in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Thursday, April 29, 2010

100 posts : rehat sekejap

setelah bertahun mencari .. akhirnya pencarian itu ditemui .. setelah bertahun menanti.. akhirnya yang dinanti tersimpan dihati .. setelah bertahun mencari ketenangan perasaan .. akhirnya perasaan itu terbalas dengan kegembiraan .. setelah bertahun mengintai bahagia .. kini kebahagian itu bakal menjelma .. setelah bertahun menanti saat itu .. insyaALLAH saat itu akan terdetik sempurna .. kini hanya menghitung hari ..

Alhamdullilah syukur ke hadratMU Ya AL-ALIM (Yang Maha Mengetahui) lagi Ya AL-HAKIM (Yang Maha Bijaksana) yang menjadualkan kehidupan, perjalanan di dunia ini, yang mana baik dan buruk untuk umatNYA .. segala doa yang di makbulkan olehMU Ya AL-MUJIB (Yang Memperkenankan Permohonan) lagi Ya AL-WARIS (Yang Memiliki Segala galanya) … terima kasih Ya AL-WAALI (Yang Maha Berkuasa Memberi Pertolongan/Pelindung Yang Sebenar benarnya) kerana memberi sinar dalam kehidupan ini .. semoga mendapat segala kerahmatan dan keberkatan dari Mu Ya ALLAH (Allah Azzawajalla yang Disembah Dengan Sebenar benarnya) untuk perjuangan mendatang .. Amin Ya Robbal Alamin ..

apabila kita ingin bersamanya jangan kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahan kita akan menjauhinya .. andai kita ingin bersamanya jangan kerana kebaikannya kerana mungkin dengan 1 keburukan kita mungkin membencinya .. andai kita ingin bersamanya jangan kerana ilmunya kerana jika dia buntu kita mungkin memfitnahnya dan jikalau ingin bersamanya terima lah ia seadanya .. kerana dia hanya manusia biasa .. jangan diharapkan kesempurnaan kerana tiada manusia yang sempurna ..

dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa .. meratah keimanan kita satu persatu .. adakala rasanya tak mampu ... kadang-kadang mahu beralah ... tapi di sana ada kebahgiaan hakiki menanti ..

jeansLusuh akan berehat seketika untuk bersama sama bunga cintanya bercuti dan mengambil angin di sebuah Pulau di Pantai Barat. Telah sekian lama jeansLusuh mengimpikan saat ini. Pada kekawan yang ada menjenguk blog ini, jeansLusuh aka abuAMMAR memohon agar mendoakan kami selamat pergi dan balik dan berbahagia selamanya, agar perjalanan baru yang akan kami layari nanti akan disinari dengan Nur Islam. Salam.

Tuesday, April 27, 2010

tak selamat di tanahair sendiri

Pernah mendengar “shoot & kill” ?. Benda ini hanya berlaku di Palestina, Iraq, Pakistan dan Afghanistan. Budaya “S&K” ini amat digemari oleh anggota keselamatan kuffar 1Israel terutama di Palestina. Ia selalunya berlaku di sekatan sekatan jalanraya, anggot kuffur 1Israel akan tembak dahulu baru tahan, selalunya yang ditembak akan terkorban dan terus dicop sebagai pengganas oleh anggota keselamatan kuffur 1Israel ini. (sukahati makbapak diaorangjerkan)

Budaya ini sudah menular di seluruh pelusuk dunia, termasuk di 1Negara.

Sekiranya anda tidak mahu gambar anda terpampang di dada akhbar fitnah busuk lagi meloyakan dengan tajuk “mangsa yang terbunuh dalam tembakan itu dipercayai dari geng penyamun” walaupun belum tentu anda penyamun, maka ini adalah tip untuk anda supaya anda tidak mati katak (melompat katak takper masyuk) atau lebih hina dituduh sebagai pengganas.

Tip ini aku kongsi dari pengalaman aku sendiri, sampai sekarang aku amalkan, apabila di sekatan jalanraya atau diekori oleh kenderaan yang amat berkuasa di 1Negara ini, takut kena “S&K”

perkara ini patut anda lakukan, supaya tak mati katak (katak lagi), lebih lebih lagi kita orang yang baik baik nikan hehehe :

1 : berhenti, jawab salam jika mereka memberi salam (tidak perlu senyum)
2 : buka tingkap di sebelah anda (sebelah pemandu), jangan buka tingkap lain (tidak perlu senyum)
3 : berikan apa juga mereka minta etc ic, lesen, jangan bagik wang itu rasuah namanya, keji tuh (tidak perlu senyum)
4 : perhatikan sekeliling anda, takut ada yang mendekati kereta anda untuk meletakkan apa apa barang yang mencurigakan (tidak perlu senyum)
5 : pastikan kesemua pintu kereta berkunci (tidak perlu senyum)
6 : jika diarahkan keluar, pastikan penumpang lain memantau juga, jika anda seorang, mata harus melilau (tidak perlu senyum)
7 : jika anda memakai cap/topi atau bercermin mata gelap, tanggalkan, sebelum diarahkan (tidak perlu senyum)
8 : jika diarah membuka bonet kereta, pastikan ajak teman anda sekali, jika seorang pastikan anda berada berdekatan dengan kereta anda (tidak perlu senyum)
9 : jawab soalan yang relevan sahaja (tidak perlu senyum)
10 : jangan menunjuk aksi aksi yang mencurigakan, takut atau bersalah sekiranya anda memang tidak bersalah, kalaudah memang bersalah, nak buek camnolahkan, redhojerlah (tidak perlu senyum)
11 : sekiranya anda mensyaki ada unsur unsur penyamaran atau penyalahgunaan kuasa, cuba larikan diri dan terus ke kawasan selamat, kawasan ramai orang awam, contoh kedai mamak, hubungi saudara terdekat, jika hendak buat laporan, buatlah, jika rasa buang masajer, tak payah, balik kerumah sekiranya anda pasti semua sudah selamat line clear dengan ditemani ramai orang, takper biar kereta anda penuh macam sardine, yang penting selamat, dan pastikan juga ada barang yang boleh digunakan semasa kecemasan seperti steering lock kee, kayu besball kee, kayu hoki kee jangan membawa senjata yang dilarang oleh undang undang sudah, macam pistol ke C4 kee ooppssss ..
12 : yang ini penting, jika anda mempunyai hp camera, rakamkan secara sembunyi setiap gerakan mereka semasa mereka memeriksa kereta anda atau semasa bersoal jawab, ingatkan nama mereka, no id mereka yang terlekat dibaju, no plet kereta atau apa sahaja yang boleh dijadikan barang bukti sekiranya terjadi sesuatu yang buruk terhadap diri anda, tapi yang ini aku tak penah buat lagi, sebab masa tuh hp aku tak canggih, tapi sekarang dah beli yang canggih so insyaALLAH akan buat kot hikhikhik (tidak perlu senyum)

Sekiranya semua ok, baik baik belaka, blah cepat cepat sebelum mereka mencari kesalahan anda sedaya upaya, tak perlu senyum atau mengada ngada nak tersengih, nak ucap terima kasih bagai, KERANA belum tentu anda tidak akan ditembak dikepala dari belakang. Sebabnya budaya “S&K” ini sudah menjadi barah yang amat parah yang merosakkan otak sekelian “mereka” di 1Negara. Walaupun anda senyum dan ucapkan terima kasih belum tentu anda selamat huhuhu (tidak perlu senyum).

Cukup cukuplah, jangan serahkan nyawa anda bulat bulat pada mereka yang ego ini. Jangan panik, sekiranya anda panik lagi mereka suka dan akan menjadi jadi ego mereka.

Ingat samada anda bersalah atau tidak, tiada apa yang boleh dijadikan bukti, kerana anda telahpun terkorban, dan akhbar akhbar fitnah yang busuk lagi meloyakan ini akan tetap mengadu domba kepada yang tidak ada kepala hotak mengatakan andalah jahat sejahat jahatnya.

Apapun tidak sepatutnya suka suki nak cabut nyawa orang camtuhjer, kalau bersalah cubalah tangkap hidup hidup, dikurung, yealah mana tau mungkin diaorang akan insaf, dapat gak pahala ubah orang dari jahat jadi baik, neh suka suki tembak mati orang, dibuatnya orang tuh tidak bersalah, hemm apa cito, apo yang banggo sangat ntah tembak orang nie, den pun tak pahamdan janganlah sedap mulut menuduh orang macam macam, andapun tak berapa baik sebenarnya. Semua orang tahu.

Kalaudah melawan main tembak tembak, mengancam nyawo tuh, barulah ok, tembak balas tembaklahkan barulah gentelman ko gentleman.. manomano jolah .. hemmmm

Al-Fatihah untuk Allahyarham Adik Aminul Rashid Hamzah, 15tahun, mangsa “S&K” yang terbaru, semoga kematiannya akan diadili dengan seadil adilnya .. jangan percaya 100% malahan mungkin beratus ratus sekalipun dengan akhbar akhbar dan media elektronik fitnah perdana 1Negara, agar rohnya di tempatkan bersama sama orang orang yang soleh dan dilapangkan pusaranya. insyaALLAH

nota’tumit jL : “ya ALLAH kau lindungilah kami sekeluarga dari ancaman ancaman yang tidak diingini dan tidak disedari” Amin. Aku semakin takut duduk di tanah air aku sendiri.

Monday, April 26, 2010

Orang IKHLAS itu tertindas ?

Semalam aku ke PJ, buat talk sharing, pengalaman sebagai Sukarelawan, aku tidak sempat nak citer perkara ini, perkara yang pernah aku fikirkan beberapa tahun dahulu, setelah 13 tahun aku aktif sebagai sukarelawan .. IKHLAS ..

IKHLAS yang aku faham dan aku tanamkan dalam diri aku , alhamdullilah .. memang tidak diduga sememangnya ALLAH itu maha berkuasa, tidak salah jika aku akui, bahawa segala IKHLAS yang aku tanamkan kini mendapat hasil yang menggembirakan, , lebih lebih lagi dalam kerja kerja sukarela, syukur Ya ALLAH ..

Bacalah dari email yg diterima panjang sikit tapi besss ..

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.“Mengapa?” balas saya.“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.“Oh ramai encik…”“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.“Kakak, boleh saya bertanya?”“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.“Maksud encik?”“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas” ..

“Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!”“Kenapa?”“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

nota’tumit jL: Sesungguhnya Allah tidak memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang ikhlas, sedangkan ikhlas itu rahsia Allah.

Thursday, April 22, 2010

Puaka Haram Masuk 1Negara ? Bila ?

3 ekor binatang yang haram di makan dan disentuh .. BABI = BUSH = BLAIR

Pengganas nak masuk pemerintah buat apa. Jangan terlalu sibuk dengan Hulu Selangor. Buka mata sikit. Pengganas Antarabangsa yang membunuh rakyat Iraq, Afghanistan, Palestina dan beberapa negara Islam akan masuk kesini , dibawa oleh sebuah syarikat hakmilik rakyat sebuah negara yang kecil sahaja tetapi amat ditakuti dan digeruni oleh pemerintah 1Negara. Bagaimana syarikat dari Singapura ini boleh membawa Blair The Liar masuk ke dalam 1Negara ini. Bagaimana mereka dapat kelulusan, lesen malahan mungkin akan di berikan keselamatan dan layanan VVIP nanti. Bagaimana Success Resources Company milik rakyat Singapura ini (adakah syarikat ini juga mempunyai staff 1Israel di dalamnya) memperkecilkan kita rakyat 1Negara (apa aku peduli kalau diaorang pandang sebelah mata pada 1Negara ni). Tapi sial, syaitan haram ni nak masuk ke tanah air aku senang senang aja.

Blair The Liar boleh disamakan seperti seorang "penjenayah perang". Keterlibatannya di dalam pembunuhan beramai ramai di dalam peperangan Iraq, balaci atau hamba abdi kepada 1Israel seharusnya menjadikan dia diiktiraf sebagai pengganas atau pun tidak pembunuh no 1 dunia selain daripada George The Pig Bush.

Mantan PM Tun Mahathir sendiri turut "memandang jijik" kepada syarikat-syarikat penaja yang menaja kedatangan Blair The Liar ke 1Negara ini.

Tetapi pihak yang mempunyai kuasa hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga. Aduss sentap betul jiwa aku dengan perangai buruk diaorang ini.

Menurut Mantan PM lagi, "Bagaimana anda boleh menaja dan ingin mendapatkan nasihat daripada seorang pembohong. Adakah anda juga ingin berbohong dalam menjalankan perniagaan anda?, soalnya. Bernama

Ayuh kita tentang Blair The Liar masuk kedalam negara kita.

24 April ini jam 9.30pagi di Sunway Convention Centre, Subang Jaya kita sambut Blair The Liar dengan selipar dan kasut. Jangan pie ke Sunway Lagoon lak, itu nak tengok lain.

Jahanam 1Satan1Israel, Jahanam United Shit Of America, Jahanam Great Bustard Britain.

Tuesday, April 20, 2010

den maleh tapi ghaso panehlak

Tulah aku memang tak boleh terlepas pandang benda benda gini …

Masa nilah nak cerita keburukan orang tu, peminum arak tegarlah kaki judilah macam macamlah. Tapi masa duduk serumah dulu tak pula nak hightlightkan segala keburukannya. Bila dia dah keluar dan berpindah ke rumah lain, barulah nak hiruk pikuk.

Tapi kalau betulpun dia macam tu, tak terfikir ke sebelum itu dia tinggal lama terlalu lama di dalam rumah itu dan segala tindak tanduknya memang dah diketahui semua penghuni rumah . Atau mungkin mereka yang duduk serumah dengannya dulu sama lebih kurang ajer atau lebih dari itu. Jadi takder sapa yang nak “sound” atau tegur, sebab takut kalau “sound” nanti, yang berkokok tuh lebih teruk dari kaki teguk, lebih teruk berjudi dah jadi darah daging dalam diri.

Tapi aku respek gak, dia berani mengaku dan lebih respek bila dia kata dia dah bertaubat. Wallahuallam, bab taubat ni bukan kita yang boleh kata yea atau tidak, itu semua ALLAH punya kuasa. Tetapi andaikatalah dia sememangnya telah benar benar bertaubat, hemmm yang dok huru hara mengungkit segala kesalahan lampau dia dulu, korang pikirlah sendiri, sendiri carik jalan ke ooopsss tuuut.

Tapi aku rasalah, kalau di buka pekung busuk hina puak puak yang mencarut tak tentu pasal nie tentang kemaksiatan dan kezaliman yang telah dilakukan, adakah puak puak ini sanggup mengaku, atau masing masing buat muka toyo dan poyo buat tak tahu dan buat selamba badakjer .. aku garenti camtulah puak puak tuh .. kulit tebal dan urat malu dah putus, tuh sebab jadi cam tuh ..

Tak tahulah, kalau nak dikuarkan satu persatu keburukan dengan buktinya, araknya, judinya, perempuannya, kawin larinya, main budak bawah umurnya, bawak lari bini orangnya, bawak lari aanak dara orangnya, poligami tanpa izin waaa hebatnya, hemm bersepah sepah seperti sampah sarap dijalanan, tinggal lagi aku rasa dia yang dikutuk penuh kelucahan melampau dari puak puak karat ini, tidak mahu melakukan atau dia sememangnya sudah tidak mahu lagi mengemis dosa dengan mencarut dan menghina tidak seperti mereka yang tidak pernah insaf dan tidak puas dengan menghimpun dosa kering dan basah.

Adakah dia benar benar telah bertaubat, sama samalah kita berdoa agar taubatnya itu diterima ALLAH SWT.

Apa kabar orang Hulu Selangor, wahh dapat durian runtuhlah seminggu dua nie erk. Pakcik kayooo .. kayo kena tipu dengan janji janji manis hikhikhik … kono tipo dongan sapo sapoyolah yang koncing kuek .. hahuahua ..
nota'tumit : eih terkejut gak aku sejak bila pula puak puak karat neh sedar dan tau yang judi dan arak tuh haram .. ekeleh .. sedangkan diaorang yang paling lama jadi ketua rumah :keypadlock:

Monday, April 19, 2010

cukup cukuplah : untuk diri aku juga

Cukup cukuplah untuk diri aku jugaCukup cukuplah membuat dosa, tidak kiralah samada dosa kecil atau besar, dosa kering atau basah. Ingatlah rumah selalu kata pergi kubur selalu kata mari. Tidak kiralah kita masih muda atau sudah tua gayut. Mati itu tetap datang, Malaikat Izrail senantiasa memerhatikan telatah kita. Apabila ditugaskan oleh ALLAH SWT untuk melaksanakan tugasannya, percayalah Ia tidak akan bertangguh atau memberikan beratus ribu alasan. Secepat kilat Malaikat Izrail akan melakukan tanggungjawab yang telah ditugaskan.

Aku bukanlah seorang yang sempurna, maka itu ini merupakan peringatan kepada diri aku, keluarga dan mungkin juga untuk teman teman aku yang berAUKU janji Bersyahadah seperti aku.

DOSA bukan perkara kecil. Hari ini ramai orang memandang remeh soal dosa. Sesetengah umat Islam kini bukan saja tidak takut berbuat dosa malah seronok pula melakukannya.

Menurut Ibnu Qayyim, akibat yang akan menimpa pelaku maksiat antaranya:

1. Maksiat akan menghalang diri daripada mendapatkan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Ketahuilah, kemaksiatan dalam hati dapat menghalang serta memadamkan cahaya itu.

2. Maksiat menghalang rezeki. Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkan ketakwaan bererti menimbulkan kefakiran. Rasulullah s.a.w bersabda, "Seseorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang dibuatnya." (HR Ahmad).

Justeru, kita perlu meyakini takwa adalah penyebab datangnya rezeki serta memudahkan rezeki kita. Jika saat ini kita berasakan betapa sulitnya mendapatkan rezeki Allah, maka tinggalkan kemaksiatan! Jangan kita penuhi jiwa kita dengan debu maksiat.

3. Maksiat membuat kita jauh daripada Allah. Diriwayatkan ada seorang lelaki mengeluh kepada seorang arif berkenaan kesunyian jiwanya. Arif itu berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa, maka tinggalkanlah perbuatan dosa itu."

4. Maksiat membuat sulit semua urusan kita. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gelita. Ibnu Abbas r.a. berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.

5. Maksiat melemahkan hati dan badan. Kekuatan seorang mukmin terpancar daripada kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat, maka kuatlah badannya.

6. Maksiat menghalang untuk kita taat. Orang melakukan dosa dan maksiat cenderung untuk tidak taat. Orang yang berbuat maksiat seperti orang yang satu kali makan, tetapi mengalami sakit berpanjangan.

7. Maksiat memendekkan umur dan menghapus keberkatan. Pada dasarnya, umur manusia dihitung daripada masa hidupnya. Imam Nawawi hanya diberi usia 30 tahun oleh Allah s.w.t. Meskipun hidupnya pendek, namun berkat. Kitab Riyadhush Shalihin dan Hadits Arbain yang ditulisnya memberinya keberkatan dan usia yang panjang, sebab dibaca oleh manusia dari generasi ke generasi hingga saat ini dan mungkin generasi yang akan datang.

8. Maksiat menumbuhkan maksiat lain. Seorang ulama salaf berkata, jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal itu akan mendorongnya melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan sesekali cuba melakukan maksiat kerana ia akan menyebabkan 'ketagihan' dan sukar untuk berhenti jika ia menjadi satu kebiasaan.

Nota'tumit : cuba cubalah kita mengelakkan melakukan sebarang kemunkaran .. wallahuallam

Friday, April 16, 2010

sedap kejapjer dol ..

2 malam lepas aku pekena teh dengan sahabat baik aku. Lama tidak berjumpa dengan dia semenjak dia berdua duaan ni hik hik hik. Biasa setiap kali berjumpa, topik perbualan kami berkisar dengan aktiviti dan perancangan sukarela. Kami mempunyai minat yang sama bersukarela, membaca dan mencatat perjalanan hidup di dalam blog, dia terlebih dahulu berblogging dan dia jugalah yang mencabar aku punyai blog sendiri. Cuma blog aku agak caca marba sedikit.

Dia mencadangkan agar aku mula untuk mencatatkan sesuatu yang serius di dalam blog aku selain dari komen komen pedas yang selalu aku paparkan. Katanya lagi, aku punyai banyak “input” sebenarnya yang mampu membuatkan blog aku menjadi tumpuan pengunjung (katanyalah). Dengan pengalaman yang aku ada sebagai sukarelawan selama 13 tahun, sudah pasti banyak cerita yang boleh dikongsikan. Aku terfikir mengapa tidak, sedangkan segala pengalaman yang aku simpan itu mungkin boleh menghasilkan sesuatu. InsyaALLAH mungkin selepas ini Blog jeansLusuh akan mencatatkan segala pengalamannya selain dari topik topik hangat dan semasa yang tidak akan terlepas pandang dari aku. Mungkin yeaa .. sebab aku ni pun kadang kadang tu hangat hangat tahi ayamjer, idea memang banyak tapi bila tengok dan dengar isu isu semasa, otomatik nak komenjer .. jeng jeng jeng gitu ..

Mungkin aku boleh mula dengan artikel ini.

Kes kes pembuangan dan pembunuhan bayi semakin menjadi jadi, ini mengingatkan kita pada zaman jahiliah sebelum datangannya agama Islam. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka dan khuatir anak mereka diperkosa atau berzina.

Bagaimanapun, pada zaman jahiliah moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri berzina.. Dek kerana rasukan syaitan dan nipisnya keimanan dan akidah, mereka terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan, mereka menambah lagi saham dosa dengan menyeksa bayi berkenaan, membuang dan di bunuh pula. Mereka lupa kepada fitrah kehidupan manusia yang sebenar yang dituntut dalam Agama.

Sikap tidak perikemanusiaan ini membuktikan bahawa mereka tidak punyai harga diri dan maruah. Sanggup membuang dan membunuh bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.

BERZINA nampaknya sudah menjadi satu trend masa kini, ia seperti memakai pakaian yang seksi dan seksa, mencuri, hisap dadah, minum arak dan pelbagai perlakuan maksiat lagi.

Jika tidak berzina kononnya tidak matang, tidak macho bagi jantan gila dan tidak moden bagi betina bangang. Perlakuan Zina ini semacam sesuatu yang tidak dapat dielakkan di dalam kehidupan mereka.Sepeti darah daging atau seperti isi dengan kuku. Melakukannya tanpa rasa bersalah atau berdosa dan paling menyedihkan perlakuan ini tidak terbatas pangkat dan usia, dari yang miskin hinggalah yang kaya, dari remaja, dewasa sehinggalah yang tua bangka di penghujung senja.

Pada penggiat zina, aku ingin beritahu sedikit, berzina ini memang seronok tetapi sekejap sahaja, deritanya selamanya sehingga ke neraka. Anda semua fikirlah sendiri. Anda melakukan maksiat tidak tentu masa, bayangkanlah tengah dok baik punya layan tabiat syaitan tuh, tiba tiba ALLAH utuskan Malaikat Izrail menerjah, haa amcam, mati katak dalam keadaan mengaibkan, bila dah mampus menyusahkan keluarga pulak, habis seluruh keluarga kena tempias dengan perangai kesyaitanan anda tu. Bangang tak boleh diajar betul.

Petikan Tazkirah oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh :

Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat. Di antara akibat buruk dan bahaya terbabit ialah:

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.
6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.
11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.
12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya? Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa. Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Na'udzubillahi min dzaalik.
15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.
16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud? Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana durjana ini.

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Nota tumit jL: kalau dah begini punya penerangan yang mudahpun tidak boleh masuk dalam kepala otak tu, baik jadi binatang haramjerlah .. yang tidak bolah dimakan dan tidak boleh disentuh .. bahlul .. gue marah

Monday, April 12, 2010

Terima Kasih Tengku Puan Pahang

“Baginda juga meminta supaya Polis tidak memukul remaja itu, tetapi menyiasat jika dia mempunyai sebarang penyakit tertentu”. Bernama

Terima kasih Baginda Tunku Azizah di atas peringatan itu kepada Sang Penguasa. Ternyata Baginda amat prihatin dengan rakyat jelata walaupun suspek cuba memalukan Baginda dan keluarga, kerisauan Baginda ini sememangnya berasas kerana kebelakangan ini begitu banyak laporan penyalahgunaan kuasa kekerasan oleh pihak penguasa terhadap suspek semata mata untuk mendapatkan maklumat walaupun kadangkala suspek telah bekerjasama, ini semua hanya kerana mereka ingin mendapatkan nama dan menaikkan imej. Tetapi biasalah, mereka kan berkuasa di 1Negara ini.

Malahan Baginda juga merasa lucu dengan tertipunya seorang Exco kerajaan negeri kerana menurut Baginda, Exco itu mengenali semua anak angkatnya.

Aku pun sendiri rasa nak gelak sampai keluar air mata dan hingus bila melihat orang yang berpangkat tinggi, sungguh tinggi pangkat itu, seorang Exco Kerajaan Negeri dan seorang lagi Pengarah Jabatan. Weh seorang Exco seorang lagi Pengarah tetapi terbukti mereka ini tidak membuat kerja, manakan tidak, apabila melibatkan mana mana acara rasmi yang melibatkan pihak Istana, takkan mereka tidak mendapatkan maklumat terperinci atau pengesahan dengan pihak Istana terlebih dulu, kerana ini juga melibatkan keselamatan kerabat Istana itu sendiri.

Tulah masaalahnya asyik nak membodekjer, bodek tidak bertempat namanya neh. Apapun aku tabik spring dengan budak itu kerana berjaya menipu Sang Exco dan Sang Pengarah, hikhikhik lu memang genius Bro, patutpun lu dapat keputusan cemerlang dalam exam lepas, 9A’s tuuu ..

Nota tumit jL: Ataupun kedua dua Sang Exco dan Sang Pengarah ini ada udang di sebalik batu. Wapuchitaw maaaa …

Friday, April 9, 2010

sudah bersedia kah ?

Entah kenapa hari ini aku rasa semacam sahaja apabila pergi solat Jumaat. Seperti biasa pukul 12 tengahari aku dah gerak, sengaja aku masuk awal tidak mahu mengganggu jemaah lain, rasanya tidak sopan apabila kita mengganggu jemaah yang telah masuk awal, lalu lalang dihadapan mereka yang sedang membaca Al-Quran atau solat sunat. Kebiasaan, aku akan membaca Al-Quran sementara masuk waktu, tapi kali ini aku lebih banyak mengelamun. Tidak semena aku teringat tahun 98-99. Eih tiba tiba ..

Awal 98-99. Aku bekerja di sebuah Bank yang beribu pejabat di Jalan Hang Lekiu. Solat Jumaat di Masjid Jamek Kuala Lumpur. 98-99, jika ada yang masih ingat lahirnya satu gelombang yang dipanggil kebangkitan rakyat. Aku tidak mahu membohong seperti mana orang yang berkedudukan tinggi kerana jawatan dan menyalah gunakan jawatan suka membohong, aku memang salah seorang dari rakyat yang bangkit itu. Apalagi pejabat aku amat dekat dengan Mahkamah yang menjadi puncanya gelombang itu dan seterusnya menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa juga, kira dimasa itu Mahkamah KL ini sudah jadi salah satu antara “port” yang wajib dikunjungi oleh pelancong asing, selain dari Tugu Negara, Masjid Negara, Dataran Merdeka dan Taman Burung di Tasik Perdana, kira masa itu meningkat jugalah pelancong asing dan bertambahnya pendapatan industri pelangcongan Negara hahaha.

Ok, aku tidak mahu hendak bercerita tentang pahit manis di era kebangkitan rakyat itu. Rasanya semua sudah tahu, jika ada yang tidak tahu memang mereka ini buat buat tidak tahu atau memang tidak mahu ambil tahu, emm apa aku kira, aku peduli apa, yea tak. Cuma yang benar benar tersimpan di dalam kotak nostalgia aku adalah, setiap hari Jumaat.

Sebelum itu ..

Mari aku bawa anda ke Masjid Al-Aqsa di Palestina dahulu. Setiap kalinya Jumaat kita akan melihat di kaca TV, bagaimana Masjid ini akan dikepung oleh beribu ribu tentera laknatullah 1Israel. Mereka hanya membenarkan jemaah yang berumur lebih 50 tahun sahaja bersolat dan yang selebihnya akan dihalau seperti binatang. Jalan untuk masuk pula dihadkan. Kadangkala khutbah telah bermula, para jemaah masih di dalam barisan untuk masuk ke kawasan Masjid. Ini kerana setiap dari mereka akan diperiksa, dari badan hinggalah beg beg yang dibawa, sejadah dan Al-Quran juga tidak terlepas dari pemeriksaan tentera laknatullah 1Israel ini.

Di ketika solat pula mereka ini dengan sengja duduk atau berdiri dihadapan saf, dengan angkuh mengarahkan senjata mereka kearah jemaah, seolah ingin memprovok dan mengganggu kekhusyukkan para jemaah. Ada pula diantara tentera laknatullah 1Israel ini berjalan jalan di antara saf, tidak kira tentera laknatullah lelaki atau perempuan jahanam. Khutbah pula kebiasaannya akan dipantau oleh KEREjaan haram laknatullah 1Israel. Mereka tidak sesekali membenarkan khutbah dibaca untuk menaikkan semangat jihad apalagi gerakan Intifadhah. Doa juga dilarang samasekali untuk menaikkan semangat para pejuang Islam dan doa menghancurjahanamkan negara 1Israel mereka.

Namun setiap Imam yang mengimamkan Solat Jumaat ini tidak pernah tunduk atau gentar dengan ugutan, arahan dan larangan KEREjaan haram laknatullah 1Israel ini. Roh syahid dan jihad terus ditanamkam, gerakan Intifadhah terus dilaungkan. Maka itulah setiap kali usai solat Jumaat, akan ada pertempuran di antara para pejuang Palestina dan tentera laknatullah 1Israel. Maka ramailah yang akan syahid, tidak kira yang muda atau yang tua. Mereka berganding tangan memerangi para syaitan laknat itu dengan batu batu kecil yang ada di sekitar Masjid Al-Aqsa.

Baik, apa kena mengenanya cerita Masjid Al-Aqsa dan Masjid Jamek KL. Memang jemaah tidak dihadkan umur, tidak dihalau, tidak diganggu semasa solat, selesai solat tidak memerangi atau diperangi, TETAPI ya Masjid ketika itu di kepong oleh tentera Berkepala Merah, ya ada diantara kami akan diperiksa badan dan beg, ya diantara saf ada terselit SB SB yang memantau setiap jemaah, di setiap penjuru Masjid juga diletakkan tiang tiang SB ini, mata mereka melilau memerhatikan setiap jemaah, sekiranya ada jemaah yang mencurigakan, mereka akan diawasi malahan mungkin juga SB ini akan duduk disebelah mereka, diapit begitu. Setiap flyer atau nota yang diedar akan di ambil dan disimpan di dalam envelope kuning yang juga terdapat walkie talkie disorokkan di dalamnya.

Dan biasalah, untuk beberapa bulan itu, selesai solat kami akan disimbah dengan air dari trak Merah, dikejar dengan cota, diherdik, dicaci, dimaki adakala dicabar pula haahaahaa .. ada yang tertanggal selipar, tercampak kopiah, tidak sempat makan apam balik, basah kuyup baju .. masuk pejabat sidai baju bawah aircond .. kenangan kenangan kenangan ..

Kini aku seharusnya merasa semakin risau dan jiwa tidak tenteram, jika dahulu aku hanya melihat tentera laknatullah 1Israel mengganas di dalam TV, adakah sekarang mereka sudah berada di hadapan mata aku, adakah mereka sudah membeli rumah dan berjabat tangan dengan orang orang yang berkepentingan, sudahkah mereka meratah sedikit demi sedikit bumi Malaysia ini. Benarkah mereka sudah beranak pinak di setiap penjuru bumi bertuah ini. Sekiranya ya, benar, adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi kemusnahan yang bakal mendatang ini, sudah utuhkah keberanian aku untuk sama sama menggenggam tangan berjuang, bergerak dalam kelompok Intifadhah seperti saudara aku di Palestina.

Ya ALLAH, aku akui, aku masih belum bersedia untuk semua itu, maka itu Ya ALLAH kau lindungilah kami dari syaitan syaitan yang direjam itu, sekiranya Ya ALLAH itu yang telah Engkau rancangkan, tiuplah roh semangat para pejuang Islam di dalam tubuh dan darah kami, Kami tidak rela AgamaMU di injak dan dicela begitu sahaja, kami tidak tidak rela darah kami tumpah dengan sia sia. Kami ingin mati dalam perjuangan Islam ya ALLAH. Bantulah kami untuk menghadapi segala kesulitan dan kekejaman itu. Amin.

Sudah bersediakan kita ? Wallahuallam.

Thursday, April 8, 2010

Engkau, Engkau, Engkau BikinPanas

Orang mengutuk engkau mengutuk, Orang berdemo engkau berdemo
Orang berboikot engkau pun ikut, Orang bermemorandum engkau mencukup korum
Engkau kata engkau menentang, Engkau kata tiada sebarang perdagangan
Engkau kata tidak untuk mata bertentang, Engkau kata jauh sekali jalin ikatan

Engkau aktor handalan ..

Engkau bina jambatan kejahilan
Engkau bayar nasihat dan pandangan
Engkau cumbui tangan jaga keselamatan
Engkau bersekedudukan demi kuasa dan jawatan

Dalam Diam …

Engkau lakukan onar kebiadapan : pada Palestina :
Engkau lakukan pengkhianatan : pada Palestina :
Engkau perjudi nyawa rakyat kebanyakan : KAMI :
Engkau pertaruh maruah sekalian : KAMI :

Engkau, Engkau, Engkau ..
Penuh sandiwara dalam diam, Manis di mulut dihati hitam
Tiada beza busuk jiwa seperti mereka, Senyuman penuh dendam membara

Engkau, Engkau, Engkau dan mereka sama sahaja
Mengumpul kekayaan dengan darah dalamnya luka
Engkau yang berbicara tidak iktiraf Israel 1Negara
Tetapi bersekongkol pula tanpa rasa dosa penuh bangga

Tuesday, April 6, 2010

BINGKAS : heem aku akan

Hemm aku akan merindui BINGKAS. Minggu lepas yang terakhir aku layan, pas nie aku kena simpan cuti, cuti banyak nak pakai hikhikhik. Lepas nie aku akan merindui gelak tawa, senyum malu, yang berani, yang agresif, yang pendiam, yang pelawak, lagi aku akan merindui yang menangis teresak esak, yang sesak nafas, yang kejang, yang nak balik, yang memanggil manggil ibuayah, yang memeluk erat ibuayah, ayah ayah memeluk aku mengucapkan terima kasih dan mengalirkan airmata dan akupun sama dengan, aduh.

Aku akan merindui diketika aku menjerit,menengking, mendenda di ketika mereka tidak mendengar kata, melawan, tidak berdisiplin, lewat dan paling teruk kalau aku tahu mereka merokok ..

Aku akan rindu melihat yang merah padam kena turun dan ketuk ketampi, terkedu kena jerit, ada yang memang takut dan ada yang buat muka selamba, ada yang kejap kejap nak ke tandas, kejap kejap menguap, yang sakit samaada betul atau berlakun ..

Aku akan merindui melihat mereka di atas pentas diketika membentangkan logo, nama kumpulan, diketika mereka menggayakan cheers, di ketika mereka bersungguh sungguh menjawab soalan di slot SirGames, menggayakan lagu ChooChooTrain, ThankYou,GoodMorning, diketika belajar bahasa isyarat di slot KembaraSiBisu, berkejaran mencari maklumat di ketika slot Explorace, memerah otak dan bersoal jawab ketika Asimilasi, menyanyi dan berlumba untuk menambahkan markah di ketika KumpulRamaiRamai, melihat mereka bergoyang diketika lagu ChickenDance dimainkan waktu CergasCerdas, merindui mereka bersorak sorak menyokong kawan kawan diketika meniup belon, mencari gula gula dalam tepong, isi air dalam botol ..

Aku akan merindui melihat mereka menyanyikan lagu Kejayaan, Fikirkan Boleh, Anak Soleh, rindu melihat mereka tepuk 7S :Solat, Salam, Senyum, Sayang, Semangat, Sedia, Segera:, rindu apabila mereka berkata Kami Hebat, mereka berkata Bertukar, penuh semangat …

Aku akan rindu melihat gelagat mereka di ketika markah dipotong atau ditambah .. yang suka menyakat sudah tentu MakLangnya …

Aku akan merindui melihat mereka mendengar khusyuk ketika Refleksi, rindu bersama sama mereka solat berjemaah, berzikir, berdoa, memberi tazkirah ..

Dan paling paling akan aku rindui slot kesayangan aku X-Files dan membaca surat surat wasiat .. X-Files membuatkan aku semakin Cinta kepada ALLAH, semakin sayang mak aku dan rindu kepada Allahyarham Ayah aku, dalam X-Files aku melihat adik adik ini begitu ikhlas ingin berubah, dalam X-Files aku cuba menyerap roh bersyukur akan pemberian ALLAH dengan adanya ibuayah, dalam X-Files aku melihat di sebalik wajah wajah yang tersenyum berlesung pipit itu ada titik hitam, dalam X-Files aku melihat adik adik yang menyesal kerana terlalu banyak dosa kepada ibuayah, adik adik yang sedih tanpa ibuayah, adik yang berdendam kerana didera ibuayah, adik adik yang disingkir kasih sayang kerana ibu dan ayah berkahwin lain, memang aku memprove dan kadangkala seolah mendera mental mereka, memang ada yang kata aku seolah syok sendiri, tetapi bila lagi aku ingin membangunkan mereka dari lena, diketika mereka masih mendambakan kasih sayang, masih mengharapkan bantuan dari ibuayah, sebelum mereka ke alam dewasa, dan syok sendiri itulah yang aku cuba tanamkan kepada mereka betapa kedua ibuayah ini harus dihormati, disayangi, dikasihi, disyukuri dan dimuliakan di dunia ini. Di akhir X-Files apabila mereka diketemukan disitu terlihat betapa rindunya seorang anak kepada ibuayah begitu juga betapa sayangnya ibuayah kepada anaknya, dan ketika itulah aku inginkan ibuayah aku bersama aku, alhamdullilah apabila dipejamkan mata emak masih sihat dan Allahyarham ayah senyum berwajah jernih.
Dan akhirnya akan merindui aku menemuramah adik adik peserta terbaik, disini akan melihat akan kejayaan program ini, kematangan adik adik ini, dan sumpah untuk berubah demi Agama, IbuAyah, Guru guru ..

Aku akan merindui melihat kawan kawan fasi, yang ada kelaut, yang sempoi, yang sentap, yang friendly, yang rock, yang cool, yang serius, yang tak kisah, yang pelawak, yang suka gelak, yang suka nangis, yang suka gossip gossip, yang macam macam ada ..

Aku akan merindui adik adik dan kawan kawan semua lepas nie .. insyaALLAH kita bertemu kembali di Pauh 5 Kelantan …