in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Friday, November 27, 2009

KataPepatahLagi : Patah Tumbuh Hilang Berganti

Aku alami kemalangan kecil malam sabtu lepas, balik dari rapat umum sukarelawan di Petaling Jaya, kecil tak kecil, kena jugaklah gosok “kad berwang” tuu beberapa ratus ringgit malaysia. Kalau hendak dikira, cukup untuk membayar loan kereta untuk sebulan. Entah apa yang aku alamunkan semasa memandu tidak tahulah. Mungkin juga impak dari rapat umum di PJ tu. Apapun alhamdullilah aku dapat mengelak dari berlakunya kemalangan besar yang mungkin juga boleh melibatkan nyawa. Kesian pakcik malam itu, dan mangkuk hayun sungguh malaun yang telah mengorek jalan tetapi tidak meratakannya balik seperti asal. Nampaknya mereka mereka ini lebih mementingkan duit dari nyawa pengguna jalanraya, sekali lagi malaun sungguh.

Yealah, kalau sport rim aku bengkok, patah dahpun bertukar ganti. Tapi gimana yea kalau hati dah remuk dan patah, ada ke spare partnya ? hee hee hee .. Alangkah baiknya kalau ada dijual di kedai kedai spare partkan. Gilo apo. Patah tumbuh hilang berganti, hati yang dilukai kini mendapat pengganti. Wah, hebat ni. Kebelakangan ni suka sangat aku dengan topik topik menyentuh hal hal hati ni. Aku alami kee ? . Eih nak kata tidak, ya mungkin. Berpusing pusing bercakap kan.

Aku suka sangat lihat perubahan sahabat baik aku seorang ni. Ehem sekarang ni di handphonenya dah ada gambar awek gitu, dah main main tukar mms, sms, facebook dan face to face, hehehe cayalah Bro. Atlast anda ambil juga kata kata akukan. Aku doakan kau bahagia Bro. Minggu lepas, kawan aku sorang lagi minta nasihat masaalah dengan pasangannya, cheh macamlah aku ni Tuan Kaunselor, yea alhamdullilah, khabarnya dia dah pun settle down sikit. Eih boleh pakai juga nasihat aku tu.

Tapi aku siapa nak bagi nasihat. Atau tidak perlu kot. Jiran baik aku cakap, aku ni tengah bertranformasi. Katanya semenjak 2 menjak ni kalau minum teh aku suka bercakap soal hati. Sudah tidak lagi berceloteh hal hal politik macam dulu. Dia tanya aku ada apa apa kee. Aku ada apa apa ke ?. Entah ada kee ?. emm yang patah tumbuh hilang berganti kee ?. Emm belum lagi kot. Tengah proses ?. Emm belum tentu lagi kot. Emm rasanya pi mai pi mai tang tu jugalah. Kalau ada boleh tahan lama kee ?. No komen. Tapi, harap haraplah kalau ada. Eih cerita ini bukan aku, atau memangpun aku, eih apa apalah. Ntah apa apa ntahkan. Tapi memang YA atau bukan aku.

Friday, November 20, 2009

merawat luka, menghapus parut ?

aku kira semua orang ada sejarah ataupun kenangan silam yang kadangkala menyakit memedihkan .. aku pun tak terkecuali diuji .. tapi hidup mesti diteruskan .. kebahagiaan tu mahal harganya ... kadang kala , terpaksa mempertaruhkannya dengan kekecewaan, pengorbanan dan mungkin air mata ... bukan sekali tapi berkali-kali ... ia umpama anak kecil yang baru bertatih, jatuh terluka tapi bangkit kembali ... benar ... kenangan pahit itu seharusnya kita jadikan panduan bukan untuk kita ratapi ... setiap sesuatu yang terjadi tu ada hikmahnya ... renungkan kembali ... muhasabah diri ... insyaALLAH ini kerjaNYA, DIA akan tarik sesuatu itu sebelum kita semakin parah .... ALLAH masih sayang dan tahu kita mampu menghadapinyanya ... di setiap solat, kita baca mathurat dan sentiasa berdoa supaya ALLAH tidak menguji dengan sesuatu yang tidak sanggup kita hadapi ... inilah ujianNYA ... melihat adakah kita redha atau tidak ... berlapang dada atau tidak dengan ujian ALLAH ... tidak berbaloi kita bersedih tapi orang disana bergembira ... tidak adil namanya ... satu hukuman yang tidak sepatut kita terima ... rasanya ..

dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna ... hanya Rasulullah S.A.W. sahaja yang ALLAH ciptakan ma'sum ... tapi yang pastinya, ALLAH mencipta setiap dari kita mempunyai kelebihan ... kita gunakan kelebihan yang kita ada dan cuba mengurangkan kelemahan kita ... belajar dari kesilapan ... belajar dari kesilapan gitu ..

DIA :

belajar dari kesilapanlah .. takut untuk menyayang dan disayangi .. takut akan kecewa dan mengecewakan .. berkorban dan pengorbanan .. kerana segala pengorbanan, kesetiaan, kepercayaan boleh hilang semudah itu sahaja .. akui ingin sayang dan menyayangi .. cinta dan menyintai .. tetapi juga tidak mahu kecewa atau mengecewakan seseorang ... takut ingin berjanji ... takut untuk memberikan pengharapan yang belum tentu pasti ... mungkin pintu hati masih belum terbuka sepenuhnya ... terfikir juga sampai bila ... cuba beristikarah masih belum juga bertemu jalannya .. .. sanggupkah melayari kembali satu perhubungan yang tidak pasti .. apakah akan teguh perhubungan itu nanti ..

sendiri tidak tahu apakah sikap dan perasaan pada insan bernama hawa .. terkadang begini terkadang begitu .. sikap ini akan membosankan sesiapa juga .. mudah hilang segala kepercayaan juga keyakinan, pada diri sendiri kadangkala pada seorang hawa ... sampai bila ? soalan lagi .. tidak tahu sampai bila .. mungkin setahun, 2 tahun dan mungkin selamanya .. bahagia dengan kehidupan sekarang ? .. tipu diri sendiri jika mengiyakannya ..

pepatah ada mencatat .. “parut itu kalau terluka parah, susah sungguh hendak hilang” .. sedangkan luka itu telah bertahun lamanya sembuh tetapi parut jugalah yang mengingatkan kembali .. adakah sebab berparut seseorang itu takut terluka lagi .. umpama seseorang yang mengalami kemalangan kereta dan terluka parah meninggalkan parut .. adakah dia akan trauma untuk memandu lagi .. yea .. mungkin dia masih ingin dan akan memandu semula .. tetapi sudah pastinya dia akan memandu lebih berhati hati .. itu pasti .. itu memandu .. bagaimana pula kalau hati, perasaan, jiwa terluka parah .. mungkinkah parut itu boleh dipadamkan begitu saja .. yea .. ramai pandai berkata .. “yang sudah tu sudahlah, buka buku lama” .. tetapi senang kah untuk membuka buku yang baru .. aah

adakah rasa teruja sekiranya ingin membuka satu buku baru .. bolehkah segala bayangan lalu yang terluka itu tidak lagi menghantui segala yang ingin dituju .. entah rasanya begitu janggal tidak berkeyakinan untuk mengatakan tidak dan amat sukar untuk mengatakan ia akan merubah parut yang ada .. parut aah parut .. bagaimana ingin melenyapkannya dari pandangan mata hati ..

adoyai .. sebenarnya serik tahap gaban ni .. tapi bila tengok kekawan yang pernah “seperti itu” malahan lagi teruk pula parut diaorang, buka baru nampak ok .. bahagia .. smooth .. cool .. gembira ceria .. semua baik belaka .. eih kenapa tidak dicuba .. emm nak cuba kee ?? … huh .. dia pikirlah sendiri ..

jL : bila seorang otak tidak berserabut .. bila nak try test berdua duaan .. mula kepala otak nak pecah berselerak ..

Monday, November 16, 2009

jalan di situ berlopak

Jalan di situ berlopak-lopak besar, terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.
Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduks ahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini. Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.
"Nak apa?!"
Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!"
Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"
Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu.Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!
" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.
"Kenapa ni? Gila?!""
Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetikkelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.
Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu,ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.
" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" .
Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.
Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sialyang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."
Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak,berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki."
Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati"
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.
Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.
Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.
jL : dipetik dari satu email

Tuesday, November 10, 2009

Aku Akta tiada harga

Aku akta yang dicipta dikala 1973

Kununnya ingin membantu rakyat jelata

Khazanah diperut bumi di kongsi bersama

Untuk kesejahtera

Untuk semua gembira dan ceria

Untuk masa hadapan selamanya

Tapi akta itu kini dilawak badutkan sahaja

Segala perjanjian hanyalah satu petaka

Segala perjanjian di humban penuh hina

Milik rakyat dibolot semua

Harta rakyat hanya di kongsi sesama “keluarga”

Rakyat di paksa dan terpaksa di gula gula

Gula gula yang berperisa masam cuka

Tanpa sedar juga di campur tuba

Berbagai kiasan di reka reka

Berbagai ayatan hanya dusta belaka

Royalti berubah menjadi EHSAN sahaja

Disalur pula pada yang tidak berkuasa

Dipenuhkan tabung untuk si pemuka

Berlelah yang halal memerintah membantu rakyat seada

Secupak 5% disentap tanpa malu tanpa berdosa

Sedangkan yang secupak itu begitu berharga pada mereka

Bangga melihat rakyat merayu meminta

Seolah diri itu amat tinggi darjatnya

Tanpa mengira perlakuan itu dilaknat ALLAH Yang Maha Berkuasa

Seolah sengaja ingin menunjuk dibumi nyata

Akulah orang yang tidak akan ditimpa bencana

Kebal untuk hidup tanpa musibah menimpa

Lupa akan syurga dan neraka

Kini aku akta terus terhina dihina

Kini aku akta menjadi mangsa penipu bangsa

Mainan makhluk Tuhan begitu sekali tamak haloba

Dipiciskan segala amanah dan tanggungjawab yang diterima

Aku Akta Pembangunan Petroleum 1973

Hanya akta yang tercemar dinoda tidak berguna

Di dalam sebuah negeri disisih dari 14 saudara

Yang rakyatnya didahulukan di sebuah 1Negara

Friday, November 6, 2009

aku rakyat biasa aja

Ketika engkau di iring berbelas motorsikal berkuasa besar

Aku engkau terajang ke tepian, digam gajahkan di tengah jalan bawah terik mentari

Ketika engkau tidak perlu berasak asak di pintu pintu tol merapu

Aku beratur panjang panas punggung untuk melepasi pintu yang dibayar itu

Ketika engkau berjalan di atas hamparan karpet merah

Aku berjalan kadangkala tanpa sepatu kaki berdarah

Ketika engkau makan dengan selera di dalam dingin dewan yang mewah

Aku makan di gerai makcik tepi jalan berteman habuk kenderaan kerana murah

Ketika engkau melanggar lampu merah

Aku pula disaman dan garenti kena marah

Ketika engkau naik kenderaan tanpa perlu membayar petrol hijau ke merah

Aku tepaksa berjimat, petrol hijau ke merah naik tidak mahu mengalah

Ketika engkau bergaya dengan pakaian harganya gah

Aku memakai pakaian yang harganya paling rendah

Ketika engkau anak beranak setiap hari berlibur kesana sini

Aku dan keluarga hanya memerhati keluar air liur basi

Ketika engkau tidak boleh di usik oleh undang undang ciptaan sendiri

Aku dibayangi hantu undang undang rimba yang sering dipantau gerak geri

Ketika engkau dan keluarga tidur nyenyak beralas bantal tilam import mimpi yang panjang

Aku dan keluarga tidur tidur ayam memikirkan hari mendatang

Ketika engkau lalai dan khayal dengan syurga dunia

Aku khusyuk mencari nikmat syurga azali milikNYA

Ketika engkau hidup berlenang dengan wang titik peluh kami

Aku rakyat biasa aja bersenang seadanya dengan belanja usaha sendiri

jL : benda ini dinukil setelah jL melihat satu perisitiwa di hadapan Bangunan MAA Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka pada suatu pagi. Uncle anda hanya rakyat biasa aja.

Monday, November 2, 2009

ikan patin, ikan kelah, ayam kampung, pelanduk di Mat Daling

25 – 31 oktober 2009, aku telah mengikuti program Khemah Kerja di Kampung Mat Daling, Jerantut Pahang. Program Yayasan SALAM Malaysia dan KBS. Jarak dari Jeti Kuala Tahan Pahang mengambil masa hampir 4 jam menggunakan bot. Perjalanan tidak memenatkan, melihat keindahan fauna, kehijauan hutan yang belum diterokai di kiri kanan susur sungai dan melintasi beberapa perkampungan orang asli. Adakala terpaksa turun dari bot kerana tersangkut di atas pasir, air sungai tidaklah begitu dalam, terdapat beberapa “rapid” yang agak mengoncang jantung juga, terutama yang baru pertama kali mudik ke hulu melawan arus. Dalam perjalanan dok terfikir juga, macam manalah agaknya suasana di kampung tersebut. Apatah lagi aku akan duduk selama 3 hari 2 malam di sekolah sebelum menetap bersama keluarga angkat. Terbayang sekolah pendalaman, sekolah kampung, “sure” takder api dan air “very limited”. Keluarga angkat pula bagaimana nanti penerimaannya.

TAPI, semua itu hilang bila kami sampai ke jeti Kampung Mat Daling. Penduduk sudahpun menanti ketibaan kami. Rasa teruja melihat sambutan yang diberikan dan lebih teruja apabila melihat Sekolah Kebangsaan Mat Daling, Jerantut Pahang tersergam indah. Boleh dikatakan sekolah “standard town” juga, 2 buah blok bertingkat dua, pejabat Guru yang selesa, kuarters guru, padang permainan yang luas, juga terdapat sebuah asrama untuk anak anak penduduk sekitar dan pra sekolah. Aku telah dimenetapkan tinggal bersama sebuah keluarga yang duduk lebih kurang 2km dari sekolah dan jeti. Air dan elektik tiada masaalah. Keadaan rumah pun selesa, walaupun usia rumah hampir 20 tahun. Air mereka menggunakan dari sungai, lagipun aku memang mandi kat sungai jer, petang dan pagi sesudah subuh, sejuk gila, elektrik baru setahun dibekalkan, jalan walaupun tidak bertar tetapi cukup boleh untuk merempit atau drift, line telefon ahaaa, cuma Maxisjer, line lain kirim salam, broadband jauh sekali, emm diberitakan juga line Maxis ini orang kampung “request” dari bukan calang calang individu beb. Astro boleh dapat, tapi rumah family aku cuma 2 channeljer, aku tak kisah sebab channel itu tidak pernah aku nak tontonpun, tak minat langsung : RTM 1 & 2 : eeee …
Family aku; Pak (ayah) Mat Adnan, tinggal,bersama isteri dan 2 orang anaknya, Acik yang pendiam dan pemalu, sampai ke sudah tak bercakap dengan aku takat senyum jer, menunggu keputusan UPSR dan Faezah yang manja suka senyum dan amat rajin ke sekolah, belajar di tahun 1, manakala 2 orang anaknya lagi tinggal di Jerantut dan Kuantan, seorang di asrama dan seorang bekerja. Mak angkat aku pula lebih suka duduk di dapur dan kadangkala join juga mendengar celoteh aku yang non-stop ni. Aku terpaksa mengolah berbagai topik dan cerita, alhamdullilah Pak aku bukan setakat pendengar yang setia tapi juga ada komunikasilah kiranya. Malam pertama aku tidur di rumah family angkat. Fisrt dinner, aku dah pekena ikan patin masak tempoyak, petai dan satu lagi ulam yang aku tidak pernah makan dan rasa. Masin dan sedikit pedas. Selang setengah jam, “supper” lak, keropok, keledek goreng dan air kopi. Ikan patin yang aku makan tak ingat tadi, tak lagi habis masuk dalam perut, aku pulun pulak keledek goreng cecah dengan kuah tempoyak patin, tu dia. Dan aku tidur nyenyak seawal pukul 9.30 malam. Awal gila. Tapi memangpun orang kampung kat sini semua tidur awal. Hari ke 1-3 (3hari) aku perlu berada di Sekolah Kebangsaan Mat Daling untuk program BINGKAS. 2 malam di sekolah, Pak angkat aku mengamuk, dia kata ada anak macam takder anak, mana tidaknya, orang lain bawak anak anak dia beraktiviti, dia dok tengokjer. Tapi aku dah explain kat dia sebelum tu, cuma dia rasa macam tidak selesa sebab aku tidak bersama familynya. Malam pertama dia datang jengok aku di sekolah dan bawa makanan untuk aku (gulai ikan patin dan petai masak tempoyak kering).

Seusai BINGKAS aku kembali ke rumah family aku, hemm tu dia, makan yang non-stop, lepas makan, makan, pastu makan lagi. Lepas ikan patin, ikan kelah, lepas tu ayam kampung dan dapat gak merasa daging pelanduk, Ayah Long (family Rosman vol Sarawak) yang hantar. Makan ubi rebus dengan air tebu yang sudah dimasak. Manis gila campur pulak dengan air manis. Emm rasanya orang kampung ni suka manis manis, tapi takder pula yang kena kencing manis.

Hari ke empat, semua keluarga dan anak angkat berkhemah di tebing sungai. Lupalak apa nama datarannya. Bermalam semalam, setiap keluarga perlu mendirikan khemah sendiri, masak untuk keluarga sendiri. Aku bersama 2 buah family lagi, family Hilmi dan family Rosman. Aktivitipun sendiri sendiri. Aku dapat melihat beriya mereka menjayakan perkhemahan ni. Bawak periuk belanga, bantal, selimut untuk kitaorang, dan yang paling hebatnya siap sembelih 6 ekor ayam kampung. Kita orang mudik ke hulu, ke jeram, mengambil masa 45 minit juga. Peh air jeram sejuk gila, siap ada Ogawa lagi, air yang mengurut. Lawaknya bot kami masuk air, so sepanjang pergi dan balik jeram kami kena menceduk air keluar dari bot. Tapi tetap enjoy. Barulah aku tengok Acik nak berlawak dengan aku. Tapi tulah takat senyum dengan gelakjerlah. Malamnya solat maghrib dan isyak berjemaah dan diisi tazkirah oleh Ustaz Tuan Haji Hamzah (staff Salam Sarawak). Cantik dah, tapi eh, khemah yang sama adalak karaoke .. hee hee .. 2 in 1 beb, asal boleh .. aku ikut Alang dan family angkatnya memancing, yang sebetulnya aku tak minatpun memancing ni, dan pada masa yang sama tak suka gak nak berkaraoke kat dalam khemah solat, so aku jadi tukang suluh kat diaorang kalau nak lekat umpan di mata kail. Diaorang pakat karaoke sampai pukul 3 pagi, apalah barangnya. Yang bestnya, dok melayan sampai pagi tuu anak anak orang kampung, anak anak angkat habis semua dah berdengkur .. hua hua hua ..

Sebenarnya, kalau nak dikira dihitung dengan jari, aku tidaklah sepenuhnya ikut program sepanjang 5 hari tu. 3 hari aku tidak bersama family angkat kerana menanggungjawabkan BINGKAS. Fokus aku yang sebenar benarnya. Belum tentu aku akan join kalau tiada BINGKAS. Jadi aku hanya bersama keluarga pada hari ke 4-5 (2harijer). Namun begitu aku all out bersama family agar aku dapat meninggalkan dan aku sendiri ada sedikit pengalaman manis bersama mereka. Alhamdullilah, aku rasa family angkat aku puashati dengan perangai anak angkatnya yang baik ni, yang suka berborak sampai kering air liur. Apapun aku tetap tidak akan melupakan layanan family angkat aku berikan. Apalagi bab makan, rasa nak pecah perut dibuatnya. Sehinggakan di malam terakhir, family aku menyajikan makan dinner yang paling meletop. Ikan patin tempoyak (favourite aku), ikan kelah goreng masak kicap pedas, gulai ayam kampung, pucuk paku goreng, petai goreng pedas dan telur dadar. Bayangkan betapa rambangnya mata aku, semua aku pulun sampai lelap mata beb. Sendawa bak harimau mengaum bunyinya.


Hari terakhir, seawal pagi Mak angkat aku dah siapkan bekalan untuk aku, mee goreng, telur mata dan ikan kelah goreng. Padahal aku dah bagi tahu tak perlu bekalkan apa apa, tidak mahu menyusahkan mereka. Lagipun aku dah siap siap belasah breakfast dulu, tapi apa nak buat Mak angkat aku nak juga bekalkan. Aku kalau boleh taknak nak kuar kuar airmata ni, bila aku tengok family angkat aku cooljer akupun ok. Tapi sebenarnya aku perasan Pak angkat aku lap airmata bila aku turun ke bot, sebab aku memang rapat dengan Pak angkat aku ni, Pak dan Mak angkat aku beredar awal apabila bot aku mula bergerak meninggalkan jeti, dan adik Faezah sempat melambai lagi, hee hee nak dekat gak basah airmata. Perjalanan balik ke jeti, hampir sampai ke Kuala Tahan, bot aku hampir hampir terbalik semasa mengharungi salah satu “rapid” yang agak deras gak, air masuk dalam bot, aku kuyup, bersama aku ada Dato’ Ahmad Talib, Bro Mat, Ariff, Rosman, Amirul dan 2 orang anak kecil bersama ibunya dan seorang nenek. Masa bot diluar kawalan, aku dah grab tangan 2 anak kecil tu dan nenek tu pulak dah dipegang oleh anak perempuannya. Mana taknya bot kami dah kira overload, penumpang termasuk pemandu bot dah 13 orang, tak termasuk barang barang lain. Alhamdullilah, kami sampai ke jeti dengan selamat dan sampai ke Apartment Mesra Villa di Ampang pun dengan selamat.

Emm rindu beb nak mandi sungai, mudik ke hulu naik bot, ke jeram, ikan patin, ikan kelah, ayam kampung dan pelanduk. InsyaALLAH ada kelapangan aku nak repeat balik. Maybe tahun baru cina next year, Ayah Long ada kenduri kawin. So Ayah Long dan Pak angkat aku dah bagik tahu, datang dan diaorang akan tunggu dengan aktiviti yang lebih bebas dan mencabar. Tak perlu ikut tentatif. Bebas beb.