in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Tuesday, December 29, 2009

Pariaman ~ Dumai ~ Port Klang

Alhamdulliah aku selamat sampai ke Malaysia tanggal 27 December jam 8 malam di Port Klang. 3 hari di Padang, satu perjalanan yang tidak dirancang sebenarnya. Pada hari khamis 24 December, aku bertanya khabar sahabat lama aku Sheikh Siraj, aduh tiba tiba dia kata akan ke Padang untuk memantau program NGO yang diwakilinya, Malaysia Relief Agency (MRA). Wah, aku tanpa banyak dan membuang masa memikirkannya terus meminta dia untuk membooking tiket untuk turut sama, tak mengapa, aku akan menggunakan biaya aku sendiri insyaALLAH ada rezeki ALLAH akan memudahkan. Lagipun aku ingin melihat perkembangan di Padang setelah 3 bulan kejadian gempa, setelah aku ber”mission” yang lepas bersama Islamic Relief Malaysia. Sms aku terima dari Sheikh Siraj “ Sheikh tiket anta ana dah booking, ana akan emailkan, alhamdullilah dapat RM206.00, kita balik naik ferri Sheikh dari Dumai”. Wah takpernah naik ferri ni. Pagi 10.45nya berita dari M-Star Online. Alamak eh, Padang digegar dengan kekuatan 6.5 skala richter. Hemm ...

Aku touchdown di Bandara Padang Airport 07.45pagi 25 December (Jumaat) 2009. Dijemput oleh Pak Yus dari Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII) Cabang Pariaman dan Pak Irfan dari DDII Cabang Malinjau Pak Hamka. Kami ke Padang sebentar dan terus ke penginapan di Pariaman. Aku menumpang di Rumah Pejabat Operasi/POSKO MRA. Strategik sungguh kedudukan pejabat itu. Aku berehat sekitar 30minit dan mula bergerak untuk melihat projek mereka. Antara projek MRA-DDII adalah membantu membina rumah semula, membekalkan mesin jahit dan pasentren tahfiz (untuk anak anak yatim dan miskin mangsa gempa bumi).

Menariknya bantuan rumah ini kosnya tidaklah tinggi, kurang dari 4ribu sahaja (kalau tak silap aku). Rumah akan didirikan di atas tapak asal, maka mereka akan menggunakan bahan yang sedia ada, dari wang bantuan itu, mereka akan membeli simen dan atap zing, yang paling menarik adalah dinding yang dibuat dari buluh yang dijangka hayat sekurang kurangnya 10 tahun, selagi tidak terbakarlah. Buluh ini walaupun cuaca panas ia tetap akan merasa dingin. Tapi aku rasa kalau kat Malaysia tak sesuai kot, sebabnya kat Malaysia ni ramai kaki skodeng berbanding di Pariaman. Pihak MRA menyalurkan bantuan kewangan manakala DDII dan sebuah lagi badan NGO Indon MMB akan memantau perkembangan projek. Manakala penduduk kampung akan membina rumah rumah tersebut secara gotong royong, maka itu rumah rumah ini dikenali sebagai Rumah Bangkik Basamo dan Rumah Syukur. Setakat ini sudah 24 buah rumah terbina dan sebanyak 28 buah rumah lagi seterusnya.

Projek bantuan mesin jahit. Di Pariaman antara penjanaan ekonomi penduduk disini adalah menjahit tudung dan telekung solat untuk muslimah. Kreatifiti dan keindahan jahitan sulaman mereka begitu cantik sekali. Dalam kejadian gempa, ramainya ibu ibu yang kehilangan mata pencarian kerana mesin mereka rosak dihempap runtuhan rumah. Oleh itu pihak MRA telah membelikan mereka mesin jahit dan mereka harus membayar balik secara ansuran untuk tempoh 1-2 tahun dengan bayaran yang paling rendah dan termampu oleh mereka. Yang pastinya mereka tetap mendapat kembali mata pencarian yang telah hilang itu.

Dan projek seterusnya adalah membina dan membaik pulih sebuah pesantren bagi membantu anak anak yatim dan miskin mangsa gempa. Kedudukan pasentren ini amat istimewa sekali, ia berada di dalam perkampungan yang jauh dari bingitan kenderaan dan yang paling bestnya berada beberapa meter sahaja dari pantai. Peh memang best. Ruang makan berhadapan dengan pantai dan padang permainnya sudah pasti di tepi pantai.

26 December (Sabtu) petang aku bertolak ke Dumai. Wah ini nak citer ni, journey yang paling tak boleh nak lupakan. Dari Pariaman kami bertolak ke Dumai dengan menaiki sebuah van. Di dalam van ada 8 orang termasuk pemandu van. Aku duduk dibelakang sekali manakala Sheikh Siraj aku suruh duduk disebelah driver, sebab dia besar. Bersama aku sepasang pengantin muda yang baru sahaja bernikah, 2 orang makcik dan seorang cewek gitu. Perjalanan kami bermula jam 6 petang dan difahamkan akan sampai ke Dumai jam 6-7pagi kesokan harinya (12jam). Hemm sepanjang perjalanan itu aku kira seperti macam minta nyawa, sepanjang perjalanan hujan, kejap lebat kejap gerimis, jalan rayanya pula, adoyai dah rasa macam naik 4x4jer rasanya. Pak Supirnya pula tekan minyak macam takder padlejer dia buat, jalan lurus ke, jalan lap ke, jalan berlobang ke, naik bukit ke, turun bukit ke, kat depan ada lori ke, dia nak potong queue dia punya suka, meter kelajuan dia samajer, berhenti pun 2 pit stop, itupun tak sampai setengah jam. Punggung aku dah rasa kematu, dahtu pulak aku rasa bukan duduk kat atas kusyen sit kete, tapi dah rasa macam duk kat atas besi sebabnya sit dibelakang itu hanyalah sit tambah buat sendiri bukan sit original, makna kata aku duduk atas besijer, adoyai sengal beb. Dan paling aku tension, couple yang sebelah aku ni asyik bermanja manjaan, aku tengokpun dan nak pecah kepala, beb langsung tak respect kat gue beb, agak agaklah, apa apa hal tunggulah bila dah sampai rumah, hampeh. Dan sepanjang perjalanan itu, Pak Supir langsung tak on aircond dan buka pula lagu dangdut sekuat yang boleh, tapi sound system memang power, berdangdut aku sepanjang journey tu, nak pecah anak telinga aku.

Aku sampai ke Dumai jam 7pagi. Alhamdullilah selamat dan paling aku tak percaya Pak Supir tu langsung tak rasa letih, dia selamba rockjer. Sampai sampai dia lepak dengan kekawan dia yang lain sambil layan Gudang Garamnya, gua respect lu Pak Supir (umurnya aku jangkakan sekitar 50an). Di Dumai terpaksa pula menunggu hingga jam 12tengahari untuk naik ferri. Aku dan Sheikh Siraj apalagi layan pusing kat area tu dengan beca. Kesian Pak Beca tu bila kena bawak 2 bebanan yang teramatlah beratnya. Jam 12 naik ferri pastu sangkut 2 jam pulak. Ferri overloaded, so terpaksa mencari penumpang yang masuk ke dalam secara haram. Di jeti Dumai mamat Imigresen Indon bengang dengan kami, dia nak pau tapi kami buat tak layan haa haa haa. Tepat jam 2.30ptg baru ferri bergerak dari Dumai dan aku tiba di Port Klang jam 6petang. Sampai di Port Klang kami tersekat pula kat Kastam Malaysia, sama gak nak pau kami, tapi tolonglah kami sudah bayar bak sini receipt Brother, orang lain boleh dengan kami boleh blah, banyak lu punya songeh, allo kami balik dari membantu orang tau bukannya pergi berhuha huha okay. Dari Port Klang kami ambik Komuter, tanya teksi gilo apo diaorang mintak 80-90 hinggit. Naik komuter save sikit. Walaupun macam naik ulat bulu. Slow and steady hua hua hua.

Akhirnya aku sampai rumah pukul 12 malam. Letih beb, letih perjalanan sebenarnya, yealah kalau kira kira Pariaman-Dumai 12jam. Dumai-Port Klang 4jam, Port Klang-KL Sentral 1jam, KL Sentral-Setiawangsa 30minit, Setiawangsa-Rumah Aku 15minit. Hemm kiralah sendiri. Esoknya aku MC. Sengal satu badan beb hu hu hu ..

Terima Kasih kepada Sheikh Siraj, Chief Field Officers Malaysia Relief Agency kerana menumpangkan dan belanja makan minum aku, Pak Yus dan Pak Irfan diatas ukhuwah yang hebat ini. Dan kepada kekawan yang layan citer neh dan ingin membantu seadanya, bolehlah layari web mereka di http://www.mra.com/

jL : Sudah lama tidak berusrah dan malam itu dapat berusrah dengan teman teman dari Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia Cabang Pariaman dan di isi dengan tazkirah oleh seorang Ustaz Muda. Alhamdullilah.

Monday, December 21, 2009

TSUNAMI

Gegar gempa pasak bumi
Gelodak pusar ombak
Punah, derita hidup pasrah
i
Anak disusuan, ribaan hanyut dibawa keras deras
Kemana ibu, dimana ayah, kakek, mbah hilang segala
Jerit pekik hening oleh deruan pusar air menyusur seperti ular mengganas
ii
Tolong…. Lolonglah, pekiklah sekuat hati mana
Tiada erti, semua nafsu nafsi
Umpama masuk kubur kambus sendiri
Tanpa mengetahui siapa gerangan yang akan menggali
Bergelimpangan tanpa nesan, tanpa tal’qin,
Tidak disirami, tiada bunga tiada yang menangisi
iii
Entah apa bala ini, mengapa bencana harus terjadi
Apakah dosa telah terlalu menimbung tinggi menggunung
Adakah tangan-tangan comot mencemar kotor
Kesucian Ilahi
Lantas ,
Lantas Tsunami
Datang mu tidak ketahui, menunjukkan diri
Mengejut kami, mengetok pintu hati, yang makin lupa ini
Pulanglah, ayuh pulanglah Tsunami
Pergilahmu kamu., tidak mahu kau kembali lagi
iv
Tinggalan panahanmu amat ngeri, getir, ngilu luka parah
Hingga kering air mata ini
Akal keramat jadi kesasar buntu
Panik, jiwa kekhayalan dalam kegalauan, goncang segala keimanan









Peringatan ALLAH yang semakin dilupakan

v
Mata melihat hati berbicara gelisah bergelora
Di sini ada mayat , tembok runtuh menunjuk arah
Di sini ada mayat, sekeping papan menutup tubuh
Di sini ada mayat, sehelai kain menjadi tanda
Di sini ada mayat, sekumpulan pemuda mencari korban
vi
Di situ ada mayat, tergelimpang menanti tuk disempurna
Di situ ada mayat, mereka sedang menggali lubang besar
Di situ ada mayat, seribu dua ribu entah beribu-ribu
Tanah dikambus menutup derita
Tanah dikambus menutup sengsara
Tanah dikambus menutup merana
Tanah dikambus menutup segala
vii
Dari utara negara, di seberang Aceh dan nun sejauh Sri Langka
Mereka menangis dan menangis
Mereka berduka dan terluka
Bangun ayuh bangunlah semula
Agar kembali ia seperti sediakala







Al-Fatihah









Tuesday, December 15, 2009

Persidangan YB-YB Review BINGKAS

Persidangan YB-YB BINGKAS telah diadakan pada 11-13 December di Lembah Azween Resort dan mengumpulkan sebilangan YB yang terlibat yang mewakili Kementerian masing-masing. Persidangan Review BINGKAS ini adalah untuk membuat post-mortem BINGKAS 2009, mengenalpasti kelemahan, kekurangan dan seterusnya membincang dan mengemaskini modul, method dan penambahbaikan gerak kerja untuk BINGKAS 2010. Di setiap kementerian diwajibkan untuk mengolah modul sokongan di samping pembaharuan modul yang sedia ada. 6 kementerian telah dipertanggungjawabkan :

1] Kementerian Asimilasi : YB Alisah, YB Lilik (Temerloh), YB Alma (Temerloh), YB Fendi (Hulu Langat) dan YB Naqib (Filipina)

2] Kementerian Sir Games : YB KakZ (Sarawak), YB Najwa, YB Pa’an, YB Shuai (Sri Kembangan)

3] Kementerian Kembara Si Celik/Info Hunt : YB Mas, YB Anizah (Ampang), YB Wahida (Temerloh), YB Hashimah

4] Kementerian X-Files/Rekflesi/Moral : YB Niezam (Gaza), YB Fait, YB Tuan Haji Hamzah (Sarawak), YB Sara, YB Yati

5] Kementerian Cergas Cerdas : YB Shahrul (KotaSeputih), YB Sue (ParitBuntar), YB Ina ( BatuCaves Korea), YB Yus

6] Kementerian Parenting : YB Nal, YB Abg Hamidon, YB KakJam

Persidangan ini telah diSpeakerkan oleh YDP Persidangan Dewan YB Zakiah Senin (Pahang) dengan jayanya begitu sekali berjayanya, betul berjaya, percayalah ..

Persidangan selama 3 hari ini telah berlangsung dalam suasana yang penuh “sungguh riang melihat mereka ceria”, gembira, gelak ketawa dan ditukar ganti dengan sedikit emosi sedih, serius, pecah kepala apabila sessi pecah kepala. Namun begitu ukhuwah yang terbina di antara YB YB yang hadir begitu mantop sekali, kerjasama yang begitu mantap dan dapat dilihat di setiap raut wajah dan perlakuan yang ditunjukkan oleh YB’s begitu teruja untuk melaksanakan BINGKAS 2010. Team Building yang begitu mencabar, memperlihatkan sekali lagi bagaimana setiap YB’s telah bersedia untuk menghadapi segala cabaran mendatang. Diharapkan perjalanan program BINGKAS 2010 nanti dapat dilaksanakan dengan penuh professional dan ikhlas dihati. insyaALLAH. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada Speaker YDP Dewan YB Zakiah dan Yayasan SALAM, dan cayalah tabik hormat (tepuk tepuk kanan, tepuk tepuk kiri, tepuk tepuk tengah haahaahaa) pada semua YB’s yang hadir, kita jumpa di BINGKAS 2010 nanti.

jL: YB itu adalah Yang Berperanan, Yang Berkhidmat tanpa inginkan imbuhan, Yang Berkorban wang, masa dan tenaga, Yang Bersedia membantu apabila diperlukan, Yang Bersukarela dengan ikhlas, Yang Bersemangat membantu anak bangsa, Yang Bersahabat dengan semua, Yang Bersusah dan senang bersama, Yang Berprofesional didalam kerjaya dan Yang Bersanding bila bila masa .. hee hee hee .. SELAMAT BERSUKARELA BEB …

- sudahlah yang berhormat, duduklah yang berhormat, tarik balik yang berhormat, saya tarik balik, hua hua hua .. beskan – YB YB bilik 11, segala perdebatan anggaplah satu kebaikan dan pembelajaran kita bersama yea .. Maaf Zahir Dan Batin : YB Niezam (Gaza)

Wednesday, December 9, 2009

alahai artis 1mesia ...

aku ada cerita lawak tapi tak tahulah lawak atau tidak, kalau bagi aku lawaklah tetapi kalau yang terkena tidaklah kot .. ini kisah beberapa hari lalu ..

alkisah .. toyyibbb .. alkisah di suatu hari bukan di padang pasir tetapi di area Bukit Bintang .. toyyibbb … huahuahua .. camnie ceriteranya, kawan aku, dia ni di kalangan kami lebih dikenali seorang Ustaz, Ustaz Has, memang rajin mencari duit, berbagai perniagaan yang dia buat, dari MLM hinggalah ke perniagaan berinternet, Ustaz suka menjual produk poduk kesihatan, lebih lebih lagi untuk kaum Adam hehehe .. nak jadi cerita, Ustaz dapat roger dari seorang pelakon lelaki, memang fofulor gila mamat nie, banyak berlakon drama dan filem, pengarah lagi ..

si mamat ni berminat dengan produk dalam internet dan ingin berjumpa dengan Ustaz, mana tahu jika ada peluang berkerjasama, Ustaz tidak tidak tahu yang orang dia hendak jumpa ini seorang artis, so apabila Ustaz tiba di tempat kejadian, Ustaz terperanjat Dinosaur, walaupun mamat ni memakai topi (nak cover dari peminatlah kununnya), tetapi lubang hidung ko tetap dikenali, Ustaz tanya dia ni artis lelaki yang top tu ke?, si mamat ni senyum “kenal juga saya yea”, Ustaz balas balik “yealah popular kan?”, so bermulalah perbincangan mereka, nak buat itulah nak buat inilah, pastu jual nama artis inilah artis itulah, nama artis pompuanlah, apa dia ingat Ustaz ni macam perangai dia kee suka main mainkan pompuan, sengal ..

tiba tiba dia minta hp Ustaz, katanya nak call seseorang, Ustaz terkejut lagi, kan ke dia ada hp, alasannya line takder, apo gilo ko kat area Bukit Bintang takder line, so tanpa bersangka buruk, Ustaz memberikan hpnya, mamat artis ni menekan nombor di papan kekunci hp, “hello” dia bangun dan mula beredar perlahan dengan perlahan dengan perlahan, semakin jauh dari Ustaz, Ustaz biarkan sahaja mungkin perkara penting mungkin hal peribadi, Ustaz terus menghirup air Nescafe kow, kerana terlalu lama menunggu, Ustaz toleh ke belakang, alamak ehh, Ustaz kena tipulah, mamat tu hilang dengan hp sekali, Ustaz tepuk dahi, “aku sudah kenalah”, Ustaz kena tipu hidup hidup, memang pelakon betul, Ustaz rasa dah macam kat dalam dramalak pulak, Ustaz balik, Ustaz garu kepala, tersengih pahit payau, habis semua contact business Ustaz hilang ..

malam Sabtu lepas (05.11.2009) aku nampak mamat ni di sebuah restoran makanan segera Ampang, aku call Ustaz, Ustaz datang nak tengok camner riak muka mamat sengal ni kalau nampak Ustaz, wey memang takder perasaan betul, dia nampak Ustaz tapi buat buat tak nampak pulak .. adoyai, yang pasti muka dia memang cuak, cepat cepat dia blah dari situ, aku rasa tak sempat sendawa pun, badigol betul, yang aku heran tu Ustaz masih boleh senyum dan bersabar lagi, tapi yealah kan, apa boleh buatpun, memangdah banyak cerita tentang si mamat ni, dia ni memang mental sikit, atau emangnya mental bangat gitu ..

so moral of the story, actor is actor ok .. diaorang akan berlakon sepanjang masa .. tapi yang aku paling heran sesangat, apakee sengkek sangat mamat ni sampaikan hp harga 2-3 ratus pun nak rembat .. bikin panas ini cerita kan kan kan ..

jL : pelakon ni semua orang kenallah, mamat ni bikin pilem boleh tahan kaya raya tapi nak beli hengpun herge 3-5 ratus pun tak mampu .. aparaaaa ..

Sunday, December 6, 2009

tangan tangan syaitan itu

Tangan tangan syaitan itu tidak akan pernah puas
Tangan tangan syaitan itu tidak akan duduk diam
Tangan tangan syaitan itu akan terus memendam .. (bunuh)
Tangan tangan syaitan itu akan terus berdendam .. (Islam)
Tangan tangan syaitan itu akan terus mengidam .. (darah Pejuang)
Tangan tangan syaitan itu akan terus menggila .. (menghancurkan Islam)
Tangan tangan syaitan itu akan terus bersikap kejam .. (menghapuskan Zuriat Pejuang)
Tangan tangan syaitan itu akan terus membabi buta .. (membuli Negara Islam)
Tangan tangan syaitan itu akan terus berdurjana .. (menghamba abdikan pemimpin gila kuasa)
Tangan tangan syaitan itu akan terus kotor dengan najis terhina .. (yang tidak boleh dicuci selama)

Tangan tangan syaitan itu akan terus menoda
Tangan tangan syaitan itu akan terus bercelaka
Tangan tangan syaitan itu akan terus membawa duka
Tangan tangan syaitan itu akan terus membuat bencana
Tangan tangan syaitan itu akan terus melakukan onar
Tangan tangan syaitan itu akan terus bersifat perangai kesyaitanannya
Tangan tangan syaitan itu Israel, US, Britain dan syaitan syaitan sekepala mereka
Adalah bangsa-bangsa yang laknat bangsat dan akal fikiran yang teramat sesat

Tuesday, December 1, 2009

soal hati : sakit hati sangat ni beb

Nihaa aku masih hendak menyentuh soal hati lagi, tetapi ni bukan soal hati cinta cintan gitu, tetapi soal sakit hati. Apa perasaan anda kalau di tahan Si Penguasa Uniform Biru di hadapan kereta anda, di dalam parking apartment anda yang hanya boleh masuk menggunakan access card, makna kata kalau tiada access card anda tidak boleh masuk ke dalam kawasan parking kereta apartment anda .. begini ceritanya :

Tanggal 29 November 2009, Masa 9.00 malam. Aku baru balik dari Bukit Beruntung program di sebuah Sekolah Tahfiz. Sekitar 8.30 malam aku “dinner” di Restoran Pak Lan. Aku perasan ada 4 orang Si Penguasa Uniform Biru (SPUB) sedang menikmati juadah makan malam, lantak diaorang lah hendak makan apapun. Seusai aku membayar, aku beredar dan pada masa yang sama semua SPUB itupun bergerak juga. 2 biji kereta Waja Putih, sebuah membelok ke kiri jalan dan sebuah lagi dibelakang aku, lantaklah diaorang hendak pergi mana, bukan masaalah aku.

Nak masuk parking, seperti biasa kena touch access card dahulu baru pintu gate terbuka (detail ni), aku letak kereta di tapak yang aku beli sebanyak RM9,000.00. Bukan murah ok. Seperti biasa selepas lock, aku akan check balik pintu kereta, kerana pintu kereta aku ada masaalah auto lock. Semasa aku check kedua kedua pintu itu, sebiji Waja Putih tiba tiba muncul betul betul dihadapan kereta aku. Si Driver telah merenung tajam pada aku dan pada masa yang sama aku tidak endahkan. Selepas aku puashati kereta aku terkunci, aku beredar kearah lif. Tiba tiba Waja Putih tersebut menghon aku dan Si Driver dengan wajah tidak puashati memanggil aku dari dalam kereta ….

Si Driver SPUB (Melayu) : minta IC (dari dalam kereta tidak keluar)

Aku : kenapa (menunjukkan riak tidak puasa hati)

Si Driver SPUB : saya kata minta IC (sedikit tinggi dan baru keluar dari kereta)

Aku : nah .. (menghulurkan IC ) .. lesen taknak sekali ? (muka aku dah merah)

Si Driver SPUB : abang duduk sini kee ? (sambil memandang aku atas bawah)

Aku : saya orang pertama yang duduk sini, beli dan rumah sendiri, itu kereta sendiri dan motor di belakang tupun sendiri punya (suara agak keras dan menggeletar kemarahan)

Si Driver SPUB : (tidak mengacuhkan apa yang aku cakap dan terus mencatit nama aku)

Rakan SPUB (India) : (keluar dari kereta menghulurkan tangan) .. wah lamanya abang duduk sini .. kami ronda ni bang (sambil tersenyum)

Aku : (menghulurkan tangan dan tersenyum) emm ya,

Rakan SPUB : kami selalu juga lihat budak budak di sini yang masuk ke kawasan apartment ni, selalunya kami halau mereka (aku tak tanyapun)

Aku : yea terima kasihlah

Si Driver SPUB : terima kasih (menghulurkan IC aku tanpa memandang)

Aku : (mengambil IC tanpa memandang dia juga)

yang aku bengang sangat, walaupun aku sudah bagi tahu mamat ini, aku duduk disini, kereta aku, motor aku tetapi dia masih hendakkan IC aku, apahal, lagipun kawasan parking ni bukan kawasan hitam, 24 hours security, dan paling aku hangin satu badan, kenapa hendak tunjuk kan sangat yang anda tu berkuasa dengan sikap angkuh dan sombong, aku faham tu tugas, tapi janganlah berlagak sangat, lagipun takkan aku nak pecah masuk kereta aku sendiri, pada mulanya aku malas nak bagi IC aku, aku tidak melakukan apa apa kesalahan, tetapi tiba tiba aku terfikir, tak pasal pasal jer nanti nyawa melayang kat parking kereta, alasannya nanti cuba melawan/menghalang penjawat awam, apalagi aku melihat di sisi pinggangnya benda berpeluru, kan kee seminggu dua ni, berapa ramai yang mati katak kena tembak, OKU pun diaorg tak peduli, baru aku teringat sebuah pantun English yang aku dapat thru email, sound like this :

Malaysian Street Gossip The 'missing cycle' goes like this in Malaysia :............
Get Vietnamese workers, dogs missing.
Get Bangladeshi workers, Malay girls missing.
Get Indonesian workers, money missing.
Get Indian workers, jewellery missing.
Get Chinese maids, husbands missing.

And now ..

Call the police, the evidence goes missing,
Call the lawyers, the judge go missing,
Call the home ministry, the reports go missing
Current government, funds go missing,
Say something and you may be missing.

jL : Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebalanga, so jangan salahkan orang awam sekiranya segelintir mereka rasa phobia yang amat sangat dengan SPUB, bukan phobia takut lakukan kesalahan tetapi phobia menyampah .. jagalah integriti anda dan dihormati orang seperti anggota Bukit Kepong .. wallahuallam ..