in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Tuesday, June 29, 2010

ada keinginan

Kalau kalau ada peluang nak juga join Konvoi Ramadhan ke Gaza bersama NGO Malaysia dan Antarabangsa yang dikepalai oleh MAPIM (Majli Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia). Tapi tulah cutipun dah kurang sangat sekarang. Konvoi neh kurang kurang kena ambik cuti dekat atau mungkin juga lebih sebulan. Nak dapatkan ehsan cuti dari majikan ?? .. emmm kim salamlah diaorang nak approve . InsyaALLAH kalau tak dapat follow mungkin ada cara lain kot membantu program neh nanti.

Thursday, June 24, 2010

ber"MukaBuku"

MukaBuku (dalam Bahasa Malaysia): Laman yang diguna pakai oleh semua pihak, tidak kira dari anak kecil yang masih belum bersekolah hinggalah yang telah bersara, dari penganggur terhormat sehinggalah Pak pak Menteri, dari yang masih bujang trang tang tang sampai yang telah berkeluarga, kira semua kategorilah, yang orang baik baik hinggalah yang tidak berapa baik.

Ada juga yang boikot tidak mahu berMukaBuku kerana mereka tahu MukaBuku adalah salah satu penjana utama dana kepada negara 1Israel laknatullah, itu benar belaka kerana Faundernya seorang yang kuat pegangan Yahudinya, kalau aku tidak silaplah. Tapi apapun terpulanglah pada kesedaran masing masingkan. Kalau setakat tidak mahu orang mengata yang kita tidak tahu tentang teknologi ini dan takut malu, aku rasa tiada akaunnya pun takder apa. No big deal gitu.

Aku pun dulu memang tidak berminat sangat berMB, sampailah aku beli handphone baru, aku mula terhegeh hegeh berMB. Mulanya seronok juga, melihat keletah rakan rakan MB nie, ada yang menceriakan tidak kurang juga yang bikin panas. Akhirnya aku melihat ia semakin menjadi satu pentas untuk masing masing menunjukkan kehebatan masing masing, sehingga ketahap meloyakan kadang kala membacanya. Sedangkan bagi aku adalah lebih baik MB ini dijadikan sebagai pentas untuk bertukar informasi; contoh berita kekejaman 1Israel laknatullah terhadap rakyat Palestina atau mungkin juga bertukar pandangan tentang sesuatu kebaikan. Atau menyampaikan mesej kearah kebaikan (seperti beberapa rakan MB aku)

Yang jadi sekarang, ada pula berdebat di alam maya ini, menunjukkan sikap angkuh, ada juga yang tidak puashati dengan rakan MB yang lain yang cuba membuat kebajikan di MB. Ini sesuatu yang menyedihkan, sedangkan rakan rakan MB sepatutunya bantu mewar warkannya. Yang paling parah “terjerat” dengan rakan MB sehingga mengakibatkan kucar kacir didalam sesuatu perhubungan, samaada persahabatan atau kekeluargaan. Tengoklah berapa rupa banyak cerita penceraian akibat MB neh. Tidak kurang juga yang layu terkulai, tertipu dengan kata kata di alam MB. (kalau MakCik Bebe aku di Trengganu cakap “bengong mu”)

Aku pun hampir terjerat, ooopppps bukan terjerat dalam percintaan MB ok, tapi terjerat dalam pertelingkahan dan dengki irihati. Hanya kerana satu statement ingin membantu sesama insan, terus didengki dan diiri hatikan. Apa kes ?. Tidak faham, memang tidak faham. Tapi aku ambil sikap, ada aku kesah.

Masih ingin berMB, entahlah, mungkin ? tapi tak selalu layan sangatdah lagipun masih ada beberapa rakan MB yang masih merasakan MB ini platform untuk berdakwah, melakukan kebaikan dan memberi informasi yang berguna. So far aku dah kick off beberapa “friend’s” yang aku rasakan cuba memprovokasi di dalam akaun aku, so aku rasa dari terus membikin panas adalah lebih baik aku memadamkannya secepat mungkin, dan yea mungkin juga aku telah di kick off oleh beberapa orang dari laman MBnya, emm ada aku kesah.

Teringat kata kata dari seorang rakan, katanya “saya tak minat facebook (MukaBukulah) nie bang, penyebar fitnah” wallahuallam. Yang penting aku akan sedaya upaya untuk tidak menjadi penyebar fitnah apatah lagi mencari musuh, walaupun disekeliling aku penuh dengan musuh dalam selimut. Di depan angkat tangan melempar senyuman di belakang menghunus pisau untuk menikam.

Aku rasa blogging lagi bes dari berMukaBuku.

Monday, June 21, 2010

Penjara Pudu RIP : 10am 21 June 2010

Sekarang ini diwaktu ini sebuah lagi lambang sejarah negara sedang dimusnahkan bukan oleh gegaran gempa bumi atau bencana alam tetapi dihancurkan oleh mereka mereka yang sedang mengira ngira kantung poket yang akan penuh dengan wang haloba. Sebuah mercu tanda yang menyimpan banyak sejarah yang banyak mentaubatkan mereka yang pernah tersasar dari jalan yang salah dan menjadi pedoman bagi mereka yang ingin berfikir berkali kali untuk melakukan kesalahan akan dipadam lenyapkan begitu sahaja. Dan tidak lama lagi tertegak sebuah lagi pusat membeli belah yang mewah dan indah dan akan tertonjollah lagi pusat pusat remaja anak Melayu yang akan menjadi penghuni tetap di pusat membeli belah itu yang bangga dengan perangai hodoh mereka. Dan terkulai layu anak anak Melayu yang sudah layu itu, yang untung mereka mereka yang bukan Melayu yang berniaga yang mempunyai jiwa untuk berjaya dan menjadikan anak Melayu mangsa keuntungan mereka. Anak Melayu pula bangga tidak menentu kununnya inilah pemimpin aku lakukan membina bangunan canggih untuk kami melepak dan membuang masa dan berterima kasih pula teman teman bukan Melayu kerana memberikan uang di atas kealpaan anak anak Melayu yang tidak sedar ditipu itu.

Selepas ini selamatkah Masjid Negara, selamatkah Station Keretapi Lama, selamatkah tanah Dataran Merdeka dan selamatkah tanah Kampung Baru, semua ini sedang diintai penuh rakus oleh para pemimpin anak anak Melayu.

Penjara Pudu Kuala Lumpur dalam kenangan. RIP

Thursday, June 17, 2010

kisah seorang balu

Semenjak layan FaceBook neh aku langsung dah tidak membuka lembaran blog, sebenarnya blog neh bes sikit dari FaceBook. Apapun FaceBook neh aku layanjer, nanti ketinggalan zaman lak .. oklah kongsi sedikit cerita neh ..

Kisah seorang balu kepada pejuang Palestina yang dikenali sebagai Izzudin.

Pada suatu pagi Ummu Muhammad dikatakan dapat melihat perkataan syahid tertulis di dahi suaminya yang sedang bersiap siap keluar rumah bagi meneruskan tentangan terhadap rejim Zionis.

Beliau mula merasa cuak tetapi tidak berkata kata malah yakin suaminya tetap akan selamat, tetapi sejurus suami keluar menuju ke kereta di luar pangsapuri kediaman mereka, Ummu Muhammad tiba tiba dikunjungi jiran jiran yang mengetuk pintu rumahnya bertalu talu.

apa yang kamu dah buat sehingga seluruh pangpasapuri ini begitu harum semerbak, sangat wangi baunya yang tidak pernah kami bau sebegini sebelum ini, sebaik sahaja kami melihat suami kamu keluar dari pintu rumah kamu ini ” tanya jirannya.

Ummu Muhammad tidak mempunyai jawapan terhadap soalan jirannya itu kecuali hatinya semakin berdebar debar malah yakin sesuatu akan berlaku terhadap suaminya.

Benarlah selang tidak beberapa mimit selepas itu, suaminya mati syahid bersama sama dengan kereta yang meletup semasa enjinya dihidupkan.

Sebagaimana berkecainya kereta itu begitu jualah keadaan suaminya, tetapi Ummu Muhammad sangat tabah malah terus mengambil wuduk dan solat jenazah terhadap pemergian tragis suaminya itu.

Bau wangi itu semakin semerbak dan tahulah kini oleh Ummu Muhammad bahwa suaminya telah dipanggil oleh ALLAH dan sekali gus terus menghuni Syurga.

jL : peristiwa inilah yang menjadi motivasi yang kuat kepada para ibu atau isteri apabila suami atau anak anak mereka keluar berjihad ke jalan ALLAH. Bahawa janji ALLAH adalah benar, Syurga adalah ganjaran besar yang menanti bagi mereka yang berjuang fisabillilah.

: Kisah benar ini berlaku 8 tahun yang lepas yang diceritakan oleh Puan Mazlinah isteri kepada salah seorang Relawan Malaysia yang terselamat dalam serangan Kapal MV Mavi Marmara, Tuan Haji Noorazman (Haluan Palestin) :

Monday, June 7, 2010

buat baik di balas baik ....

Atau satu kebetulan.

Gini ceritanya, hari khamis malam jumaat lepas (03.06.2010). Aku dan Boss SALAM bertolak dari PJ ke Kelantan, Pauh Lima untuk program motivasi BINGKAS. Untuk keselamatan EnBoss telah menukar kedua tayarnya dan sedikit servis untuk melancarkan perjalanan. Kami keluar dari perut kota tepat jam 6petang.

Kami makan malam di Raub Pahang, kemudian aku mengambil tempat steering selaku 2nd driver. Supaya EnBoss dapat berehat sebentar sehingga ke Gua Musang. Ini adalah kali pertama aku akan memandu melalui jalan Gua Musang yang berbagai cerita. Dengan kawasan mistiknya, kawasan kemalangannya dan berbagai lagi. Sebelum ni naik Transnasionaljer, so sepanjang perjalanan dalam bas tidojerlah.

Pada awalnya perjalanan agak smooth. Aku tidak berani untuk speeding, walaupun kereta tidak terlalu banyak tetapi kenderaan berat tidak putus. Biasalah kebanyakan lori akan bergerak waktu malam. Memang jalannya agak mencabar apalagi aku yang pertama kali memandu kat situ. Jalan yang gelap, selekoh yang merbahaya, risiko binatang liar melintas dan yang paling takut ditahan oleh eeeee seram. Meremang gak bulu roma, lebih lebih lagi melalui jalan yang dipanggil Bukit 7.

Keluar dari Bukit 7, 20km sahaja lagi tiba di Gua Musang, mulalah rentetan cabaran

Insiden pertama :

Jam 12.00pagi : aku tidak dapat elak lubang, kedua dua sport rim bengkok. Spare tayar hanya ada satu. Sudah mula panik. Mujur penduduk disitu membantu. 2 orang pemuda telah menyelesaikan masaalah kami. Mereka telah meminjamkan tayar kereta salah seorang dari mereka. Malahan mereka offer pula untuk membaik pulih tayar tersebut. Aku dan EnBoss tidak tau nak kata apa diatas sikap keprihatinan mereka itu. Usai kedua tayar ditukar dengan bantuan mereka, kami bergerak ke Gua Musang lebih kurang jam 1.30pagi. Setelah minum minum dan berta’aruf secara ringkas dengan mereka.

Tiba di Gua Musang. Kami ambil keputusan untuk mencari hotel. Terlalu letih dan takut juga dengan keadaan tayar yang ada. Kami nyakin cumanya mengambil sikap berhati hati.

Insiden kedua :

Bertolak ke Kota Bahru. EnBoss speeding kerana kami telah terlewat. Tiba di Kubang Kerian, EnBoss telah memotong sebuah kereta yang agak lembab pemanduannya, beberapa meter dihadapan, kami ditahan oleh Polis Trafik, adusss celah manapulak diaorang ada buat speed trap nie.

“Maaf encik, encik tau salah apa, encik potong double line, encik kerja dimana ?, hendak kemana ?, ada apa ? dan lesen cik ?” begitu lembut dan berhemah. (nie baru betul dengan slogan tuh)

EnBoss jawab “ya saya salah tadi, kerja di Yayasan Salam, hendak ke Pauh Lima ada kem Motivasi, maaf cik lesen tak tau selit mana nie” , EnBoss gigil gak (aku tahu lesen EnBoss terselit kat mana hahaha)

“takper encik, saya letak tak pakai talipinggang keledarlah yea, saya tau encik pakai, tapi nie murah sikit, encik boleh bayar disini atau di KL nanti, tapi hari ini dan esok kami cuti” ..

EnBoss senyum “yea , terima kasih yea”

Insiden ketiga :

Tiba di Kota Bahru, kami tidak dapat mencari tempat yang dituju. Aku pulak dah lupa, walaupun tahun lepas dan datang. Lagipun EnBoss dan ikut laluan lain, so aku konpius sikit ler. Kami bertanya di sebuah station minyak, sekali lagi kami dibantu. Seorang pemuda sanggup menunjukkan jalannya. Kami ikut pemuda tersebut dari belakang, dengan tidak memakai topi keledar, dengan keadaan motor yang tak berapa nak selamat, takder signal, takder lampu merah belakang, tayar sotong dia memecut motornya dengan laju. Lebih kurang dekat 30minit jugalah, dan dia menunjukkan jalan kearah tempat yang dituju. Terima kasih abang superhero, itulah namanya bila kami tanya.

Alhamdullilah akhirnya kami tiba di tempat yang dituju.

Berbalik pada tayar tadi, selepas habis program selama 3 hari. Kami bertemu semula dengan 2 orang pemuda tadi. Sekali lagi, dialah yang menukarkan tayar kami, kedua tayar nampak normal semula.

Dan aku rasakan bayaran RM200 itu tidak banyak mana kalau hendak dibandingkan dengan segala kebaikannya didalam membantu kami semasa kesusahan itu.

Terima kasih Amir dan rakannya.

Terima kasih Tuan Polis Trafik kerana tidak mengenakan saman yang tinggi.

Terima kasih Abang Superhero

Alhammdullilah Ya ALLAH kerana mempertemukan kami dengan insan insan yang berhati mulia ini.