Kakinya memijak ranting ranting rapuh yang gugur ditiup angin. Berjalan berkaki ayam tanpa arah tanpa tujuan. Walau terasa sakit, dia membiarkan sahaja. Sakit itu sudah alah bisa tegal biasa. Luka itu akan sembuh bila ia ingin sembuh. Lama atau tidak, dia tidak pernah ambil peduli. Bajunya yang koyak sana sini jelas mendedahkan tulang dari kurus badannya yang telah beberapa hari tidak menjamu sebarang makanan. Tekaknya sudah mula perit, haus, cuaca yang panas menambahkan lagi kering anak tekaknya. Nun dihujung jalan kelihatan sebuah gerai meriah dengan ramainya pelanggan. Dia tersenyum, ahh mungkin ada sedikit rezeki agaknya.
Riuh bunyi sudu dan garpu berlaga dengan pinggan, seolah sedang beradu tenaga, menambahkan lagi seleranya. Dia mendekati sekumpulan yang duduk di sebuah meja bulat. Penuh meja itu dengan makanan, seolah meja itu akan terbalik, terlingkup dek banyaknya makanan tersusun. Dia menghulurkan tangan, “eh pergi kesana busuk, kau tak nampak orang tengah makan ni”, terkejut dia diherdik begitu sekali, berundur dia setapak kebelakang, takut diherdik lagi. Semua mata memandang kepadanya. “Hey Brother, keluar dari sini, kau jangan kacau perniagaan aku, pergi”, dihalau pula empunya kedai makan. Dia tertunduk malu, beredar dari jerit pekik hina dan cacian oleh suara suara itu.
“Encik, tunggu sekejap”, lembut suara dari arah belakang. Dia menoleh, merenung sesusuk tubuh yang berdiri dihadapannya. “saya kenal awak ke?”, orang itu tidak berkata. Dia terus merenung muka orang itu.
“Aku kata kau berambus berambus, keluar dari pejabat ini”, tengking En Malaya. “tapi Encik, percayalah saya tidak melakukannya, Encik tolonglah saya ada anak bini Encik, kasihanilah saya Encik”, rayu Faisal agar En Malaya tahu itu semua hanyalah satu tuduhan yang ingin menjatuhkannnya. “sudah, apa aku peduli engkau ada bini atau ada anak, kalau dah tahu semua tu, kenapa kau buat hah, engkau ingat duit syarikat yang kau gelapkan ini duit mak bapak kau”, keras En Malaya, marahnya semakin menjadi “mulai esok saya tidak mahu melihat lagi muka awak di pejabat ini, keluar”, sambil menudingkan jari telunjuknya kearah pintu.
“hemm, puas hati aku, baru kau tahu siapa aku, kunun pekerja yang jujur dan amanah, piirahh”, suara puashati, “En Malayapun satu, percaya bulat bulat apa yang aku cakap, ahh itu semua tak penting, yang aku tahu, duit itu kepunyaan aku”, “Najim masuk kedalam”, tergesa gesa dia ke bilik En Malaya, “Najim mulai esok awak akan mengambil tempat Faisal, awak dinaikkan pangkat dengan serta merta,” lebar senyum Najim, “wah, dahlah dapat duit, dapat naik pangkat lagi, rezeki rezeki”, jeritnya di dalam hati.
“Faisal ke ni, Faisal ke ni”, “yea En Najim”, dia berlari kearah Faisal, ingin memeluknya, tetapi langkahnya terhenti, dia sedar, sekarang dia tidak lagi berbaju kemeja bertali leher, berbaju “kot” mahal, berseluar slack harga ribuan, berkasut kilat silih berganti, yang terlekat dibadannya kini, baju yang koyak disana sini, seluar panjang yang kusam berbau, kaki tidak beralas. Dia tertunduk malu, malu yang amat sangat.
“Mari En Najim, kita makan dan minum dulu”, Faisal menarik tangannya, “ya ALLAH, insan ini, dialah yang aku hancurkan masa hadapannya, dialah yang aku burukkan di belakangnya, dialah yang aku tuduh berbagai semata mata inginkan pangkatnya, tetapi kini dia sedang menarik tanganku dengan penuh keikhlasan tanpa sebarang dendam”, matanya mula redup, kelopaknya telah jernih, kakinya layu untuk melangkah. “En Najim, orderlah nak makan apa”, “Faisal tolong jangan panggil saya Encik”, “baiklah, abang Najim, mintalah apa yang abang nak makan, saya tengok abang lemah sangat”, “ya ALLAH kecilnya hambaMU ini, aku yang dahulu berlagak sombong, aku yang sering membuli, aku yang sering menzalimi sesama insan, aku yang sering membezakan yang miskin atau kaya, tetapi belum aku mati sudah ENGKAU balas segala itu di dunia ini, ya ALLAH, maafkan aku ya ALLAH”, dia mengetap bibirnya yang kering.
“sudahlah abang Najim, saya sudah maafkan abang, lama dah”, seperti tahu apa yang bermain di dalam fikirannya. Faisal membuka mulut sementara menunggu makanan tiba, “tapi Faisal”, lidahnya kelu tidak dapat berkata, hiba dengan layanan yang diterima.
“abang setiap dari kita akan melakukan kesilapan, sikap tamak haloba, dengki mendengki, zalim menzalimi, mengadu domba dan berbagai sikap yang dibenci dan dilaknat oleh ALLAH itu memang tidak boleh disisihkan dari kehidupan manusia, hanya manusia yang sering mendekatkan dirinya dengan ALLAH dan Kekasih ALLAH Nabi Muhammad SAW di jadikan panduan dan ikutan sahaja yang dapat mengelakkan kita dari semua maksiat dan kebiadapan itu, abang baliklah ke pangkal jalan, bina kembali hidup abang, sebenarnya abang beruntung kerana di dunia ini ALLAH telah membalas segala perbuatan abang di jalan yang salah itu, maka abang carilah kembali jalan yang lurus, jalan yang sebenar benarnya, saya yakin dan pecaya, sekiranya abang telah benar benar merasa insaf dan ingin membersihkan diri dari segala kebajatan itu, lakukankanlah, jangan menangguh lagi, kerana hidup kita ini tidak lama”, lembut nasihat Faisal.
“insyaALLAH, ALLAH akan bersama sama umatNYA yang ingin bertaubat keranaNYA, kalau abang senang nanti, abang datanglah kerumah saya yea, sekarang saya sedang mengusahakan sebuah perniagaan menjual barangan keagamaan dan pada masa yang sama saya ada menubuhkan sebuah Yayasan untuk membantu anak anak yatim, miskin dan saudara baru, sekiranya abang sudi, bolehlah saya ambil abang bekerja di Yayasan saya nanti, ini kad saya, Assalamualaikum ”, setelah membayar makanan Faisal beredar, “Wa’alaikummussalam” kad itu digenggamnya, “ya ALLAH kau lindungilah umat MU itu dari segala kesusahan dan kesukaran” ….