in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Monday, November 29, 2010

lesen's

Rakyat Malaysia Boleh, semua mesti ada lesen.
Ingin memandu mesti ada lesen.
Ingin membantu orang susah mesti ada lesen.
Ingin berjudi, boleh .. mesti ada lesen.
Ingin membuka pusat karaoke, boleh .. mestia ada lesen.
Ingin membuka pusat maksiat, boleh … mesti ada lesen.
Ingin pukul pukul orang, boleh .. sudah ada lesen.
Ingin tembak orang bertubi tubi, boleh .. sudah ada lesen.
Ingin khianati orang, ok .. sudah ada lesen.
Ingin salah guna kuasa, ok .. sudah ada lesen.
Ingin kuasai media untuk kekal kuasa, boleh .. sudah ada lesen.
Ingin tipu Felda , biasa .. memang ada lesen.
Ingin ting tong kuasa Mahkamah .. ini besar punya lesen.
Ingin kawal media baru, harus … jangan bagi lesen.
Ingin berhimpun lebih 5 orang, tak boleh … mesti ada lesen.
Ingin membuat kartun, tak boleh … mesti ada lesen.
Ingin membaca kartun, tak boleh .. mesti ada lesen.
Ingin makan kek, tak boleh … mesti ada lesen.
Ingin tukar kuasa kerajaan, jom … sendiri bikin lesen.
Lesen’s ohh lesen’s

:me no spik Inglish:

Friday, November 19, 2010

Satira Malam Jumaat ..

Malam Jumaat yang dingin selepas gerimis, suasana gelap gelita.

Hanya bertemankan lampu “torchlight” yang kadangkala terang kadangkala padam. Aku berjalan teraba raba, khuatir tersungkur ke dalam lopak, lubang dijalanraya yang belum terturap semenjak janji pilihanraya. Hati tidak tenteram, takut dengan segala gangguan syaitan yang direjam. Bunyi cengkerik dan hembusan angin sepoi bahasa, membuat tengkuk aku meremang tegak segala bulu roma.

Dari kejauhan aku terlihat bayangan, aduh !! apa pula yang bakal menjelma. Semakin dekat semakin laju degupan jantung, umpama lajunya degupan jantung pelumba F1 di litar Sepang berhampiran Putrajaya.

Ahh !! sudah, lembaga dihadapan bukannya satu malahan ada tiga. Mampukan aku berlawan dengannya, segala ayat yang aku hafal telah dibaca, namun lembaga itu tetap ada. Semakin dekat semakin kaki aku gegar menggeletar.

Lembaga itu melambai lambai. Peluh jantan mula keluar, peluh betinapun meleleh sama, baju pagoda putih sudah lecun, kuyup. Kopiah putih senget ke kanan.

Semakin dekat, aku cuba buat tidak tahu, buat tidak nampak, buat tidak perasaan seolah tiada apa yang berada dihadapan. Aku hanya memandang terus, menonong sahaja, namun aku “maintain”kan kelajuan.

Semakin dekat, dekat, dekat … de ….

BERHENTI !! ,” .. aku terkejut, tayar belakang terjungkit kerana aku brek mengejut ..

Bang minta lesen dengan IC .. !!, aduh kenapa ni Bang, motor takde lampu, tak pakai helmet pastu pakai “torchlight” pulak, ni salah ni bang ,” .. lembaga itu membebel.

Maaflah Bro, saya baru balik dari surau, ada kuliah Agama, helmet kena rembat, lampu motor pulak buat hal, maaflah Bro ,” ..

Balik kuliah mesti banyak pahala, bagiklah sikit kat kita orang ,” lembaga menyengih, menyinggung aku penuh sinis dengan kata katanya.

Bro gila ke apa ?, camner saya hendak bagik pahala neh ,” darah menyirap, aku singgung pula lembaga.

Alaa .. dapat kita orang makan roti canai dengan teh tarik malam inipun jadilah ,” bersuara satu lembaga yang bergelap di bawah pokok tidak kelihatan.

Ahhh .. memanglah lembaga ini menakutkan. Menghisap darah. Dan terbang rezeki pencarian torehan getah pagi tadi.

Hanya sekadar satira. Mungkin ada yang sudah terkena, bakal dikena, atau hendak mengena.

Pun begitu satira ini tiada kena mengena dengan samada yang masih hidup, akan aruah atau yang telah aruah.

Mungkin benar atau dibuat buat. “In Making” barangkali hehehe !!! …

Monday, November 15, 2010

Ujian Yang Berat : Allahuakbar

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.
Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"(Ash-Saffat: 102)Ketika
Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: "Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya.
"Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.
Iblis lalu berkata: "Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?"
Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya."
Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: "Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?"
Siti Hajar menjawab: "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!"
Iblis berkata: "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu."
Siti Hajar mengelak: "Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah s.w.t. telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah s.w.t.!"
Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu."
"Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?" tanya Ismail."Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian.""Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!" tegas IsmailKetika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta.
Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah s.w.t.yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: "Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?"Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu.
Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah s.w.t. itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah s.w.t. atau tidak.Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t., ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t."
Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)." Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah s.w.t.
Kemudian Ismail berkata: "Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.
Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah s.w.t. dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku.
"Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t."Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t.
Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut.
Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah s.w.t.Allah s.w.t. berfirman: "Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah." Kamu berkata: "Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?"Kemudian Ismail berkata lagi: " Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah s.w.t. dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela).
"Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah s.w.t., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.Melihat kejadian itu, Ismail berkata: "Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku."Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.
Kemudian Ibrahim a.s. berkata: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?"Dengan izin Allah s.w.t., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: "Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan "Potonglah!" kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: "Jangan kamu potong!" Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?"
Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata.
Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini.""Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya.
Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

Source : I Luv Islam.Com

Friday, November 12, 2010

Usaha Yang Sia sia ?

Keputusan pilihanraya di Galas dan Batu Sapi sudah diketahui. Yang menang dan dijulang; diucapkan tahniah sedikit takziah, sudahpun mengangkat sumpah sebagai Yang Berhormat tetapi lebih afdal menjadi seorang Yang Berkhidmat. Yang kalah, jangan kecewa jangan putus asa, nanti sahaja PRU ke 13 yang bakal tiba. Semoga Tuan PM mendapat idea bila tarikhnya.

Selesai dihambat dengan cerita cerita pening lalat selama seminggu dua ini di media cetak elektronik, kisah pendekar yang berpencak inginkan kuasa. Kita di hambat pula dengan peristiwa sedih bencana alam. Kedah dan Perlis dilanda bah. Mungkin juga selepas ini negeri negeri di pantai timur tidak dapat hendak mengelak musibah ini seperti Kelantan, Terengganu juga Pahang. Hujan berpanjangan, walau apapun kita harus redha dengan ketentuanNYA, pasti ada hikmah di setiap kejadian.

Alhamdullilah, rakan rakan sukarelawan telah melangsaikan tanggungjawab mereka penuh dedikasi pada misi pertama (YS) dan insyaALLAH misi ke 2 akan menyusul. Pastinya bantuan tenaga juga wang ringgit amat diperlukan bagi membantu mangsa mangsa yang terlibat. Dan terdetik di hati, apabila memikirkan kisah Menara 100 tingkat yang bernilai 5 billion dan dijangkakan akan mencecah ke 10 bilion. Apakah boleh dilakukan dengan duit yang sebanyak itu membantu mereka. Nanti difikirkan.

Kembali di Galas tempoh hari, bukannya hendak menganalisis, kerana bukan penganalisis. Cuma agak terkilan, sedih dan kecewa apabila mendapat tahu, bagaimana usaha yang bertahun beberapa pihak berdakwah menyebarkan syiar Islam kepada penduduk Orang Asal di sekitar pedalaman kawasan tersebut, telah dirosakkan akhlak mereka ketika kempen mencari undi.

Adanya segelintir pihak menganjurkan program yang tidak sihat; karaoke dan disko, amatlah dikesali dan amat menyedihkan. Usaha kesedaran Islam yang telah lama dilakukan oleh mualaim dari Jabatan Agama Islam Kelantan (Maik), pihak JAKIM dan tidak ketinggalan sukarelawan dari sebuah badan NGO Islam (Abim Outreach), punah sekelip mata dirosakkan oleh pihak pihak yang berkepentingan, hanya kerana merebut kuasa yang sementara itu sahaja.
Teringat pada satu ketika, berbicara dengan seorang aktivis dakwah Orang Asal .. di sebuah perkampungan Orang Asal sekitar Pahang.

“Saya beritahu dia, kakak masuklah Islam nanti saya bantu dan ajar bagaimana hendak puasa, solat dan sebagainya untuk menjadi seorang Muslim yang baik”.

Dan Orang Asal menjawab, “Dulu saya sudah masuk Islam, sekarang saya sudah berhenti”. Terkedu aktivis tersebut.

Gara gara masaalah yang sama juga, orang lain masuk untuk mensyiarkan Islam, pihak lain masuk meracuni dengan benda benda yang merosakkan akidah yang sudah ditanam di jiwa mereka.

Bagaimanapun, kredit kepada pihak yang bertanggungjawab di perkampungan Orang Asal di Galas itu. Walaupun mereka tahu banyak rintangan dan cubaannya. Mereka masih meneruskan usaha dakwah mereka. InsyaALLAH semoga usaha mereka itu akan dirahmati dan dilindungi ALLAH SWT.

Dan kepada mereka yang lebih mementingkan duniawi, pergilah ke tempat yang lebih mudah untuk anda merapatkan jiwa duniawi anda dengan mereka. Janganlah diganggu gugat Umat Nabi Muhammad yang inginkan hidayah dan jalan yang lurus itu .. Wallahuallam.

Wahai insan, LAHIR SATU TARIKH TIDAK DAPAT DIPINTA, MATI SATU TARIKH TIDAK DAPAT DITUNDA, maka itu beramal ibadatlah sebanyaknya tanpa rasa jemu ..

Tuesday, November 2, 2010

jangan salahkan mereka !!

Menjadi penagih tegar perasuah
Menjadi penagih tegar bermuka muka
Menjadi penagih tegar membohong dan menipu sahaja
Menjadi penagih tegar berjanji sesuka hati
Menjadi penagih tegar membuli
Menjadi penagih tegar menzalimi
Menjadi penagih tegar bemaksiat berjudi
Menjadi penagih tegar membolot harta untuk diri sendiri
Menjadi penagih tegar mengumbul wang untuk anak bini
Menjadi penagih tegar berlakun sebagai pejuang bangsa
Menjagi penagih tegar berkawan dengan musuh durjana
Jangan salahkan mereka
Salahkan diri sendiri
Kerana …
Menjadi penagih tegar memangkah mereka membuta tuli ..
Padan muka ..
eih !! minyak sudah naik harga, esok lusa susu dan gula pula ..