in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Tuesday, September 20, 2011

kita kawan kawan tak mau lawan

Lama sungguh saya tidak mengemaskini blog. Mungkin tiada idea atau mungkin juga kerana sukarnya hendak mengemaskini blog sekarang ini. Terlalu jauh perjalanannya berbanding terdahulu. Tengahari tadi, diketika saya membelek belek status rakan rakan di facebook, terbaca satu status dari seorang rakan beberapa hari dahulu.

“Dah biasa kena tinggal, dah biasa sorang2. Kalau aku sentap tu aku main2 je lah. Cuma kalau aku mati, korang please kapanlan, solatkan, tanam dan doakan aku baik2. Tu je yg aku pinta” petikan dari wall fb seorang rakan.

Saya tidak pasti, adakah ini satu luahan, teguran atau peringatan kepada rakan rakannya.

Begitulah jika berkawan, sememangnya menjadi satu kepentingan kepada kita untuk punyai rakan di dunia ini. Cuba kita fikirkan, bagaimana agaknya jika kita tidak punyai rakan, sudah rupa seperti katak bawah tempurunglah agaknya. Gelap gulita, tiada teman berbicara, sunyi dan akhirnya mati seperti katak bawah tempurung

Apabila ramai rakan, sukar pula untuk kita ingin menjaga hati mereka. Kerana mereka berbagai rupa, pelbagai kelakuannya. Adakalanya kita terasa seperti tertekan untuk menjaga hati mereka. Kerana kita sayangkan mereka semua.

Maka disitulah, munculnya adab berkawan.

Mungkin kita tidak sedar sebenarnya banyak cara untuk menjaga hati rakan rakan kita, dari sekecil kecil perkara sehinggalah ke besar besar cara.

Pernahkah kita memberi Salam dan mendoakan kebaikan ketika bertemu dan berpisah. Tidak kiralah secara berdepan, di dalam panggilan telefon, di dalam sms atau di dalam facebook sekalipun. Di Zaman yang canggih ini memberikan Salam dan menanyakan khabar umpama memetik jari sahaja. Pasti rakan rakan kita gembira kerana setiap hari mendapat text “Assalamualaikum wbt .. apa khabar sahabat”.

Cubalah kita menghindari perbuatan atau percakapan yang menyakiti hati. Sekiranya ingin berdebat, berdebatlah secara ilmiah, jangan disentuh peribadi atau keluarga. Di akhir perdebatan, ambillah yang baik dan kembali bermaaafan, senyum dan pekena teh tarik bersama kembali.

Jangan dijatuhkan maruahnya di khalayak ramai, walaupun orang memang sudah tahu, keburukannya. Jika ingin menegur, sebaiknya bersemuka, berterus terang, jangan di simpan segala ketidak kepuasan hati selamanya dan berbincanglah dengan penuh tertip dan tidak meninggikan suara.

Kita manusia, manusia itu insan, insan itu pelupa, jadi tegur menegur, nasihat menasihati untuk kebaikan dan terimalah setiap teguran dan nasihat dengan hati yang terbuka. Ucapkanlah “terima kasih sahabat, alhamdullilah kerana Anta menegur Ana” , di setiap patah teguran-nasihat yang diberikan.

Jujurlah dan ikhlaslah dalam persahabatan, senantiasa bersangka baik, faham memahami, ada bila diperlukan bukannya apabila kita perlukan dia, barulah kita menghubunginya, sanggup berkorban, jangan berkira atau mengungkit juga belajar memberi dan menerima seadanya.

Secara jujurnya carilah rakan rakan yang taat kepada perintah ALLAH, baik budi pekerti dan bersopan santun, sentiasa mengamalkan sifat mahmudah (terpuji), berilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmunya, tidak mendedahkan keburukan kawan, berlapang dada menerima teguran atau nasihat kawan, sentiasa mendorong orang lain melakukan kebaikan.

Dan kelebihan yang kita dapat; mendorong melakukan perkara kebaikan, dapat mencontohi kebaikannya, dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar, mendidik jiwa menjadi baik dan taat kepada Allah. Berkawan dengan orang yang baik kita jadi baik begitulah sebaliknya.

Namun jangan pula dipinggirkan kepada yang “rakan yang nakal” pula. Kita cuba mengubah sedikit ke”nakal”annya. Manalah tahu, Alhamdullilah dengan sedikit kebaikan yang kita ada ini, boleh membantunya. Tunjukkan adab berkawan yang kita ada. Biarkah sahabat kita yang “nakal” ini selesa bersama kita.

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari dan berburuk sangka pula kepadanya – Saidina Ali

Kepada rakan rakan yang saya kenali, anda adalah rakan rakan dunia akhirat saya. Jazakumullah Khairan Khatirah kerana sudi menjadi rakan saya. Dan kepada yang saya kenali di alam maya (facebook), Syukran kerana sudi membaca taipan saya.

:Kita kawan kawan tak mau lawan:

Monday, September 5, 2011

perkongsian

Ajal Maut di tangan ALLAH SWT. Tetapi seharusnya kita tidak boleh lupa bahawa apa yang berlaku sebenarnya ada Asbabnya (sebabnya).

Apabila berlaku tragedi sedih yang mengakibatkan jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban akibat terkena tembakan curi di Mogadishu, Somalia semasa misi bantuan kemanusian anjuran Kelab Putera 1Malaysia.

Aku terfikir, adakah mungkin peristiwa ini boleh dielakkan jika pihak penganjur lebih berharti hati, berwaspada, membuat perancangan teliti DAN yang lebih penting mengikut segala SOP (Standard Operation Procedure) yang telah disediakan.

Alhamdullilah, sepanjang aku berkecimpung dalam dunia kesukarelaan ini. Aku berkesempatan untuk mengikuti beberapa Misi Bantuan Kemanusiaan ke luar negara. Antaranya Misi Bantuan Tsunami, Acheh, Misi Bantuan Gempa Bumi Pulau Nias, Sumatera, Misi Bantuan Gempa Bumi dan Gunung Merapi Jogjakarta dibawah NGO Yayasan SALAM Malaysia dan Misi Bantuan Gempa Bumi Padang Indonesia bersama NGO Islamic Relief Malaysia.

Memang misi misi ini tidak dikategorikan dalam zon konflik peperangan. Namun begitu kami tetap berhati hati. Mungkin ada yang lupa, semasa kami ke Acheh, konflik peperangan saudara antara Kerajaan Indonesia dan Gerakan Acheh Merdeka masih berlaku.

Malahan semasa kami di sana, gerakan kami di pantau oleh TNI dan GAM. Dan ada satu hari semasa misi, kami masih terdengar bunyi tembakan yang dikhabarkan oleh penduduk setempat, kedua pihak masih bertempur di beberapa kawasan pedalaman.

Jadi untuk keselamatan para sukarelawan yang akan berkhidmat. SALAM telah mengikut segala prosedur yang perlu. Kami yang akan ke misi ke 2, telah diberikan taklimat yang secukupnya dari SALAM. Yang membuatkan aku yakin untuk bersama dengan misi ini adalah :

1] SALAM sudah terlebih dahulu membuat pemantauan, mencari informasi keselamatan, kawasan yang perlu dibantu, mendapatkan kebenaran dan lampu hijau dari Kedutaan Indonesia, mendapatkan bantuan informasi dari NGO Indonesia, malahan nama nama kami telah di hantar ke pihak Kementerian Dalam Negeri dan mendaftarkan nama kami kepada Biro Keselamatan Negara yang beroperasi di Acheh.

2] SALAM telah menghantar Satu Pasukan yang kecil seramai 6 orang (Misi 1) terlebih dahulu untuk membuat “recce” bagi membuka jalan untuk pasukan seterusnya. Mereka telah membuka “base”, mengenalpasti keselamatan dan individu yang boleh membantu dan gerak kerja yang perlu dilakukan nanti.

3] Di Acheh, setiap pergerakan kami akan di laporkan kepada Pihak Berwajid.Di bantu oleh penduduk yang tahu setiap inci bumi Acheh. Di kawasan mana yang tidak selamat untuk masuk memberikan bantuan, kami akan cuba memohon bantuan dari pihak keselematan Indonesia.

4] Kami tidak dibenarkan berpecah dari kumpulan dan bertindak mengikut arahan dari Ketua Misi dan Ketua Keselamatan Misi.

5] Logistik; kenderaan kami sentiasa dalam keadaan baik dan yang paling penting, kenderaan kami akan dilekatkan dengan stiker lambang SALAM (yang besar) bersama Bendera Malaysia di sekeliling kenderaan kami.

6] Kami dinasihatkan untuk tidak mengadakan sebarang komunikasi dengan pihak pihak yang tidak dikenali dan tidak dibenarkan mencampuri hal ehwal politik dalaman mereka.

Memang benar, melakukan Misi di kawasan bencana alam dan konflik peperangan jauh bezanya. Di akui, membuat bantuan kemanusiaan akibat bencana peperangan amat tinggi risikonya. Justeru pihak pihak yang ingin membuat sebarang misi, haruslah berfikir dengan lebih serius.

Dapatkan maklumat terkini tahap keselamatan untuk para Sukarelawan, konflik peperangan berbentuk apa dan dapatkan keadaan kpnfilk dari masa kesemasa, adakah kawasan itu agak genting, perlukah mengadakan sebarang usahasama dengan mana mana NGO yang sudah bertapak lama di disitu yang lebih mengetahui suasana sebenar, kelengkapan keselamatan; baju kalis peluru, pergerakan/aktiviti yang dilakukan bagaimana, fokus apa yang perlu sahaja, berapa ramai Sukarelawan yang diperlukan sahaja ATAU perlukah misi itu di sertai dengan anggota yang ramai yang memungkinkan menghadapi masaalah mengawal pergerakan setiap anggota.

Dan satu lagi yang harus dititikberatkan, pastikan setiap Sukarelawan itu punyai pengalaman atau setidaknya ada kursus atau latihan khas Bencana Konflik Peperangan sebelum mereka ke sana bagi mempersiapkan Sukarelawan dari segi fizikal dan mental serta rohani andai menghadapi sebarang kemungkinan. Contoh; jika di kawasan bencana gempa bumi, berlakunya gegaran kuat dan sekiranya di zon konflik peperangan, jika berlaku kejadian serangan.

Semoga apa yang terjadi ini akan menjadi satu pengajaran kepada semua pihak. Usaha memberikan bantuan kemanusian oleh NGO adalah satu pekerjaan yang amat mulia apatah lagi kita melakukannya dengan sukarela, tetapi janganlah kemuliaan itu ada udang disebaliknya. Kita membantu bukan kerana nama, tetapi kerana ALLAH SWT.

AlFatihah; Di doakan ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang orang yang soleh.

InsyaALLAH, pengorbanan Allahyarham akan di kenang dan menjadi pembakar semangat kepada keseluruhan Sukarelawan di Malaysia juga di dunia.

Nota: ingin mengulas kes Bukit Kepong, tetapi aku telah dibutakan sejarah. Nanti nantilah.