in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Friday, December 31, 2010

penutup 2010 : Pantun nan panjang sambut tahun baru

2010 , kini penghujungnya
Kita menyambut lagi tahun baru
Pemimpinpun sudah bertukar wajah rupa
Untuk menakhodakan 1Malaysia negaraku

Cogankata baru juga dicipta
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan itu dia
Rakyat menerima tanpa banyak bicara
Harapan segala ungkapan akan terlaksana

Usaha melihat anak Melayu bangun dari lena
Impian semua para pemimpin kita
Agar tidak tercicir dari berlainan bangsa
Melayu tidak lagi terus merasa tercela

Menangislah penuh pasrah ibu dan bapa
Bekerja keras ingin melihat anak-anak berjaya
Namun segala usaha hanya sia-sia
Kerana kemungkaran terhidang luas didepan mata

Sure Heboh, Mentor, Malaysia Idol, Akademi Fantasia
Semakin galak semakin glamour semakin berjaya
Anak Melayu memang mudah menjadi pelupa
Dosa pahala sudah terlalu jauh dalam jiwa

Mereka lebih suka mencari cinta dari mencari Syurga
Apa yang dibuat Barat semuanya baik dan ok belaka
Tidak sedar mereka semakin dekat dengan bencana
Kerana yang mungkar itu tidak pernah diredhai olehNYA


Di pengakhiran tahun 2010 malam tahun baru bermula
Mesti ada program berbentuk patriotisme
Konsert, hiburan harus dan mesti diada
Jika tidak Jalur Gemilang hendak dikibar dimana ??

Mana boleh duduk dirumah sahaja
Ayuh semua keluar dengan semangat jiwa merdeka
Jangan dikisahkan apa orang nak kata
Yang penting happy dan enjoy itu utama

Semua tidak sabar menunggu
Anak remaja dari bandar dan kampung berpusu
Ke KLCC, Bukit Bintang, Dataran Merdeka bertumpu
Dan dua jiwa bercantum menjadi satu

Konsert sana konsert sini
Lelaki perempuan bergesel menari
Mengikut irama yang dinyanyi
Oleh para artis popular masa kini

Ditangan kanan rokok di tangan kiri botol
Kepala dihayun seolah kepala sudah tidak betul
Ditambah lagi ganja dan pil berketul-ketul
Biar bagi lagi "high", memang tidak malu betul

Di malam tahun baru
Maka adalah "mak-mak tidak ditauliah" baru
Bapa atau suami sebenar tidak tahu
Rembat sahaja asal puas nafsi nafsu

Di taman bunga kereta banyak rosak
Di parkir garenti amat sesak
Dalam kereta dua insan bergasak
Syaitan dan iblis ketawa terbahak-bahak

Hotel-hotel murahpun tidak kurang jugak
Permintaan tinggi untuk yang sudah terdesak
Tidak kira bagaimana keadaan teragak
Syaitan dan iblis terus ketawa terbahak-bahak

Apakee jadah yang tuapun tidak mahu kalah
Dangdut, coffee house dijadikan rumah
Gadis macam anak dikepit tidak jejak tanah
Hancur betul punah ranah

Rumah kata pergi
Kubur kata mari
Tetapi situa tetap tidak sedar diri
Lupa langsung pada anak dan bini

Alahai Malaysia Boleh negaraku
99% yang hanyut memang bangsaku Melayu
Gelak sakan bangsa lain melihat perilaku
Puashati mereka Melayu makin layu

Sakit tekak No.1 kata Islam ikutan Negaraku
Panggil Ulamak tersohor untuk membantu
Buat Muttaqa sebagai bukti kata-kataku
Sayang, Mufti hanya tersenyum janji penuh RM disaku

Sudah-sudahlah dengan perbuatan hina
Takutlah dengan balasan yang akan tiba
Sampai bila ingin bermuka-muka
Seolah apa yang berlaku tidak apa-apa

Sampai bila ingin melihat anak-anak kita
Hidup digelumang maksiat dan dosa
Yang tua hidup terus terpekosa
Akhirnya mati penuh duka

Esok dah tahun baru
Bulatkan tekat dengan azam baru
Jaga maruah Agama, diri, keluarga dan Bangsamu
Bukankah itu tugas anda wahai remaja ku

Tidak takutkah kita semua
ALLAH sedang menanti untuk menurunkan bala
Peristiwa Tsunami Keramat Kecil di dahulu kala
Tiada kesan tidak memberi makna

Jika ALLAH berkehendak meniup sangkakala
Tidak perlu menunggu 2012 belaka
Dimanakah hendak melindung nyawa
Semua pasti kemaafan telah tiada
Sesalan memang sudah tidak berguna

Sebelum terlambat ……..

Jom kita sambut berlainan cara
Ke Masjid, Surau, Mussolah kita berjumpa
Solat Taubat, Solat Hajat bacaan Yassin kita bersama
Memohon pengampunan,keamanan, kesejahteraan dari yang
MAHA ESA

Ambillah segala kesempatan
Ilmu Agama dipenuhkan
Agar diri tidak ketinggalan
Segala dilakukan penuh keberkatan
Hiduplah kita dengan berlandaskan
As-Sunnah dan Al-Quran dijadikan pedoman


abuAMMAR aka jeansLusuh

Thursday, December 23, 2010

15 pintu Syaitan dalam diri kita

: pintu marah ~ cinta dunia ~ kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu) ~ panjang angan-angan ~ rakus ~ bakhil ~ suka pada pujian ~ riak ~ ujub (merasa kagum) ~ takut dan gelisah ~ buruk sangka ~ memandang rendah pada orang lain ~ merasa suka pada dosa ~ merasa aman daripada pembalasan "ALLAH" ~ putus asa daripada rahmat "ALLAH" :

15 Senjata Menghalang Syaitan

: Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik), Banyakkan berzikir, Banyakan Beristigfar, Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min" , Jangan tidur berseorangan, Baca doa pagi dan petang , Bersugi, Melaksanakan solat jemaah, Berwudhuk sebelum tidur, Menutup aurat, Membaca doa masuk tandas, Banyak berselawat pada hati, Bertaubat, beristighfar, Banyakan baca Al-Quran, Membaca surah Yassin setiap pagi :

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

: Rumah yang bersih, Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah, Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat), Penghuninya jujur dan memenuhi janji, Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal), Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra), Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa :
wallahuallam

Tuesday, December 21, 2010

jika saya

Baru baru ini di laman FB seorang rakan (aktivitis NGO), mengeluh apabila seorang kawan baiknya men”label”kan dia seorang penyokong parti pembangkang, hanya semata mata dia berbicara tentang kenaikan harga barangan asas yang penting (4 dalam 1).

Dia kecewa dengan sikap kawan baiknya itu yang menuduh dia dari parti sipolan. Katanya lagi dia sedih apabila kawannya itu menganggap NGO atau Civil Society yang dianggotainya sebagai anti kerajaan ataupun penyokong PakatanRakyat. Aduhai ! saya pun keluar airmata gelihati. Apalagi saya sendiri telah menjadi sukarelawan dengan 7 organisasi NGO semenjak hampir 14 tahun yang lepas.

Saya rasa (jika benarlah), kemungkinan besar kawannya itu MUNGKIN ahli dengan NGO yang berkait rapat dengan parti pemerintah, NGO yang dipengerusikan oleh orang yang berpolitik, maka itu dia menyamakan kesemua NGO yang ada.

Tanpa menyelidik atau mentelaah “back ground” NGO terbabit. Apakah aktiviti atau program yang telah dilaksanakan. Siapa pula yang menerajui dan golongan mana pula ahli ahlinya. Hendak men”cop” seseorang itu dengan pelbagai label memang mudah, tetapi molek jika disisipkan sekali bukti yang sahih. Barulah boleh menegakkan benang yang basah.

Pun begitu, sebagai seorang sukarelawan, memang tidak dinafikan, kadangkala syak wasangka itu memang ada. Apalagi jika trustee, board, chairman atau yang berjawatan tinggi di dalam organisasi itu punyai link dengan parti parti tertentu.

Apalagi adanya NGO yang mengadakan program dengan pihak pihak tertentu, maka itu anggapan semua NGO itu sama hampir berasas, (baca hampir).

Contoh mungkin : NGO sipolan melaksanakan program “kami tidak setuju harga minyak dinaikkan” sudah pasti dilabelkan sebagai NGO pembangkang atau NGO sipolan melaksanakan program “gotong royong membersihkan kawasan perkuburan dengan Puteri dan Putera “tuut” Kampung Pinang Sebatang” maka akan dilabelkan sebagai NGO parti kerajaan.

Walaupun kadangkala atau yang sebenarnya, penglibatan NGO terbabit hanya merupakan program bersama.

Justeru, NGO yang non-partisan, harus berhati hati dalam perkara sebegini. Jangan terlalu ditunjuk atau mengikut telunjuk sangat dengan mana mana pihak. Sering terjadi di mana adanya NGO membuat program di “kawasan orang ini” , tetapi yang hairannya Tuan rumah tidak dipanggil untuk merasmikan tetapi orang lain pula yang datang. Ini tidak adil (skrip dalam 3 Abdul).

Lebih tidak betul apabila t’shirt tertera logo Parti politik bersebelahan dengan logo NGO mereka.(saya pernah alaminya tetapi mengambil tindakan untuk tidak memakai t’shirt yang diberikan tetapi memakai t’shirt NGO yang saya wakili tanpa ada mana mana logo parti politik).
Mungkin ada pula yang akan menegur, seolah tidak menghormati majlis, itu bukannya perkara yang perlu dibangkitkan.

“Saya seorang sukarelawan dan datang sebagai sukarelawan, bukannya ahli parti dan datang bukannya untuk berpolitik”. Itu jawapan saya. “full stop”.

Berhati hatilah. Melainkan sememangnya NGO itu punyai pertalian yang rapat (kekeluargaan) dengan parti parti politik.

Saya suka dengan quote rakan saya di FBnya, “ini masaalahnya bila orang fikir, politik itu hanyalah parti, sedangkan politik itu merangkumi semua aspek kehidupan”.

Dan, secara peribadi, jika sayalah, adanya dituduh sebagai penyokong pembangkang atau PakatanRakyat, hanya kerana melakukan kerja kerja sukarelawan yang prihatin dan tidak “buyers”.

Jawapan yang mudah bagi orang seperti kawan rakan saya itu adalah :

“ya, aku memang penyokong pembangkang, ada engkau kisah ke, ada aku minta belanja harian, makan dan minum dari engkau atau dari “parents” engkau ?,” iyakan sahajalah, tidak lebih tidak kurang apapun apa yang ada di diri kita kan, apa yang boleh dia lakukan, sekiranya dia ingin terus berkawan, sahih dia kawan yang memahami tetapi jika dia menjauhkan diri, sah dia punyai masalaah mentaliti atau “mistaken identity” ..hehehe.

Saya punyai kawan kawan dari pelbagai bahasa, agama, bangsa dan dari pelbagai idiologi parti Politik. Alhamdullilah kami saling “give and take” dalam apa jua isu politik yang berbangkit, jika ada yang hendak diperdebatkan, kami akan berdebat secara ilmiah dan bermuzakarah. Biasanya ia akan “ending” dengan keputusan yang satu iaitu “yes” atau “no”, dan keputusan itu diterima secara baik, yalah kamipun hanya rakyat picisan yang berpolitik di kedai kopi sahaja, ketepi ketengah, kami begitu juga. Yang penting persahabatan tidak putus kerana politik gitu.

Dan ada juga kawan saya yang “never give a damn bout politic”, “malas akau nak layan orang poltitik neh”, ok !. saya hormati pendirian mereka. Mungkin itu dunia mereka, tetapi percayalah suatu hari nanti mereka akan tersedar juga dari lamunan yang lama terhenti itu.

Dan pada rakan saya itu saya tinggalkan komen di FBnya “xperlah Bro yang penting teruskan aktiviti yang amat berfaedah nie (sukarelawan), pada diri kita dan rakyat kebanyakan, biarlah apa orang nak kata, janji kita tahu apa yang kita buat .. janji Rock !! hehehe .. “

Note : kepada rakan rakan Sukarelawan di YS dan yang mana mana bersukarela dengan NGO pun, menjadi Sukarelawan anda tidak akan terkenal apalagi kaya raya, tetapi sedar atau tidak anda semua telah KAYA dengan pahala, pengetahuan dan ukhuwah yang tidak terjual beli .. tabik anda semua .. seperti biasa saya aka jeansLusuh kata y’ll Rock lah !!! ..

Tuesday, December 14, 2010

Nyaman dan tenang ...

Baru baru ini saya dan beberapa rakan telah berdiskusi, ber”brainstorming”, ber”post mortem” dalam suasana yang nyaman, tenang, santai, ceria pun begitu tetap dalam keadaan “Syariah Compliance”. Diperindahkan lagi bunyian air sungai yang menyirami batu bata kecil dan kadangakala terdengar jeritan anak anak kecil yang riang bersama dengan ibu dan bapa juga kakak, abang dan adik, keluarga bahagia. Mermang mendamaikan di Janda Baik.

Begitu, rupanya dalam nyaman dan tenang, air sungai yang dingin, ketawa riang anak kecil, hembusan angin sepoi dan indahnya nama Janda Baik itu.

Ada kegelisahan, jiwa yang kacau, fikiran terganggu, berkecamuk menyimpan pelbagai perasaan. Mungkin tiada tempat untuk berbicara mencari jalan keluar. Yang telah tersasar lorong, yang tersesat jalan, yang mungkin ingin mencari kebenaran atau mencari jawapan dalam tindakan.

Dalam malam dingin itu, terbit satu muzakarah ilmiah, perbualan yang berisi, tidak kosong, tiada siapa yang benar atau yang salah, cuba merungkai semula sejarah. Mengapa ia terjadi, yang sehingga kini telah menjadi barah yang begitu membusuk sehingga sukar untuk diubati yang teramat parah sehingga tiada ubat yang mampu mengubati. Selain dari kembali ke jalan yang lurus, yang diredhai ALLAH’taala.

Seorang sahabat yang amat teruja, setia, taat, taksub dari dahulu, kini dan selamanya dalam perjuangan bersama sebuah organisasi yang kuat Ketuanannya.

Namun beliau ini tidak seperti yang lain lain pernah saya kenali di dalam organisasi Ketuanan ini. Beliau punyai nilai harga diri yang tinggi, ingin melihat organisasinya di transformasi bukan dari bahasa retorik tetapi sepenuh hati. Ingin membersih, memutihkan segala daki yang terpalit kotor di dalam organisasinya.

Namun begitu, perjuangan sahabat ini bukanlah sesuatu yang mudah. Cantas mencantas, tipu menipu, rasuah sudah menjadi darah daging di dalam organisasi ini. Maka berceritalah dia tentang perebutan jawatan, wang berjuta, tentang kereta mewah, dendam, hasad dengki, cucuk mencucuk dan tuduh menuduh.

Kesalnya tidak terhingga, sehingga dia sendiri pernah terjatuh hina apabila di cantas sebegitu rupa. Hanya kerana sedikit bersuara. Namun, katanya perjuangan belum selesai, dia ingin terus berusaha untuk membersihkan nama dan pada masa sama ingin merubah suasana caca marba dalamam organisasi Ketuanannya.

Mengeluh juga dia dengan keadaan bangsanya di negeri yang diperintah bukan organisasi Ketuanan. Bercerita tentang penindasan, ketidakadilan kesaksamaa bangsa dan Agama. Katanya bangsa di negerinya amat daif, dihina denga pemberian duit haram, tanah dirampas dan sebagainya. Makna kata, sekarang ini bangsanya amat teruk dibelasah oleh organisasi pemerintah yang baru hampiri usia 3 tahun itu. Kecewa dia kerana organisasi Ketuanannya diragut.

Juga dia memperlekeh seorang individu yang memimpin sebuah negeri di Pantai Timur, juga digelar Serambi Mekah. Marah sungguh dia, dipersalahkannya individu itu akibat tidak terbenanya “perpaduan” yang diimpikan begitu terlampau sangat oleh organisasi Ketuanannya.

Marah, kesal, kecewa, sedih, putus asa segalanya diluahkan. Raut wajahnya suram.

Setelah mendengar segala keluh kesahnya. Saya cuba mententeramkan gelodak itu. Mujur dingin malam dapat menyuamkan sedikit gelodaknya (yang penting juga gelodak muntahan lavar panas Merapi di dalam diri saya diketika itu).

Saya berkata; “Saudara, ayuh kembali kita kepada sejarah, sejarah yang telah dibutakan sejak sekian lama, dari kegalutan hina di dalam organisasi Ketuanan saudara, nasib bangsa di negeri saudara yang tanah dikecilkan hinggalah isu pemberian wang haram, penghinaan saudara kepada sesusuk kecil tubuh yang digelar Ulama itu dan paling penting, kepayahan dan kesukaran Saudara untuk memperbaiki kapal Ketuanan Saudara yang semakin bocor, hancur, punah, musnah dan hampir karam ini.”

Ayuh kita bincangkan satu persatu ~~

Seusai perbincangan sejarah itu. Sahabat saya berkata “Saudara, memang benar sedikit contoh yang Saudara utarakan itu, saya tidak langsung dapat menafikannya. Saya tahu dan saya akui, segala kebajatan di dalam organisasi Ketuanan saya ini benar belaka dan amat menyedihkan. Itulah yang sedang saya usahakan untuk perbaikinya.”

Katanya lagi ; “Saya akui tentang penceritaan saudara akan siapa susuk kecil yang saya hina itu, saya juga tahu akan kejadian disebalik beberapa isu yang diperkatakan, dihebohkan oleh organisasi Ketuanan di negeri saya itu, sedikit sahaja yang benar, yang banyak hanya helah organisasi saya belaka, mereka semua selalu melakukan sesuatu tanpa berfikir dahulu, maka itulah rakyat muak dengan tindakan beberapa rakan saya dalam organisasi Ketuanan ini.”

Dengan wajah sesikit sesalan, dia berkata; “Saya sayangkan organisasi saya, saya ingin bersama selamanya, namun begitu jika saya gagal dalam perjuangan ikhlas saya dalam organisasi Ketuanan saya ini, mungkin saya akan beralih arah, mencari sebuah organisasi yang boleh mendamaikan hati dan jiwa saya.”

Sebelum dingin semakin meresap ke tulang sum sum. Embun dan dedaunan bersatu, bunyi guruh seolah memberi isyarat hujan bakal membasahkan bumi. Saya akhiri perbincangan, yang suka saya andaikan bermuzakarah ini.

Saya katakan ; “Saudara jangan berputus asa, orang seperti Saudara yang punyai keikhlasan, yang inginkan perubahan dan perjuangan yang bersih di dalam organisasi Ketuanan. Jangan mudah mengaku kalah, Saudara harus kuat. Andai Saudara kecundang juga, saya pasti individu seperti Saudara yang berkarisma, berketrampilan, berdisiplin dan punyai pendirian yang tegas, yang mampu menjadi Pemimpin yang bersih dan adil, pasti akan menjadi rebutan masyarakat”.

Bagi menyakinkan dan mem”cas”kan kembali semangatnya yang sedikit lemah itu, Saya sudahi bicara saya dalam kedinginan itu;

“Percayalah, rakyat sekarang amat cerdik. Mereka tidak memilih seorang pemimpin itu pada bentuk atau warna kaler logo tertentu, tetapi berdasarkan keperibadian seseorang sebelum diangkat sebagai Pemimpin. Jadi jagalah tingkah laku, disamping memperjuangkan Ketuanan janganlah lupa perjuangkan perkara yang lebih penting lagi, Kedaulatan Agama Islam yang perlu dijulang. Selamat berjuang !! .. Saudara”

Dan saya kembali mendakap suasana nyaman dan tenang yang ditinggalkan sebentar tadi.

Harapan saya, satu hari nanti dia akan menjadi seorang pemimpin yang disegani, dihormati dan digeruni bukan kerana penyalahan kuasa yang dimiliki tetapi sikap tawaduk dan zuhudnya. insyaALLAH.

Wahai Sahabat, bacalah nota dari Blog Wira Bukit : Sudahkah Kau Lupa ? karya PakSamad, pasti kata kata saya boleh anda guna pakaikan dalam perjuangan Saudara. Mungkin.. (Blog WiraBukit ada di link blog saya: Tokoh)

Nota : Sahabat saya ini punyai jawatan yang penting di dalam Cawangan Organisasi Ketuanannya.

Wednesday, December 8, 2010

bila "mereka" ingin berhijrah ??

Dan Dia menangis lagi, tersedu sedu melihat akan apa yang berlaku di hadapan mata. Merentap sanubarinya yang lemah tidak terdaya. Melihat segala kecelakaan yang dilakukan oleh “mereka” yang berkuasa gagah menjunjung nafsu yang tidak pernah leka dengan tamak haloba.
Memeras segala tenaga yang lemah lesu, semuanya untuk memenuhi segala keghairahan penuh noda. Maka dipergunakan segala kuasa yang ada, demi mencapai cita cita yang penuh dosa.
Biar parah, biar derita, biar sengsara Dia, Dia bukannya setaraf apalagi punyai pertalian saudara. Dia adalah tanah dan “mereka” adalah langit yang tinggi.

Mungkin sama Agama, mungkin, kerana bersyahadah tetapi yang lain lainnya, nauzubillah, kata “mereka”, kubur engkau dan kubur aku tidak sama.

Ya, sedangkan kubur ‘mereka” bertahtah indah, berbatu marmar berkualiti tinggi, bernisan mewah berlakar meriah, sedangkan pusara Dia berhimpitan di tanah kuburan yang telah ada terhakis akibat desakan pembangunan, nisan tercampak kuburan menjadi rata. Tercari carilah anak anak cucu cicit, dimanakah makam ayah dan bonda. Begitu sekali terhina Dia yang dilakukan “mereka”.

Kini segala tangisan, ratapan sedu mungkin berpanjangan, “mereka” ingin terus berkuasa,” mereka” ingin mengumbul sebanyak harta, “mereka” ingin hidup lama, “mereka” ingin dan ingin dan ingin lagi ..

Dan semua itu pasti, selagi segala akta akta itu menjadi milik mereka bukannya untuk Dia.
Ya, “mereka” sang penguasa dan Dia rakyat jelata.

Ini milik awam yang kini menjadi milik abadi “mereka” :

Akta Hasutan, Akta Pilihanraya, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Pencegahan Rasuah (SPRM), Akta Pendaftaran Negara, Akta Keselamatan Dalam Negeri : paling bahaya:, Akta Rahsia Rasmi, Akta Imigresen), Akta Darurat (Kuasa Kuasa Perlu), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Kanun Keseksaan dan bakal lahir satu lagi Akta iaitu Akta Siber ..

Tanpa akta akta ini, siapalah mereka agaknya ..

Akta akta ini penting demi keselamatan dan kemakmuran negara, tetapi menjadi hancing apabila disalah guna.

Thursday, December 2, 2010

asal tidak tertinggal

Mungkin terlambat, tidak mengapa asal tidak tertinggal. Ingin juga berkongsi idea dengan mereka yang terlebih dahulu berdebat, berbicara tentang rasionalnya menegakkan sebuah mercu tanda yang bertingkat 100. Yang ingin menambah koleksi satu lagi projek mega menunjukkan kemegahan kepada seluruh dunia, yang digambarkan akan memberikan impak besar kepada ekonomi negara, yang dibayangkan akan menarik ramai pelabur asing datang menjenguk muka dan mencampak wang mereka.

RM5billion, diwartakan peruntukan untuk mengrealisasikan kemahuan yang membuak buak penuh gelora. Bakal tercapai impian merobek keegoan mercu tanda yang sedia ada, Menara Berkembar -KLCC yang juga dibina di atas titik peluh bayaran cukai yang sentiasa tinggi oleh rakyat jelata. Dan baru baru ini terdengar teguran yang mungkin agak sinis bunyinya dari si pemikir yang membina KLCC.

Katanya :
“I see signs everywhere saying ‘for sale’ or ‘for rent’ in quite a number of places,” he said. “This means we have a surplus of office space,” he added when addressing a full house lecture titled “Revisiting Vision 2020” yesterday.

“I must admit I am biased. And I would like to retain it (the Petronas Twin Tower) as the tallest building in Malaysia,” he said in reference to the landmark which was built when he was in office.

“We should build it (Warisan Merdeka) a little later, Maybe when I’m not around,” he added in jest.
(thestar.online dated Tuesday 30, 2010)

Adakah dengan terbinanya sebuah menara bertingkat 100, akan memberi kesan kepada mereka yang kurang berada.

Semasa Menara Kembar-KLCC dibina, diwar warkan, yang bumiputera akan di anak manja, slot kedai menjadi “priority” kepada mereka. Harga makanan pula relevan untuk orang kampung yang berombongan ber bas bas ke Kotaraya demi melihat kebanggaan negara. Akhirnya semua menjadi impina kosong belaka.
Restoran Kelantan Delight (jika tidak silap) terpaksa berbadwi ke KL Central atau mencari tapak lain yang mampu dibayar sewa. Food courtnya pula, harga nasi beriani bersamaan dengan harga makanan untuk 2 orang, harga minumannya pula adalah lebih baik ke coffee house sahaja, begitulah hendak diceritakan secara mudah dan faham.
Sekarang semua slot kedai dihuni barangan yang harga tinggi menggila, rakyat hanya mampu melihat mencuka, meleleh air liur mengesat air mata. Ingin dibeli dengan apa, kos sara diri sahaja sudah lebih tinggi dari pendapatan keluarga. Tidak kira dikampung atau dikota. Dan akhirnya di anak tiri.

Apakah Menara bertingkat 100 ini, akan berkeadaan serupa ?

Dan berkatalah seorang yang berjawatan tinggi digelar tidak layak bergelar; Tan Sri. Tegasnya jangan lagi diputar belitkan isu 100 tingkat ini. Tidak diguna wang kerajaan langsung (benarkah?), jangan pula memandang rendah kepada pihak yang terlibat, PNB adalah sebuah organisasi yang bijak dalam segala tingkah laku kerana mereka telah lahir begitu lama dan pula memberikan hasil lumayan kepada para pemilik sahamnya.

Jika begitulah bijaksananya, mengapa tidak memikirkan bagaimana membantu rakyat Malaysia yang dilanda kesusahan dan kesukaran. Paling tidak naikkanlah cogankata 1Malaysia yang dicemburui banyak pihak. Binalah 100 buah rumah, 60 buah rumah untuk bumiputera selebihnya untuk rakan rakan bangsa yang lain. Namakanlah Perkampungan Warisan 1Malaysia. Bina juga pusat membeli belah atau kilang untuk menarik pelabur datang dan berniaga. Jangan pula diberi secara percuma, dibeli dengan harga “Rakyat di Dahulukan”.

Dengan RM5billion, banyak lagi projek yang berfaedah yang boleh membantu rakyat di ilhamkan, yang mungkin juga akan dipandang baik oleh pelabur luar. Untuk mencari data, layarilah web web rasmi kerajaan; jika rasa kurang percaya dengan segala data, hubungi NGO yang terlibat secara langsung dalam memberikan bantuan kepada rakyat yang susah.

Yang tersirat sebenarnya di dalam kepala hotak mereka , hanyalah; memberikan pulangan, keuntungan kepada pihak pihak tertentu sahaja, pihak yang sudah kaya hendak bertambah kaya, yang miskin terus dipijak kepalanya.
Kapitalis.

Pada orang kampung, cukuplah sekadar menyewa bas bersama rombongan Mak Cik Kiah mengambil gambar, sebagaimana berfoto di hadapan Menara Berkembar-KLCC dan bermain air pancut di kolam awam yang ada.

Ooohh !! hampir terlupa .. minyak RON 97 naik lagi ..

Hah !! BilaNaik ? BaruNaik, BanyakNaik ? BerapaNaik ? .. RM2.30 .. September 2009-RM2.00, July 2010-RM2.10, November 2010-RM2.15, December 2010-RM2.30 … Januari 2011 ? .. wapuchitau ..