal,bersama isteri dan 2 orang anaknya, Acik yang pendiam dan pemalu, sampai ke sudah tak bercakap dengan aku takat senyum jer, menunggu keputusan UPSR dan Faezah yang manja suka senyum dan amat rajin ke sekolah, belajar di tahun 1, manakala 2 orang anaknya lagi tinggal di Jerantut dan Kuantan, seorang di asrama dan seorang bekerja. Mak angkat aku pula lebih suka duduk di dapur dan kadangkala join juga mendengar celoteh aku yang non-stop ni. Aku terpaksa mengolah berbagai topik dan cerita, alhamdullilah Pak aku bukan setakat pendengar yang setia tapi juga ada komunikasilah kiranya. Malam pertama aku tidur di rumah family angkat. Fisrt dinner, aku dah pekena ikan patin masak tempoyak, petai dan satu lagi ulam yang aku tidak pernah makan dan rasa. Masin dan sedikit pedas. Selang setengah jam, “supper” lak, keropok, keledek goreng dan air kopi. Ikan patin yang aku makan tak ingat tadi, tak lagi habis masuk dalam perut, aku pulun pulak keledek goreng cecah dengan kuah tempoyak patin, tu dia. Dan aku tidur nyenyak seawal pukul 9.30 malam. Awal gila. Tapi memangpun orang kampung kat sini semua tidur awal. Hari ke 1-3 (3hari) aku perlu berada di Sekolah Kebangsaan Mat Daling untuk program BINGKAS. 2 malam di sekolah, Pak angkat aku mengamuk, dia kata ada anak macam takder anak, mana tidaknya, orang lain bawak anak anak dia beraktiviti, dia dok tengokjer. Tapi aku dah explain kat dia sebelum tu, cuma dia rasa macam tidak selesa sebab aku tidak bersama familynya. Malam pertama dia datang jengok aku di sekolah dan bawa makanan untuk aku (gulai ikan patin dan petai masak tempoyak kering).

Seusai BINGKAS aku kembali ke rumah family aku, hemm tu dia, makan yang non-stop, lepas makan, makan, pastu makan lagi. Lepas ikan patin, ikan kelah, lepas tu ayam kampung dan dapat gak merasa daging pelanduk, Ayah Long (family Rosman vol Sarawak) yang hantar. Makan ubi rebus dengan air tebu yang sudah dimasak. Manis gila campur pulak dengan air manis. Emm rasanya orang kampung ni suka manis manis, tapi takder pula yang kena kencing manis.

Hari ke empat, semua keluarga dan anak angkat berkhemah di tebing sungai. Lupalak apa nama datarannya. Bermalam semalam, setiap keluarga perlu mendirikan khemah sendiri, masak untuk keluarga sendiri. Aku bersama 2 buah family lagi, family Hilmi dan family Rosman. Aktivitipun sendiri sendiri. Aku dapat melihat beriya mereka menjayakan perkhemahan ni. Bawak periuk belanga, bantal, selimut untuk kitaorang, dan yang paling hebatnya siap sembelih 6 ekor ayam kampung. Kita orang mudik ke hulu, ke jeram, mengambil masa 45 minit juga. Peh air jeram sejuk gila, siap ada Ogawa lagi, air yang mengurut. Lawaknya bot kami masuk air, so sepanjang pergi dan balik jeram kami kena menceduk air keluar dari bot. Tapi tetap enjoy. Barulah aku tengok Acik nak berlawak dengan aku. Tapi tulah takat senyum dengan gelakjerlah. Malamnya solat maghrib dan isyak berjemaah dan diisi tazkirah oleh Ustaz Tuan Haji Hamzah (staff Salam Sarawak). Cantik dah, tapi eh, khemah yang sama adalak karaoke .. hee hee .. 2 in 1 beb, asal boleh .. aku ikut Alang dan family angkatnya memancing, yang sebetulnya aku tak minatpun memancing ni, dan pada masa yang sama tak suka gak nak berkaraoke kat dalam khemah solat, so aku jadi tukang suluh kat diaorang kalau nak lekat umpan di mata kail. Diaorang pakat karaoke sampai pukul 3 pagi, apalah barangnya. Yang bestnya, dok melayan sampai pagi tuu anak anak orang kampung, anak anak angkat habis semua dah berdengkur .. hua hua hua ..

Sebenarnya, kalau nak dikira dihitung dengan jari, aku tidaklah sepenuhnya ikut program sepanjang 5 hari tu. 3 hari aku tidak bersama family angkat kerana menanggungjawabkan BINGKAS. Fokus aku yang sebenar benarnya. Belum tentu aku akan join kalau tiada BINGKAS. Jadi aku hanya bersama keluarga pada hari ke 4-5 (2harijer). Namun begitu aku all out bersama family agar aku dapat meninggalkan dan aku sendiri ada sedikit pengalaman manis bersama mereka. Alhamdullilah, aku rasa family angkat aku puashati dengan perangai anak angkatnya yang baik ni, yang suka berborak sampai kering air liur. Apapun aku tetap tidak akan melupakan layanan family angkat aku berikan. Apalagi bab makan, rasa nak pecah perut dibuatnya. Sehinggakan di malam terakhir, family aku menyajikan makan dinner yang paling meletop. Ikan patin tempoyak (favourite aku), ikan kelah goreng masak kicap pedas, gulai ayam kampung, pucuk paku goreng, petai goreng pedas dan telur dadar. Bayangkan betapa rambangnya mata aku, semua aku pulun sampai lelap mata beb. Sendawa bak harimau mengaum bunyinya.


Hari terakhir, seawal pagi Mak angkat aku dah siapkan bekalan untuk aku, mee goreng, telur mata dan ikan kelah goreng. Padahal aku dah bagi tahu tak perlu bekalkan apa apa, tidak mahu menyusahkan mereka. Lagipun aku dah siap siap belasah breakfast dulu, tapi apa nak buat Mak angkat aku nak juga bekalkan. Aku kalau boleh taknak nak kuar kuar airmata ni, bila aku tengok family angkat aku cooljer akupun ok. Tapi sebenarnya aku perasan Pak angkat aku lap airmata bila aku turun ke bot, sebab aku memang rapat dengan Pak angkat aku ni, Pak dan Mak angkat aku beredar awal apabila bot aku mula bergerak meninggalkan jeti, dan adik Faezah sempat melambai lagi, hee hee nak dekat gak basah airmata. Perjalanan balik ke jeti, hampir sampai ke Kuala Tahan, bot aku hampir hampir terbalik semasa mengharungi salah satu “rapid” yang agak deras gak, air masuk dalam bot, aku kuyup, bersama aku ada Dato’ Ahmad Talib, Bro Mat, Ariff, Rosman, Amirul dan 2 orang anak kecil bersama ibunya dan seorang nenek. Masa bot diluar kawalan, aku dah grab tangan 2 anak kecil tu dan nenek tu pulak dah dipegang oleh anak perempuannya. Mana taknya bot kami dah kira overload, penumpang termasuk pemandu bot dah 13 orang, tak termasuk barang barang lain. Alhamdullilah, kami sampai ke jeti dengan selamat dan sampai ke Apartment Mesra Villa di Ampang pun dengan selamat.

Emm rindu beb nak mandi sungai, mudik ke hulu naik bot, ke jeram, ikan patin, ikan kelah, ayam kampung dan pelanduk. InsyaALLAH ada kelapangan aku nak repeat balik. Maybe tahun baru cina next year, Ayah Long ada kenduri kawin. So Ayah Long dan Pak angkat aku dah bagik tahu, datang dan diaorang akan tunggu dengan aktiviti yang lebih bebas dan mencabar. Tak perlu ikut tentatif. Bebas beb.




Monday, October 19, 2009

Isu yang tidak luput : adik adik Melayuku

Seperti malam-malam biasa, aku ke carefour ampang untuk dinner, pekena mee sizzling, selalu mintak ayam lebih, hee hee .. kakak tu okjer, memangdah biasa dengan aku ..

Selang 2 meja dari meja aku, ada 4 couple, 2 lelaki 2 perempuanlah, mesti tengah hot bercinta gayanya, mulanya aku malaslah nak tengok sesangat aksi aksi diaorang ni, tapi bila aku dengar dia orang bertepuk tampar bergelak ketawa dengan kuat dah macam pontianak sundel carefourjerdah gayanya, tanpa menghiraukan orang lain, makhluk makhluk ni buat food court itu macam mak bapak diaorang yang punya.

Disamping itu, ceh guna gaya bahasa baku, aku terperasan, “ter” ya bukan sengaja sengaja nak tengok, style adik adik perempuan nie berpakaian, hek eleh dah macam ke zaman batu balik, pakai seluar macam tak pakai seluar, pakai baju dah tak macam pakai baju.

Apa tidaknya, pakai seluar tapi boleh nampak dengan jelas “alor gajah”nya kat belakang, baju pulak dah macam tak muat kat badan, yerlah badan saiz L tapi pakai pakai saiz SS, tak ker gilo, si jantan pulak (tak layak dipanggil lelaki), telinga beranting anting, lidah dan telinga ditindik, leher berantai, tangan bergelang, peh dah macam setan gondrongjer lagak diaorang ni.

Langsung takder rasa malu atau memang dah putus urat saraf perasaan malu, yang malu pakcik pakcik, makcik makcik, adik adik yang melihat gelagat diaorang ni, tapi yang lagi aku malu bila tengok bangsa asing boleh pulak berpakaian dan berperangai elok elokjer .. nak kata fashion, mendenya fashion macam tu.

Aku bukan apa, pihak pihak yang selalu bercakap cakap atau di”interview” kat dalam suratkabar atau kat dalam TV yang kununnya hendak memartabatkan bangsa Melayu, aahaa mana dia, jangan dok ambil berat pada anak Melayu yang memangdah berjaya sahaja , fokuslah pada anak anak Melayu yang tersasar dari dunia keMelayuan ni, aku tengok dah semakin layu mereka ni, ayuh jangan cakap kosong, pergilah “serang” mereka, kesian kat diaorang ni .. NGOpun banyak yang berorientasikan keMelayuan, berlambak lambak tak terkira kat Malaysia ni .. jangan dok syok sendiri buat program, semata mata nak dapatkan dana dan nak popularjek ..

Kalau nak mintak badan badan berparti, lain pula jadinya nanti, masing masing berdegar degar, akulah yang hebat, akulah yang banyak maju ke hadapan menghadapi isu ini, tapi wal hasil balik asal juga, anak anak Melayu masih bersarang di komplek komplek membeli belah, masih hilang arah .. kalau nak suruh aku, heemm dah tak guna pakai ayat ayatdah, guna kaki dengan tangan jer .. baru puashati .. hua hua hua ..

Ini belum lagi kita lihat keadaan disiplin di kolej/IPTA, contoh sebuahnya yang berdekatan dengan pejabat aku, sesak dada sesak nafas bila tengok pelajarnya, kalau berpakaian tak usah nak cakaplah, pelajar perempun merokok dah mengalahkan lelaki, dah jadi macam western stail betul, jumpa lelaki kissing kissing kat pipi, kalau jumpa perempuan berlaga pipi macam kat Arab pulak, semua boleh beb. Yang paling bestnya, minggu ni pakai tudung ehh tetiba the next weeknya bukak tudung balik, apa kejadahnya. Itu belum lagi tidak hormat pada orang lain. Kalau duduk di kedai mamak tu, depa buat kedai mamak macam dewan parlimen diaorang. Sesuka hati letak beg, sampaikan pelanggan lain nak duduk pun dah tiada tempat.

Memekik mekik, gelak ketawa, caru mencarut dah biasajer. Tidak kiranya dikhalayak umum atau tidak. Mereka bangga sekali. Dan kesemua mereka itu adalah anak anak Melayu.

Tak tahulah, macammana agaknya pihak pentadbiran memantau pelajar mereka, rasanya bukan di kolej/IPTA ini sahaja, mana manapun lebih kurang sama dengan. Hemm hilang Melayu di dunia juga nantinya. So tak payahlah dok sibuk dengan berpadu, perpaduan berbagai. Baik tolong anak anak Melayu ini. Seharusnya mereka mereka ini menjadi tiang dan benteng 1Negara. Tetapi kalaudah jadi begini, tiang rebah benteng runtuh. Maka aku tetap pasti akan hilang Melayu di dunia suatu masa nanti. Dan digantikan dengan anak Melayu yang Bagai menampung air dengan limas pesuk dan kita Bagai mencari belalang di atas akar. Umpama menjirus air di atas daun keladi sahaja.

Tetapi tidaklah semua begitu. Ada yang memang berniat nak belajar dan memang nak jadi seorang anak Melayu yang berjaya dan berguna kepada Agama dan Bangsanya, tetapi masih, di bawah peratus yang mempunya pemikiran sebegitu, yang selebihnya menghabiskan duit mak bapak, merugikan duit PTPTN yang sepatutnya masih ramai lagi yang lebih layak dan berhak menerimanya dari mereka mereka ini, memang menghabiskan berasjer.

Ya mungkin, benda benda macam nie, tiada siapa yang nak ambil “pot”, bak kata remaja sekarang, tapi sampai bila ?, kes buang bayi dah macam buang anak patungjerdah, kes hisap dadah/ganja/hidu gam dah macam makan kacang NganYinjerdah, minum air kencing setan dah macam minum air mineral waterjerdah, merompak/mencuri/ dah macam harta sendirijerdah, bohsia/bohjan dah jadi kehidupan sejatijerdah, rempit, ragut, rogol, bunuh dan berbagai maksiat lagi.

Semuanya kalau dikaji yang terjebak dijebak anak anak Melayu. Peratus anak Melayu. Sebenarnya keadaan yang menyedihkan ini memang tiada kesudahan. Benar, ada banyak pihak yang fokus untuk cuba menyelesaikan masaalah ini, tetapi kita juga harus membantu, mungkin boleh menjadi mata dan telinga, buat report jika terdapat aktiviti aktiviti yang tidak normal. Biarlah orang nak kata kita hendak menjaga tepi kain orang, lebih elok dari dibiarkan hancur dan musnah begitu sahaja di depan mata. Selepas itu kita marah apabila ada bangsa lain yang mengatakan bahawa orang Melayu sekarang sudah lemah dan longlai. Nak kata apa, memangpun.

Tak larat aku nak buat X-Files kat bebudak ini. Pakat melopong sengaljer nanti. Dia orang gelakkan aku adalah agaknya. Jadi itu sebab aku kata, bahasa yang cantik adalah :kasi kaki dan tangan sahaja:_

Thursday, October 15, 2009

wah !! meriah rapat sidang

wah !! meriah benar rapat sidang didewan ketika ini, bertepuk tangan, bersorak sorai, bergelak ketawa gembira, ehh tidak lupa juga megah menghina dan mencaci, cerita lama diulang tayang kembali, jangan takut, orang tidak lupa dengan ungkapan serupa yang diulang tayang acapkali, isi tetap sama cuma diputar belitkan di sana sini, agar nampak seolah terkini dan penuh sensasi,

rapat sidang dikatakan untuk sesama sendiri, tetapi kenapa nak sibuk tepi kain orang yang tidak ada langsung dalam gerombolan saudara saudari, kenapa hendak diungkit benda benda yang tidak ada kena mengena dengan kehidupan gerombolan saudara saudari, kan elok berbincang untuk memperbaiki gerombolan dan diri sendiri, cari dimana kekurangan dan kepincangan untuk dibincang, barulah nampak istilah transformasi yang di war war di kaca TV, kan ada media yang akan mengikut telunjuk jari, kan ada media boleh menyedap dan menghiburkan pengikut sendiri, jadi tidak perlulah orang lain dikesampingkan sekali, orang luar tetap orang luar, manakan sama dengan orang yang berada di dalam gerombolan saudara saudari,

carilah transformasi, dikaji dan dipolish karut marut di dalam diri, jangan cakap meninggi, takut nanti terpijak kain sendiri, lalu jatuh tersembam pipi, akibatnya malu lagi diri, dan jangan terlalu memuja dan memuji, kerana yang dipuja dan dipuji bila bila boleh di ketepi, banyak sudah terjadi, samada tidak sedar atau disedari, yang di atas dijatuhkan kebawah bila bila pasti, yang dibawah tiba tiba nun ke atas itu garenti, jadi, hati hati, belum tentu yang jadi balaci akan terus dibalaci dan yang menjadi menteri terus menjadi menteri, kerana iri hati dan hasad dengki itu sudah menjadi adat resmi + sebati + sejati + terbukti dalam gerombolan saudara saudari, kepada semua yang rapat sidang di dewan ini, selamat memuja memuji, pastikan kelibat diri disedari, jika tidak buang masa dan rugi, walaupun makan minum tidak disuap sendiri, semuanya free hee hee hee ._
TunM pernah berbicara “Melayu Mudah Lupa”, jadi gerombolan saudara saudari janganlah terlalu lupa, ahaa pikirlah sendiri SELAMAT BERAPAT BERSIDANG

jL kata : bukanlah nak sibuk sana sini, memang minat mengkaji, bukan rapat sidang gerombolan ini sahaja malahan rapat sidang gerombolan lain juga, kan kita kena tau semua isu semasa, kalau tidak jadi rakyat macam katak dalam tempurung, asyik nak berhibur dan bergumbira sahaja :

Monday, October 12, 2009

promote filem Melayu : wajib tengok

aku nie bukanlah kaki wayang, tapi suka tengok wayang, citer cintan2 x main, citer perang kalau melibatkan US lagi bosan, asyik2 diaorgjer menang diaorangjer baik, bengong punya US tapi kalau komedi, seram dan action, aku garenti pie,

malam semalam keboringan tahap gaban, nak tengok berita TV, ahaaa .. muak tekak aku nanti, kurang kurang berjam jam berita pasal kemenangan besar kununnya, hek eleh itupun selepas 8 kali bertarung, itupun kalau tak Tuan Tuan Besar Ringgit Malaysia yang datang tolong belum tentu menang, dan mencurah curah air mineral water asli minum bikin kepala hotak high sekali, ini bukan tipu, kalau dah menggila serang orang dengan parang apakejadahnya .. hua hua hua .. dame u ..

aku call kekawan ajak pie melepak kat Hafiz corner, semua ada hal, almaklumlah masing2 dah ader family, aku pun satu, sesuka sukijer ajak diaorang lepak,

ntah apakehalnya, aku start motor terus ke Galaxie Ampang, ehh, citer Afdlin Shauki beb, aku memang follow mamat nie punya filem, samada dia direct atau berlakon, tapi yang komedijer, Baik Punya Cilok, Cuci, Los And Faun dan beberapa lagi, samada kat panggung atau TV, so aku nak promote nie, tak salah tapi aku bangga kalau nak promote citer2 melayu yang aku anggap tak rugi duit tengok, pielah tengok wey citer Papadom, aku garenti anda tak kering atau mungkin hilang gusi, air mata garenti mengalir bukan sebab sedih tapi sebab tak tahan macam kena geletek satu badan, citer memang menarik, Afdlin nie memang genius dalam mengupas sesuatu perjalanan kehidupan, bayangkan hanya dari sekeping keropok popodum dia boleh buat satu citer, saluted director camnie, so pielah tengok, bawak family, ini tayangan U (umum), sesuai tuk keluarga, sekali lagi aku cakap tak rugi punya, tak tipu neh, nampak muka aku penuh keikhlasan neh._

jL kata: kalaulah ada orang macam Dom kat dunia nia, selamat anak anak gadis Melayu kat Malaysia

Friday, October 9, 2009

kepala lutut kiri 2 !!!

bapak kepala lutut kiri : badan bapak besar macam beruang hutan, tapi lembiklah pulak, baru orang letak tangan pelan pelan kat leher, dah cirit birit, nak muntah, nak pengsan, paling kelakor siap kena balut lagi, dah nampak macam nangka busuk jer dah gamaknya, nangka busuk kulit gelap,

apo kojadah eee jang, tu baru pak haji tu lotak tangan eek kek tongkok ko elok elok, ontah macammanolah kalau lukuu kepalo ko tuu boto boto, bangang, kalau nak buek lawak bodoh atau nak menipu pun, bueklah caro lain sikit, nie buek orang golak kek ekau jo, jang kalu kono pukul dongan sepuluh orang dah lamo ekau mati jang oooi, nie elok jer ekau jalan lenggang lenggok, salam salam pemimpin ekau siap cium tangan lai, abis abis masuk spital lak pulak, iyolah bangang tahap gaban ekau nie …

anak anak balaci bapak kepala lutut kiri : sebab korang ado yang tolong kek belakang, apopun kojo gilo yang ekau semuo buek, takdo sapo yang berani nak tangkap ekau semuo, abih semua orang ekau parangkan, yang ekau parangkan tu sedaro maro Islam ekau .. ops .. lupo lak den, maso korang tongah mengamok sakan tu, ekau semuo tak ingat apokan ?, dah kepalo high gilo, togok air koncing setan tu, apo nak jadi ekau semuo ni, dan macam bapok tuo Israel dah perangai ekau semuo ni._

nie masa 11 haribulan nanti, ontah apo laeilah ekao semua nak buek onar, yolah kan bapak bapak kepala lutut kiri semua backing korang .. dame u’ll ._

jL kata : pokok dek kaulah pokok dek den

Tuesday, October 6, 2009

kepala lutut kiri betul !!!!

aku tanya : “kerja apa sekarang ? askar kan ?”

dia jawab : “askar ?, apa barang .. p***s lah, kan kita yang berkuasa kat 1Negara ni ..”

hampeh keledak punya statement, nasib baik penutup mangkuk rendang pedas ni tak terbang kat kepala engko .. dame u …

jL : pokok dek kaulah pokok dek den

Friday, October 2, 2009

manjanya : bezanya

tak makan 2 hari, tidak diendahkan, tiada siapa yang menolong, come onlah, dah bencana, masing2 ingin menyelamatkan diri sendiri juga sanak saudara, sepatutnya korang sebagai pelajar medic tidak seharusnya balik, tetapi terus di sana membantu mangsa mangsa bencana tersebut, ni menangis nangis nak balik, mcm budak budak, baru kena keadaan camtu korangdah kecut, tapi kata bakal jadi doctor, cuba korang ikut macam mana pelajar medic di Jogjakarta, mereka yang berkejar ke rumah rumah sakit, hospital dan berganding tangan membantu para perubatan tempatan,
manja

aku tak taulah macam mana agaknya kalau korang berada di acheh semasa tsunami tempohari, sudahlah, tak payah panggil media, citer pasal experienced korang tu, buat orang gelakjer, sok aku dan kekawan akan ke sana untuk memberikan bantuan mana yang perlu seadanya, mungkin aku bukan pelajar terpelajar medic, tapi aku lebih fikirkan tentang kemanusiaan dan membantu sesama saudara,

so korang yg dah balik ni, pikirlah balik, korang belajar medic tu membantu ke tau cabut lari, korang pikirlah sendiri._

jL: kalau setakat diinterview citer kisah sedih diri sendiri tak payahlah, tapi kalau citer macam mana kita membantu, insyaALLAH orang akan salute, kalau tak, tak payah sibuk sibuk nak cakap depan media

Friday, September 25, 2009

11 September : Kita Lupa



Setiap 11 September, seluruh makhluk di bumi ini begitu mengingati akan trajedi di negara Uncle Sam, kununnnya negara Uncle Sam ini telah diserang oleh militan Islam oleh pengganas Islam, maka beriya iyalah negara negara lain mengadakan hari memperingati kejadian “misteri” itu, meratap pilu pemimpin dunia memberikan ucapan, membara pula ucapan para pemimpin Islam yang kununnya tidak bersetuju dengan tindakan pengganas Islam itu, dikatakan bahawa yang merencanakan trajedi “misteri” itu bukanlah penganut agama Islam yang sebenar, mereka ini begitu begini, pelbagai tohmahan dan cacian dari mulut beberapa orang pemimpin Islam sendiri, walaupun sudah beberapa tahun trajedi “misteri” ini tidak dapat dibuktikan siapa dalang disebaliknya, yang ada hanyalah tuduhan tuduhan dan tuduhan belaka, tanpa bukti yang nyata .. TETAPI trajedi yang berlaku di depan mata, yang dilihat dan didengar penuh bukti dan nyata, tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang ingin mengambil tahu, peritiwa hitam yang terang terangan didalangi oleh manusia manusia yang bertopengkan syaitan laknatullah, tiada siapa yang ingin mencaci dan menghina, hanya diam umpama si bacul durjana, tiada hari peringatan, tiada ratapan kesedihan, tiada ucapan panas bagi menghangatkan semangat demi yang terkorban, bacul .. bacul sungguh mereka mereka ini …..


Murni tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian ayah bonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Shatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Murni ditembak penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna TUHAN mengasihi ia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Satu bangsa yang sombong dan hina

BAIT BAIT keresahan dan kesedihan gubahan Allahyarham Zubir Ali seorang pencipta lagu puisi dan kemanusian yang tidak asing pada awal 80 dan 90an. Lagu yang mengenang peristiwa berdarah pada 27 tahun yang lepas. Pembunuhan yang meruntun jiwa, penyembelihan yang mendapat mandat dunia, curahan darah yang direstui sejagat, kezaliman dilakukan oleh bangsa yang “wahid” hina dulu, kini, selamanya.

DAN 17 September 1982, dunia menyaksikan episod kerakusan “binatang” yang tidak mengenal erti kemanusiaan dan perasaan hati. Kem Sabra dan Shatila di Palestin, dijadikan medan pembuas nafsu serakah mencabut nyawa. Pesta yang berpanjangan oleh si hina hanya untuk memuaskan jiwa kebinatangannya Tidak kira anak kecil, yang tua, lelaki atau wanita, semua tewas di hujung senjata. Mereka umpama sampah diperlakukan begitu keji. Dengan megah si “binatang” memuntahkan peluru dari muncung senjata, lagak seorang pengecut dan dayus hanya berani bersemuka dengan mereka yang tidak mampu melawan, dengan tangan kosong cuba melindungi keluarga dan orang tersayang. Ketua seluruh negara Islam di dunia ketika itu hanya memandang kemudian melalak dan melaung di belakang tembok, menyembunyikan diri. Hanya melihat darah saudara seagama mengalir tanpa pembelaan, membiarkan mereka terus menderita, dipijak sang penguasa rakus “binatang”.

SABRA dan SHATILA kem rakyat Palestin, menempatkan pelarian Palestin yang lari dari kekejaman si “binatang” telah menjadi idaman si ketua “binatang” laknatullah Arial The Devil Sharon untuk menunjukkan ‘kebinatangannya”. Di ketika redup petang ingin melabuhkan dirinya, sunyi pula menghampiri. Di ketika ibu sedang mencari-cari anaknya, di ketika si ayah melepaskan lelah setelah selesai menjalankan tanggungjawabnya. Mereka tidak sedar nyawa mereka sedang diperhatikan oleh si laknatullah Israel. Berarak keluar para bala “binatang” sambil mengangkat senjata dan menyanyi penuh kegilaan, penuh “kesyaitanan” tidak sabar ingin melihat ratap tangis si anak disisi tubuh hancur ibubapa, raungan si ibu memeluk erat sianak yang sudah tidak berkata, orang tua mengensut mencari perlindungan sementara nyawa masih ada.

SI “binatang” Arial The Devil Sharon dan bala tenteranya puas menunjukkan pada dunia sambil berteriak “lihat akulah raja dunia, akulah penguasa dunia” dengan angkuh sambil memperbetulkan topeng manusianya yang jiwa dikuasai oleh Syaitan besar yang dilaknat ALLAH SWT.

PERISTIWA sadis 27 tahun ini masih belum berakhir. Tidak cukup, tidak puas dengan menghirup dan menjamah daging para syuhada Palestin, si “binatang” terus rakus dan mengganas sehinggalah kini telah hampir 48 tahun, si “binatang” belum lagi hilang haus tekaknya dengan darah, belum lagi kenyang perutnya dengan daging penduduk Palestin.

PEMIMPIN bersilih ganti dan diiktiraf dunia, tidak kira Barat hatta Arab sendiri, mereka sanggup bersekongkol, berpeluk, minum semeja, bertaut tangan erat dengan si “penghuni Neraka jahanam ini. Tanpa memperdulikan darah seagama Islam yang semakin laju dan deras mengalir. Mereka bangga, apabila wajah durjana mereka terpampang di mata dunia berkembar dengan si “penghuni Neraka jahanam”. Malahan bersama pula menjadi tali barut dan barua kepada mereka. Sekadar contoh Mesir si Husni Mubarak jahanam, Mahmud Abas rakyat Palestin yang dayus boneka barat dan Israel. Bersekongkol dengan pemimpin yang mereka “cintai” ini untuk terus membunuh, bunuh dan terus bunuh, selagi mereka suka. Sambil si barua dan tali barut menikus tidak berhati perut.

NAMUN kesialan mereka tidak dibiarkan begitu sahaja oleh rakyat Palestin, mereka kini terasa hangat dan terbeban, gimana ingin membunuh semangat para anak kecil, anak muda, para belia Palestin, waima si ibu tua untuk membunuh roh Intifada di dalam diri mereka.

YANG pastinya bara semangat itu bukan lah gelora yang mudah untuk dihapuskan, gelora yang mudah untuk dipadamkan dan gelora yang sukar untuk dijinakkan. Intifada adalah deruan roh yang amat kuat didalam tubuh anak-anak Palestin ini. Biar apache, kereta kebal, bom tangan, muncung M16 atau segala kelengkapan yang ada. Tembok Intifada ini bukanlah Intifada nyanyian kumpulan nasyid Rabbani tetapi Intifada yang senantiasa tertanam didalam diri para pejuang yang hakiki, pejuang yang dijanjikan kematian dengan haruman mawar kasturi, pejuang yang akan gugur sebagai syahid sejati yang tiada galas ganti.

SEORANG gugur syahid, berdiri seorang malahan beribu lagi pejuang. Anak anak yang baru lahir diwakafkan untuk menjadi pejuang, menegakkan agama ALLAH, mengibarkan panji panji Islam, memerdekakan bumi Anbiya.

SELAGI roh para Syuhada para pejuang Palestine ini masih tererat di dada anak muda Palestin, selagi itulah puak laknatullah Israel ini tidak mampu menguburkan jihad di Palestin. Terutama di Tebing Gaza.

22 Mac 2004 : Gaza, tentra Israel membunuh pengasas HAMAS, Sheikh Ahmed Yassin dan sekurang kurangnya 7 orang turut Syahid. As Syahid terkorban diketika As Syahid keluar dari sebuah masjid seusai menunaikan solat Subuh. 3 buah peluru berpandu yang dilepaskan dari puak bacul laknatullah Israel menggunakan helicopter Apache.

BELUMPUN puas puak laknatullah Israel ini meraikan pembunuhan As Syahid Ahmed Yasssin. Mangsa seterusnya tidak lain dan tidak bukan, As Syahid Al Hafiz Dr Abdul Aziz Abdul Hafiz Ar Rantisi, pemimpin utama HAMAS. As Syahid telah dibunuh dengan kejam bersama 2 orang sahabat baiknya yang senantiasa bersama iaitu As Syahid Akram Nisar dan As Syahid Ahmad Al Ghurrah.

DAN kata kata semangat As Syahid Dr Rantisi : ANDA PASTI AKAN MATI, MUNGKIN KERANA BARAH ATAU APACHE (ISRAEL), SAYA PILIH APACHE: terus menjadi AUKU janji para pejuang Islam di serata dunia. Slogan yang buka retorik semata, slogan yang dijadikan batu pembakar juang untuk rakyat Palestin bagi memerdekakan bumi Anbiya Palestin.

BIAR tergadai nyawa, biar gugur menyembah bumi, biar kematian ditangisi, yang pasti pemergian mereka ini sememangnya di iringi doa oleh seluruh umat Islam yang juga mengimpikan, melihat, menyaksikan, mendengar Palestin bebas dari penjajahan dan penderitaan. Ingin melihat tangan-tangan dan kaki-kaki kotor, jiwa busuk, nafsu hina, jiwa tercela keluar dari kota suci tanah Anbiya di Palestin. Ingin melihat rumah ALLAH Masjid Al-Aqsa kembali dipenuhi dengan saf-saf para pencinta ALLAH dan RasulNYA. Agar kerinduan pada Masjid Al-Aqsa terubat. Islam terus bersinar dan berkilau.


ALLAHUAKBAR !! ALLAHUAKBAR !! ALLAHUAKBAR !!

Raya Sakan : 3 hari MC


3 hari MC, ambik kau, nak buat perubahan kunun, dah berpuluh tahun tak pernah nak berkunjung ke runah sedara mara yang jauh, ini tahun nak buat perubahanlah, so raya pertama ikutler family beraya, nah tu dia, ramai ghupenya sedara mara aku yang tinggal luar dari kawasan radar rumah aku ghupenya, paling dahsyat betapa diaorang tak tahupun aku ni ujud dalam keluarga aku, diaorang kenal abang dan adik adik aku dan ipar jer, emm salah aku sendiriler, rutin sebeliu ni raya pertama balik ziarah kubur, tukar baju tidur hee hee hee, so apa lagi dah lama tak jumpa berbagailah diaorang masak, aku pula tak hingat, makan mcam berpuasa setahun, nah ambik ko, 3 hari sakit perut, berkelodak macam macam bahan makanan yang tidak tertanggung dalam perut, proses yang agak berlebihan, tangkap satu badan, adussss … apapun syukurlah, aku ramai sedara ghupenya dan ada yang banyak duduk kat KL & Selangor, emm diaorang offer macam macam gak kat aku, dan offer paling best, diaorang ckp datanglah rumah, boleh auntie sediakan makan tengahari kee, dinner kee, ahaa itu sudah pasti._

Friday, September 18, 2009

Syawal Ini ...

Syawal ini ..

Ketika kita sedang bergembira
Jangan lupa saudara kita yang disana
Mereka masih berduka dan menderita
Bersabar hadapi ketentuan dariNYA

Syawal ini ..

Tidak seharusnya kita leka
Setidak-tidaknya memohon doa pada yang ESA
Agar saudara kita tidak terus dihina
Dari mereka yang dilaknat dan didurjana

Syawal ini ...

Jangan kita lupa pada yang ditimpa bencana
Harungi syawal dengan airmata
Hilang ibu ayah sanak saudara
Yang mengingatkan kita pada yang Maha Kuasa

Syawal ini ..

Bersama hulurkan tangan kita
Mengusap anak-anak yang kehilangan ibubapa
Bergembira dengan yang tidak upaya
Agar segala kesusahan tidak terasa

Syawal ini ..

Pada teman yang rindu ayah dan bonda
Berhati-hatilah ketika dijalan raya
Jangan terlalu ikut nafsu di jiwa
Kelak kita dan keluarga yang akan merana

Syawal ini ..

Di akhir bait patah bicara
jeansLusuh hanyalah insan biasa
Tidak lari dari melakukan kecil atau besar dosa
Sepanjang perkenalan dan perhubungan kita

Segala perbuatan dan juga tuturkata
Mohon diampunkan sepuluh jari semua
Begitu juga makan dan minum yang dirasa
Harap dihalalkan sepenuh jiwa

Wednesday, September 16, 2009

aku dikatakan menfitnah ??

peh .. serabut kepala otak, apa yag dah aku buat, dituduh menfitnah, fuhh berat tuu,

hari ni aku terima email dari seseorang, dalam email, si pengirim mengatakan tidak puashati dengan salah satu artikel yang dimuatkan di dalam blog aku, si pengirim menganggap artikel aku itu satu fitnah, adusss, menggigil badan aku, berpeluh walaupun aircond di pejabat aku sejuk tahap gila, merah muka aku apabila aku dicap sebagai penfitnah, sepanjang hidup aku perkara inilah yang cuba aku jauhkan, menfitnah, kerana hukum si penfitnah ini amat amat berat disisi Islam, dan parents aku sendiri tidak pernah mengajar aku untuk menfitnah, kalau dibaca baca betul, sebenarnya artikel itu hanyalah satu harapan yang ikhlas dari seorang kawan kepada seorang kawan, bukannya menfitnah mengatakan “dia” telah melakukan sesuatu yang diluar batas kemoralan, tapi ternyata keikhlasan itu tidak dapat diterima pakai, ia bertukar menjadi bencana pada aku,

ingin aku nyatakan pada si pengirim, tolonglah faham saya bukan menfitnah dan anda tidak difitnah oleh saya, tiada langsung niat saya untuk menfitnah, bacalah betul betul artikel itu, apapun saya mohon maaf di atas keterlanjuran kata kata artikel tersebut, mungkin juga ia mengganggu privasi peribadi dan kehidupan anda, tolonglah jangan saman saya, eden takdo duit nak bayar saman haaaa._

jL kata : taubatdah lepas nie kalau nak produce artikel yang berkenaan dengan seseorang kena betul betul dapatkan source yang betul, apalagi kalau seseorang itu amat dikenali, yang penting jangan sesekali mengeluarkan sebarang bentuk ulasan yang seakan akan menfitnah, ish takut, apapun jeansLusuh tak akan mengeluarkan artikel tersebut dari blog, biarlah orang lain pulak menilainya ..

Tuesday, September 15, 2009

wira "kasut" dibebaskan

hari ini seorang wartawan warga Iraq dibebaskan dari tahanan, Muntazer Al-Zaidi yang telah mengejutkan dunia dengan tindakannya membaling kasut kepada Pemimpin Rejim US George The Devil Bush ketika The Devil Bush dan Pemimpin Boneka Iraq Nuri Maliki sedang mengadakan siding akhbar pada December 2008, sepanjang beliau ditahan selama 9 bulan, beliau telah didera dengan kejam sekali, penderaan itu sama dengan penderaan seperti di Quantanamo dan deraan yang diguna pakai oleh agensi agensi kerajaan di 1Negara, penderaan seperti dipukul dengan besi, disiram dengan air panas, ditengking dan diherdik telah dilalui oleh beliau selama ditahan, namun begitu tindakan beliau ini telah disokong malahan tindakannya telah diikuti oleh seluruh rakyat dunia bagi menunjukkan rasa kurang senang dengan mana mana pemimpin negara yang tidak berakal dan sengal pemikirannya, dari negara barat hinggalah ke asia, manakala di Iraq pula diberitakan bahawa Muntazer akan di senarai hitamkan oleh KEREjaan Boneka Kafir US, dan ini adalah arahan dari Si Boneka US Nuri Maliki, bangang punya orang,

sekarang ini di sebuah 1Negara, beberapa “orang- orang”, organisasi NGO’s telah meluahkan rasa berang dan marahnya diatas sikap seorang yang bersahabat dengan 1Negara kerana telah menghina seorang pemimpin ulung 1Negara, menurut seorang sahabat 1Negara ini, gambar pemimpin ulung harus dikalungkan kasut kerana mengganggu hal dalaman mereka,
tindakannya telah membuat ramai “orang-orang” dan NGO’s marah, dan ada yang mengugut mengarahkan agar tindakan segera harus dikenakan kepada orang yang berkata kata itu, atau tindakan susulan akan diambil oleh satu lagi rakan dalam 1Negara, eee garangnya, takutnya,

jL kata : poyolah, dulu semasa pemimpin ulung 1Negara ini memberikan kuasanya pada seseorang yang lain, masing masing memujinya, tapi tidak sampai beberapa bulan, korang “orang-orang” yang bising inilah yang menghina, mencaci, mengutuk, meminggirkan, menyisihkan, membusukkan namanya, mengotorkan jasa jasanya, begitu teruk sekali mantan pemimpin 1Negara ini diperlakukan, seolah pemimpin ulung 1Negara ini tidak pernah berjasa langsung, piiiraahhh korang “orang-orang”, haaa bagilah muka kat kawan korang tu, kan dah kena, sekali lagi piirahhh, pemimpin ulung 1Negarapun tak ambik pot, sebab dia tahu akan ada “orang-orang” yang kununnnya akan men”depend” dia, padahal dia cooljer, sebab dia tahu “orang-orang” yang bising nipun sama dengan jer dengan yang kutuk dia suatu masa dahulu._

Sunday, September 13, 2009

jumpa kawan lama !!

jumaat lepas aku beriftar di Yayasan SALAM Malaysia di PJ, seronok dapat jumpa balik kawan kawan yang lama tak jumpa, didi dengan shikin, rafie dengan june – ahaa, Melinda, Hadi The Mission, Abg Razif Om Charger, Shariman and the gangs dari Temerloh, tapi sayang ada beberapa lagi kawan kawan yang baik tidak datang, Aiza, Sa’adiah, AmiCrest, Ami KGPM, Jamilah dan beberapa kawan lama yang lain tidak muncul, aku selesa berkawan dengan diaorang nie, seronok dapat berborak dengan diaorang nie, diaorang nie tidak memilih milih kawan, semua sama, sama dengan, sama standard, sempoi,

entah bila lagilah nak jumpa diaorang ni balik, almaklumlah masing masing sibuk, didi-shikin duduk jauh jauh, raffie-june harap haraplah, Melinda sibuk study, Hadi The Mission katanya akan ke Korea pulak-gud luck Bro, Abg Razif Om Charger jauh sangat nak pekena teh kat Putrjaya, Shariman kat Temerloh, kalau nak jumpapun mungkin dengan adanya program kot, itupun tak tentu, kalau tahu on, kalau tidak, tahu tahu program selesai,

tapi aku sebenarnya nak citer sikit tentang 2 sahabat aku ni, seorang memang aku respect dengan dia nie, banyak kerja dia yang aku tak mampu nak ikut, seorang lagi aku anggap sebagai adik aku, adik sejemaah, sama dengan perjuangannya, 2 orang yang aku harap akan bersama demi meneruskan perjuangan diaorang dalam membantu sesama insan, kalau dah bersama senang sikit nak aktif dengan lebih serius, dah ada yang saling membantu, sokong menyokong, teman berteman, tak gitu, hee hee hee, aku berdoa agar mereka ini akan berkeluarga hendaknya-berdua-dualah, ok Bro, aku tungguuuuu nie, macam aku cakap, nanti aku sponsor ambil gambar, jadi cameraman hua hua hua._

jL kata : erk punyalah layan podeh udang masak petai dan ikan bakar, dah sampai rumah baru perasan aku tak bayar lagi, alamak eh !!

Thursday, September 10, 2009

kurang ajar !!!!

Mesir .. kurang ajar .. kurang ajar .. kurang ajar ..
aku terkedu, marah dan betul betul sakit hati apabila mendengar berita Astro Awani sebentar tadi, satu berita yang tidak seharusnya di lakukan olehh sebuah negara Islam, dipimpin oleh Pemimpin Islam dan rata rata rakyatnya menganut agama Islam, namun sikap mereka ini melampau dan amat kurang ajar sebagai sebuah negara Islam, di ketika ada negara negara Barat yang cuba membantu tetapi beberapa Negara Islam yang lain cuba menjadi barua dan balaci.

Sdr Azlan Muhammad Shariff, seorang sukarelawan Global Peace Malaysia (Misi Keamanan Sejagat) yang beribu pejabat di Gombak, telah ditahan oleh kerajaan Mesir selama 3 hari, lebih menyedihkan lagi beliau mendakwa telah disoalsiasat dengan dipukul dan di dera, Sdr Azlan yang ditahan di lapangan terbang di Kaherah bersama 2 orang lagi sukarelawan GPM telah ditahan dan dibawa ke Mesir, setelah disoal siasat, 2 orang rakannya dibebaskan tetapi Sdr Azlan telah ditahan dan terjadilah peristiwa hitam kepada aktivis sukarelawan ini, Sdr Azlan ditahan hanya kerana membawa bantuan kemanusiaan yang didermakan oleh rakyat Malaysia juga dari Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri,

sikap kerajaan bacul Mesir yang dikepalai Si Hosni Mubarak ini telah membuktikan siapa mereka, membuka pekung di dada yang amat busuk dan keji sekali, menjadi dalang di belakang keganasan puak laknatullah Israel, menjadi barua laknatullah Israel, menjadi pelacur antarabangsa kepada laknatullah Israel, lihat sahaja bagaimana bongkak dan bangsatnya Hosni Mubarak semasa bencana yang dicipta oleh laknatullah Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Gaza, Hosni Mubaraklah yang manjadi tembok penghalang paling kukuh untuk para sukarelawan antarabangsa menembusinya bagi membantu , enghantar bantuan makanan dan ubatan kepada rakyat di Gaza,

pengawal keselamatan di sempadan Gaza/Mesir begitu angkuh dan berlagak, banyak berita dan cerita dengan sikap kurang ajar mereka, mereka dengan sengaja membiarkan bantuan makanan menjadi busuk di disempadan, membiarkan ubatan yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza terbiar dan akhirnya tidak boleh digunakan lagi, sikap buruk mereka itu di topengkan pula dengan membenarkan pakaian sahaja di benar masuk ke Gaza, antara pengalaman yang perit dilalui oleh NGO Malaysia adalah dimana pengawal sempadan Mesir telah mengoyakkan surat kebenaran melalui sempadan ke Gaza yang ditandatanganni oleh Kerajaan Malaysia melalui kedutaan Malaysia di Mesir, dengan tersenyum sinis mereka mengoyakkan dokumen itu, dan menghalau sukarelawan Malaysis itu dari kawasan sempadan, itu belum lagi ada di antara sukarelawan yang diajukan senjata dan diugut,

petang semalam pihak GPM telah menghantar memorandum ke Kedutaan Mesir, membantah perangai buruk kerajaan Mesir dan seharusnya organisasi NGO yang aktif di dalam misi bantuan kemanusiaan ini patut juga menghantar memorandum bagi menunjukkan sikap tidak puas hati terhadap Mesir yang ternyata tidak adil didalam membantu rakyat Gaza dan sikap sekongkolnya dengan laknatullah Israel yang telah menjadikan Gaza penjara terbesar di dunia, tunjukkan solidariti anda sebagai aktivis sukarelawan,

Sdr Azlan yang aku kenali: aku mengenali Sdr Azlan semasa tahun 2000, aku juga adalah antara sukarelawan penggerak GPM pada tahun itu, bersama Sdr Azlan aku banyak belajar tentang erti sukarelawan dan kemanusiaan, beliau banyak menunjuk ajar dan banyak memberikan semangat kepada aku agar menjadi seorang sukarelawan yang benar benar ihklas tanpa ada apa apa “hidden agenda”, beliau yang telah berpuluh tahun menjadi sukarelawan mempunyai begitu banyak pengalaman di dalam bantuan kemanusia, samada bencan peperangan atau bencana alam, dari bantuan kemanusiaan peperangan di Afghanistan, Iraq, Pakistan, Bosnia sehinggalah ke bantuan kemanusiaa bencana di Bam Iran dan Pakistan, tsunami Kuala Muda, Kedah-Acheh-Sri Lanka-Jogjakarta, dan juga di dalam negeri, beliau sering mengambil cuti yang panjang dan meninggalkan keluarga semata mata untuk memastikan setiap misi beliau dan NGO yang diwakilinya tercapai matlamat, beliau juga amat dikenali di kalangan NGO di Malaysia dan juga Antarabangsa, latarbelakang Sdr Azlan juga bukan calang calang, beliau merupakan salah seorang pesara pejuang negara yang berpangkat tinggi, maka itu tidak hairanlah beliau berani pergi untuk membuat misi di tempat tempat yang berisiko tinggi, mungkin ada yang tidak tahu, masih ingat dengan seorang anak kecil dari Iraq yang cedera parah dan dibawa ke Malaysia ?, sedarkah kita semua beliau dan rakan rakannyalah yang telah berjaya membawa kanak kanak itu keluar dari Iraq dan mendapatkan rawatan di Malaysia, namun apa yang dibisikkan di telinga aku, “tak mengapa sheikh, yang penting anak ini mendapat rawatan yang sempurna”, sedangkan aku melihat orang lain yang berpoyo poyo mendapat nama, kalaulah aku ni pemimpin dah lama dia aku jadikan sebagai sebahagian ikon negara, apapun Abg Azlan .. saya tetap hormat dengan sikap kesukarelaan Abg Azlan, dan saya akan memegang segala nasihat Abg Azlan, teruskan perjuangan._

Tuesday, September 8, 2009

kawan karib ? : sukarnya

Punya uang ribuan kawan keliling pinggang
Kawan ketawa senang di cari di mana mana
Kawan menangis dimanakah, ingin ku mencari :SweetCharity:

mencari seorang kawan yang dinamakan karib amat payah sekali, ada yang kita sangkakan sudah menjadi kawan karib kita, tetapi ternyata meleset, sedang kita menghormati, mempercayai, mendengar segala luahan isihatinya, menjadi pendengar setia, mendengar segala keluh kesahnya dan kita pula tanpa berahsia berkongsi cerita, dan dia pun pula turut menjadi pendengar setia dan adakala seolah menjadi motivator penguat semangat kepada kita, tetapi akhirnya kawan yang kita anggap karib itu hanyalah kawan kawan seperti yang lain juga, kawan yang lebih kepada ketawa, bersenda di hadapan tetapi di belakang lain pula jadinya ..

memilih kawan jauh berbeza dengan memilih pasangan, kadangkala memilih pasangan lebih jauh mudah dari memilih kawan, kawan yang ketawa dan menangis bersama itu hanya 1 dari sejuta, yang ramai di dunia ini adalah kawan yang suka mengadu domba, gemar memperkecil kecilkan, melihat seseorang itu mengikut standard, dan yang lebih menyedihkan apabila secara tiba tiba tidak mengenali kawan yang telah lama dikenalinya, apabila berjumpa bertentang mata seolah seperti makhluk asing yang tidak pernah berjumpa, apatah lagi kawan yang tidak pandai menghormati antara satu sama lain, harus kita sahaja menghormatinya sedangkan kita dibuatnya seperti kayu tunggul yang tidak boleh berkata kata,

sepanjang hidup aku ni, memang ramai sangat yang aku anggap sebagai kawan karib, mudah sangat, entah aku ni memang seorang yang suka bersangka baik dengan orang, walaupun baru beberapa ketika mengenali seseorang, aku terlalu cepat merasa orang itu seolah sudahpun menjadi kawan yang boleh berkongsi cerita bersama, aku hanya tersedar apabila hidung aku disinggung oleh mereka sendiri, apabila aku disepak terajang secara halusi dan ilusi melalui gerak badan mereka, barulah aku tahu dan tersedar ahhh mereka seperti kawan kawan sahaja, kawan yang hanya boleh bercanda dan bergembira begitu begitu sahaja, kawan yang hanya sekejap sekejap sahaja, dan ditegur dan menegur secara terpaksa,

aku memang tidak boleh lari dari sikap sebegitu, sikap yang suka menjangkakan bahawa dia adalah kawan karib, tidak kira jantina, agama, kaum, politik semua, kalau sudah aku anggap selesa berkawan terus aku melabelkan bahawa mereka adalah kawan karib,

dan begitu jugalah sikap aku untuk melabelkan mereka hanyalah kawan plastik, yang hanya ingin berkawan dengan orang orang yang sekepala kununnya, yang sestandard, entah apa yang standard dalam diri atau kehidupan diaorang pun aku tidak tahu dan pasti, apa lagi yang memikirkan mereka itu lebih hebat dari orang lain, terlalu hebat sehinggakan melihat orang lain itu hanyalah seorang insan picisan,

dan memang sikap aku, kalau hendak berlagak ego di depan mata aku, aku hanya tersenyum sinis tidak langsung terliur dengan sikap ego mereka itu, hebatkah mereka sekiranya aku sendiri merasa seperti lebih hebat dari mereka, ilmuankah mereka sedangkan aku sendiri merasa ilmuan aku terlebih sedikit dari mereka, berharta sangatkah mereka sedangkan aku merasakan aku sedkit berharta dari mereka, sedangkan mereka lupa insan ciptaan ALLAH itu telah diberikan kelebihan masing masing yang seharusnya disyukuri bukan nya diegoi gitu,

sekarang baru aku tersedar dari mimpi, rupanya tidak mudah hendak mencari seseorang yang karib di dalam perhubungan sesama kawan, baru bangkit dan tersentak, bahawa jangan mudah sangat berkawan karib, dan belajarlah jangan terlalu mudah sangat berkongsi sesuatu dengan seseorang yang belum pasti kawan, kawannya, aduhai .. konkulasinya aku kena cari pasangan, baru betul kot .. tidak payah lagi hendak mencari kawan karib, cari sahaja pasangan karib yang boleh menjadi kawan dulu, kini dan sampai kubur kata mari,

dan terus berkawan dengan kawan kawan yang ada, terus hormati mereka walaupun aku tidak dihormati, tegur mereka walaupun mereka melihat aku umpama kayu, tanya khabar mereka walaupun mereka tidak ambil tahu, kerana berkawan itu lebih mulia dari bermusuh,

kepada kawan kawan yang mengenali aku, aku berterima kasih sesangat kerana korang berkawan dengan aku, adakah aku seorang yang membosankan, ego, berlagak, sombong, bongkak, bercakap besar, keras kepala, tidak hormat dan segala jenis benda yang korang tidak suka, aku mohon maaf, kerana kita hidup di dunia tidak lama, singkat sangat, terlalu singkat, Israil sentiasa mengekori ke mana sahaja kita pergi, setiap saat, aku takut teramat takut sekiranya aku tidak dimaafkan, begitu juga kepada kawan kawan yang terlebih terkurang dengan aku, sama samalah kita bermuhasabah diri,

alfatihah kepada salah seorang dari kawan yang aku anggap sebagai kawan karib yang baru pulang ke rahmatullah pada puasa yang ke 16 lepas, aku tidak dapat mengiringi kau ke pusara kawan, namun aku akan iringi dengan kalam surah Yasin dan berdoa agar kau akan ditempatkan bersama sama orang yang soleh dan semoga kau akan aman di sana nanti, insyaALLAH._