in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Monday, April 18, 2011

borak kosong !!

Malam tadi aku sms jiran lama untuk pekena teh tarik dan roti canai sambil hendak layan bola kununnnya (walaupun aku tidak berminat sangat dengan liga luar negara ini).

Jadi kami ‘set’ pertemuan di sebuah kedai mamak yang agak terkenal jugalah berdekatan dengan apartmen aku.

Lama tidak jumpa, topik pertama sudah tentu tentang keluarga, isteri sihat, anak anak sihat. Kemudian kerjaya.

Sedikit perbualan kosong ; ‘politik kedai kopi’. Tentang betapa tegar sayangnya orang orang Sarawak dengan Ketua Menterinya yang sudah 30 tahun ditampuk pemerintahan dan kekayaan. Nampaknya mereka senang melihat Taib Mahmud senang walaupun mereka susah. Ahh !! sayang sungguh mereka dengan Taib Mahmud gamaknya.

Khabarnya, kembalinya TM memegang tampuk pemerintahan, maka akan ramailah yang menangis kerana dendam kesumat puak puaknya. Itu yang didengarlah, benar atau tidak, tunggu dan lihat sahajalah nanti. Pastinya, selepas ini mana mana orang Semenanjung yang hendak bercuti di Sarawak. Awas !! anda akan diperhatikan. Haaa !! yang ini konpem.

Apapun seperti yang selalu di war warkan rakyat Sarawak, politik mereka berbeza dari politik Semenanjung. Berbeza apanya ? hemm .. Apapun tahniahlah Kepala TM kerana dapat mengekalkan kuasa dan chaiyok juga kepada PR yang dapat menambah kerusi mereka. Selamat bertugas wahai YB YB semua.

Beralih pula kes video, jam Omega; berdekah dekah kami gelak ketawa apabila membincangkan tentang isu panas dan hampeh ini. Hinggakan beberapa orang di meja berdekatan merasa hairan. Seterusnya kisah RPK, Blogger terkenal yang lari, yang dikejar Polis tidak dapat dapat, tiba tiba, tiada angin pokok bergoyang; wartawan dan kameraman TV3 dapat pula menemuramahnya. Sekali lagi berderai gelak kami. Gila betul. Apa punya turrrr lah !!

Perbualan kami agak sedikit serius apabila mengenangkan akan kes seorang Pegawai Kastam yang “terjatuh” dari bangunan SPRM, kes yang ke 2. Sedihnya, belum apa apa, Allahyarham dituduh membunuh diri, walaupun siasatan belum bermula. Akhbar akhbar perdana , seperti biasa akan melaporkan berita berita longkang dan najis mereka. Kasihan wartawan wartawan ini, mencari rezeki dari kesedihan orang, mengaibkan orang, menfitnah dan pelbagai lagi yang menjijikkan. Jika tidak silap di dengar dari kawan kawan, keputusan telah dikeluarkan, kononnya Allahyarham ter”jatuh” dan kes disebut sebagai kematian “mengejut”. Wallahuallam.

Aku berkata “ biarlah Bro, ini masa depa, satu hari nanti kalau kena batang hidung sendiri, baru padan muka ,”.. inilah politik, politik kedai kopi.

Dan kami terus melayan cerita cerita lain; cerita khurafat yang semakin banyak di kaca TV dan panggung wayang, realiti di TV yang mencari keuntungan dari sms penonton penonton yang membiarkan diri mereka ditipu , lambakan pemuda pemudi yang berkejaran ingin menjadi artis sehingga sanggup diperagakan sedemikian rupa, kisah kisah artis yang kadangkala memualkan dan lagi .. dan lagi ..

Kami “wrap-up” malam itu sebelum pulang berjumpa dengan zaujah tersayang, pertanyaan dari kawan aku .. “ Bro, ko tak pergi buat kerja sukarelawan lagi kee ..?,” aduhai, aku tiada jawapan, aku hanya ngeleng kepala dan senyum.

Pun begitu di dalam hati aku berkata “ inilah nasib volunteer Bro, semasa tenaga dan idea kita tengah ranum, tengah rancak fikirannya berbuah; engkaulah volunteer kesayangan, engkaulah volunteer penting, semuanya engkau .. tetapi setelah hampir gugur , jatuh merudum dan tertumbuhnya volunteer ranum yang lain, engkau akan dibiarkan gugur begitu sahaja, jangan kan hendak di dipanggil, membuat panggilan bertanya khabar pun tidak .. ,”

Zaujahku .. I Luv U deras deras !!

Friday, April 8, 2011

aku ingin ..

Sibuk sibuk, sehingga lama tidak mengemaskini blog. Melihat rakan blog konsisten mengemaskini blognya; Teh Secawan, terasa cemburu pula.

Selepas solat Jumaat tadi bertemu seorang sahabat, sahabat ? .. bolehlah, yang sudah itu sudahlah, jangan diingat kisah yang lalu (berbisik di dalam hati). Mungkin juga dia sudah berubah.

Kini dia sudah menjadi bapa, menunjukkan gambar keluarganya, aku nyakin dia sudah berubah. Dia banyak bercerita bagaimana bahagianya dia kini.

Ya ! aku doakan agar kau dan keluarga bahagia.

Aku memang bahagia dan aku akan kekalkan momentum kebahagiaan ini dengan tindakan dan gerak kerja sebegini dengan penuh istiqomah;

Kuat Agama : Biar sesibuk bagaimanapun, solat fardu tetap terpelihara. Seorang yang kuat pengamalan agamanya. Lihat sahaja Kekasih ALLAH Rasulullah SWT menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

Baik Akhlak : Ketegasan yang nyata tetapi lembut dan bertolak ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Senantiasa hormat pada ibubapa, keluarga, sahabat dan sesama saudara Islam harus ketara.


Tegas Mempertahankan Maruah : Menjauhkan diri dari menjengah atau mengunjungi ke tempat tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruah diri sebagai seorang pejuang Islam.

Amanah : Tidak dengan sengaja mengabaikan tugas dan tanggungjawab yang diberi apatah lagi menyalah gunakan kuasa sebagai suami atau ketua keluarga.

Tidak Boros : Tidak kedekut tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada di kongsi bersama pada mereka yang berhak; isteri dan anak anak.

Tidak Liar Mata : Jaga pandangan mata dari kerap memandang ke arah benda benda yang berbentuk maksiat dan mendatangkan dosa.

Terbatas Pergaulan : Tidak mudah menjadi fitnah orang, jauhkan diri dari mengamalkan cara hidup yang terlalu bebas.

Rakan Pergaulan : Mencari rakan rakan yang boleh membawa ke arah kebaikan. Menjauhkan diri dari mereka yang membawa bencana kepada kehidupan.

Bertanggungjawab : Memperuntukkan diri untuk isteri, anak anak, ibubapa dan mertua. Susah senang bersama.

Tenang Wajah : Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang kadang terpancar pada air muka. Wajah senantiasa tenang, setenang waktu bercakap dan bertindak. Bercakap menggunakan akal fikiran bukannya nafsu semata. Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku). Rumah tangga yang aman damai, penuh kemesraan dan kasih sayang adalah bayangan Syurga. InsyaALLAH, aku akan cuba .. insyaALLAH .