in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Friday, September 25, 2009

11 September : Kita Lupa



Setiap 11 September, seluruh makhluk di bumi ini begitu mengingati akan trajedi di negara Uncle Sam, kununnnya negara Uncle Sam ini telah diserang oleh militan Islam oleh pengganas Islam, maka beriya iyalah negara negara lain mengadakan hari memperingati kejadian “misteri” itu, meratap pilu pemimpin dunia memberikan ucapan, membara pula ucapan para pemimpin Islam yang kununnya tidak bersetuju dengan tindakan pengganas Islam itu, dikatakan bahawa yang merencanakan trajedi “misteri” itu bukanlah penganut agama Islam yang sebenar, mereka ini begitu begini, pelbagai tohmahan dan cacian dari mulut beberapa orang pemimpin Islam sendiri, walaupun sudah beberapa tahun trajedi “misteri” ini tidak dapat dibuktikan siapa dalang disebaliknya, yang ada hanyalah tuduhan tuduhan dan tuduhan belaka, tanpa bukti yang nyata .. TETAPI trajedi yang berlaku di depan mata, yang dilihat dan didengar penuh bukti dan nyata, tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang ingin mengambil tahu, peritiwa hitam yang terang terangan didalangi oleh manusia manusia yang bertopengkan syaitan laknatullah, tiada siapa yang ingin mencaci dan menghina, hanya diam umpama si bacul durjana, tiada hari peringatan, tiada ratapan kesedihan, tiada ucapan panas bagi menghangatkan semangat demi yang terkorban, bacul .. bacul sungguh mereka mereka ini …..


Murni tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian ayah bonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Shatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Murni ditembak penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna TUHAN mengasihi ia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Satu bangsa yang sombong dan hina

BAIT BAIT keresahan dan kesedihan gubahan Allahyarham Zubir Ali seorang pencipta lagu puisi dan kemanusian yang tidak asing pada awal 80 dan 90an. Lagu yang mengenang peristiwa berdarah pada 27 tahun yang lepas. Pembunuhan yang meruntun jiwa, penyembelihan yang mendapat mandat dunia, curahan darah yang direstui sejagat, kezaliman dilakukan oleh bangsa yang “wahid” hina dulu, kini, selamanya.

DAN 17 September 1982, dunia menyaksikan episod kerakusan “binatang” yang tidak mengenal erti kemanusiaan dan perasaan hati. Kem Sabra dan Shatila di Palestin, dijadikan medan pembuas nafsu serakah mencabut nyawa. Pesta yang berpanjangan oleh si hina hanya untuk memuaskan jiwa kebinatangannya Tidak kira anak kecil, yang tua, lelaki atau wanita, semua tewas di hujung senjata. Mereka umpama sampah diperlakukan begitu keji. Dengan megah si “binatang” memuntahkan peluru dari muncung senjata, lagak seorang pengecut dan dayus hanya berani bersemuka dengan mereka yang tidak mampu melawan, dengan tangan kosong cuba melindungi keluarga dan orang tersayang. Ketua seluruh negara Islam di dunia ketika itu hanya memandang kemudian melalak dan melaung di belakang tembok, menyembunyikan diri. Hanya melihat darah saudara seagama mengalir tanpa pembelaan, membiarkan mereka terus menderita, dipijak sang penguasa rakus “binatang”.

SABRA dan SHATILA kem rakyat Palestin, menempatkan pelarian Palestin yang lari dari kekejaman si “binatang” telah menjadi idaman si ketua “binatang” laknatullah Arial The Devil Sharon untuk menunjukkan ‘kebinatangannya”. Di ketika redup petang ingin melabuhkan dirinya, sunyi pula menghampiri. Di ketika ibu sedang mencari-cari anaknya, di ketika si ayah melepaskan lelah setelah selesai menjalankan tanggungjawabnya. Mereka tidak sedar nyawa mereka sedang diperhatikan oleh si laknatullah Israel. Berarak keluar para bala “binatang” sambil mengangkat senjata dan menyanyi penuh kegilaan, penuh “kesyaitanan” tidak sabar ingin melihat ratap tangis si anak disisi tubuh hancur ibubapa, raungan si ibu memeluk erat sianak yang sudah tidak berkata, orang tua mengensut mencari perlindungan sementara nyawa masih ada.

SI “binatang” Arial The Devil Sharon dan bala tenteranya puas menunjukkan pada dunia sambil berteriak “lihat akulah raja dunia, akulah penguasa dunia” dengan angkuh sambil memperbetulkan topeng manusianya yang jiwa dikuasai oleh Syaitan besar yang dilaknat ALLAH SWT.

PERISTIWA sadis 27 tahun ini masih belum berakhir. Tidak cukup, tidak puas dengan menghirup dan menjamah daging para syuhada Palestin, si “binatang” terus rakus dan mengganas sehinggalah kini telah hampir 48 tahun, si “binatang” belum lagi hilang haus tekaknya dengan darah, belum lagi kenyang perutnya dengan daging penduduk Palestin.

PEMIMPIN bersilih ganti dan diiktiraf dunia, tidak kira Barat hatta Arab sendiri, mereka sanggup bersekongkol, berpeluk, minum semeja, bertaut tangan erat dengan si “penghuni Neraka jahanam ini. Tanpa memperdulikan darah seagama Islam yang semakin laju dan deras mengalir. Mereka bangga, apabila wajah durjana mereka terpampang di mata dunia berkembar dengan si “penghuni Neraka jahanam”. Malahan bersama pula menjadi tali barut dan barua kepada mereka. Sekadar contoh Mesir si Husni Mubarak jahanam, Mahmud Abas rakyat Palestin yang dayus boneka barat dan Israel. Bersekongkol dengan pemimpin yang mereka “cintai” ini untuk terus membunuh, bunuh dan terus bunuh, selagi mereka suka. Sambil si barua dan tali barut menikus tidak berhati perut.

NAMUN kesialan mereka tidak dibiarkan begitu sahaja oleh rakyat Palestin, mereka kini terasa hangat dan terbeban, gimana ingin membunuh semangat para anak kecil, anak muda, para belia Palestin, waima si ibu tua untuk membunuh roh Intifada di dalam diri mereka.

YANG pastinya bara semangat itu bukan lah gelora yang mudah untuk dihapuskan, gelora yang mudah untuk dipadamkan dan gelora yang sukar untuk dijinakkan. Intifada adalah deruan roh yang amat kuat didalam tubuh anak-anak Palestin ini. Biar apache, kereta kebal, bom tangan, muncung M16 atau segala kelengkapan yang ada. Tembok Intifada ini bukanlah Intifada nyanyian kumpulan nasyid Rabbani tetapi Intifada yang senantiasa tertanam didalam diri para pejuang yang hakiki, pejuang yang dijanjikan kematian dengan haruman mawar kasturi, pejuang yang akan gugur sebagai syahid sejati yang tiada galas ganti.

SEORANG gugur syahid, berdiri seorang malahan beribu lagi pejuang. Anak anak yang baru lahir diwakafkan untuk menjadi pejuang, menegakkan agama ALLAH, mengibarkan panji panji Islam, memerdekakan bumi Anbiya.

SELAGI roh para Syuhada para pejuang Palestine ini masih tererat di dada anak muda Palestin, selagi itulah puak laknatullah Israel ini tidak mampu menguburkan jihad di Palestin. Terutama di Tebing Gaza.

22 Mac 2004 : Gaza, tentra Israel membunuh pengasas HAMAS, Sheikh Ahmed Yassin dan sekurang kurangnya 7 orang turut Syahid. As Syahid terkorban diketika As Syahid keluar dari sebuah masjid seusai menunaikan solat Subuh. 3 buah peluru berpandu yang dilepaskan dari puak bacul laknatullah Israel menggunakan helicopter Apache.

BELUMPUN puas puak laknatullah Israel ini meraikan pembunuhan As Syahid Ahmed Yasssin. Mangsa seterusnya tidak lain dan tidak bukan, As Syahid Al Hafiz Dr Abdul Aziz Abdul Hafiz Ar Rantisi, pemimpin utama HAMAS. As Syahid telah dibunuh dengan kejam bersama 2 orang sahabat baiknya yang senantiasa bersama iaitu As Syahid Akram Nisar dan As Syahid Ahmad Al Ghurrah.

DAN kata kata semangat As Syahid Dr Rantisi : ANDA PASTI AKAN MATI, MUNGKIN KERANA BARAH ATAU APACHE (ISRAEL), SAYA PILIH APACHE: terus menjadi AUKU janji para pejuang Islam di serata dunia. Slogan yang buka retorik semata, slogan yang dijadikan batu pembakar juang untuk rakyat Palestin bagi memerdekakan bumi Anbiya Palestin.

BIAR tergadai nyawa, biar gugur menyembah bumi, biar kematian ditangisi, yang pasti pemergian mereka ini sememangnya di iringi doa oleh seluruh umat Islam yang juga mengimpikan, melihat, menyaksikan, mendengar Palestin bebas dari penjajahan dan penderitaan. Ingin melihat tangan-tangan dan kaki-kaki kotor, jiwa busuk, nafsu hina, jiwa tercela keluar dari kota suci tanah Anbiya di Palestin. Ingin melihat rumah ALLAH Masjid Al-Aqsa kembali dipenuhi dengan saf-saf para pencinta ALLAH dan RasulNYA. Agar kerinduan pada Masjid Al-Aqsa terubat. Islam terus bersinar dan berkilau.


ALLAHUAKBAR !! ALLAHUAKBAR !! ALLAHUAKBAR !!

Raya Sakan : 3 hari MC


3 hari MC, ambik kau, nak buat perubahan kunun, dah berpuluh tahun tak pernah nak berkunjung ke runah sedara mara yang jauh, ini tahun nak buat perubahanlah, so raya pertama ikutler family beraya, nah tu dia, ramai ghupenya sedara mara aku yang tinggal luar dari kawasan radar rumah aku ghupenya, paling dahsyat betapa diaorang tak tahupun aku ni ujud dalam keluarga aku, diaorang kenal abang dan adik adik aku dan ipar jer, emm salah aku sendiriler, rutin sebeliu ni raya pertama balik ziarah kubur, tukar baju tidur hee hee hee, so apa lagi dah lama tak jumpa berbagailah diaorang masak, aku pula tak hingat, makan mcam berpuasa setahun, nah ambik ko, 3 hari sakit perut, berkelodak macam macam bahan makanan yang tidak tertanggung dalam perut, proses yang agak berlebihan, tangkap satu badan, adussss … apapun syukurlah, aku ramai sedara ghupenya dan ada yang banyak duduk kat KL & Selangor, emm diaorang offer macam macam gak kat aku, dan offer paling best, diaorang ckp datanglah rumah, boleh auntie sediakan makan tengahari kee, dinner kee, ahaa itu sudah pasti._

Friday, September 18, 2009

Syawal Ini ...

Syawal ini ..

Ketika kita sedang bergembira
Jangan lupa saudara kita yang disana
Mereka masih berduka dan menderita
Bersabar hadapi ketentuan dariNYA

Syawal ini ..

Tidak seharusnya kita leka
Setidak-tidaknya memohon doa pada yang ESA
Agar saudara kita tidak terus dihina
Dari mereka yang dilaknat dan didurjana

Syawal ini ...

Jangan kita lupa pada yang ditimpa bencana
Harungi syawal dengan airmata
Hilang ibu ayah sanak saudara
Yang mengingatkan kita pada yang Maha Kuasa

Syawal ini ..

Bersama hulurkan tangan kita
Mengusap anak-anak yang kehilangan ibubapa
Bergembira dengan yang tidak upaya
Agar segala kesusahan tidak terasa

Syawal ini ..

Pada teman yang rindu ayah dan bonda
Berhati-hatilah ketika dijalan raya
Jangan terlalu ikut nafsu di jiwa
Kelak kita dan keluarga yang akan merana

Syawal ini ..

Di akhir bait patah bicara
jeansLusuh hanyalah insan biasa
Tidak lari dari melakukan kecil atau besar dosa
Sepanjang perkenalan dan perhubungan kita

Segala perbuatan dan juga tuturkata
Mohon diampunkan sepuluh jari semua
Begitu juga makan dan minum yang dirasa
Harap dihalalkan sepenuh jiwa

Wednesday, September 16, 2009

aku dikatakan menfitnah ??

peh .. serabut kepala otak, apa yag dah aku buat, dituduh menfitnah, fuhh berat tuu,

hari ni aku terima email dari seseorang, dalam email, si pengirim mengatakan tidak puashati dengan salah satu artikel yang dimuatkan di dalam blog aku, si pengirim menganggap artikel aku itu satu fitnah, adusss, menggigil badan aku, berpeluh walaupun aircond di pejabat aku sejuk tahap gila, merah muka aku apabila aku dicap sebagai penfitnah, sepanjang hidup aku perkara inilah yang cuba aku jauhkan, menfitnah, kerana hukum si penfitnah ini amat amat berat disisi Islam, dan parents aku sendiri tidak pernah mengajar aku untuk menfitnah, kalau dibaca baca betul, sebenarnya artikel itu hanyalah satu harapan yang ikhlas dari seorang kawan kepada seorang kawan, bukannya menfitnah mengatakan “dia” telah melakukan sesuatu yang diluar batas kemoralan, tapi ternyata keikhlasan itu tidak dapat diterima pakai, ia bertukar menjadi bencana pada aku,

ingin aku nyatakan pada si pengirim, tolonglah faham saya bukan menfitnah dan anda tidak difitnah oleh saya, tiada langsung niat saya untuk menfitnah, bacalah betul betul artikel itu, apapun saya mohon maaf di atas keterlanjuran kata kata artikel tersebut, mungkin juga ia mengganggu privasi peribadi dan kehidupan anda, tolonglah jangan saman saya, eden takdo duit nak bayar saman haaaa._

jL kata : taubatdah lepas nie kalau nak produce artikel yang berkenaan dengan seseorang kena betul betul dapatkan source yang betul, apalagi kalau seseorang itu amat dikenali, yang penting jangan sesekali mengeluarkan sebarang bentuk ulasan yang seakan akan menfitnah, ish takut, apapun jeansLusuh tak akan mengeluarkan artikel tersebut dari blog, biarlah orang lain pulak menilainya ..

Tuesday, September 15, 2009

wira "kasut" dibebaskan

hari ini seorang wartawan warga Iraq dibebaskan dari tahanan, Muntazer Al-Zaidi yang telah mengejutkan dunia dengan tindakannya membaling kasut kepada Pemimpin Rejim US George The Devil Bush ketika The Devil Bush dan Pemimpin Boneka Iraq Nuri Maliki sedang mengadakan siding akhbar pada December 2008, sepanjang beliau ditahan selama 9 bulan, beliau telah didera dengan kejam sekali, penderaan itu sama dengan penderaan seperti di Quantanamo dan deraan yang diguna pakai oleh agensi agensi kerajaan di 1Negara, penderaan seperti dipukul dengan besi, disiram dengan air panas, ditengking dan diherdik telah dilalui oleh beliau selama ditahan, namun begitu tindakan beliau ini telah disokong malahan tindakannya telah diikuti oleh seluruh rakyat dunia bagi menunjukkan rasa kurang senang dengan mana mana pemimpin negara yang tidak berakal dan sengal pemikirannya, dari negara barat hinggalah ke asia, manakala di Iraq pula diberitakan bahawa Muntazer akan di senarai hitamkan oleh KEREjaan Boneka Kafir US, dan ini adalah arahan dari Si Boneka US Nuri Maliki, bangang punya orang,

sekarang ini di sebuah 1Negara, beberapa “orang- orang”, organisasi NGO’s telah meluahkan rasa berang dan marahnya diatas sikap seorang yang bersahabat dengan 1Negara kerana telah menghina seorang pemimpin ulung 1Negara, menurut seorang sahabat 1Negara ini, gambar pemimpin ulung harus dikalungkan kasut kerana mengganggu hal dalaman mereka,
tindakannya telah membuat ramai “orang-orang” dan NGO’s marah, dan ada yang mengugut mengarahkan agar tindakan segera harus dikenakan kepada orang yang berkata kata itu, atau tindakan susulan akan diambil oleh satu lagi rakan dalam 1Negara, eee garangnya, takutnya,

jL kata : poyolah, dulu semasa pemimpin ulung 1Negara ini memberikan kuasanya pada seseorang yang lain, masing masing memujinya, tapi tidak sampai beberapa bulan, korang “orang-orang” yang bising inilah yang menghina, mencaci, mengutuk, meminggirkan, menyisihkan, membusukkan namanya, mengotorkan jasa jasanya, begitu teruk sekali mantan pemimpin 1Negara ini diperlakukan, seolah pemimpin ulung 1Negara ini tidak pernah berjasa langsung, piiiraahhh korang “orang-orang”, haaa bagilah muka kat kawan korang tu, kan dah kena, sekali lagi piirahhh, pemimpin ulung 1Negarapun tak ambik pot, sebab dia tahu akan ada “orang-orang” yang kununnnya akan men”depend” dia, padahal dia cooljer, sebab dia tahu “orang-orang” yang bising nipun sama dengan jer dengan yang kutuk dia suatu masa dahulu._

Sunday, September 13, 2009

jumpa kawan lama !!

jumaat lepas aku beriftar di Yayasan SALAM Malaysia di PJ, seronok dapat jumpa balik kawan kawan yang lama tak jumpa, didi dengan shikin, rafie dengan june – ahaa, Melinda, Hadi The Mission, Abg Razif Om Charger, Shariman and the gangs dari Temerloh, tapi sayang ada beberapa lagi kawan kawan yang baik tidak datang, Aiza, Sa’adiah, AmiCrest, Ami KGPM, Jamilah dan beberapa kawan lama yang lain tidak muncul, aku selesa berkawan dengan diaorang nie, seronok dapat berborak dengan diaorang nie, diaorang nie tidak memilih milih kawan, semua sama, sama dengan, sama standard, sempoi,

entah bila lagilah nak jumpa diaorang ni balik, almaklumlah masing masing sibuk, didi-shikin duduk jauh jauh, raffie-june harap haraplah, Melinda sibuk study, Hadi The Mission katanya akan ke Korea pulak-gud luck Bro, Abg Razif Om Charger jauh sangat nak pekena teh kat Putrjaya, Shariman kat Temerloh, kalau nak jumpapun mungkin dengan adanya program kot, itupun tak tentu, kalau tahu on, kalau tidak, tahu tahu program selesai,

tapi aku sebenarnya nak citer sikit tentang 2 sahabat aku ni, seorang memang aku respect dengan dia nie, banyak kerja dia yang aku tak mampu nak ikut, seorang lagi aku anggap sebagai adik aku, adik sejemaah, sama dengan perjuangannya, 2 orang yang aku harap akan bersama demi meneruskan perjuangan diaorang dalam membantu sesama insan, kalau dah bersama senang sikit nak aktif dengan lebih serius, dah ada yang saling membantu, sokong menyokong, teman berteman, tak gitu, hee hee hee, aku berdoa agar mereka ini akan berkeluarga hendaknya-berdua-dualah, ok Bro, aku tungguuuuu nie, macam aku cakap, nanti aku sponsor ambil gambar, jadi cameraman hua hua hua._

jL kata : erk punyalah layan podeh udang masak petai dan ikan bakar, dah sampai rumah baru perasan aku tak bayar lagi, alamak eh !!

Thursday, September 10, 2009

kurang ajar !!!!

Mesir .. kurang ajar .. kurang ajar .. kurang ajar ..
aku terkedu, marah dan betul betul sakit hati apabila mendengar berita Astro Awani sebentar tadi, satu berita yang tidak seharusnya di lakukan olehh sebuah negara Islam, dipimpin oleh Pemimpin Islam dan rata rata rakyatnya menganut agama Islam, namun sikap mereka ini melampau dan amat kurang ajar sebagai sebuah negara Islam, di ketika ada negara negara Barat yang cuba membantu tetapi beberapa Negara Islam yang lain cuba menjadi barua dan balaci.

Sdr Azlan Muhammad Shariff, seorang sukarelawan Global Peace Malaysia (Misi Keamanan Sejagat) yang beribu pejabat di Gombak, telah ditahan oleh kerajaan Mesir selama 3 hari, lebih menyedihkan lagi beliau mendakwa telah disoalsiasat dengan dipukul dan di dera, Sdr Azlan yang ditahan di lapangan terbang di Kaherah bersama 2 orang lagi sukarelawan GPM telah ditahan dan dibawa ke Mesir, setelah disoal siasat, 2 orang rakannya dibebaskan tetapi Sdr Azlan telah ditahan dan terjadilah peristiwa hitam kepada aktivis sukarelawan ini, Sdr Azlan ditahan hanya kerana membawa bantuan kemanusiaan yang didermakan oleh rakyat Malaysia juga dari Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri,

sikap kerajaan bacul Mesir yang dikepalai Si Hosni Mubarak ini telah membuktikan siapa mereka, membuka pekung di dada yang amat busuk dan keji sekali, menjadi dalang di belakang keganasan puak laknatullah Israel, menjadi barua laknatullah Israel, menjadi pelacur antarabangsa kepada laknatullah Israel, lihat sahaja bagaimana bongkak dan bangsatnya Hosni Mubarak semasa bencana yang dicipta oleh laknatullah Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Gaza, Hosni Mubaraklah yang manjadi tembok penghalang paling kukuh untuk para sukarelawan antarabangsa menembusinya bagi membantu , enghantar bantuan makanan dan ubatan kepada rakyat di Gaza,

pengawal keselamatan di sempadan Gaza/Mesir begitu angkuh dan berlagak, banyak berita dan cerita dengan sikap kurang ajar mereka, mereka dengan sengaja membiarkan bantuan makanan menjadi busuk di disempadan, membiarkan ubatan yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza terbiar dan akhirnya tidak boleh digunakan lagi, sikap buruk mereka itu di topengkan pula dengan membenarkan pakaian sahaja di benar masuk ke Gaza, antara pengalaman yang perit dilalui oleh NGO Malaysia adalah dimana pengawal sempadan Mesir telah mengoyakkan surat kebenaran melalui sempadan ke Gaza yang ditandatanganni oleh Kerajaan Malaysia melalui kedutaan Malaysia di Mesir, dengan tersenyum sinis mereka mengoyakkan dokumen itu, dan menghalau sukarelawan Malaysis itu dari kawasan sempadan, itu belum lagi ada di antara sukarelawan yang diajukan senjata dan diugut,

petang semalam pihak GPM telah menghantar memorandum ke Kedutaan Mesir, membantah perangai buruk kerajaan Mesir dan seharusnya organisasi NGO yang aktif di dalam misi bantuan kemanusiaan ini patut juga menghantar memorandum bagi menunjukkan sikap tidak puas hati terhadap Mesir yang ternyata tidak adil didalam membantu rakyat Gaza dan sikap sekongkolnya dengan laknatullah Israel yang telah menjadikan Gaza penjara terbesar di dunia, tunjukkan solidariti anda sebagai aktivis sukarelawan,

Sdr Azlan yang aku kenali: aku mengenali Sdr Azlan semasa tahun 2000, aku juga adalah antara sukarelawan penggerak GPM pada tahun itu, bersama Sdr Azlan aku banyak belajar tentang erti sukarelawan dan kemanusiaan, beliau banyak menunjuk ajar dan banyak memberikan semangat kepada aku agar menjadi seorang sukarelawan yang benar benar ihklas tanpa ada apa apa “hidden agenda”, beliau yang telah berpuluh tahun menjadi sukarelawan mempunyai begitu banyak pengalaman di dalam bantuan kemanusia, samada bencan peperangan atau bencana alam, dari bantuan kemanusiaan peperangan di Afghanistan, Iraq, Pakistan, Bosnia sehinggalah ke bantuan kemanusiaa bencana di Bam Iran dan Pakistan, tsunami Kuala Muda, Kedah-Acheh-Sri Lanka-Jogjakarta, dan juga di dalam negeri, beliau sering mengambil cuti yang panjang dan meninggalkan keluarga semata mata untuk memastikan setiap misi beliau dan NGO yang diwakilinya tercapai matlamat, beliau juga amat dikenali di kalangan NGO di Malaysia dan juga Antarabangsa, latarbelakang Sdr Azlan juga bukan calang calang, beliau merupakan salah seorang pesara pejuang negara yang berpangkat tinggi, maka itu tidak hairanlah beliau berani pergi untuk membuat misi di tempat tempat yang berisiko tinggi, mungkin ada yang tidak tahu, masih ingat dengan seorang anak kecil dari Iraq yang cedera parah dan dibawa ke Malaysia ?, sedarkah kita semua beliau dan rakan rakannyalah yang telah berjaya membawa kanak kanak itu keluar dari Iraq dan mendapatkan rawatan di Malaysia, namun apa yang dibisikkan di telinga aku, “tak mengapa sheikh, yang penting anak ini mendapat rawatan yang sempurna”, sedangkan aku melihat orang lain yang berpoyo poyo mendapat nama, kalaulah aku ni pemimpin dah lama dia aku jadikan sebagai sebahagian ikon negara, apapun Abg Azlan .. saya tetap hormat dengan sikap kesukarelaan Abg Azlan, dan saya akan memegang segala nasihat Abg Azlan, teruskan perjuangan._

Tuesday, September 8, 2009

kawan karib ? : sukarnya

Punya uang ribuan kawan keliling pinggang
Kawan ketawa senang di cari di mana mana
Kawan menangis dimanakah, ingin ku mencari :SweetCharity:

mencari seorang kawan yang dinamakan karib amat payah sekali, ada yang kita sangkakan sudah menjadi kawan karib kita, tetapi ternyata meleset, sedang kita menghormati, mempercayai, mendengar segala luahan isihatinya, menjadi pendengar setia, mendengar segala keluh kesahnya dan kita pula tanpa berahsia berkongsi cerita, dan dia pun pula turut menjadi pendengar setia dan adakala seolah menjadi motivator penguat semangat kepada kita, tetapi akhirnya kawan yang kita anggap karib itu hanyalah kawan kawan seperti yang lain juga, kawan yang lebih kepada ketawa, bersenda di hadapan tetapi di belakang lain pula jadinya ..

memilih kawan jauh berbeza dengan memilih pasangan, kadangkala memilih pasangan lebih jauh mudah dari memilih kawan, kawan yang ketawa dan menangis bersama itu hanya 1 dari sejuta, yang ramai di dunia ini adalah kawan yang suka mengadu domba, gemar memperkecil kecilkan, melihat seseorang itu mengikut standard, dan yang lebih menyedihkan apabila secara tiba tiba tidak mengenali kawan yang telah lama dikenalinya, apabila berjumpa bertentang mata seolah seperti makhluk asing yang tidak pernah berjumpa, apatah lagi kawan yang tidak pandai menghormati antara satu sama lain, harus kita sahaja menghormatinya sedangkan kita dibuatnya seperti kayu tunggul yang tidak boleh berkata kata,

sepanjang hidup aku ni, memang ramai sangat yang aku anggap sebagai kawan karib, mudah sangat, entah aku ni memang seorang yang suka bersangka baik dengan orang, walaupun baru beberapa ketika mengenali seseorang, aku terlalu cepat merasa orang itu seolah sudahpun menjadi kawan yang boleh berkongsi cerita bersama, aku hanya tersedar apabila hidung aku disinggung oleh mereka sendiri, apabila aku disepak terajang secara halusi dan ilusi melalui gerak badan mereka, barulah aku tahu dan tersedar ahhh mereka seperti kawan kawan sahaja, kawan yang hanya boleh bercanda dan bergembira begitu begitu sahaja, kawan yang hanya sekejap sekejap sahaja, dan ditegur dan menegur secara terpaksa,

aku memang tidak boleh lari dari sikap sebegitu, sikap yang suka menjangkakan bahawa dia adalah kawan karib, tidak kira jantina, agama, kaum, politik semua, kalau sudah aku anggap selesa berkawan terus aku melabelkan bahawa mereka adalah kawan karib,

dan begitu jugalah sikap aku untuk melabelkan mereka hanyalah kawan plastik, yang hanya ingin berkawan dengan orang orang yang sekepala kununnya, yang sestandard, entah apa yang standard dalam diri atau kehidupan diaorang pun aku tidak tahu dan pasti, apa lagi yang memikirkan mereka itu lebih hebat dari orang lain, terlalu hebat sehinggakan melihat orang lain itu hanyalah seorang insan picisan,

dan memang sikap aku, kalau hendak berlagak ego di depan mata aku, aku hanya tersenyum sinis tidak langsung terliur dengan sikap ego mereka itu, hebatkah mereka sekiranya aku sendiri merasa seperti lebih hebat dari mereka, ilmuankah mereka sedangkan aku sendiri merasa ilmuan aku terlebih sedikit dari mereka, berharta sangatkah mereka sedangkan aku merasakan aku sedkit berharta dari mereka, sedangkan mereka lupa insan ciptaan ALLAH itu telah diberikan kelebihan masing masing yang seharusnya disyukuri bukan nya diegoi gitu,

sekarang baru aku tersedar dari mimpi, rupanya tidak mudah hendak mencari seseorang yang karib di dalam perhubungan sesama kawan, baru bangkit dan tersentak, bahawa jangan mudah sangat berkawan karib, dan belajarlah jangan terlalu mudah sangat berkongsi sesuatu dengan seseorang yang belum pasti kawan, kawannya, aduhai .. konkulasinya aku kena cari pasangan, baru betul kot .. tidak payah lagi hendak mencari kawan karib, cari sahaja pasangan karib yang boleh menjadi kawan dulu, kini dan sampai kubur kata mari,

dan terus berkawan dengan kawan kawan yang ada, terus hormati mereka walaupun aku tidak dihormati, tegur mereka walaupun mereka melihat aku umpama kayu, tanya khabar mereka walaupun mereka tidak ambil tahu, kerana berkawan itu lebih mulia dari bermusuh,

kepada kawan kawan yang mengenali aku, aku berterima kasih sesangat kerana korang berkawan dengan aku, adakah aku seorang yang membosankan, ego, berlagak, sombong, bongkak, bercakap besar, keras kepala, tidak hormat dan segala jenis benda yang korang tidak suka, aku mohon maaf, kerana kita hidup di dunia tidak lama, singkat sangat, terlalu singkat, Israil sentiasa mengekori ke mana sahaja kita pergi, setiap saat, aku takut teramat takut sekiranya aku tidak dimaafkan, begitu juga kepada kawan kawan yang terlebih terkurang dengan aku, sama samalah kita bermuhasabah diri,

alfatihah kepada salah seorang dari kawan yang aku anggap sebagai kawan karib yang baru pulang ke rahmatullah pada puasa yang ke 16 lepas, aku tidak dapat mengiringi kau ke pusara kawan, namun aku akan iringi dengan kalam surah Yasin dan berdoa agar kau akan ditempatkan bersama sama orang yang soleh dan semoga kau akan aman di sana nanti, insyaALLAH._

Bait Cinta Ramadhan 4

aku minta kepada ALLAH setangkai bunga segar ..

IA beri kaktus berduri ..

aku minta kupu kupu, diberi ulat berbulu ..

aku sedih dan kecewa ..

namun kemudian kaktus itu berbunga, indah sekali ..

ulat itu menjadi kupu kupu yang amat cantik ..

itulah jalan ALLAH, indah pada masanya ..

ALLAH memberi apa yang kita perlukan ..

kadang kita sedih, kecewa, terluka ..

tetapi jauh di atas segalanya ..

DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita _

Wednesday, September 2, 2009

"Spiderman" didenda RM2,000 di Malaysia ??

Warga Perancis Alain Robert yang dikenali "Spiderman" didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan larangan dengan memanjat Menara Kembar Petronas di sini semalam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguamnya Wong Kian Kheong merayu agar Robert dikenakan hukuman yang ringan kerana dia telah mengaku bersalah dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama di manamana bangunan.

Robert kemudian memberitahu pemberita : "Saya suka Malaysia. Terima kasih Malaysia. Memanjat adalah kegemaran saya, cara hidup saya, ketagihan saya."

jL kata : Aku respek mamat ni, gila apa memanjat antara menara tertinggi di Asia , 88 tingkat lagi tuu, dia yang mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke puncak antenna dan dengan bangganya (aku pun tak macam dia) mengibarkan Jalur Gemilang dan yang paling best di seluarnya pulak ada satu logo 1Negara, dia mempromosikan slogan 1Negara dengan percumajer, tak pun minta duit sebab promotekan slogan tu, dan satu lagi aku respek kat mamat ni, walaupun dah 2 kali (1997 & 2007) gagal kena tangkap dek Penguasa Baik Hati Gerak Gerak Gerak Khas, tapi kali ni dia berjaya memimpikan para petugas kawalan menara dan Penguasa Baik Hati Gerak3x Khas di pagi yang dingin dengan hujan gerimis (ataupun Penguasa Baik Hati Gerak3x Khas dok simpan energy misi ke Perak kot), tetapi sayang segala usahanya untuk mempromosikan 1Negara secara percuma tidak dihargai, dia disaman pulak. Alamak ehh, yang aku tahu masa dia panjat menara tinggi tu dia tak bawak apa apapun barangan atau senjata merbahaya, tak pecah masukpun ke dalam opis, tak pun ambik laptop, tak sedutpun duit rakyat kat dalam Petronas tu, tak sedutpun minyak Petronas, tak amikpun bini orang, tak heretpun kepala lembu, tak amikpun kedudukan Speaker dan paling best tak amikpun posisi MB di mana mana negeri, tapi bersalah jugak, aku harap satu hari nanti dia panjat bangunan SPRM kat Shah Alam pulak, berani tak dia agak agaknya, apa apapun aku suka statement bila dia kata “Memanjat adalah kegemaran saya, cara hidup saya, ketagihan saya." so pada korang korang yang ketagih suka pukul pukul orang dengan belantan, sembur sembur denga air asid, baling baling bom pemedih mata, terajang terajang, ugut ugut, kill kill dan pada bebudak belia yang ketagih dadah, ganja, gam, merempit, bohsia, bohjan dan segala maksiat lagi, eloklah korang jadik Spiderman Malaysia, ada gak paedahnya, kurang kurang bolehgak dapat title Dato’ kee, Datuk ke, Tan Sri ke, ada untung lagi boleh jadik YB, tapi takat kat Malaysia jerlah, macam mamat tu, walaupun disaman dan digari, orang tetap respek sebab dia tak menyusahkan sesiapapun, dia panjat bangunanjer, cuma orang yang terasa dengkijer kata dia menyusah kan orang lain, sebab orang orang itu tak boleh mencapai kejayaan macam dia kan kan kan, aku pulak bukanlah nak simpati, kesian atau sokong dia, alaa setakat RM2riban tuu apalah sangat bagi dia, ciputjer, lagipun dah undang undangkan, so kenalah paksa ikut, apa apalah, aku tetap respek mamat ni, tinggi tuu beb, tujer ._