in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Thursday, September 30, 2010

buntu

Aku tension, stress. Pendrive kesayangan aku hilang, yang aku sedih sangat gambar gambar semasa misi bantuan kemanusiaan hilang, cerpen, catatan perjalanan, novel, sajak, puisi aku semua turut hilang. Letih memerah otak hendak membuat semua. Akupun tidak tahu bagaimana pendrive boleh tercabut dan tercampak, mungkin semasa aku hendak memakai baju hujan di tepi highway AKLEH.

Nampak gayanya aku terpaksa mengerah dan memerah otak aku kembali untuk me”recall” segala cerita cerita yang telah aku garapkan dahulu … ahhhhh aku teramat terlalu tension bangat …

Monday, September 27, 2010

kerana sudah celik

Mengapa mereka mudah lupa ?
Kerana mereka sudah celik. …

Mengapa mereka menolak tidak lagi menyokong “kita” ?
Kerana mereka sudah celik …

Mengapa semua cakap cakap “kita” mereka tidak percaya lagi ?
Kerana mereka sudah celik …

Mengapa mereka membenci dan meluat dengan “kita” ?
Kerana mereka sudah celik …

Mengapa segala janji “kita” sudah tidak ditagih ?
Kerana mereka sudah celik …

Mengapa sekarang “kita” selalu dipandang sinis dan sebelah mata ?
Kerana mereka sudah celik …

Mengapa semua perbuatan “kita’ dilihat geli dan mencuit hati ?
Kerana mereka sudah celik …

Mengapa semua umpanan “kita” sudah tidak mengena ?
Kerana mereka sudah celik …

Mengapa segala tekanan dan kekejaman “kita” lakukan sudah tidak berkesan ?
Kerana mereka sudah celik …

Mengapa mereka sudah tidak mengenang budi ?
Kerana mereka sudah celik …

Mereka mereka semua sudah boleh berganding bahu sedangkan dahulu langsung tidak boleh bertemu ?
Kerana mereka sudah celik …

Mengapa segala pembohongan, tipu, muslihat “kita” sudah tidak tertutup bau pekungnya ?
Kerana ALLAH SWT itu lebih berkuasa ….

~ “kita” engkau berubahlah sebelum diubahkan

Wednesday, September 22, 2010

tali gantung akhirnya

Alhamdullilah .. itulah keadilan ALLAH, manusia tidak akan terlepas dari hukumannya dimana mana, samada di dunia atau sesudah hari “terakhir~kiamat” nanti. Nyawa di balas nyawa, itu hukum dunia, selepas ini merasalah pula hukum akhirat.

Assalamualaikum WBT adikku Syafiah,
adik masih ingat dengan abang lagi, abang pernah mengutuskan bait-bait pilu pada adik sekitar beberapa bulan dahulu. Adik sedang bermain dengan kawan kawan yang lain ya. Abang pasti ada gembira bersama mereka, di bawah satu cahaya yang terang, alam yang aman, cuaca yang menyenangkan. Pastinya disekeliling adik ada teman teman dan penjaga yang penyayang, lembut hati dan jiwa.

Adik,
untuk pengetahuan adik, syaitan yang mengganggu adik tempohari akan dihukum mati, dihukum gantung Dik. Abang gembira sangat apabila dapat mendengar berita itu. Tahukah adik, abang sentiasa mengikuti kes itu. Abang tidak ke mahkamah, tetapi abang mendapatkan berita terkini di media TV dan akhbar. Alhamdullilah, semua saksi telah memberikan kerjasama yang begitu memudahkan pihak pendakwaan. Ternyata dik, semua saksi begitu sedih dengan apa yang menimpa adik. Ada diantara mereka syahdu dan sayu ketika memberikan keterangan di mahkamah. Ada yang ingin menolong adik ketika itu, tetapi kuasa syaitan itu menjadi batu penghalang. Dan kini manusia yang bertopengkan syaitan itu akan dinyah jauhkan dari bumi ini. Diletakkan ditempat yang sepatutnya.

Adik,
usahlah adik berdendam dengannya. Biarkan sahaja ALLAH SWT yang membalas segala perbuatannya itu. Abang berdoa agar adik akan terus aman dan damai disana bersama teman teman yang lain. Sampai disini sahaja dik. Rasanya orang orang yang sayangkan adik didunia ini tidak akan lupa pada ceria dan wajah comel adik. Mereka pasti merinduinya. Salam kedamaian disana dik.

Wednesday, September 15, 2010

Central Market (CM) bukan seperti dahulu

Bercerita tentang CM, ayat mesti lu gua, gua lu. Ahakz. OK semalam (Selasa), gua agak busan di pejabat, kosong kerana kawan sepejabat masih bercuti. Jadi untuk menghilangkan rasa bosan, gua menghilangkan diri di pejabat. Jadi gua jumpa Boss, beritahu gua hendak menukar kad keluar duit gua di cawangan Jalan Cheng Lock. Senyum sahaja bila Boss gua kata “ok”, sebenarnya Boss gua tahu gua punya auta hendak mengulor. Selesai membuat transaksi penukaran kad keluar duit. Gua rasa masa masih banyak. Apalagi langkah dihayun ke Central Market, tempat gua selalu melepak 10 tahun dahulu semasa gua bekerja di Jalan Hang Lekiu, tempat gua melepak kalau gua malas hendak balik ke rumah awal, tempat gua melepak apabila gua rasa rindu dengan para seniman kanvas yang melakarkan kreatifiti mereka, apabila gua rasa teruja untuk melayan para Brother brother pemuzik jalanan jamming di kaki lima CM.

Jadi langkah kaki gua laju, teringin sangat melihat para seniman dan artis yang tidak glamour di kaca TV atau media cetak ini. Selangkah kaki di hadapan pintu CM, gua rasa semacam, didalamnya sudah di “operated” begitu sekali. Di kiri kanan hanya terdapat barangan yang harganya berpatutan bagi pelancong asing yang kaya raya, barangan yang cantik cantik bagi para pelancong asing sahaja, kedai makan atau lebih “standard” dipanggil café kununnya, yang juga selera para pelancong juga. Dimanakah Restoran Mamak dibawah tangga, cuma gua tidak menjenguk di loteng CM, masih ada lagikah Makcik yang gua suka makan nasi ayamnya, yang panas haba dari masakan peniaga.

Gua berpusing di sekitar, gua tidak mendaki ke tingkat 1, gua mencari para seniman kanvas, para artis yang berniaga barangan “souvenier” yang boleh dilukis nama atau ayat ayat cinta di atas cawan, piring atau CD. Gua sudah tidak nampak lakaran wajah para pemimpin negara yang tergantung megah di sudut kecil “arena” para seniman kanvas, gua sudah tidak nampak wajah Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Ghafar Baba, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, P.Ramlee dan Saloma. Gua sudah tidak ketemu para seniman yang berambut panjang, berbaju t-Shirt tidak berkolar, berjeans lusuh, bertopi ala ala serban, bermafla atau bunyi petikan gitar kapok diketika mereka berehat mencari idea, menghiburkan para pengunjung seperti gua yang suka duduk melayan pemandangan indah diatas kanvas.

Apa yang gua nampak, hanya barangan “up to date” yang tidak “menggairahkan” langsung bagi orang seperti gua tetapi mungkin “menggiurkan” buat para pelancong asing. Ahhh pelancong asing lagi.

Gua busan, gua keluar ke pintu belakang. Aduh akhirnya gua ketemu juga apa yang gua cari, tetapi mengapa kanvas kanvas ini dipinggirkan, mengapa tidak lagi berdiam dalam dingin ber”aircond”, mengapa arena mereka begitu kecil, terperangkap semacam terperap, panas, berdebu. Dimanakah perginya seniman yang gua “respect” dahulu, dimana Brother berambut panjang, berbaju t-shirt tidak berkolar, berjeans lusuh, bertopi ala serban, bermafla dan petikan gitar kapok. Kemanakah mereka ??.

Centrak Market bukan seperti dulu, dahulu gua boleh beli baju harga murah, gua boleh buat cenderahati hendak beri pada awek gua dengan harga murah, gua boleh cetek nama gua di baju dengan harga murah, tetapi sekarang Central Market bukan untuk orang seperti gua lagi, hanya untuk pelancong atau pengunjung yang ada kad gosok berhutang.

Central Market gua tidak boleh melepak dan kunjungi lu lagi macam dahulu. Sebab lu bukan macam dahulu. Tetap kenangan semasa Central Market masa dahulu, gua simpan rapat rapat sebati.

Monday, September 13, 2010

AlFatihah ~ Tahniah ~ Alahai

~ Al-Fatihah : akhirnya pencarian selama beberapa hari, akhirnya Jutawan Kosmetik terkenal ditemui dibunuh dengan kejam, turut terbunuh 3 orang yang rapat dengannya. PIhak Polisi yang dikatakan berkampung selama seminggu lebih ditempat kejadian, hanya mampu bermegah dengan penemuan mayat. Aahhhh … mereka semakin gah apabila dapat menangkap beberapa suspek. Pantas sungguhkan ?? ..Itulah nilainya nyawa seorang yang berharta dengan nyawa seorang rakyat marhain yang seadanya. Kes kes pembunuh terpinggir sehingga sekarang tiada pengakhirannya. Kes adik allahyarhamah Nurin, entah kemanalah lunak kehidupan sipembunuh adik comel itu sekarang, mungkin sedang mentertawakan si penguasa yang gah itu. Apapun kepada keluarga yang terbunuh dengan kejam itu, bersabar dan berdoalah agar roh mereka diletakkan bersama orang orang yang soleh solehah. Amin.

~ Alhamdullilah dan tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan di atas pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru. Tuanku Faris begitu disenangani rakyat Kelantan kerana istiqomahnya sebagai ketua Agama, Tuanku pernah mengimamkan solat Sunat dan dimakmumkan oleh rakyat jelata, juga pernah menyembelih lembu semasa raya Korban. Tuanku juga begitu dekat dengan hati rakyat jelata. Di doakan semoga roh Islam semakin berkembang dan terjaga bersama Tuanku dan dibawah kepimpinan MB Tuan Guru Nik Aziz di tanah Serambi Mekah ini. Allahuakbar !! Allahuakbar !! Allahuakbar !!

~ Alahai .. Yang separuh kata jauhkan diri, yang separuh lagi kata dekatkan diri kita perlukan sokongannya. Dua dua sebenarnya sengal bangat, yang satu tu menipu hidup hidup yang satu itu kena tipu separuh mati. Elok sangatlah tu. Dua dua pun tidak boleh pakai sangat. Satu dulu kini dan selamanya dan satu lagi sungguhlah Perkasamnya (wah takut).

Sunday, September 5, 2010

macam macam beberapa hari lalu

1 – seorang wanita bukan Muslim memasuki ke surau atas jemputan dan kununnya memberi “tazkirah”, maka dengan tiba tiba terjadilah gegak gempa seluruh maya di 1Negara, bangkitlah para pejuang (huahuahua), di tikam depan belakang di kiri kanan wanita tersebut, tidak terlepas pandang para jemaah surau yang juga dipulas tengkuk mereka oleh JAIS dan MAIS yang hilang kredibiliti sejak sekian lama, tidak cukup puas para pejuang (huahuahua) ini memainkan pula angin ganas, agama dan bangsa, turut diperlibatkan pada yang Terlalu Tinggi Darjat di dunia ini, maka Murkalah ia, kasihan wanita bukan Muslim dan jemaah surau itu, berbagai penjelasan di berikan, tetapi tidak mendapat tempat di Utusan Meloya, Berita Hairan, RancanganTakderMakna dan TV3Suku. Pun begitu rakyat lebih mengetahui isu , yang dikatakan “tazkirah” oleh pemberita yang tidak tahu membezakan antara taklimat dan “tazkirah”, si pemberita yang mungkin marah jika dipanggil sengal atau bengal. Kini si wanita bukan Muslim semakin galak dipanggil untuk menjamu selera berbuka puasa, malahan semakin ayu pula bertudung kepala, TETAPI yang sememangnya dari kecil dilahirkan sebagai Muslim dan bersuamikan Menteri “Muslim”, masih lagi bertudung salji sahaja, anak anak berpakaian ketat dan seksi dan lebih menjijikkan lagi berpakaian menjolok mata diketika mengkhatam Al-Quran, sungguh hina dipandangan mata. Berkokok lah terus, biar segala kudis busuk yang bersarang didalam jiwa terbau oleh sekelian alam. Pada para jemaah surau/masjid, ini satu pengajaran, sekiranya ada yang bukan Muslim ingin berkunjung, berhati hatilah, banyak musuh disekiling kita, hendak membuat baik memang sukar, hendak membuat jahat mudah sekali contoh mereka mereka itu.

2 – “Bendera” di seberang mengamuk sakan, membakar Jalur Gemilang malah memberi pula “buah tangan” yang harum baunya di Pejabat Kedutaan 1Negara. Marah sungguh Bendera dengan apa yang berlaku, pegawainya di tangkap, tetapi pegawai mereka memang bangang, tidak reti bahasa tidak tahu undang undang antarabangsa. Katanya “Bendera” ini adalah upahan belaka, jika diupah ? siapa yang mengupah ? Rasanyakan, perangai dua dua negara ini sama sahaja, 2 X 5, suka cari gaduh, yang sengsara rakyat jelata, pemimpin kedua dua negara ini sebenarnya bermuka muka, mereka sedang mencongak congak habuan yang akan tiba, mungkin nama semakin melonjak, kununnya sebab mereka lah segala masaalah akan diam seketika dan aman semula, kununnya merekalah yang “teror”. Sana sama sini pun sama, tidak sedar diri. Piirahh. TETAPI “Bendera”, sekiranya ada tertumpah darah rakyat kami yang tidak bersalah, kalian harus bersedia menerima balasannya, itu sahaja.

3 – Seorang Apek di negeri Selatan, bikin panas sekali lagi, dahulu buat video klip, hampir hampir kepala dipancung oleh para pejuang bangsa (huahuahua). Mohon maaf, mudah diterima, kerana apa ? kerana menggunakan saluran hebat, jika tidak silap sebuah parti yang menjadi payung bangsanya. Nah sekarang dia buat lagi, tapi katanya dia marah dengan sikap seorang guru besar, yang lebih hebat sentimennya, namun guru besar itu tiada tindakan di ambil. Ooopppsss !! wahai Apek di negeri Selatan, guru besar itu punyai kuasa yang dilindung oleh semua penguasa dan badan NGO contoh PERKASAM (wah takutnya), tetapi engkau hanya rakyat biasa sahaja, walaubagaimanapun, engkau janganlah buat benda BODOH sehingga menaikkan kemarahan rakan rakan engkau yang lain yang mungkin tidak sekepala dengan mereka yang suka bersentimen itu. Kau mohon maaflah kepada rakan rakan yang lain, tetapi engkau tidak perlu mohon maaf pada mereka mereka yang gemar bersentimen itu. Kau hormat kami, kami akan hormat engkau wahai Apek di negeri Selatan.

4 – Yang ter”latest”. Berita yang teramat gumbira. Setelah begitu banyak jasanya kepada pemerintah 1Negara, setelah begitu banyak kejamnya pada rakyat marhain yang banyak juga kehilangan nyawa. Akhirnya, namanya, muka bongkaknya, lenggok badan kurang ajarnya, bahasa egonya, gaya gansternya, “buyer”nya, sikap tidak berperikemanusiaannya, perangai suka mencabarnya, dan bermacam macam lagi sifat dan sikap yang memual dan menjijikkan, akhirnya engkau luput juga dari pandangan kehidupan ngeri kami. Alhamdullilah setelah begitu lama berkuasa, walaupuan ada beberapa pihak begitu juga berbuih air liur ala ala “shabery”, akhbar kesayangan 1Negara melobi berkempen agar engkau terus dirajakan, akhirnya kuasa itu ditamatkan juga. Mungkin juga dimakbulkan doa oleh mereka mereka yang pernah engkau zalimi dahulu. Engkau kami ucapkan … RestInPeacelah yea !!, banyakkanlah beramal, tebus kembali segala dosa dosa selama beberapa tahun dahulu, diketika engkau beraja dihati dan sekiranya rindu nak glamour kembali, tu - sertai parti politik yang engkau tatang, yang engkau bentengkan, yang engkau sayangkan itu, mana tahu untung nasib boleh jadi Menteri menjaga dalam negeri. Sesuai sangatlah tu.