in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Wednesday, November 21, 2012

Rezeki ada di mana mana, tidak perlu risau wahai rakan rakan McD ..

‘banyaklah ko punya boikot, ko bolehlah cakap tapi nanti kalau bangkrap siapa yang nak tanggung anak bini diaorang, ko kee .. yang penting niatlah”

Iya ! yang penting niat. Apatah lagi jika niat kita mencari rezeki kerana ALLAH, insyaALLAH di mana mana ada. Tidak perlu gusar.

Apabila membaca status di dalam facebook itu, seimbas lalu saya seperti merasainya akan keadaan situasi seperti itu. Segalanya bermula apabila majikan lama saya di”makan” oleh sebuah majikan yang lain. Pada awal di ratah oleh syarikat yang tamak haloba itu, hati sudah mula terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Sehinggalah keluar di dalam akhbar, melihat mereka rupanya ada share di dalam industri PERJUDIAN terbesar Da Ma Cai. Tiba tiba hati luruh gugur, gementar, pelbagai perasaan bercampu baur, marah ada, sedihpun ada apabila memikirkan selepas ini saya akan memberikan keluarga saya makan dari sumber perjudian. Walau apa alasan yang mereka berikan, keyakinan saya pada kata kata mereka sukar untuk ditelan. Alhamdullilah! Tidak lama kemudian syarikat yang tamak haloba ini memberikan saya jalan untuk melangkah keluar dari bara yang panas itu. Ya! Ada rakan rakan yang mengatakan “wey ! janganm rugi Bro, gaji ko dah banyak .. kalau ko keluar ko nak kerja mana” .. Saya memejamkan sahaja mata tidak mahu melihat bibir mereka mencipta lebih banyak alasan untuk menghalalkan apa yang tidak difikirkan. Maka dengan semangat yang lemah saya meninggalkan segala kenikmatan dunia bersama sayrikat yang melampau ini. Berpegang kepada janji ALLAH bahawa sekiranya kita berusaha dan menggunakan segala pengalaman yang ada, rezeki itu bertebaran di bumiNYA. Ya1 walaupun pendapatan saya tidak setinggi seperti yang saya dapat sebelumnya, Alhamdullilah! Percayalah ia tetap satu kenikmatan yang di kurnia ALLAH SWT.

Jadi takutkah jika rakan rakan saya yang belerja di Restoran McD itu ditutup, janganlah risau. Rezeki Tuan Tuan di luar sana masih banyak atau Tuan tuan sanggup menjamu selera makan malam bersama keluarga di hadapan TV sambil menyaksikan penerima dana cukai terbesar dari restoran McD, laknatullah 1zionis sedang bersorak sorai menghujani bom bom, peluru peluru ke atas kepala para anak kecil yang mungkin seusia dengan anak Tuan Tuan. Percayalah rezeki di luar sana ada Tuan tuan. Keluarlah dari menjadi salah seorang yang bersekongkol dengan rejim laknatullah 1zionis. Janganlah kita terlewat merasa menyesal, atau anak anak kita pula yang menegur nanti. Wallahuallam.