in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Thursday, February 24, 2011

racun dan provokasi

Bukan aku tidak mahu, aku mahu. Bukan aku tidak ingin, ada keinginan. Bukan aku tidak bermimpi, sering termimpi. Bukan aku tidak punyai citarasa, citarasa aku tinggi juga. Bukan aku tidak mampu, insyaALLAH aku mampu.

“ Habis tu, apalagi yang ditunggu. Semua sudah bertransformasi.”

Eh ! itupun transformasi juga ke ?. Jika ingin bertransformasi kena begitu ke ?. Ahh ! keliru aku wey !!.

“ Jomlah, bila lagi nak macam kitaorang. Sama sama menikmati kebebasan dengan kawan kawan.”

Oh ! tidak bebas ke selama ini.

“ Ahh !! macam macamlah engkau ni. Ada sahaja jawapan. Atau sebenarnya engkau tidak punyai rasa perubahan.”

Aku sudah berubah. Lama dah. Cuma tidak perlu rasanya jika ingin perubahan seperti kawan kawan semua. Lagipun aku tiada masa untuk itu semua. Mungkin aku lebih suka “membuang masa” dengan berlainan cara.

“ Alah, kami pun bukan selalu. Seminggu sekali. Atau kadangkala 2 kali sebulan, Marilah, kita orang boleh “guide” engkau. Kita orang boleh bantu engkau yag mana satu power dan berbaloi. Garenti orang akan pandang engkau punya. Mesti diaorang respek dan gempak punya.”

Aduh, racun dan provasi, jika ikutkan hati mahu aku tertewas nanti. Jika di layan gelagat mereka mahu aku terperangkap juga. Mendengar mereka berborak sesama, terasa juga irihati. Ditambah pula dengan gambar dan rakaman video. Peh !! memang lah gila.

“ Camner, engkau minat tak atau engkau memang tak mampu.” Cheh !! kurang asam punya ayat, LoL !!

Kawan kawan aku minat, ada keinginan, ada perasaan, ada kemampuan. Setakat hendak ambil hutang dan bayar bulan bulan. Boleh, semua aku boleh. Lesen bukan susah hendak ambil. Seminggu sahaja sudah boleh lulus dengan cemerlang.

Tetapi kawan kawan, aku tidak mahu menyesal di kemudian hari. Aku tidak mahu termakan racun kemahuan yang bukannya keperluan. Adakah aku perlu kawan kawan. Adakah ia boleh memudahkan kehidupan aku dan keluarga di masa hadapan nanti semata mata kerana mengikut kata kemahuan hati.

Dan alasan yang relevan untuk anda semua kawan kawan ooiii !!!!.

“ Aku boleh beli. Tunai lagi tak perlu nak berhutang macam kawan kawan. Tapi, kaki aku tak sampailah wey !!, nanti kalau jatuh siapa yang nak tolong aku angkat motor besar nii. Korang hendak kee ikut aku ke hulu ke hilir. Hah ! hah ! hah ! kihkihkih …. “

:keypadlock:

Thursday, February 17, 2011

2 insan yang zuhud

BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)
2 insan yang dianugerahkan ALLAH SWT kepada rakyat Serambi Mekah, Kelantan
pada kerendahan dalam pakaian,
pada penampilan dalam keramaian,
perasaan tertawan kepada sang sultan,
pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..
inilah nasihat raja dan rakyat..
raja dimulia bukan kerna singgahsana,r
aja disayang bukan kerna paluan gendang,
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat',
raja dicinta bukan kerna kuasa,
raja dihormat bukan kerna pangkat,
raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat,
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat,
raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah,
raja dilupa kerna tinggalkan agama,
apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut,
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah,
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..
tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah,
kepada raja kasih tertumpah.
DR MAZA,160211
Note:
1. Credit must be given to Dr Mohd Asri Zainul Abidin, the much respected former Perlis Mufti, for writing such a nice poem.
2. The poem is indicative of people's great expectation of Sultan Muhammad V, but, insya'Allah, he will try his best to live up to it.

Wednesday, February 16, 2011

Apa lagi ya ?

Aku baru lepas membaca sebuah entri blog “adasesuatu”. “Adasesuatu” ke sebuah Pulau Indah, Langkawi. Katanya bertemu seorang insan yang berjiwa besar, seorang yang berjawatan Guru Besar.

Alhamdulillah, Ya ALLAH .. alhamdullilah. Itulah ayat terakhir dari “adasesuatu”.

Aku rasakan dengan pengalaman “adasesuatu” yang telah berpuluh tahun basah keringatnya dalam perjuangan ini, itu mungkin adalah sekelumit kenikmatan yang telah dirasainya. Mungkin juga itu cara “adasesuatu” ingin menyampaikan salam terima kasih dan penghargaan kepada semua rakan rakan yang menjadi tulang belakangnya.

Apapun “adasesuatu” .. saya ingin ucapkan syukran jazakallah kerana meletakkan saya sama dalam perjalanan dan pengalaman yang indah itu.

Dalam usaha yang berpanjangan, penat lelah, pahit manis, tidak keselesaan, perjalanan yang memenatkan pergi dan balik, yang terkucil di tengah jalan, yang terkandas di tepi highway, yang alami keadaan cemas, tidur yang tidak cukup dan segala usaha yang dilimpah ruahkan.

Tidak kurang juga segala yang manis manis. Ya, yang semua manis manis belaka.

Agak agaknya, apa lagi yang kita inginkan.

Segalanya sudah, kita kecapi dalam perjuangan ini. Pun begitu kesihatan, kekuatan mental dan fizikal amat diperlukan. Selebihnya kita berdoa kepada ALLAH SWT agar segalanya berjalan lancar.

Harapnya ukhuwah itu terus tererat. Tidak kisahlah jika dimasa program sahaja sekalipun.

Jika selepas program kita semacam menjadi “lu lu, gua gua”, pun tidak mengapalah. Redho sahaja.

Apa yang penting. Harapan pihak pihak yang mengharap tidak kita abaikan atau kelak kita yang akan kesal.

Aku ada juga pengalaman yang biasa biasa sahaja di sepanjangn Berbingkas ini, “Salam, Pak Ngah saya (lupa namanya) peserta Bingkas Kelantan, terima kasih sebab Pak Ngah ingatkan pengorbanan ibu ngan ayah, sekarang saya makin sayang pada ibu ngan ayah saya, saya janji nak bantu ibu ngan ayah bila besar nanti, ibu ngan ayah kim salam kat Pak Ngah,” …. dan beberapa lagi yang biasa biasa sahaja.

“lepas aja BINGKAS .. budak-budak semua BINGKAS ! “ Dua kali ayat itu diulang Oleh Cikgu Izhar, Guru Besar SK Lagenda Langkawi.” Blog “adasesuatu”

Nampaknya semua fasi akan terus berbingkas dan belengas hehehe …

Selamat berBINGKAS !!!

Tuesday, February 15, 2011

dulu : berdakwah secara kecilan

Bercerita tentang berdakwah kecik kecik ni, banyak juga pengalaman menarik yang rasanya boleh dan ingin berkongsi bersama. Tapi aku bukanlah ustaz dee, aku masih bertatih mencari ilmu akhirat gitu. Dulu aku memang bercita cita ingin menjadi seorang penceramah agama. Apalagi masa itu ada seorang Ustaz yang sedang meningkat naik namanya. Siapa tidak kenal dengan Ustaz “Rock”. Dari anak anak kecil sehinggalah yang ke dewasa. Ramai juga anggota keselamatan yang ingin berkenalan dengannya lebih dekat, hee hee tapi diaorang bukan nak dengar ceramah sesangat, lebih nak menganggujer beb. Dia kalau berceramah, takat 10-20ribu hadirin petik jarijer. Tapi sekarang dia dah bertransformasi, ada rancangan sendiri ..

Ok berbalik citer berdakwah. So dalam usaha mencari ilmu aku menyertai sebuah gerakan NGO Islam. Sebagai sukarelawan, sambil belajar dan berkongsi pengetahuan. Alhamdullilah 6 tahun bersama mereka, banyak juga ilmu yang aku dapat. Aku selalu juga menjadi saksi pada rakan rakan non-Muslim yang masuk Islam. Setakat yang aku ingat ada lebih kurang 10-15 orang berSyahadah aku saksikan. Mereka ini kebanyakan rakyat Filipina dan Afrika. Kekadang aku juga dirujuk untuk mendapatkan nama yang sesuai setelah mereka berhijrah. Antaranya “NurHidayah”, diberikan kepada seorang gadis Filipina. Setelah aku rujuk dengan Ustaz yang mengIslamkannya. Aku tertarik dengan gadis ni, dia sebenarnya seorang “pengkid”, “awek”nya terlebih dahulu sudah berSyahadah. Dan “awek”nyalah yang bercerita dengan aku pasal gadis ni. So aku dengan selamba minta dia jumpakan aku dengannya.

Pertemuan pertama aku dengan dia dan rakannya di KLCC. Fuh, mak aii, cun dee cikaro nie, muka dia macam pelakun top Filipina. Walaupun dia berpakaian ala ala lelaki, tapi sikap kewanitaannya masih sama, tak luak manapun aku tengok. “Mission” aku hanyalah hendak membantu dia menjadi seperti gadis semula, mempunyai perasaan dengan kaum adam tidak kepada kaum sejenisnya. Beberapa kali kita orang berjumpa, tapi bukan berdua duaan, aku pastikan dia bersama kawannya. Kami suka melepak di KLCC, sajajer sebab dekat dengan Masjid KLCC, yealah senang nak pie solat dan keduanya memangpun aku nak dekatkan dia dengan masjid. Masuk waktu solat aku dan kawan dia akan ke masjid, dia pun ikut sama. Kami selalu berbual tentang Islam, aku perasan dia langsung tidak menunjuk rasa bosan, tidak selesa atau tidak suka, dia bersikap terbuka, mendengar dan gemar bersoal jawab. Adakala soalan yang dilontarkan agak berat untuk aku jawab, apapun aku beritahu dia yang aku akan bertanya dengan yang lebih arif, aku jelaskan agar jawapan itu nanti dapat memuaskan hatinya dan dia akan lebih faham. Mana mana soalan yang aku yakin boleh terangkan aku cuba terangkan semudah dan seringkas yang boleh.

Selang beberapa bulan, sudah nampak bayangan jatuh cinta, oopps bukan jatuh cinta dengan aku dee, tapi dengan Islam, dia sudah mula memakai baju kurung, tidak lagi berseluar yankee dan bertshirt hiphop. Dia sudah mula menutup aurat walaupun belum memakai tudung. Seingat aku selepas solat Jumaat, kawannya hubungi aku dan menyatakan ada perkara penting yang perlu dibincangkan. Terlalu penting katanya dan minta aku datang ke pejabat NGO Islam. Tiba di tempat yang dijanjikan, ada seorang lagi wanita bertudung, tapi wajahnya tidak nampak kerana membelakangkan aku.

Wah !!, cair jantung aku, dia sudah memakai tudung, berlitup lagi, betul aku memang cair deee .. Dan malam itu dia di hijrahkan oleh seorang Ustaz dengan sekali lafaz kalimah Syahadah sahaja. Dia dilahirkan semula. Aku gembira sesangat, dia menangis. Aku tanya kenapa menangis, katanya kini dia lebih tenang dan perasaan itu datang semasa dia berSyahadah. Spontan aku memanggilnya NurHidayah, memang malam itu penuh dengan cahaya Islam yang nyaman dan damai .. dia telah pulang ke Filipina dan citer dari kawannya, beberapa keluarga NurHidayah turut sama berhijrah memeluk agama ALLAH ..
Islam yang indah ini ..

Sunday, February 13, 2011

Wahai KEKASIH ..

Wahai Kekasih ALLAH , kami merindui Mu ..
Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata

Sempena Maulidur Rasul, hayatilah kisahnya :

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?
Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu?

Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.
Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.
Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.
eketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Biodata Ringkas Kekasih ALLAH, Nabi Muhammad SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempen peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarram
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
Wafat di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi ketika berusia 63 tahun.
Al-Fatihah

Thursday, February 10, 2011

Bercuti 6 bulan

Alhamdullilah awal Januari lepas, selesai tanggungjawab aku buat sementara. Trial Bingkas yang berlangsung di Klang adalah aktiviti terakhir aku untuk Jan – Mei 2011. Aku tidak akan berBingkas lagi. Rasa sedih juga, tetapi dalam kerja sukarelawan ini, ada masanya terpaksa kita tinggalkan demi memenuhi tanggungjawab kepada keluarga.

Aku harus fokus dengan zaujah aku , dalam keadaan dia sekarang, tidak sepatutnya aku harus berjauhan. Apalagi berhari hari. Aku mesti selalu berada di sisinya, tidak kira di kala dia sihat atau tidak.

Pun begitu, aku akan merindui Bingkas. Pasti akan merindui Post Mortem yang biasanya berlanjutan ke dingin pagi, gila apa post mortem sahaj 2 hari kihkihkih .. gelak tawa rakan rakan fasi. Rindu melihat adik adik menangis ketika XFile, kadangkala tak dapat nak tafsirkan adakah mereka menangis kerana insaf, kerana di provoke atau terikut kawan kawan hehehe ..

Rindu naik bas Express Transnasional berjam jam atau naik Waja EnGhani dengan kelajuan semaksima boleh, sehingga sport rime bengkok depan belakang .. hahaha !!.

Namun sekiranya ada aktiviti yang tidak memerlukan aku bermalam, aktiviti yang hanya mengambil masa sehari. InsyaALLAH aku akan cuba hadiri. Kalau di roger rogerlah.

Begitu juga TOT Bingkas, insyaALLAH aku akan berkongsi dengan rakan rakan fasi yang akan mengambil slot aku nanti. Tapi itulah, kalau dipanggil untuk berkongsi, jika tidak, duduk rumah diam diam sahajalah.

June nanti khabarnya akan ada pula Bingkas kerjasama dengan AADK. Jadi tunggu sahaja panggilan. Harap harap, yang berkenaan tidaklah mendelete no hp aku, yealah 6 bulan takut sudah tidak diiktiraf lagidah. Huhuhu !!

Kepada kawan kawan fasi Bingkas, selamat bertugas, jaga diri dan selamat menjalankan tanggungjawab anda mendidik anak bangsa.

Semoga mereka mendapat manfaat dan seterusnya menjana perubahan yang bermakna bagi Agama, diri mereka, dan keluarga.

jL kata : y’ll Rock aaa !!!!

nota : terima berita kehilangan seorang rakan relawan dari Medan Indonesia, yang pernah bertemu semasa program di Jogjakarta sekitar tahun 2007. Semoga rohnya diletakkan bersama sama mereka yang soleh.

Monday, February 7, 2011

rasa rasa kat negara kita nie .....

Menjamu selera sebentar tadi, kami berbual, kali ini bukan kosong. Berbicara tentang kebangkitan rakyat terutama anak anak muda. Di Tunisia, Diktator yang sudah tumbang dan sekarang di Mesir Rejim Zionis Hosni Mubarak yang sedang goyang.

Seorang rakan bertanya, “ rasa rasa kat negara kita nie boleh ke jadi macam itu ” …

Kembali kepada beberapa tahun dahulu, tahun tahun 1998-2000. Atau lebih dikenali sebagai tahun reformasi oleh rakan rakan Seberang yang pernah ditemui semasa menghadiri satu rapat umum Pemuda Islam di Jakarta dahulu. Di ketika itu, rakyat bangkit, dan natijanhya, ramai yang membuka mata (kebanyakannya masih membuta tuli pekak badak) sedar akan kepincangan pemerintah. Pun begitu, peristiwa itu lebih berintikan politik, tidak puashati peribadi politik dan merebut kuasa poilitik.

Di Mesir, pada pandangan aku, ini tidak lagi melibatkan politik. Memang benar pemerintahan kuku besi Zionis Hosni Mubarak selama 30 tahun itu di bayangi dengan kekejaman, penindasan, pembunuhan terhadap lawan politiknya. Pemimpin gerakan Islam terutama Ulama dari Ikhwanul Muslimin/Muslim Brotherhood dan beberapa lagi, sememangnya “target” utama pasukan Polis Zionis HosniMubarak ini. Maka itulah, bagi rakyat Mesir, Polis adalah lambang kekejaman, kebencian, kezaliman Rejim Zionis HosniMubarak.

Namun kini, apa yang dilihat oleh rakyat Mesir adalah, Zionis HosniMubarak sudah keterlaluan, telah menjadikan negara itu sebagai hakmiliknya, hakmilik keluarga, saudara mara dan para kroninya. Segala hasil negara diambil sepenuhnya, dan hanya sepicisan sahaja yang diberikan kepada rakyat. Zionis HosniMubarak lebih mengutamakan cengkamannya kepada rakyat dengan fokus menjaga kebajikan pasukan Elitnya (Pengawal Presiden) dan pasukan Polis Anti Rusuhannya.Hanya dengan cara itu sahaja dia dapat mengekalkan kuasa dan mematahkan kebangkitan parti parti politik Islam dan kebangkitan rakyat.

Hakikat sebenarnya, ini adalah balasan ALLAH SWT kepada Rejim Zionis HosniMubarak.

Kebiadapannya yang dengan sewenang wenang menghulurkan tangan persahabatan dengan 1Israel pada saat 1Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestina. Malahan menidakkan pula fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram 1Israel itu.

Sesungguhnya tangan Zionis HosniMubarak ialah tangan yang berlumuran dengan darah rakyat Palestina. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para Ulama dan rakyat kebanyakan yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu syaitannya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi memberikan pandangan agar Zionis HosniMubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya.

Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestina.

Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah 1Israel dan negara negara Islam yang bersekongkol dengan negara 1Zionis ini.

Sebelum kami masuk semula ke pejabat, aku berkata pada sahabat “ insyaALLAH kebangkitan rakyat di Mesir akan berjaya, kalau ditempat kita, mungkin ada sedikit kesukaran, bagi sehelai kain pelikat dan RM30.00, itu sudah cukup untuk menutup mulut .. kerana kita bangsa Melayu bukan bangsa Arab “, sahabat hanya tersenyum pahit sambil membayar Nescafe tarik kepada Khalida anak Janggut tokeh Restoran Curry House.

Dan token yang aku perkatakan ternyata benar hari ini, pagi tadi. Beberapa orang rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan percuma telah menggadaikan prinsip persahabatan dengan rakan mereka di Mesir. Rakan rakan yang mendampakan sokongan, bantuan dan ingin meraikan sama kejayaan. Telah pun pulang ke tanah air dengan diberikan hamparan permaidani merah, di sambut oleh para pemimpin negara yang begitu megah, dan bermewah pula. Mereka di gula gula dengan ucapan yang menyiksa jiwa bagi rakan rakan di Mesir.

Entah apa agaknya perasaan mereka apabila disambut dijulang bak seorang pejuang. Entah apa yang mereka perjuangkan sehingga mendapat liputan yang begitu cemerlang, gemilang dan di temberang.

Nantilah wahai rakan rakan ku di Malaysia, setelah negara kami Mesir kembali ke tangan rakyat, sekiranya kalian kembali ke tanahair kami yang telah kami bebaskan dari cengkaman pemerintahan yang berkiblatkan 1Zionis, setelah kami bebaskan dengan darah para syahid yang terkorban di jalanan, di Dataran Tahrir, di balkoni rumah, diheret dari rumah sakit.

Maka kalian akan sedar, pemergian kalian meninggalkan kami, langsung tiada kesan nya.
Dan akan kami ajari kalian apa erti perjuangan yang kalian sering bebelkan semasa bersama sama kami berbicara.

Dan akan kami perjelaskan akan bahasa intifadah, jihad, syahid dan perjuangan itu bukannya di mulut sahaja tetapi sehingga tumpahnya darah dan terkujurnya badan terpisah dari nyawa. Kami akan nantikan kalaian wahai sahabat kami dari Negara “Islam 1Malaysia”.

InsyaALLAH akan kami kongsikan. Allahuakbar !! Allahuakbar !! Allahuakbar …

Solidariti Pro-Rakyat Mesir ..

Yang cabut lari, lu orang bikin malu diri sendiri …

Dan akhir tulis, dikatanya “jangan dipolitikkan isu membawa pelajar pulang” siapa yang mempoltikkannya .. cakap biarlah pandang pandang, atau pandangan terhalang dek sebab kembang yang mengembang di hadapan mata ..

ish apa ndak kecoh kecoh, biaq pie kat dialah !! .. emmmm ….