in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Monday, June 25, 2012

Keinginan itu ada: Berjuang Bersama Organisasi NGO!

Alhamdullilah! Sementara menunggu Presiden Mesir baru Dr Mohamed Morsi dari Ikhawanul Muslimin membuat ucapan sulungnya di Dataran Tahrir di hadapan ratusan ribu penyokongnya dan rakyat yang sama sama bangkit menjatuhkan Rejim Mubarak. Jemari sesekali menekan papan kekunci BlackBerry membuka “wall” laman muka buku dan terbaca status dari rakan sekerja yang sama sama mengambil VSS tempohari.
Tulisnya “ tidak sabar menunggu esok” .. sahabat ini akan ke temuduga kerja, alhamdulliah semoga dia berjaya mendapat pekerjaan baru.
Ya! Sudah hampir sebulan saya duduk di rumah, rasanya seluar semua sudah mengecut. Di pinggang sudah tidak terkacing buta. He he. Bukanlah pula saya tidak berusaha untuk mencari kerja. Alhamdullilah sudah 2 temuduga di hadiri. Lawaknya jawapan yang diterima menggelikan hati.
Jawapan tempat pertama (dialih bahasakan ke Bahasa Melayu): “maaf Encik permohonan Encik tidak berjaya kerana Encik seorang Fasilitator dan Penceramah” manakala temuduga kedua pula, “maaf Encik, kami perlukan mereka yang punyai pengalaman dalam bidang Food & Beverage”.
Saya boleh menerima alasan temuduga yang kedua itu, walaupun semasa ditemuduga di pejabat mereka. Saya seperti sudah dijanjikan untuk jawatan itu. Tetapi jawapan dari temuduga pertama sungguh luarbiasa. Tidak mengapalah, mungkin belum rezeki saya lagi.
Bercerita tentang mencari kerja ini, teringat saya beberapa tahu dahulu. Sekitar tahun 2004 – 2006 saya pernah mencuba untuk bekerja dengan sebuah organisasi NGO yang saya sudah menjadi sukarelawan tegar mereka selama 5 tahun ketika itu. Sepanjang saya di dalam program mereka, saya selalu juga di berikan beberapa “task” yang tidak kurang pentingnya.
Walaupun ketika itu gaji dan jawatan saya semasa bekerja di instituasi kewangan agak kukuh. Namun kerana “cinta” (semasa itu tiada sesiapa untuk dicintai) saya terhadap kerja kerja kesukarelaan membuatkan saya memohon untuk bekerja dengan organisasi terbabit.
Alhamdullilah! Sepanjang tempoh bersama mereka, saya menjalinkan perhubungan yang baik dengan beberapa orang kakitangan mereka. Bukan itu sahaja, saya juga boleh bergelak ketawa dengan PuanCEO dan Datuk “Founder”nya. Boleh di katakan saya agak terkenal juga di organisasi itu  sebagai seorang sukarelawan.
Hendak dijadikan cerita, tanpa banyak berfikir saya telah menghantar resume saya terus ke Puan CEO nya. Seperti sesuatu yang di luar dugaan, rupanya dia juga memang telah merancang untuk mengambil saya bekerja dengannya bagi mengisi jawatan dalam satu Projek baru mereka. Maka datanglah saya untuk ditemuduga oleh Puan CEO dan Datuk “Faounder” organisasi itu. Di dalam kedua temuramah itu, mereka amat amat mengalu alukan kedatangan saya malahan memberikan berbagai harapan kerjaya yang berjaya bersama mereka. Jawatan pula bukannya calang calang. “Project Manager” katanya. Saya sudah tersenyum lebar, keinginan saya untuk bekerja dengan sebuah oganisasi NGO dan sepenuh masa melakukan kerja kerja kebajikan, bakal terlaksana.
Pada suatu mesyuarat kakitangan. Puan CEO telah membuat pengumuman tentang saya dan seterusnya meminta pendapat dari kalangan kakitangan yang selalu bersama saya dalam aktiviti aktiviti yan dijalankan. Mereka sepeti membuat undian pula. Dan dalam undian itu salah seorang kakitangan yang tidak kurang rapat dengan saya telah mengeluarkan pendapatnya.
“Saya rasa susah sikit, sebab calon ini memang sudah rapat dengan beberapa kakitangan di sini takut dia akan besar kepala dan keduanya, calon ini kuat dalam ABIM dan ada jawatan pula di ABIM daerah;” dan sehingga sekarang saya tidak faham dan tiada jawapan apa kena mengena dengan rapatnya saya dengan kakitangan yang lain termasuklah dia dan juga mengapa isu saya sebagai sukarelawan dan ahli ABM menjadi alasan untuk saya tidak di ambil sebagai kakitangan mereka.
Atas nasihat dari seorang sahabat yang rapat dengan saya yang juga “Senior Officer” di dalam orgnisasi itu. Saya akur untuk menarik diri, apatah lagi saya percaya dengan sahabat saya yang lebih mengetahui suasana “politik” dalaman di organisasi itu. Dan akhirya, sahabat saya itu juga telah berhenti kerana dia juga tidak tahan dengan permainan beberapa kakitangan di dalamnya.
Keinginan saya untuk bekerja sepenuh masa dengan organisasi NGO masih membuak membuak. Saya tidak mahu membazirkan pengalaman yang saya simpan selama 14 tahun sebagai sukarelawan ini sia sia sahaja. Terasa rugi jika tidak saya pergunakannya 100% di dalam organisasi yang sewajarya dapat saya kongsikan.
Setakat ini sudah 2 – 3 organisasi NGO saya mohon. Masih belum ada rezeki. Ya! mungkin juga mereka perlu mengambil masa. Tetapi jika pengalaman dan tegar saya sebagai seorang sukarelawan bersama mereka menjadi persoalan, terasa seperti dilupakan dan jika ada persamaan apa yang berlaku semasa di organisasi terdahulu di jadikan sebagai alasan, ianya sesuatu yang amat menyedihkan.
Namun besar harapan saya ia tidak akan sebegitu. Harap semuanya baik baik sahaja!.