in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Monday, August 31, 2009

MERDEKA : hadiah ke 52

Terima kasih banyak banyak di atas hadiah kemerdekaan yang ke 52 ini ..

RON95 naik dari RM1.75 ke RM1.80 manakala RON97 naik dari RM1.80 ke RM2.05. kenaikan ini berkuatkuasa tengah malam ini.

jL kata : tidak mengapa, jika naikpun tidak banyak kalau hendak dibandingkan dengan negara negara afrika, Myanmar, afghanistan, pakistan, go head gostan atau negara ke3 yang lain. Sikitjer_

Saturday, August 29, 2009

kepala otak lembu

kalaupun perangai dah macam lembu dan kepala hotak macam lembu, janganlah tunjuk sesangat, yang p heret kepala lembu tuu, ke hulu ke hilir, ni apa hal, takkan nak menviruskan suasana kemerdekaan nie, janganlah jadi lembu yang asyik di cucuk hidungjer, apa orang suruh buat, buat tanpa memikirkan akibat musibat yang akan mendatang, hello kawan kasihanilah sikit kat Pak Menteri yang berbuih buih bibir merahnya minta semua jadi 1Negara, tapi kamu semua bikin kacau Pak Menteri punya slogankata, come onlah, jangan jadi lembu, dan jangan nak mengheret kununnya semua orang Melayu sokong perangai macam lembu tu, aku risaulak beb, nanti tak pasal pasal aku dengan kekawan India aku pulak tak bertegur sapa, ataupun haus tekak nak explain kat kekawan aku tu, pasal perangai lembu korang ni, bulan puasa ni beb, cukup cukuplah nak mainkan isu isu sensitive ni, bukan apa andai kalau terjadi sesuatu, koranglah yang mula mula sekali angkat kaki, lintang pukang cabut lari, cakapjer berdegar degar _

jL kata: kesian kepala lembu tu, badan dan dagingnya diaorang masak rendang yang kepala pulak disiksa dengan zalim, alloooo Brother kepala lembu tuu kalau buat sup untuk buka puasapun sodap tau .. apa raaaa ..otak lembu betul ..

Friday, August 28, 2009

Bait Cinta Ramadhan 3

kadangkala terusik hati ini apabila ‘disapa’ dengan kepayahan hidup ..

yang bagaikan duri menghiris hati dari yang ESA ..

lantas tanpa kesedaran mencaci mengapa begitu percaturanNYA ..

kemudian disebalik keperitan itu aku pelajari jalan mengatasinya ..

menatang fikiranku kerana ujianNYA ..

luas pemandanganku walaupun sakit hanya seketika ..

itulah yang lebih bermakna ..

nikmatnya baru aku terasa ..

disaat itu barulah aku ketahui ..

disebalik ujian ada kerahmatan ..

disetiap penderitaan terselit kasih sayang dariNYA ..

hebatnya ALLAH RABBUL JALIL ..

sedang kita tidak ketahuinya .._

Tuesday, August 25, 2009

Bait Cinta Ramadhan 2

kita sering mahukan hari yang Cerah: tetapi

ALLAH lebih mengetahui Hujan perlu diturunkan

kita inginkan Keseronokan

tetapi Kesusahan itu yang mengajar Kehidupan

kita inginkan Ketenangan

hakikatnya diri ini penuh Dosa

tetapi manusia tidak dapat lari dari Kesilapan

namun semua itu bukan Hukuman

tapi adalah tanda kasih sayang

ALLAH agar kita lebih Beriman
7 - 1 : agaknyer keputusan cam tuu erk ???

Saturday, August 22, 2009

Bait Cinta Ramadhan 1

jika HATI sejernih AIR, jangan dibiar ia keruh

jika HATI seputih AWAN, jangan dibiar ia mendung

jika HATI seindah BULAN, kekalkan ia dengan IMAN

Monday, August 17, 2009

untungnya jadik artis

Untungnya menjadi artis. Mengapa ?, tengoklah apapun mereka buat, berpakaian seksi kee, bergambar dengan tidak bermoral, berperangai tidak normal, berperangai yang kadangkala menyinggung perasaan orang lain, berlagak angkuh dan sebagainya. Pasti ada yang “backup” mereka, masih peminat setia yang mengatakan mereka tetap yang terbaik. Bak kata peminat fanatik “artis ni baik punyer” .. cerita artis ni, memang macam macamlah, kalau tidak takkan VVIP bergaduh gaduh nak kahwin dengan artis, tu artis perempuan .. yang lelaki pula perempuan bertukar ganti semacam tukar part kereta jer ..

Ooppppsss .. aku bukan anti artis yeak .. akupun peminat gang artis juga .. tetapi tidaklah fanatik gila gila, sampai apapun mereka buat aku nak follow .. lagipun aku hidup dengan irama rock dan blues .. kalau setakat Papa Rock Ramli Sarip dan Sweet Charity, Amy dan Search, Awie dan Wings, Zainal dan Headwind, Ito dan Blues Gang, M Nasir dan Kembara antaranyalah. Masa aku dan band aku jamming, lagu lagu diaoranglah yang jadi pilihan. Masa tu kalau boleh bawak lagu diaorang ni kalau tak perfectpun, wah orang thumps-up juga. Apalagi kalau perfect. Hampir hampir buat albumlah juga dahulu. Nasib baik tak jadik, doa mak bapak agaknya.

TETAPI .. aku ingat artis ni glamour dalam dunia mereka sahaja, tetapi tidak, dalam NGO pun diaorg ni laku juga. Mawi jadi Duta NGO Pemuda Masjid contohnya, tapi takkanlah sampai packing barangan makanan pun NGO nak guna artis. Agaknya dah tiada volunteer lagi kot, kee atau malasdah nak ambik volunteer volunteer ni, banyak sangat songeh agaknya. Takperlah, itulah sukarelawan namanya, suka suka panggil, bila dah kena panggil rela rela pula bekerja, lepas habis program tatatititutu bye bye .. apapun aku rasa kalau sukarelawan sejati, benda benda macam ini tidak akan membunuh roh sukarelawan mereka kan kan kan …. Gua sukarelawan sejati beb .. hee hee hee, hemm itulah untungnya menjadi artis dan aku alhamdullilah tidak menjadi artis : agaknyerlah._

Nota : cerita ini tiada kena mengena dengan mana mana pihak samada yang masih hidup ataupun telah tidak hidup lagi. Hanyalah sebuah khayalan imaginasi halunisasi atau yang mana mana sama dengan :

Friday, August 14, 2009

Anak Anak Melayu: Pesta Lesbian

Pesta lesbian
Oleh Sarah Zulkifli

sarah@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik sambutan hari kemerdekaan negara yang bakal disambut hujung bulan ini, sekumpulan pengamal seks songsang termasuk golongan lesbian dan gay menganjurkan parti liar kononnya untuk menunjukkan mereka juga ‘merdeka’ dan bebas mengamalkan budaya hidup sesat itu di negara ini.

Pesta maksiat yang berlangsung di tepi kolam sebuah hotel terkemuka di Jalan Bukit Bintang di sini, Sabtu lalu, meraikan peserta yang daripada terdiri pengamal seks sejenis dengan setiap pengunjung dikenakan bayaran masuk RM60 jika membeli tiket di pintu masuk, manakala yang menempah melalui Internet dikenakan RM50.

Parti yang dianjurkan pada setiap tahun itu mempromosikan budaya tidak bermoral apabila pasangan yang menyertainya bebas bercumbu-cumbuan sambil meneguk arak.

Wartawan Harian Metro yang berjaya menyusup masuk ke parti eksklusif berkenaan mendapati, ia mendapat sambutan luar biasa apabila ramai golongan pengamal seks songsang hadir bersama pasangan masing-masing untuk berhibur.

Pasangan terbabit sama ada gadis remaja, wanita dewasa dan golongan profesional dilihat begitu berbangga dengan naluri seksual songsang mereka dan perasaan itu dipamerkan melalui aksi masing-masing di khalayak ramai tanpa rasa malu.


Selain itu, mereka dilihat berseronok dengan meneguk arak, melakukan tarian ghairah dan berkucupan.

Wartawan Harian Metro menyamar sebagai pengamal lesbian untuk menyertai parti itu selepas mendapat maklumat mengenainya menerusi satu laman web.

Difahamkan, parti pramerdeka untuk pasangan lesbian dan gay dari sekitar ibu kota itu dianjurkan bagi membolehkan golongan terbabit berkumpul dan berpesta sesama mereka.

Sebaik parti bermula, penganjur memaklumkan acara berkenaan bertujuan membolehkan golongan homoseks terdiri daripada lesbian dan gay menzahirkan perasaan diri mereka ‘merdeka’ dan berbangga kerana menjadi pengamal budaya songsang itu. Komuniti lesbian terbabit dipercayai bergerak melalui laman sembang di Internet serta mempunyai laman web sendiri untuk berbincang perihal aktiviti harian.

Berdasarkan pemerhatian, parti liar itu bermula lewat petang dan kemeriahannya mula terasa selepas jam 10.30 malam dengan lebih 30 wanita yang bercampur-baur tanpa mengira kaum dan agama, menari di pentas tarian sambil disinari pancaran lampu berwarna-warni dengan DJ memutarkan pelbagai lagu terkini.

Walaupun parti berkenaan dianjurkan komuniti lesbian, golongan gay dan biseks juga dialu-alukan menyertainya.

Semakin lama muzik dialunkan, semakin ramai golongan lesbian dan beberapa pasangan gay menggayakan tarian seksi dan mengghairahkan.Turut dilihat beberapa pasangan songsang yang duduk di tepi kolam renang bermesra dan bercumbu dengan pasangan masing-masing tanpa menghiraukan orang lain di sekeliling. Bagaikan ‘Mat Salih’, remaja Melayu terbabit tanpa segan silu mengusung botol atau tin bir atau bekas minuman dipercayai berisi campuran minuman ringan dan arak.

Pada masa sama, sungguh menjijikkan melihat aksi beberapa wanita Melayu menari ‘berkepit’ dengan pasangan wanita mereka dalam keadaan amat mengghairahkan. Seorang lesbian ditemui di parti berkenaan dikenali sebagai Tina, berusia 20-an, mengakui parti seumpama itu kerap dianjurkan komuniti seks songsang itu untuk meraikan perayaan tertentu termasuk Hari Merdeka dan Tahun Baru. “Parti ini untuk kaum sejenis berhibur, menari, minum arak serta melayan nafsu masing-masing secara terbuka.

“Merdeka bagi kami (lesbian) adalah bangga dengan naluri seks yang menyukai rakan sejantina dan tidak menerima lelaki sebagai pasangan hidup,” katanya bangga.Tina berkata, jika menyertai parti seperti itu, golongan yang sering dikeji masyarakat seperti dirinya berasa diri diterima semua sebahagian lagi masyarakat.

“Dalam parti itu, kami bebas buat apa saja,” katanya tersenyum.


APA HENDAK JADI ANAK ANAK MELAYU SEKARANG ?

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah, Takziah kpd keluarga Ustaz Asri

Pergi Tak Kembali :

Semoga roh Allahyarham Ustaz Asri Rabbani ditempatkan bersama sama orang orang yang soleh dan pejuang Islam yang telah syahid sebelumnya._

Wednesday, August 12, 2009

keputusan Tilawah Al-Quran 2009

QARI

Johan : Usamah Abdullah : IRAQ

Naib Johan : Jafar Hadi Fardi : Iran

Ke 3 : Azhar Darma Junaidi : Indonesia

QARIAH

Johan : Cik Sharifah Khasif Fadillah Shaed Badiuzzaman : MALAYSIA

Naib Johan : Puan Natipa Manasia : Thailand

Ke 3 : Puan YM Dayang Hajah Nurul Akmalina Hj Yahya : Brunei

mungkin ini boleh membantu

Mangsa korban H1N1 semakin membimbangkan, setakat ini sudah 44 orang telah terkorban. Aku hari ini MC, dah 3 hari sakit kepala dan sesak nafas. Aku pergi check dengan 2 buah klinik, dan kedua duanya mengatakan aku cuma sakit kepala biasa. Aku mendapat satu sms dari salah seorang sahabat yang juga pelajar medic, mungkin smsnya ini boleh membantu, sms tertulis “ JUST SHARING: Salam, kalau hadapi symptom selsema, batuk, demam, sukar bernafas, pening kepala, sakit tekak mgkin anda H1N1. Minum air susu dan buah, Mkn makanan yg dbuat drpd buah kerana pihak kami telah menjalankan kajian bahwa minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1. Tlg forwardkan kpd rakan rakan untuk kesihatan bersama, - HOSPITAL SULTAN AMINAH JOHOR, bersama mendoakan kesejahteraan ummah .. Amin” , begitulah bunyinya._

Sunday, August 9, 2009

tolonglah faham

Aku kalau boleh memang tidak mahu menyentuh isu isu sensitif di dalam bloq aku ni. Sebab aku percaya tidak semua orang suka mengambil tahu akan suasana atau situasi semasa di 1Negara ini. Tetapi kadangkala kalau sudah agak keterlaluan dan melampau, apalagi menyentuh hidup aku sebagai seorang yang beragama Islam, aku terpaksa juga mengeluarkan “statement”, yang mana mungkin tidak akan diambil berat atau endah oleh mana mana pihak. Tetapi tetap ingin aku “statement”kan, bahawa : ARAK itu tetap HARAM di sisi Islam, biar apapun alasan yang diberikan, samaada relevan atau tidak .. HARAM tetap HARAM : , tiada istilah darurat atau sebagainya, tolonglah faham. Haramkan Arak di semua negeri bukan satu atau dua negeri sahaja. 1Malaysia. Full stop, then no more issue.

Friday, August 7, 2009

Nostalgia Setahun di Tochigi, Japan : 1

1990 : Aku ke Hitachi AirCond Malaysia Sdn Bhd Bangi, untuk interview sebagai Operator Pengeluaran. Interview dijalankan di bangunan Hitachi Video, kerana bangunan Hitachi AriCond masih dalam pembinaan. Semasa di interview aku difahamkan jawatan yang akan diisi adalah sebagi Junior Tech. Aku di interview oleh 3 orang eksekutif, jika tidak silap aku seorang daripadanya adalah pegawai yang berbangsa Jepun. Selesai interview aku diberitahu bahawa keputusan akan dibuat melalui panggilan telefon atau telegram. (masa tuu mana ada hp)

Selang seminggu aku mendapat panggilan talipon dari pihak Hitachi untuk hadir dan membawa serta 6 keping gambar berukuran passport. Aku terkejut juga apabila di suruh membawa gambar berukuran passport. Pagi itu sampai sahaja di hadapan pejabat HR, aku dan seramai lebih kurang 40 orang lagi telah diberikan taklimat oleh Pegawai HR, dengan tersenyum pegawai HR telah mengkhabarkan bahawa kami telah diterima bekerja di Hitach AirCond pagi itu kami akan dibawa ke Jabatan Imigresen di Damansara untuk membuat passport kerana kami akan ke Jepun selama setahun untuk “training” operasi mesin di sana.

Berita itu telah membuatkan perhimpunan pagi itu umpama pesta apabila kami bersorak gembira. Kami telah diberikan kelas intensif bahasa Jepun selama sebulan, sebelum ke Jepun.

Dan tanggal 15 Oktober 1990 kami bertolak ke Jepun. Dari Subang Airport kami telah menaiki kapalterbang Fokker kalau tidak silap aku ke Kota Kinabalu. Kapalterbang yang menggunakan 2 buah kipas di kiri kanannya.

Dalam penerbangan kami dari Subang ke Kota Kinabalu, cuaca agak tidak mengizinkan, dimana ketika itu kami telah mengalami ribut, taufan dan hujan yang amat lebat. Yang menariknya flight itu sememangnya rombongan kami sahaja. Mungkin telah dicharted. Ini adalah kali pertama kami menaiki kapalterbang, so agak melucukan ada antara kami membuat suasana seolah seperti di dalam bas sahaja. Apalagi di dalam dek hanya ada 2 orang pramugara dan pramugari. Merekapun tidak boleh buat apa. Takat senyum dan ngeleng kepalajer.

Namun aku semasa itu agak kecut. Apa tidaknya tempat duduk aku basah, bukan sebab aku terkencing dalam seluar, aku dapat rasakan titik titik air di atas kepala aku. Aku dongak, sah air itu dari bumbung kapalterbang. Peh, kecut gila aku. Bumbung flight bocor beb. Tapi aku tidak ceritapun pada sesiapa. Aku diam sahaja sambil berzikir. (tetiba teringat kat mak aku).

Seelok flight landing dengan selamat di Kota Kinabalu, aku berdoa panjang syukur. Namun aku masih risau juga, adakah fligt yang sama akan ke Jepun, sedangkan aku difahamkan bahawa perjalanan akan mengambil masa 7-8 jam. Kami berehat di KK selama lebih kurang 45 minit.

Apabila mendapat panggilan agar bersedia untuk memasuki ke fligt bagi perjalanan seterusnya. Hati aku berdebar, janganlah hendaknya naik flight yang sama. Sampai di kawasan pelepasan, aku senyum sampai ke telinga, kerana kami akan menaiki kapalterbang Boeing 747, Japan Airline. Kami semua bersorak.

Disebabkan kami tidak ada tiket (sebab dicharted juga), kami berebut rebut hendak mendapatkan tetap duduk ditepi tingkap, dan aku bernasib baik kerana dapat duduk di sebelah sayap sebelah kiri. Peh, bila tengok pramugari pramugari Japan Airlines ni, kitaorang terus lupa kat orang Malaysia jap. Padahal flight belumpun berlepas meninggalkan KK. Memang terasa bezanya, betapa smooth semasa flight take off dari landasan. Smoothjer berbanding masa kami naik Fokker.

Perjalanan yang selama 8jam itu memang tidak membosankan. Kami dilayan dengan baik oleh krew flight. Aku pula telah berkenalan dengan seorang awek Jepun. Dia menetap dan bekerja di KK katanya. Perbualan kami lebih menggunakan bahawa Orang Putih, kerana katanya dia masih belum boleh berbahasa Malaysia. Aku sebenarnya bukan apa, mulanya nak layan movie, tapi adakee movie kisah sebuah kapalterbang terhempas dan penumpang yang selamat tersadai di sebuah pulau. Gila apa nak layan. Nasib ada amoi Jepun ni yang sama juga taknak layan movie.

Tepat jam 10 pagi waktu Jepun, kami selamat landing di Narita Airport. Kami telah diarahkan agar memakai baju sejuk kerana ketika itu cuaca sejuk tahap pertama (kiranya beberapa bulan lagi saljilah), kami semua cakap .. ooo takper kamidah biasa sejuk .. apabila pintu flight di buka. Angin sejuk dan sedikit salji terus menerubus masuk ke dalam perut flight. Mak aik, punyalah sejuk, kami semua otomatik lari ke belakang dan duduk di belakang sit, gelagat kami telah membuatkan semua krew flight ketawa termasuklah beberapa penumpang Jepun. Kami tak dapat nak ambil baju sejuk sebab semuanya masih berada di dalam perut bagasi.

Kami menggigil gigil turun tangga dan berlari mendapatkan bas yang sedang menunggu untuk di bawa ke airport dari landasan. Dan sekali lagi kami ditertawakan. Namun yang bagusnya rakyat Jepun ni mereka hormat orang luar. Apabila kami masuk sahaja ke dalam bas, mereka memberikan kami duduk di bawah aircond bas yang telah ditukarkan dari sejuk menjadi panas (kira macam heaterlah).

Pengalaman pertama aku yang tak best. 2 buah beg aku hilang, satu beg penuh dengan Maggie, Brahim dan teh celup dan satu lagi beg aku dengan sepasang kasut dan selipar hilang. Kami lambat keluar dari airport untuk ke kediaman kerana hal ini. Tapi aku respect gila, bila sahaja aku membuat report yang beg aku hilang, pihak airport telah mengarahkan pekerja bahagian bagasi untuk mencari secara detail manakala seorang lagi pegawainya telah membuat panggilan ke KK untuk bertanya samaada beg aku tercicir disana semasa transit.

Pencarian selama hampir 1jam itu tidak berjaya. Pegawai Airport terbabit entah berapa kali memohon maaf di atasa kesilapan itu. Aku bila melihat dia beriya iya minta maaf, hanya tersenyum dan mengatakan “ok ok daijobu, San” . Aku telah diberikan borang untuk diisi. Borang claim katanya. Hee hee akupun apalagi, letak kaw kaw punya, aku catit kununnya ada sedikit duit, baju, kasut dan beberapa makanan. Haa haa masa tuu masih muda,biasalah ambik kesempatan.

Selesai mengisi borang pegawai terbabit mengatakan bahawa claim tersebut akan diproses dan seminggu dua aku akan dapat claim aku. Aku kata “hait, arigato San”, sambil membongkok, dia tersenyum dan berjabat tangan dan memohon maaf sekali lagi. Kami pun menaiki bas yang telah lama menunggu untuk ke membawa kami ke penginapan di Tochigi dalam perjalanan yang akan mengambil masa 4 jam. BERSAMBUNG_

semoga dilindungi ALLAH

Sebentar tadi aku dapat panggilan phone dari sahabat baik aku DrBubbles, yang memberitakan bahawa ayahandanya terlibat di dalam kemalangan. Di doakan semiga ayahandanya selamat dan sihat sejahtera ...

Tuesday, August 4, 2009

Perhimpunan di Amerika

Astro Oasis 106 : Tarikh 01 August : Tajuk :Islam In America :

Satu rencana tentang Islam di Amerika. Seorang dari pengacara Astro telah bersama sama menghadiri satu perhimpunan yang dianjurkan oleh Persatuan, NGO dan penduduk Islam di sana. Perhimpunan untuk menunjukkan sokongan kepada saudara saudara mereka yang berada di kawasan bencana peperangan. Antara banner yang dibawa “Close Guantonamo”, “Save Palestine”, “Bring Our Troops Back from Iraq”, “Islam Is The Way Of Live”, “Don’t Kill For Oil” dan berbagai banner dan slogan.

Antara yang menyertai perhimpunan itu adalah Persatuan/penduduk dari Indonesia, Turki, Afghanistan, Palestine dan beberapa Negara Arab serta penduduk Islam dan masyarakat antarabangsa yang cintakan keadilan yang menetap atau belajar di sana. Teruja juga apabila terlihat megah kibaran Jalur Gemilang kita. Untung akyat Malaysia yang berada di sana, kerana dapat berhimpun dengan aman.

Apa yang menariknya tentang rencana ini, adalah cara pihak keselamatan di Amerika memantau dan menjaga keselamatan perarakan atau perhimpunan ini. Dalam wawancara : Menurut salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa perhimpunan itu, pada mulanya mereka agak sukar mendapatkan permit tetapi setelah pihak Jawatankuasa merayu dan memberikan akuan akan perjalanan perhimpunan ini akan berjalan dengan aman. Maka pihak berkuasa membenarkan bersyarat.

Di sepanjang perhimpunan, peserta di kawal oleh pihak sukarelawan keselamatan. Sambil dipantau atau dalam ertikata lain sebenarnya di bantu oleh pihak keselamatan Amerika sendiri. Dan ada ketikanya perarakan itu diganggu oleh rakyat Amerika yang anti Islam, mreka memprovoke, menghina dan mencaci Islam tetapi dapat dikawal sepenuhnya para sukarelawan keselamatan manakala para peserta pula terus berarak dengan berdisiplin, teratur dan mengikut arahan dari pihak penganjur.

Di akhir perarakan, di sebuah pentas, para pemimpin persatuan Islam telah berucap dan diselang selingkan dengan bacaan sajak dan nasyid oleh anak anak mereka. Manakala di bahagian lain pula terdapat gerai gerai makanan, dan turut kelihatan juga rakyat asing yang cintakan keadilan turut sama memeriahkan lagi program. Mereka berbual bual dan bertegur sapa manakala pihak keselamatan pula telah dilayan dan dijamu dengan makanan tanda terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Tiada gangguan, tiada povokasi, tiada roadblock, tiada halangan yang keterlaluan, dipantau secara bebas, tiada water cannon, tiada arahan bersurai, tiada tembakan gas pemedih mata, tiada perhimpunan lain yang kononnya menyokong kekejaman terhadap Negara Islam, tiada orang orang yang berpakaian preman menangkap dari belakang, tiada adegan kejar mengejar, tiada ugutan ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap, tiada yang disumbatkan seperti sardin di dalam trak trak hitam, tiada tangkapan anak anak kecil, tiada kecederaan, tiada yang digari dan banyak lagi tiadanya .. itulah dia United State Of America yang kita caci dan benci, tetapi masih boleh bertoleransi.

Bukan sikit perhimpunan seperti ini diadakan di Amerika, banyak, antaranya semasa penghapusan etnik di Bosnia, Afghanistan diserang, Irag dicabul, Palestine dibanjir darahkan oleh Israel; demo demi demo, perhimpunan demi perhimpunan, namun tiada simbahan air dari trak merah atau pukulan belantan dari si baju merah (kalau mereka pakai baju merahlah).

Di akhir demo semua pulang. Samada berkesan atau tidak perhimpunan itu, bukan persoalan, sememangnya mereka faham dengan sikap Presiden mereka apatah lagi Bush sebelum Obama. Tetapi masih, perhimpunan itu berjalan dengan aman dan mereka pulang, setidak tidaknya mereka puashati kerana dapat menunjuk dan memberitahu kepada saudara saudara mereka yang berada di mana manapun, yang di aniaya, di zalimi, di perlakukan seperti binatang oleh puak puak yang berkuasa dengan jiwa yang kotor dan jijik itu, bahawa rakyat Islam yang berada di Amerika senantiasa mendoakan mereka.

Walau apapun bentuk demo atau perhimpunan, selagi ia dijalankan dengan aman dan teratur, haruslah dibenarkan. Tanggungjawab pihak penganjur untuk menasihati pesertanya manakala Pihak Keselamatan pula memantau bukan memprovoke itu sahaja. InsyaALLAH semua akan berjalan dengan selesa. Tiada mana mana pihak terasa teraniaya atau di tuduh melakukan tindakan melulu. Setelah usai peserta perhimpunan berarak pulang sambil bersalaman dengan pihak keselamatan yang berlaku adil dan saksama. Suasana akan tampak ceria tanpa ada perasaan dendam sebagainya_

Saturday, August 1, 2009

Aku Sorang sorang

Aku yang sorang
Hidup sorang
Buat amende semua sorang
Berak memanglah sorang
Lagi pun jamban aku memang memuat untuk sorang jer

Aku yang sorang
Makan sorang sorang
Minum pun, sorang sorang
Nak makan dua orang
Tapi takut tak kenyang

Aku yang sorang
Bangun pagi sorang
Tido pun sorang
Hajat di hati nak tido dua orang
Tapi buat sempit bilik pulak karang

Berjalan sorang sorang
Berlari pun sorang sorang
Bershopping pun sorang sorang
Ingat nak ramai orang
Tapi tu, marathon lah korang

Lepak sorang sorang
Mimpi pun sorang sorang
Berangan sorang sorang
Jiwang pun sorang sorang
Pegi bandar sorang sorang
Balik bandar pun sorang sorang
Dah berbulan bulan aku tak kebandar sebab ramai sangat orang

Semalam aku sorang
Kini aku masih sorang
Esok lusa sorang lagi kot

Tapi...

Aku bukannya orang-orang
Aku bukannya orang utan
Aku juga bukan orang minyak
Dan aku juga bukannya orang gila
Dan aku juga bukannya orang jahat
Bukan gak orang kena sawan

Tapi aku tetap orang.
Macam orang lain jugak
Macam ko jugak lah masa engko sorang dulu!!!

Aku tahu..

Aku bukanlah orang berada
Aku juga bukanlah orang glamer
Dan aku bukanlah orang ternama
Apalagi orang gila kuasa
Buat orang lain macam takder maruah
Walaupun aku hanya orang biasa
Aku tetap orang

Aku memang x suka kacau orang

TAPI

Kalau ko orang kacau aku sorang
Aku debik korang
Atau sumpah korang
Jadik memerang
Baru padan muke korang
Dahlah tu korang,
pegilah buat keje korang
Jangan ingat aku nak tolong korang

Waduh busan bangat nie ....

Hafalan Solat Delisa

Benar aku bukan main-main. Kalau anda telah melihat, membaca atau menonton cerita Ayat-ayat Cinta, aku nak anda semua baca novel dari penulis buku Ayat-Ayat Cinta ini .. Buku bernukilan “Hafalan Solat Delisa.” Benar aku memang terkedu, tersentak bila baca buku ini, antara sebabnya, jalan penceritaannya sama dengan apa yang aku alami dulu, semasa misi ke Acheh.

Pada kawan-kawan yang pernah ke Acheh dalam misi bantuan kemanusiaan Tsunami , aku rasa anda semua mesti kena baca, ok aku tidak mahu hendak menceritakan lebih lebih .. aku titipkan sedikit bait-bait ayat di dalam novel ini .. lepas ini anda semua carilah dan baca sampai habis .. aku bagi gred A++, memang best .. patutpun novel ini adalah best seller di Indonesia ..

Matanya menatap tubuh Delisa yang tergantung di tengah-tengah semak belukar penuh bunga-bunga putih tersebut. Ya Allah, tubuh itu bercahaya. Tubuh yang ditatapnya bercahaya. Bersinar menakjubkan. Lihatlah

Esok Subuh. Prebet Smith mendatangi bilik surau yang terdapat di kapal induk itu. Perlahan dibimbing Sarjan Ahmed mengambil wuduk. Lantas bergetar menahan tangis mengucap syahadat. Esok pagi Prebet Smith memutuskan untuk menjalani hidup baru. Bukan soal pilihan agamanya kerana itu datang memanggilnya begitu sahaja, tetapi lebih kerana soal bagaimana dia bersikap menghadapi kehilanganya selama ini. Penerimaan yang tulus.

“Umi, Delisa cinta Umi kerana ALLAH”, “Abi, Delisa cinta Abi kerana ALLAH”

Banyak lagi bait-bait kata yang indah penuh terkesan boleh anda dapati di dalam novel ini. Aku akan baca se”round” lagi. Kali ni aku nak baca slow-slow sikit, biar ambil masa, asalkan aku dapat hayati lebih mendalam lagi.