in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Wednesday, July 29, 2009

SRJK(C) Ken Bon, Kukup Johor

Bingkas kali nie best, tempatnya best (resort tepi laut), makannya pun best ahak ahak ahak, ikan fresh, kekadang rasa asia, kekadang rasa western, (cuma aku ngan fakhrijer tau statement nie hee hee), tapi balunjer, nak buat cam mana, tempat cerdas cergaspun best, sekeliling orang kampong kuar ikut “chicken dance”, diaorang suka tengok kak ina goyang, diaorang cakap nampak kiut, teeeeetttt …

Peserta tak sampai 50 orang kalau tak silap, anak melayu 5 orang, amir .. khai .. farhan .. siti si kembar .. harap-harap mereka ingat apa yang aku amanahkan pada diaorang setiap kali selepas solat, sebelum habis program aku dah inform kat Ustaz diaorg, harap-harap juga Ustaz diaorg akan ambil tindakan segera,

Perpaduan .. perpaduan .. perpaduan .. lepas tuu “MrBean” pula dengan kerjasama .. kerjasama .. kerjasama .. hua hua hua ..macam-macam hal diaorang ni, “abang hensem. kakak cantik .. mau kawin dengan saya” .. walaupun dalam proses pemulihan, tapi Tan masih boleh berbahasa English/Bahasa Malaysia dengan fasih dan masih mampu memberikan tentangan hebat semasa bermain ping-pong, tak tahulah kalau masa dia sihat, tapi apa nak heran, memang dia mewakili sekolahpun sebelum ditimpa kemalangan ..

X-Files .. hu hu hu .. first time peserta tak menangis tapi aku yang semacam nak pitam dan sengal, tak sampai 15 minit aku habiskan x-files aku, apa taknya, aku tengok semua blurjer, letih aku cakap, tekak kering, bila aku tanya, semua faham?, cuma 5-6 orangjer yang angguk, selebihnya pakat fokus kat aku sambil melopong, tapi memang satu experienced yang berharga, lepas ni kalau ada program dengan sekolah camnie (Cina/Tamil), aku mesti ada modul yang tersendiri, apapun surat wasiat/cita-cita ok gak bila dibaca, walaupun kata cikgu mereka benda camni dah selalu sesangat dibuat erk …

Cikgu-cikgu kat sekolah ni semua friendly, terutama cikgu Kong dan sorang lagi tak ingat nama, membantu begitu sekali, rasanya mereka semua ni memang take care bebetul program ni, dari hal makan sampailah keselesaan tempat tinggal/tidur ..

Lastday naik bot pusing-pusing, singgah kat kelong ikan, enjoy beb …

So this is it, sekolah terakhir Siri Jelajah BINGKAS Salam-CIMB 2009, emm banyak gak kenangan tak boleh dilupakan, macam-macam, kalau idea banyak boleh buat cerpen,

To En Ghani :SalamCEO:, Mak Lang n Kak Sue .. Salute you all for the hard work and effort in making this BINGKAS a success, happening and sometime pening hua hua hua .. well done .. mintak maaf bebanyak .. apa-apa kira 0-0 n halal makan minum yea ..

To all volunteer’s/fasi’s .. gud job guyz .. keep on volunteering beb .. PakNgah nak minta maaf , yang kena turun 10-20 dan helikopter tu anggaplah sebagai salah satu slotjer, c u all in the next BINGKAS .. APA YANG PENTING .. kita semua HEBATTTTTT !!!!!!!

Wednesday, July 22, 2009

meratip merapu

Dan meratip merapulah pembesar no2 sebuah 1Negara, akan katanya agar hentikanlah “cakap-cakap” oleh rakyat marhain dan disokong tulang belakangkan oleh Ketua Hulubalang 1Negara akan amaran amarahnya juga kepada rakyat marhain, maka dikatakan oleh mereka yakni :

~ jangan dipolitikkan peristiwa itu
~ janganlah kiranya menuding jari
~ biarkanlah Jabatan Hulubalang melakukan kerjanya
~ janganlah ia dijadikan isu perkauman

Hua hua hua ….

In English
~ the issue should not be manipulated for poltical gain
~ urged people not to point fingers (especially the middle finger)
~ let police do their job
~ don’t make racial issue out of this

Hua hua hua (erk how to translate)

Sedikitnya dipinjam dari blog Pak A Kadir Jasin (terima kasih atas artikelnya di blog Bapak)

Masalah kita sekarang adalah masaalah keyakinan, kewibawaan dan integrity. Kewibawaan dan integrity badan-badan penguatkuasa, termasuklah polis dan SPRM, terus dipertikaikan.

Kesimpulannya, apapun hasil penyiasatan mengenai kematian Teoh ianya tidak akan memuaskan semua pihak dan tidak akan mengatasi masaalah persepsi negatif selain janji-janji memerangi rasuah tidak dibuktikan dengan jelas, telus dan saksama . selebihnya layari di blog kadirjasin.blogspot.com

Monday, July 20, 2009

nak mula balik

Tadi balik dari kerja aku ke Ampang Point, hendak ambil item laptop aku dari Bro kedai yang dijanjikan, sampai stall dia takder pulak, aku call, dia kata lambat sikit, tengok jam tangan dah dekat maghrib, so aku ambil keputusan solat di Ampang Pointjer, lepas solat aku dinner kat dunkin donat dulu, emm adik yang kat counter tu macam aku penah kenal (peserta motivasi di Gunung Angsi tahun 2007), hee hee maleh nak tanya.

Pas dinner, aku call lagi, dia kata on the way, kalau tengok keadaan sah sah lambat punya, dia dari Cheras dengan keadaan jem teruk, konpem dia lambat, so aku masuk toko buku Popular, mulanya nak pusing pusing jer, masuk kat area novel, emm aku terpandang sebuah novel yang lama aku cari, walaupun aku pernah baca sekali, tapi member punya, aku terus capai, alamak ada 2 lagi novel dari si pencerita yang sama, so aku gapai lagi. Akhirnya aku membeli 5 buah buku, erk ntah bilalah nak habisnya, tapi aku rasa aku nak mula balik aktiviti membaca nie .. novel novel yang aku beli :

1] Tenggelamnya KAPAL Van Der Wijck (1 kali khatam) : Allahyarham Buya Prof Dr. Hamka
2] Merantau Ke DELI : Allahyarham Buya Prof. Dr Hamka
3] Di Bawah Lindungan KAABAH (1 kali khatam) : Allahyarham Buya Prof Dr. Hamka
4] Hikmah Hati :
Ustaz Maszlee Malik
5] Hafalan Solat Delisa (Indonesia Best Sellers) : Habiburrahman El Shirazy penulis Ayat Ayat Cinta

Saturday, July 18, 2009

spesifik ??

Tadi masa makan tengahari ;

Member aku kata “bro, aku ada baca blog ko malam tadi, tapi macam takder spesifik tertentulah, macam kureng menarik minat followerslah”

Aku tanya, “alamak eh, aku tak pahamlah, apa maksud ko”

Member aku kata lagi, “yerlah, kalu ko tengok blog blog lain, diaorang banyak citer pasal diri diaorg, kiranya tak bercampur campurlah, tapi ko ni, semua ko tulis, atleast adalah cam citer kalau pasal politik citer pasal politikjer, citer pasal volunteer pasal tujer alaaa lebih kurang camtuler” alamak aik panjanglah pulak explanationnya.

Aku pulak kata,”bro, blog aku nie semua ok bro, selagi kepala otak aku nak tulis aku tulis, memang takder spesifik2nya, kan dah header blog aku kata “ini ceritera aku bukan ceritera sesiapa” so makna kata semua masuk semua boleh baca,” .. emm cuma aku nak peringat kat ko jangan lupa demo MAHSUH ISA 1 Ogos nie ..”,

“haaa ko letaklah kat blog ko ..;” terbeliak matanya, baru teringat

Rasanya aku dah letak kot .. kat dalam perbualan nie

Thursday, July 16, 2009

Bunuh diri ??

selepas disiasat beberapa jam sehingga ke pukul 3.45 pagi .. lepas tu bunuh diri ?? .. wey nie apa kes nie wey .. aku ni dok kat Malaysia ke kat negara mana nie .. risaulah pulak ..
MU : 5 -1 kee 6 - 1 ... ntah akupun tak ingat

Tuesday, July 14, 2009

X-Files

Alhamdullilah Bingkas di Penang berjalan dengan “smooth”, untuk pertama kali dalam beberapa Bingkas yang lalu, Bingkas di Penang tidak panas, bermula dari awal pendaftaran sehinggalah ke hari terakhir hujan dan mendung, kem kali ini banyak buat indoorjer, 2 malam berturut-turut kena ribut. Tidurpun alhamdullilah nyenyak dan nyaman, yg penting tiada gangguan dari adik adik ataupun yang lain lain. Adik adik yang seramai hampir 150 orang (yg terbanyak setakat ini) pun tiada yang banyak menimbulkan masaalah yang besar. Dengan penyantuman 2 buah sekolah, agaknya masing masing ingin membuktikan bahawa mereka dalah pelajar yang berdisiplin antara satu sama lain, dan fasipun nampaknya seronok dengan mereka walaupun pada mulanya ada yang acuh tidak acuh pada fasi.

Sepanjang aku dipertanggungjawabkan slot aku dalam X-Files, rasanya di Penang ini aku hampir hampir berputus asa, apa tidaknya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, hujan yang amat lebat dan sound system yang agak merisaukan, kesian pada Tuan Teknikal Wan yang terpaksa bertungkus lumus mencari idea bagaimana untuk melancarkan slot aku. Dan aku sendiri ntah berapa kali berdoa agar hujan yang lebat beserta angin dapat berhenti sebentar agar slot aku dapat dijalankan. Alhamdullilah, selang beberapa minit sebelum X-Files, hujan mula turun renyai renyai dan terus berhenti, aku sendiri seolah tergamam, namun tetap bersyukur.

­X-Files di Penang sebenarnya begitu ringkas dan cepat endingnya. Bermula seperti biasa, dari mula keterlibatan fasi di atas stage sehinggalah selang 5 minit aku “provoke” mereka, nampaknya seolah tidak berkesan. Aku masuk pada ‘phase’ yang kedua. Ternyata pada ‘phase’ kedua ini telah memberikan satu memontum yang sentap kepada jiwa adik adik ini. ‘Phase’ yang kedua ini aku terpaksa hentikan dalan masa 10 minit setelah aku melihat ada beberapa orang adik adik yang menangis seolah kena hysteria, yang pensang, kejang, meraung. Nampak beberapa orang fasi yang terpaksa bekerja keras untuk mententeramkan adik adik ini dan beberapa orang guru juga turut membantu dan standby takut terjadi kejadian yang tidak diingini. Fait terpaksa memapah salahs eorang dari mereka setelah kekejangannya semakin teruk akibat terlalu sedih. Aku sendiri semakin panik apabila melihat salah seorang dari fasi kami turut sama terlibat dalam proses X-Files ini, dan aku sendiri terpaksa mententeramkan dirinya.

Di akhir X-Files, setelah aku berjaya mengembalikan suasana, dan mula melihat adik adik telah mula kembali di dalam program, slot bersama ibubapa pula mengambil tempat, dan sekali lagi suasana kembali hiba, apabila melihat adik adik yang “parents” mereka tidak dapat hadir saling berpelukan antara satu sama lain, ada yang berpelukan dengan abang dan kakak fasi masing masing, ada yang datang kepada aku, tapi aku membawa mereka kepada abang dan kakak fasi mereka (bukannya aku tidak mahu, tapi ahhh), “touching” apabila melihat seorang adik kecil mengejar abangnya yang sedang menangis menyangkakan ibubapanya tidak datang, si adik menarik tangan abangnya ke ibubapanya, mereka berpelukan dan si adik turut sama menangis. Mas pula terpaksa menghubungi salah seorang dari bapa peserta di atas permintaan adik itu sendiri yang tidak henti menangis kerana ingin memohon maaf kepada ibuayahnya. Seusai X-Files hampir berakhir, adik adik diminta untuk memeluk dan mencium ibuayah untuk kali terakhir sebelum ibuayah pulang.

Aku mencari jawapan kenapa adik adik ini begitu emosional sekali. Dan aku rasa memadai dengan aku paparkan 2 surat wasiat dan rasanya dengan surat wasiat ini sudah mampu memberikan jawapan kenapa dan mengapa .. ayat aku ambil bulat bulat dari wasiat terbabit tanpa sebarang kemaskini ..

Surat Wasiat 1

Surat Wasiat dari seorang adik yang diberikan secara asing asing. Satu kepada ibu dan satu lagi kepada ayahnya :

Surat kepada IBU:

Umie, saya (nama dirahsiakan) minta maaf kalau saya ada wat salah ngan umi. Saya janji saya akan belajar bersungguh sungguh n saya akan selalu dengar cakap umi. Saya xnak umi dengan papa asyik gaduh. Saya nak umi ngan papa berbaik balik. Saya xnak papa kahwin ngan orang lain. Cukuplah ibu tiri dah ada yang xpernah berbaik ngan kita. Umi btaw kat papa taw. Saya xboleh belajar kalau papa ngan umi asyik gaduh. Umi janji ngan say taw

Surat kepada PAPA:

Papa saya nak papa ngan umi baik balik. Saya xnak papa ngan umi dok gaduh. Saya sayangkan papa ngan umi. Saya xnak keluarga kita berpisah. Saya nak keluarga mcm dulu. Walaupun ibu ngan umah umi satu flat, papa xsinggahpun rumah umi, papa macam xnampak je rumah tu. Yang papa taw bila nak apa apa je pap singgah. Haritu kak win sakit ada papa pi tengok, takde kan papa lebih pentingkan n percaya cakap ibu. Papa janji taw papa baik balik ngan umi

Surat Wasiat 2

- Kepada ibu ku dan ayahku
- Saya hanya dapat mewasiatkan kejayaan
- Mendengar cakap ibu bapa
- Untuk ayah, mendoakan ayah sihat. Supaya ayah dapat hidup sihat
- Doakan ayah semoga sembuh dari lumpuh yang selama 8 tahun. Sakit lumpuh
- Semoga mak dapat ikut abang jumpa doktor. Mak sakit macam aruah tok. Mak suka cakap sorang, macam nak jadi nyanyuk
- Saya belajar bersungguh sungguh

Wednesday, July 8, 2009

sepotong aiskrim

Cerita kemanusiaan sepotong aiskrim

Nama anak itu Hazim. Usianya empat belas tahun. Anak sulung daripada empat adik-beradik. Sudah lama dia tidak ke sekolah.Hazim suka makan aiskrim. Ais krim membuat badannya terasa sejuk. Badannya menjadi ‘panas’ kerana sudah terlalu banyak ubat ‘chemo’ ditelan dan disuntik ke dalam badannya.Hazim menghidap Non-Hodgkin Lymphoma. Peringkat empat. Ini peringkat terakhir bagi pesakit-pesakit kanser seperti Hazim. Ubat-ubatan sekuat morfin digunakan untuk meredakan kesakitannya.Ais krim dan Hazim bagaikan lirik lagu P.Ramlee; seperti irama dan lagu,sukar dipisahkan.
Setiap kali petugas hospis berkunjung ke rumah membawa ais krim untuknya, dia akan menikmati ais krim itu cepat-cepat.Takut ianya cair.Oh,rumah mereka tiada peti sejuk.Bil elektrik dan sewa rumah pula sudah tertunggak berbulan-bulan sejak Hazim dimasukkan ke hospital.Ibunya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Hazim di hospital. Bapanya pula bekerja di pasar malam membantu rakannya berniaga. Bapanya juga tidak begitu baik kesihatannya.Beliau menghidap penyakit jantung.Tidak boleh bekerja kuat.Keluarga Hazim juga bukan yang suka meminta-minta.Mereka rendah hati. Tidak diceritakan kesusahan mereka kepada orang luar. Tinggi pekerti keluarga ini.Ada berita gembira untuk Hazim dan keluarganya. Seorang dermawan telah sudi mendermakan sebuah peti sejuk.Jika ada peti sejuk, Hazim boleh menyimpan ais krim di dalamnya.Ais krim tidak akan cair lagi.Tetapi kalau ada peti sejuk mestilah harus ada bekalan kuasa elektrik. Sepatutnya tiada kerana sudah dipotong bekalannya.Ada tetapi haram.Bapa Hazim pandai mendawai elektrik. Maka disambungnya bekalan elektrik ke rumah mereka secara ‘haram’. Dan membahayakan.Seorang anak yang menunggu hari-hari ‘terakhirnya’, aiskrim kesukaannya, sebuah peti sejuk, bil-bil elektrik yang tertunggak berbulan-bulan dan bekalan elektrik yang haram dan berbahaya.
Ini persoalan ‘matematik’ yang mudah diselesaikan.Hanya bil elektrik yang perlu dibayar bagi menyelesaikan masalah keluarga ini. Tidak perlu lagi bapa Hazim membahayakan diri membuat penyambungan dawai haram. Hazim juga boleh menyimpan aiskrim kesukaannya di dalam peti sejuk.Berapa bilnya?RM1060.00 - tertunggak berbulan-bulan lamanya.Jika bil sebanyak ini boleh dibantu kita semua untuk menyelesaikannya, Hazim boleh menikmati ais krim sepuas-puasnya mungkin di hari-hari terakhirnya yang indah.Hazim kini merosot kesihatannya dan terkini beliau sedang dirawat di hospital.
Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ingin membantu, hubungi saya.e-mail: adabi99@yahoo.com atau telefon 019-2665157.
jL kata: kepada sesiapa yang ingin membantu adalah amat amat di alu alukan, boleh hubungi sahabat di atas yang telah lama saya kenali .. insyaALLAH :

PPSMI dimansuhkan ??

PPSMI di dimansuh pada tahun 2012 .. erk kenapa lambat sangat .. rasa rasanya nie sampai PRU 13 nie .. kenapa tidak dimansuhkan sekarang .. atau tahun hadapan .. emm ada udang di sebalik mee udang Kuala Sepetang kot .. Tun M .. camner .. ada rasa apa apa .. camnielah kita kira buat win win situationjerlah .. mansuhkan digunapakai pada subjek Maths dan Sains .. dan kita tambahkan masa subjek English .. dari 30-45 minit ke 1jam mungkin .. kalau nak terima pakai cadangna nielah ..

jL kata: woi aku tak sedar kee aku nie bukan sesiapa .. cuma rakyat yang tidak dipandang langsung oleh mereka mereka ni .. hua hua hua .. tapi sekurang kurangnya aku ada gak otak nak bagi cadangan daripada ikut melulujer : agaknyerlah

juta juta lagiiii ...

ish ish hebat hebat rakyat Malaysia sekarang .. semua main juta juta .. dulu bayar kat Duta Pelancongan Malaysia 1juta .. nah sekarang dengar pula ada rakyat Malaysia mempunyai hartanah erk rumah erk banglo erk apa apalah berharga RM24juta .. wow !! .. macam jual unta si husin lempoyanglah pulak .. tapi tak taulah .. katanya harga harta benda tu cuma RM3.5jutajer .. itupun pinjam kat HSBC .. hee hee hee RM3.5jutajer tuu .. setahu aku kalau kat bank ni nak pinjam RM5ribu pun macam macam dokumen surat menyurat depa mintak .. kekadang tuu siap tanya apa asset lu orang ada .. tapi kat Tuan ni okjer pulak .. allo .. apapun juta jutalah .. nak kata Tuan ni berniaga macam Raja Gula, Raja Komunikasi (Maxis), Raja Kasino (Genting) atau Raja Construction (YTL) atau raja perniagaan lain, taklah pula .. mungkin Raja Bloq kot .. sebab lately ni sibuk membalas balas bloq .. emm Tuan pinjamlah sikit .. nak buat makan minum tuk setahun dua ni .. boleh ?? .. duit bayak banyakpun tak boleh bawak masuk kubur .. erk .. i’m soriiiii ….

jL kata: kalau juta juta tuu buatkan jambatan kepada anak anak dipendalaman sabah dan Sarawak dan pastu buatkan jalan jalan yang agak selesa sikit .. mesti anak anak tu mendoakan yang baik baik kan ?? :agaknyerlah

Monday, July 6, 2009

US sokong Israel serang Iran

emm "Times For Change" .. memang betul pentadbiran Obama nak membawa perubahan .. selepas letih menghirup darah dan memerangi pengganas yang sebenarnya tak ganas pun di Iraq dan Afghanistan .. sekarang dia nak bagi lampu hijau pula pada anak didiknya Israel untuk menyerang Iran .. kali ni isunya Iran ada kemudahan nuklear (sebenarnya sejak dahulu lagi) .. he hee tidak berani pula menyerang Korea Utara .. yang memang konpem ada bom pemusnah tu .. beriya iya dunia mempestakan Obama menang selepas Bush The Devil tercampak .. tapi rupanya sama denganjer .. sama sama hati busuk .. tetap panas hati dengan mana mana negara Islam yang mereka rasakan kuasa mereka akan dicabar .. tapi rasanya kali ni Iran telah bersedia sepenuhnya dan pasti Israel akan berfikir berbanyak banyak kali .. agak agak mesti ada negara Islam yang menyokong Iran diserangkan kan kan ..

Saturday, July 4, 2009

sedih ..

tak tau nak kata apa apa .. susah kalau kita terlalu ingat kita hebat dari orang lain .. akibatnya kita berkata kata tanpa menapis atau memikirkan setiap patah kata yang keluar dari mulut .. kata kata yang keluar dari hati tetapi tidak dari otak yang diberi oleh ALLAH supaya berhati hati apabila ingin menyuarakan kata kata .. entah .. mungkin setiap patah kata yang keluar kerana terlalu beremosional .. atau di sebaliknya, yakni ingin menunjukkan kita hebat berkata kata .. tidak mengapalah .. mungkin hanya dengan kata kata kita mampu atau memudahkan kita memancarkan jalur lebar kita bahawasanya kita hebat .. mungkin dengan kata kata kita boleh menjadi terhebat dari orang lain yang tidak tahu berkata kata .. tapi ingatlah dengan kata kata jugalah kita akan dipandang serong dan bermusuh .. biarlah dengan kata kata kita mampu menjalinkan ikatan silaturrahim serta cuba mengelakkan dari memutuskan silaturrahim itu .. insyaALLAH

jL kata:jadilah orang yang senantiasa bersangka baik terhadap orang lain, kerana sesungguhnya bersangka buruk itu adalah sebahagian dari dosa: agaknyerlah

Thursday, July 2, 2009

kenapa yea ??

fikir fikir balik .. kenapa yea .. tak habis habis musibah/bencana nie datang .. rasanya tak berhenti henti .. bermula dengan runtuhnya ekonomi dunia .. lepas tuu datang pula selsema babi .. ntah lepas ni apa pula .. kalau dicongak congak daio trajedi besar tahun 2004 dahulu .. tsunami .. musibah demi bencana menimpa .. kalau gempa bumi itu sahaja .. rasanya dah beratus kali sejak 2004 dahulu .. hinggakan ada negara yang tidak pernah alaminya pun terasa sama .. kemudian datang pula ribut taufan di Myammar .. banjir besar di Bangladesh .. ampangan air pecah di indonesia .. isk banyak lagi bencana dari tahun 04-09 nie .. jika di Malaysia .. tanah runtuh .. banjir besar .. bangunan runtuh dah seperti sinonim sangat .. apatah lagi gejala moral yang punah semakin teruk sekarang .. mana silapnya yea .. adakah kita manusia ini sudah terlupa atau sengaja melupakan sesuatu ..
yea .. masih teringat diketika menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Acheh dahulu .. rata rata rakyatnya mengakui bahawa mereka telah terlalu banyak melakukan kesalahan/dosa .. yang adakalanya kesalahan itu dilakukan oleh orang orang luar yakni bukannya rakyat Acheh .. yang datang ke Acheh untuk memerintah .. ahhh .. panjang nak cerita nie .. insyaALLAH akan diceritakan berperingkat selepas ini .. bukan apa sekadar ingin mengimbaskan kembali memori semasa bergiat begitu cergas dahulu membantu mangsa mangsa bencana .. sebenarnya begitu sekali banyaknya cerita yang membuatkan diri ini merasa insaf .. jadi tidak salah rasanya kalau segala itu dikongsi bersama .. mungkin boleh dijadikan satu pengiktibaran dan sebagai pedoman .. mungkin juga pengajaran atau jawapan yang dicari pada persoalan awal tadi .. nantilah nak kena "recall" balik segala pengalaman perjalanan itu .. insyaALLAH ..

H1N1

isk .. makin teruk selsema babi nie .. semakin ramai pulak yang kena .. makin banyak pulak sekolah yang tutup .. tapi .. hu hu hu .. kenapa takder sorangpun kat bangunan opis aku yang tercalit selsema nie .. yang aku tahu memang ramai yang kuar negeri masa cuti sekolah hari tuu .. alaaaa ... adalah yang kena .. nak cuti free beb .. majikan aku nie bukannya satu majikan yang mudah senang senang nak bagik "unrecorded leave" nie .. payah beb .. nak p bantu orang susah pun susah nak dapat cuti free nie .. dok ingat untungjer .. allooo gang .. takkan takder yang dah kena .. takpun buat buatlah sakit macam selsema babi tu .. aku nak cuti free ni ..
.. tapi kat Kedah dah selamat kot sebab rumah penyembelihan babi dah dirobohkan ..