in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Thursday, October 28, 2010

Mbah Maridjan alias Mas Penewu Suraksohargo

26 Oktober 2010, sekali lagi Indonesia di timpa musibah. Di Padang berlaku gegaran sekuat 7.7 skala richter dan disusuli dengan tsunami, mengakibatkan beratus terkorban dan beratus lagi hilang disamping kerosakan harta benda. Di Yogjakarta pula Gunung Merapi yang berusia 400,000 tahun dan antara paling aktif di kepulauan itu telah meletus dan menghasilkan suhu tinggi awan panas debu volkanik yang turun sebagai hujan abu.

Penulis pernah ke Yogjakarta bagi misi bantuan kemanusian, gempa bumi dan Gunung Merapi pada tahun 2006 (NGO:YSM) dan juga ke Padang pada Oktober tahun 2009 genap setahun bencana gempa bumi (NGO.IRM).

Namun apabila membaca berita yang bertajuk “Jenazah mirip Mbah Maridjan sedang sujud ditemui di bilik tidur rumahnya”, penulis merasa sebak.

Kembali mengimbau misi 2006 lalu. Bersama kekuatan seramai 8 orang relawan, kami telah kerumah Allahyarham yang hanya lebih kurang 4kilometer sahaja jaraknya dari puncak Gunung Merapi yang ketika itu sedang aktif mengeluarkan haba dan lava. Berhampiran rumahnya terdapat sebuah surau (Masjid Al Amin). Kami berjemaah zohor dahulu sebelum menemui beliau. Agak memeranjatkan, diketika lava panas dimuntahkan dan mengenai pakaian dan tubuh kami, ia tidak begitu terjejas malahan cuaca ketika itu amat dingin sekali dan air dari kolah surau teramat sejuk, sehingga kami teragak agak untuk mengambil wuduk.

Di hadapan pintu rumahnya ketika itu tertera nota “Dengan hormat, mulai sekarang Mbah Maridjan tidak melayani wawancara”. Kami hampir kecewa tetapi ia bertukar ceria apabila Allahyarham sudi menemui kami malahan telah dijemput untuk masuk kedalam rumahnya dan dihidangkan air. Kami mengambil kesempatan untuk bertanya khabar dan memaklumkan tujuan kami ke Yogjakarta dan serba sedikit latar belakang NGO yang kami wakili. Allahyarham sendiri telah memberikan sedikit informasi tentang tempat tempat yang perlu disusuri bagi memudahkan kami menyampaikan bantuan. Sebelum beredar, kami sampaikan sedikit bantuan untuk Allahyarham agihkan kepada penduduk di sekitar rumahnya.

Siapa Mbah Maridjan : Penjaga 'kunci' Gunung Merapi Mbah Maridjan alias Mas Penewu Suraksohargo. Pelantikan Mbah Maridjan sebagai 'penjaga' Gunung Merapi merupakan sebahagian daripada adat turun temurun Kesultanan Jawa sejak dahulu kala lagi.

Allahyarham dilantik sebagai pemegang kunci gunung tersebut oleh ayahanda kepada Sultan HamengkuBuwono X iaitu Sri Sultan HamengkuBuwono IX.

Sejarah kuno Jawa percaya, penjaga gunung ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan tuannya iaitu gunung berapi tersebut.

Atas sebab itu jugalah nama Mbah Maridjan menjadi popular ketika Gunung Merapi meletus pada tahun 2006. Ia bersama sejumlah warga Kinahrejo Kecamatan Cangkringan Sleman yang tinggal di kawasan yang disifatkan sebagai kawasan bencana itu enggan berpindah kerana menurut firasatnya gunung tersebut tidak akan memuntahkan laharnya.

Padahal saat itu, Gunung Merapi sudah masuk ke peringkat bakal meletuskan lahar pada bila-bila masa sahaja.

Bahkan Sri Sultan Hamengku Buwono X sempat memerintahkan dia untuk turun dari pergunungan itu. Namun beliau enggan mendengar arahan itu yang dianggap sebagai ingkar perintah Sultan.

Benar sungguh, Merapi tidak segawat yang diperkatakan ahli-ahli geologi. Firasat Mbah Maridjan itu menjadikannya popular.

Namanya terus melambung dan kemudian menjadi bintang iklan sebuah minuman bertenaga. Duit pun mengalir deras ke kantongnya.

Namun selebriti tua ini tidak menikmati keuntungan dari hasil duit iklan itu sendirian. Sebaliknya, dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat. Di daerah Kinahrejo, beliau bukan sahaja membangunkan masjid malah gereja hasil daripada wang tersebut.

Beliau dipetik sebagai berkata, biar warga di sana beribadah sesuai mengikut keyakinan masing-masing. Mbah Maridjan sendiri adalah seorang penganut Islam yang warak.

Selain itu, Mbah Maridjan acap kali menyalurkan beras kepada warga yang memerlukannya.
Mbah Maridjan dilahirkan di Dukuh Kinahrejo, Desa Umbulharjo, Cangkringan, Sleman pada tahun 1927.

Penglibatannya sebagai penjaga Gunung Merapi bermula pada tahun 1970 apabila ayahanda kepada Sultan Kraton sekarang melantiknya sebagai pembantu kepada pemegang kunci gunung.

Beliau dilantik sebagai pemegang kunci Gunung Merapi pada tahun 1982. Mbah Maridjan mempunyai beberapa anak, yakni Mbah Ajungan, Raden Ayu Surjuna, dan Raden Ayu Murjana.

Dan akhirnya beliau “pergi” dalam keadaan sedang sujud menyembah ALLAH SWT yang maha kuasa.

Kemesraan dan layanan yang baik dari keluarga Allahyarham akan kami kenang. Walau ada yang mengatakan Allahyarham ini seperti bomoh, dukun, menyembah merapi atau sebagainya. Itu antaranya dengan ALLAH SWT. AlFatihah
Bersama Allahyarham di hadapan rumahnya : misi bantuan 2006

Tuesday, October 26, 2010

seminggu mengGALAS Gurindam

Mula Hari Ini

mengGalas REZEKI
Orang kampung suka hati
Rezeki dinanti
Akan ada jual beli
Dapatlah tambah pendapatan untuk anak isteri
Orang kampung senyum nampak gigi dan gusi

mengGalas DUIT
Penyokong tunggu poket di isi
Penyokong hitung untung sendiri
Penyokong mula dengki mendengki
Penyokong semakin sakit hati
Penyokong mula bergusti
Rupanya peruntukan hanya untuk kroni

mengGalas JANJI
Janji sana sini
Janji tegak masjid, surau diganti
Janji bina jambatan, tiada lagi titi
Janji turap jalan, lampu limpah menyinari
Janji tukar station bas jadi station LRT
Janji Manek Urai ke Galas kini
Janji ; pengundi ternanti nanti .. ti ..ti ..ti . ..
Rezeki, Duit oohh !! Janji

Seminggu Ini

Akan ada nada tidak puashati
Setelah lama bersama parti
Katanhya para pemimpin pentingkan diri sendiri
Di buat siaran langsung beramai ramai berdiri
Men”declare”kan ingin membawa diri
Bersama penyokong yang berlori lori
Bercakap dengan bahasa basi
Yang sudah terlalu didengar lali
Mengata Islam yang kununnya didokong tidak selari
Yang mereka inginkan Islam Hadhari
Yang sudahpun menjadi sejarah tuli
Kini bergayut pula pada satu simfoni
1Malaysia yang di jerit pekik hari hari
Berkumpul RTM1, RTM 2, Media Prima mencari bahan sensasi
Dihidang kepada rakyat yang sudah tidak lagi percaya membuta tuli
Akhirnya segala lakunan tidak menjadi
Yang pasti menjadi mangsa cemuhan selepas ini
Kasihanlah pada anda wahai Ayahanda Kuli
Berakhirkah perjuangan anda ? dan larikah semua kroni ?
Mencari cari “bank bank” yang lebih berduit agar poket terisi.
Segalanya akan terjawab di Galas nanti.

TokRais : Gadang jan malendo, panjang jan malindih. Bilalang indak manjadi alang, picak-picak indak jadi kuro-kuro. Bilalang indak manjadi alang, picak-picak indak jadi kuro-kuro. Walaudisapuah ameh lancuan, Kilek loyang kan tampak juo..Bak manungkuih tulang didaun taleh, bak manyuruakan durian masak.

Monday, October 18, 2010

bahasa ~ prejudis

Alhamdullilah, setelah di desak dan di asak bertubi-tubi oleh rakan karib. Akhirnya saya menghadirkan diri juga. Desakan rakan karib yang tidak ingin melihat saya terkontang kanting dengan idea yang mencurah tetapi tidak tahu di mana hendak ditadah.

Pada hari minggu yang lepas, saya bangun seawal pagi, yang hakikatnya hari minggu adalah hari melelapkan mata sehingga tegak matahari di atas kepala, itupun tersentak sedar setelah zaujah merenjiskan air dingin yang dikeluarkan terus dari peti sejuk. Mungkin sudah kering airliurnya menjerit di cuping telinga.

Dan pagi itu, saya melangkah keluar rumah meninggalkan zaujah yang tersenyum di muka pintu membekalkan semangat dan saya pula dengan jiwa berkobar kobar mencari ilmu baru.

UniversitiPTS yang gratis; baru kini betapa ruginya saya tidak menghadiri kursus yang dijalankan, betapa saya sedar, rupanya ada tempat yang boleh mendatangkan faedah kepada hobi saya selama ini.

Kursus Bahasa Melayu Tinggi; banyak tip tip, nasihat dan tunjuk ajar yang diperolehi. Walaupun selama ini saya gemar membaca novel, cerpen atau makalah. Rupanya saya terlepas pandang samada buku buku ini menggunakan Bahasa Melayu Tinggi atau tidak. Dan secara sedar atau tidak, barulah terbuka mata dan minda bahawa selama ini saya membaca akhbar, menonton rancangan berita di media elektronik dan mendengar lirik yang langsung tidak menggunakan Bahasa Melayu Yang Tinggi. Contohnya, ayat; “selepas itu, selepas itu, selepas ini” atau lirik “please please please kamu jangan nakal”.

Ini sebenarnya tidak membantu kemahiran seseorang itu dalam pertuturan Bahasa Melayu yang tepat. Dan juga tidak disedari, melalui bahasa juga timbulnya sikap prejudis pada seseorang itu. Bahasa yang diguna pakai rupanya mampu menjadi seseorang itu lari dari perwatakan sebenarnya. Contoh seorang pemimpin yang hebat, tetapi apabila dia berbicara dan tidak menggunakan Bahasa Melayu Tinggi secara otomatik orang akan bersikap prejudis terhadapnya, persoalan “adakah dia ini seorang berjawatan tinggi, Menteri, berbicara bgitu teruk sekali, mampukah dia menjadi seorang pemimpin”. Datuk Saifuddin Abdullah mantan Presiden Majlis Belia Malaysia adalah contoh seorang Menteri yang diakui berbicara dengan tuturkata yang menampilkan status berkeyakinan dan berkarisma. Saya pernah berbual secara berdepan juga sering juga mendengar ucapannya di beberapa majlis rasmi.

InsyaALLAH selepas ini blog jeansLusuh akan cuba menggunakan Bahasa Melayu Tinggi di dalam entrinya. Pun begitu ia tertakluk di dalam perkara atau isu apa yang hendak diceritakan. Sekiranya penulis blog jeansLusuh berada di dalam situasi yang tidak menyenangkan, kemungkinan besar Bahasa Melayu Tinggi itu tidak akan ujud samasekali malahan bahasa basinya pula akan menjadi pujaan hatinya hehehe .

Saya menanti kesinambungan kursus ini.

Selepas ini : Kursus Teori Sastera : Teknik Surah Yusuf ..

Thursday, October 14, 2010

siapa kata ??

di warung kopi.

Ada seorang ini dok mengomel, merungut, meracau tidak tentu hala. Dia dok cerita tentang bagaimana parti atau penyokong pembangkang di 1Negara itu teruk dibelasah oleh Puak Pemerintah. Buat itu tak boleh buat ini tak boleh. “Contohnya” katanya lagi, nak buat majlis sambutan Rayapun susah, kena kacau selalu, sampaikan mikrofon pun dipatahkan, belum lagi buat himpunan ramai. Pastu dia kata lagi, kalau Puak puak Pemerintah ini punya geng nak buat ok sahaja. Tak kira mengganggu lalu lintas atau orang awam. Macam macam lagilah kisah kezaliman dan ketidak adilan yang diceritakannnya. Betul punya hangin satu badan dia. Dikhabarkan, dia nie spesis lalang atau langau. Di mana ada habuan situlah di hurungnya.

Kemdian disangkal oleh seorang lain. Katanya siapa kata pembangkang dizalimi. Cuba tengok “pembangkang” di negeri ini; Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Pemimpin dan penyokong diaorang hebat hebat belaka dan dijaga oleh sang penguasa. Mereka boleh buat apa sahaja mereka suka, mereka buat negeri negeri itu seperti mak bapak mereka punya. Cuba tengok pemimpin di 4 negeri ini, kadangkala hendak kemanapun tiada eskot atau bodyguard, tapi cuba tengok pemimpin “pembangkang” di 4 negeri ini. Keliling bodyguard, takkan hebat tuh. Kemdian nak buat apa, suka suki mereka sahaja tanpa menghormati MB atau KM di negeri tuh, amcam siapa kata pembangkang itu teruk dibelasah. Kata penyokong tegar “pembangkang” di 4 buah negeri ini.

Huh ! memanglah lain. Potong seorang lain. Yang duduk ditengah tengah. Masih belum membuat pilihan.

“Pembangkang” di 4 negeri itu adalah orang yang tidak pernah merasa susah dalam perjuangan dan senang melalui penindasan, kekejaman dan kezaliman. Suka bermegah dan menunjuk nunjuk segala kekayaan dan kemewahan. Sekarang ini seperti rasa hilang nyawa hendak dikafankan apabila hilang kekuasaan.
Pembangkang di negeri lain adalah pembangkang yang berjuang penuh kepayahan, kesukaran, dizalimi dan sering ditindas. Zuhud, bersederhana, tidak menunjuk nunjuk dan tidak bongkak, tidak hipokrit apalagi berlagak munafik.

Sekianlah sebuah cerita, yang hanya sebuah cerita sahaja. Tiada kena mengena samada yang masih hidup atau yang sudah menjadi aruah. Cerita di warung kopi. Fair Play Please !! . Adanya, tak gitu.

Monday, October 11, 2010

kisahnya

Kisahnya 1 : disebuah perkampungan orang Asli

~ : akak masuklah Islam, nanti kami boleh bantu dan bimbing
Akak : ya dulu sudah masuk tapi sekarang sudah berhenti (sambil membelek belek baju di dalam kotak)
~ : erk sudah berhenti ? (garu kepala, aduh ngak ngerti ini)

Kisahnya 2 : di sebuah hospital kerajaan di dalam lif

Ting tong : lif ini naik ke atas,
Ting tong : lif ini turun kebawah
Emm ada ke kalau naik kebawah atau turun ke atas. Adusss !! bahasa apa nie, bisa pusing kepala Gue !!

Kisahnya 3 :

Kami 1 : kami tidak mahu duit judi, ini duit haram, ini rasuah politik, kami mintak duit ini dikembalikan kepada pihak yang menipu kami (mengenggam segumpal wang RM100.00 dan mencampakkan ke dalam tabung lutsinar)

Kami 2 : kami akan pulangkan kembali semua wang ini ke pihak itu, ini membuktikan bahawa warga tua ini lebih mementingkan maruah dari wang RM100, ingat warga tua ini lebih bermaruah daripada kami, ooopppss!! Terlepas cakap sudah.

Pihak itu : emmm sehingga sekarang wang yang dikatakan haram itu masing belum dipulangkan oleh pihak Kami 2, mungkin juga wang itu nanti akan diGalaskan ke sebuah negeri dipantai Timur tidak lama lagi. :keypadlock:

Kisahnya 4 :
First Ladies form 3rd Country : sukahatilah : aduhai

Thursday, October 7, 2010

andai keris Tamingsari ..

Andai keris Tamingsari masih ada sekarang, siapakah yang mengenggam, adakah masih ditangan Hang Tuah atau sudah kembali ke tangan Hang Jebat yang digelar penderhaka hanya kerana ingin mencari dan menegakkan keadilan dan kebenaran.

Andai Hang Tuah dan Hang Jebat masih hidup. Siapakah yang akan disokongnya. Adakah Hang Tuah berpihak disebelah sini yang sentiasa menunjukkan kesetiaan membuta tuli dan Hang Jebat akan berpihak disebelah sana yang berterusan “menderhaka” kerana inginkan kesaksamaan pada semua bangsanya.

Andai keris Tamingsari masih ada sekarang, Hang Tuah dan Hang Jebat juga masih bernyawa, adakah mereka akan berpencak menghunus keris bagi menunjukkan kesetiaan dan kebenaran masing-masing.

Andai keris Tamingsari, Hang Tuah dan Hang Jebat masih ada. Bagaimana agaknya mereka melihat kecamukan dan kecelaruan bangsanya yang memimpin, yang caca marba, keikhlasan dan ketelusan pudar malahan semakin membarah.

Andai keris Tamingsari masih ada sekarang, bagaimanakah suasana di bumi bertuah ini, bagaimana pula wajah pemimpin pemimpin sebangsa Hang Tuah dan Hang Jebat sekarang. andai .. andai dan andainya .. …

Monday, October 4, 2010

zuriat dan boroi ..

Zuriat.

Alhamdullilah .. dapat berita yang terselit di dalam akaun fb, rakan blogger/fb Shamie Insan Biasa(Puan Sham) sudah selamat melahirkan cahaya mata pertama. Tahniah Puan Sham dan suami, di doakan semoga zuriat itu diwakafkan untuk memperjuangkan Agama dan bangsa. Dan semoga zuriat yang dilahirkan akan mengikut jejak langkah ibu dan bapanya yang begitu aktif di dalam kerja kerja kemanusiaan dan kesukarelaan. Tahniah sekali lagi Puan Sham.

Boroi !!

Di dalam fb seorang teman (Teh Secawan). Dimuatkan, mengapa lelaki boroi setelah berkahwin dan benarkah semakin boroi isteri semakin sayang.

Hem, yealah pada pendapat Gue, sudah semestinya lambang kebahagiaan, keceriaan, kegumbiraan dan makan yang banyak. Mana tidaknya, kalau sebelum itu, balik kerja pekena Maggie, kalau rajin sedikit turun cari restoran, kalau malas biskut kering dengan teh ‘o’ pun boleh.

Sekarang; balik kerja, buka pintu sudah terhidu bau dari ruang dapur. Sup ayam, ikan/ayam masak kicap, tomyam campur, daging masak merah “Vietnam”, nasi goring hee macam macam.
Jadi gimana itu, dalam masa 4 bulan naik 3 inci, alhamdullah rezeki ALLAH SWT. Nanti kalau kurus orang mengata juga. “Woi ko tak bahagia kee, bini ko tak masak kee “ dan lain lain lagilah.

Apa yang Gue tahu, beristeri itu, hidup semakin terurus dan sempurna itu sahaja. Jadi tidak perlulah risau atau malu, jika boroi, yang penting kesihatan kena jaga dan STAMINA bah !! ha ha ha ..

Sheikh Sdr “Teh Secawan”, anda sudah meningkat ke berapa inci ? kihkihkih … memang zaujah Gue semakin sayang walaupun boroi. La la la ..

Friday, October 1, 2010

kawan baik, bes frien ??

Ramai boleh mengaku, “kau tau tak, kaulah kawan baik aku”, “kita dah berkawan lebih 6 tahun so kalau ada apa apa masalah bagiklah tau aku, mana tau aku boleh tolong”,

tapi adakah kawan baik begini “hello pekabar, dengar citer tak sihat”, “wei aku dengar ko accident, ko ok tak ?”, “aku dengar isteri/suami ko ko masuk hospital, sorilah aku tak dapat nak jenguk harap dia dah sihat”,

atau

“boleh tolong datang tak hari nie, aku nak mintak tolong sikit”, selepas itu “lantaklah ko, tak hingin aku nak tanya kabar ko” …

Gue ni kadangkala serba salah, gimana gue hendak “describe”kan a orang yang hendak di panggil sebagai kawan baik. Gue ini mudah sangat anggap seseorang itu kawan baik walaupun pada hakikatnya orang itu kutuk Gue di belakang kawkaw, bikin panas nama Gue gitu. Walaupun Gue tahu, tetapi Gue masih anggap mereka kawan baik, belum lagi yang hendak Gue hormat dia tetapi dia macam hampeh, tapi Gue masih ingin anggap dia seperti kawan baik. Itu dahululah, sekarang no way hozey beb.

Gue rasa istilah kawan baik ini tidak ada, kalau kita terlalu anggap seseorang itu kawan baik biasanya mereka akan pijak kepala kita. Gue alami benda ini, 2-3 orang buat pada Gue. Tapi itulah mereka ini pandai bermuka muka, dihadapan memang baik dibelakang wallahuallam. Pedih dan sedih kekadang tu apabila tahu apa mereka lakukan.

Huh, biarlah .. selepas ini Gue cuba untuk membuang sikap Gue yang mudah anggap seseorang itu sebagai kawan baik, cukuplah sebagai kawan jangan sebagai musuh. Tapi jika hendak bermusuh dengan Guepun tiada masaalah. Berapa ramai pula yang dahulu baik dengan Gue, tetapi apabila buat macam macam dengan Gue, bikin panas tanpa sebab .. well go to hell lah.

So pada kekawan yang Gue masih anggap sebagai kawan baik tu, kita berkawanlah seikhlas yang boleh, jangan masing masing mengambil kesempatan di antara satu sama lain. Tidak puashati face to face, kita pekena teh tarik roti canai to settle masaalah.

So far kawan baik Gue; DrBubbles & Jiran Sebelah rumah, alhamdullilah kita masih waras dalam mengekalkan persahabatan.

Jangan kita kata kawan baik, tetapi tahu kawan kawan ada masaalah tidak ambil pot, lantak kaulah, ada aku kesah sebagainya.

Tapi korang berdua Dr Bubbles & jiran sebelah engkorang memang cool. InsyaALLAH Gue boleh rasa kita boleh kamceng sampai bila bila. DrBubbles , Gue tunggu “majlis” ko, jangan lambat lambat, jiran sebelah rumah, nanti kita pecah dinding di ballconi senang nak borak borak kalau isteri kita tak bagik kita lepak di kedai mamak hahaha …

Pada yang rasa rasa Gue permah anggap anda sebagai kawan baik, masih ada sedikit lagi perasaan itu dan akan Gue cuba untuk kekalkan sisa sisa itu. Walaupun anda hanya anggap Gue kawan baik ada masa atau diperlukan sahaja. Dan kalau rasa tidak puashati dengan Gue, let’s talk one by one. Gue ok no hal, tapi jangan buat muka keras tidak pasal apabila berjumpa di mana mana majlis atau program. Tujer ..