in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Thursday, August 25, 2011

Salam Syawal

Pejam pelik pejam pelik, tanpa tersedar Ramadhan semakin meninggalkan kita. Meninggalkan berbagai kenangan di sepanjang kita bersama Ramadhan. Walaupun Ramadhan sering mendampingi kta setiap tahun. Namun kenangannya, nostalgianya sering berbeza.

Jika beberapa tahun sebelumnya, berRamadhan berseorangan, beberapa tahun berikutnya berdua kemudian bertiga pula.

Jika ketika hidup keseorangan sering berbuka merantau ke Masjid masjid untuk berbuka dan berterawikh di Masjid masjid yang berbeza. Berbuka di luar bersama teman teman, berbuka dengan nasi bungkus.

Setelah berdua, sering sahaja berbuka di rumah. Sering sahaja berjemaah dengan Zaujah dan membawa Zaujah berterawikh di Masjid berdekatan.

Setelah bertiga, rasanya tidak mahu langsung berbuka di luar, lebih selesa berbuka bersama Zaujah dan anak, apalagi sambil berbuka dan bersahur melihat telatah si kecil yang turut sama melihat ayah dan umminya berbuka dan bersahur.

Ini tahun ke 2, meraikan Syawal status berkeluarga, tahun lepas bergambar berdua dan tahun ini bergambar bertiga pula. Syukur ya ALLAH diatas kenikmatan yang dilimpahkan ini.

Di kesempatan ini;


Meminta maaf tidaklah menjadikan kita HINA
Memberi maaf janganlah membuatkan kita BANGGA
Saling memaafkan membuatkan kita MULIA
Salam Idul Fitri
Maaf Lahir dan Bathin
Dari jeansLusuh dan keluarga
Taqobbalallahu minnawaminkum ..


Rakan rakan yang memandu pulang ke kampung halaman. Berhati hatilah di jalanraya. Di doakan anda semua selamat sampai dan bergembira dengan sanak saudara.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF DZAHIR DAN BATHIN.

: Dari jeansLusuh Sekeluarga :

Dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan dan Semakin Rasa Tidak Selamat

Alhamdullilah .. Ramadhan bulan barakah telahpun kembali. Gembiranya kerana tahun ini Ramadhan kedua dengan zaujah.

Dan lebih nikmatnya, tahun ini kami telah bertiga. Pastinya suasana makin meriah dengan kehadiran si kecil bersama sama ketika bersahur dan berbuka puasa. Syukran Jazakallah Ya RABB di atas kurniaan ini.

Harap harapnya si kecillah yang akan mengejutkan ummi dan ayahnya untuk bersahur seperti setiap kali subuh dia mengejutkan kami untuk mengadap ALLAH SWT.

Kepada para rakan Jemaah, Kaum Muslimim dan Muslimat.

jeansLusuh dan keluarga;

ingin mengucapkan tahniah kepada anda semua kerana sekali lagi kita akan bersama sama dapat menunaikan Rukun Islam yang ke 3 ini. Di doakan agar semuanya senantiasa sihat agar dapat kita tempuhi Bulan yang Mulia ini dengan penuh keimanan, kesabaran dan dipermudahkan.

Sama sama memenuhkan Masjid, Surau dan Musollah untuk Solat Terawih, bertadarus dan bersedekah kepada mereka yang memerlukan. insyaALLAH

Selamat Berpuasa dan beramal.

Semakin tidak selamat;

Itu yang semakin di rasakan sekarang. Jenayah semakin berleluasa, di dalam bulan yang baik ini, masih terjadi kes ragut, bunuh, rompak di sana sini.

Dan kini kedaulatan negara semakin hancur, dari dikejutkan dengan berita pencerobohan melalui udara oleh Tentera Udara dari sebuah negara jiran, kini rakyat negara luar dengan mudahnya mendapat taraf warganegara dengan mudah sekali. Hanya mengambil sehari, pagi nya mereka pemegang IC Merah dan petangnya sudah memegang IC Biru bertaraf warganegara.

Apakah pihak pihak terbabit tidak memikirkan impak di masa hadapan kepada negara ini. Tidakkah mereka ingin mengambi tahu akan kedaulatan dan keselamatan negara atau setidak tidaknya keselamatan rakyat sendiri.

Apakah tujuan mereka yang sebenarnya, apakah udang yang disebalik batu ini.

Kerana wang dan kuasa. Nafsu yang disamai syaitan ini tidak hilang walaupun di bulan Ramadhan ini syaitan syaitan telah dihambat dan dikurung.

Malaysia adakah negaraku lagi di masa hadapan.

Apa yang aku khuatirkan sangat adalah masa hadapan anak anak aku. Adakah segala keistimewaan mereka yang lahir di bumi bertuah ini akan diragut dan diranapkan oleh mereka yang dikawal oleh tangan tangan kotor.