in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Thursday, January 28, 2010

Memikirkan Masa Hadapan

Sudah bermacam macam, berbagai bagai, caca marba rojak pasembur aku rasa suasana di 1Negara ketika ini. Cuaca semakin hari semakin panas, walaupun kadangkala hujan di petang hari namun panasnya malahan makin membara. Panas bukan kerana terik mentari tetapi panas di lubuk hati. Isu isu yang terkucil menghangatkan suasana begitu sekali. Ada isu yang tidak sepatutnya diperbesarkan yang boleh di bawa berbincang, bermuzakarah tetapi telah dipanaskan dengan kata kata amaran atau amarah, sehingga setiap kata kata yang keluar dari “mulut-mulut itu” menyebabkan perkara yang tidak terfikirkan boleh berlaku. Apatah lagi yang menerima setiap kata kata itu hanya mengikut hati yang yang buta dan membuta tuli pula bertindak tanpa memikirkan akibat mendatang. Hati yang jiwa kacau, selalunya sukar menerima nasihat maka itu setiap tindakan hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Mencetuskan suasana yang tidak selesa dalam suasana yang sehangat ini.

Hati yang jiwa kacau jugalah yang kadangkala membuat tindakan yang difikirkannya boleh menjadi popular dan juga tidak menyedari kepopularan itu bakal menjadikan ia satu bencana. Kadangkala harus ada ketikanya berhenti dari bertelagah atau mencari salah di antara satu sama lain. Cari jalan penyelesaian yang boleh memberi kebaikan untuk sesama untuk semua. :Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan:

Hentikanlah segala tindakan yang merugikan ini. Fikirkan zuriat mendatang yang masih menghitung hari masa hadapan. Anak anak kita masih jauh perjalanannya. Mereka perlu hidup dalam cuaca suasana yang cerah, secerah awan biru yang mendung mendinginkan. Jangan dibakar jiwa mereka dengan sikap ego angkuh dari yang lebih dewasa itu, tunjukkan tauladan cemerlang dengan jiwa yang yang sihat dalam roh Islam. Janganlah mencari populariti dari isu yang mencemas lagi mendebarkan. Ini tidak membantu masa mendatang, sekali lagi ia tidak membantu masa mendatang untuk anak anak kita.

jL : Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu sering bersaing dan selalu berbalah.

Jikalau Tuan Mengangkat Peti
Berhati hatilah Jangan Tersepit Jari
Jikalau Kita Bersatu Hati
Segala Dugaan Cabaran Mudah Diatasi

Friday, January 22, 2010

Derhaka itu NERAKAlah tempatnya

“SYURGA itu di bawah telapak kaki ibu” .. betapa malangnya Si Penderhaka penderhaka ini, apabila peluang yang dibentang seluas luasnya oleh ALLAH SWT tidak digapai sepenuhnya. Peluang untuk berjasa dengan insan yang diangkat tertinggi oleh ALLAH SWT itu di buang begitu sahaja. Betapa si Penderhaka ini begitu berani sekali menidakkan hukum ALLAH yang telah dicatatkan di dalam Kalam Al-Quran, "neraka jahanamlah tempatnya bagi yang menderhakai ke dua ibubapanya"

Seminggu dua ini aku rasa tidak tenteram apabila membaca di dada akhbar, berita yang sakit dan menyesakkan hati dan jiwa. Berita yang aku rasa, hendak sahaja berdepan dengan mereka mereka ini dan seterusnya memberi setapak kaki dua di muka. Dalam sebulan Januari 2010 ini sahaja, berapa ramainya yang sudah samaada dengan rasa sukarela atau dengan sengaja mendaftarkan diri untuk menjadi ahli Neraka, Nauzubillah.

Seorang bapa ditinggalkan di sebuah pondok menunggu bas, seorang ayah ditinggalkan di sebuah klinik, seorang ibu membakar dirinya akibat kecewa dengan sikap anak perempuannya yang akhirnya dijemput Illahi, hari ini pula (22.01.2010). Seorang ibu yang sanggup berhutang dengan keluarga dan rakan untuk membeli tiket kapalterbang merentasi lautan dari Sarawak ke Semenanjung semata mata ingin bertemu dengan anak perempuannya bagi melepaskan rindu.

Namun malang bagi si ibu, setelah diketemukan dengan anaknya bersama suami. Si Derhaka anak perempuannya itu dengan sombong, angkuh dan bongkak tidak mengakui seorang tua yang berada dihadapannya itu adalah ibu kandungnya. Pulanglah si ibu dengan hati sebak penuh luka terguris kerana sikap kebiadapan zuriatnya.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.

Biarlah sekejam, sehina, sebusuk manapun ibu bapa kita, mereka tetap darah daging kita, darah mereka tetap mengalir di dalam tubuh kita. Biarlah bekas rotan, parut malahan jika kita telah dibuang ditepi longkang sekalipun, jangan sesekali kita mendendami mereka apalagi menzaliminya. Pahala besar milik kita apabila melupakan segala perbuatan mereka itu dan semakin bergandanya pahala kita semakin dengannya kita dengan SYURGA apabila kita menjaga mereka di ketika masa masa tua, di masa sisa sisa terakhir mereka yang ada untuk melihat dunia ini. Percayalah doa seorang anak yang soleh solehah itu mampu menempatkan mereka damai di “sana” nanti. Dan suatu hari nanti kita juga bakal menjadi ibu dan ayah, apakah kita tidak takut apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita sebelum ini akan terbeban pula pada kita nanti. Fikir fikirkanlah selagi kita boleh berfikir.

Apabila seorang bayi itu ingin dilahirkan, si bayi merasa khuatir siapakah yang akan menjaganya di dunia nanti, maka malaikat berkata dengannya penuh ikhlas dan keyakinan “apabila kau berada di dunia kami sudah tidak dapat lagi menjagamu, tetapi percayalah telah menanti dua malaikat yang akan menjagamu dengan penuh kasih sayang, mereka adalah ibu dan bapamu”.

jL : hayati lirik ini, Your Mother by Yusof Islam

Who should I give my love to? .. My respect and my honor to .. Who should I pay good mind to? .. After Allah And Rasulullah .. Comes your mother .. Who next? Your mother .. Who next? Your mother .. And then your father .. Cause who used to hold you .. And clean you and clothes you .. Who used to feed you? .. And always be with you .. When you were sick .. Stay up all night .. Holding you tight .. That?s right no other .. My mother .. Who should I take good care of? .. Giving all my love .. Who should I think most of? .. After Allah And Rasulullah .. Comes your mother .. Who next? Your mother .. Who next? Your mother .. And then your father .. Cause who used to hear you .. Before you could talk .. Who used to hold you? .. Before you could walk .. And when you fell who picked you up .. Clean your cut .. No one but your mother .. My motherWho should I say why close to? .. Listen most to .. Never say no to .. After Allah And Rasulullah .. Comes your mother .. Who next? Your mother .. Who next? Your mother .. And then your father .. Cause who used to hug you .. And buy you new clothes .. Calm your head .. And blow your nose .. And when you cry .. Who wiped your tears? .. Knows your fears .. Who really cares? .. My mother ..
Say Alhamdulillah .. Thank you Allah .. Thank you Allah .. For my mother.

Tuesday, January 19, 2010

ikut rasa hati : tamak

Kakinya memijak ranting ranting rapuh yang gugur ditiup angin. Berjalan berkaki ayam tanpa arah tanpa tujuan. Walau terasa sakit, dia membiarkan sahaja. Sakit itu sudah alah bisa tegal biasa. Luka itu akan sembuh bila ia ingin sembuh. Lama atau tidak, dia tidak pernah ambil peduli. Bajunya yang koyak sana sini jelas mendedahkan tulang dari kurus badannya yang telah beberapa hari tidak menjamu sebarang makanan. Tekaknya sudah mula perit, haus, cuaca yang panas menambahkan lagi kering anak tekaknya. Nun dihujung jalan kelihatan sebuah gerai meriah dengan ramainya pelanggan. Dia tersenyum, ahh mungkin ada sedikit rezeki agaknya.

Riuh bunyi sudu dan garpu berlaga dengan pinggan, seolah sedang beradu tenaga, menambahkan lagi seleranya. Dia mendekati sekumpulan yang duduk di sebuah meja bulat. Penuh meja itu dengan makanan, seolah meja itu akan terbalik, terlingkup dek banyaknya makanan tersusun. Dia menghulurkan tangan, “eh pergi kesana busuk, kau tak nampak orang tengah makan ni”, terkejut dia diherdik begitu sekali, berundur dia setapak kebelakang, takut diherdik lagi. Semua mata memandang kepadanya. “Hey Brother, keluar dari sini, kau jangan kacau perniagaan aku, pergi”, dihalau pula empunya kedai makan. Dia tertunduk malu, beredar dari jerit pekik hina dan cacian oleh suara suara itu.

Encik, tunggu sekejap”, lembut suara dari arah belakang. Dia menoleh, merenung sesusuk tubuh yang berdiri dihadapannya. “saya kenal awak ke?”, orang itu tidak berkata. Dia terus merenung muka orang itu.

“Aku kata kau berambus berambus, keluar dari pejabat ini”, tengking En Malaya. “tapi Encik, percayalah saya tidak melakukannya, Encik tolonglah saya ada anak bini Encik, kasihanilah saya Encik”, rayu Faisal agar En Malaya tahu itu semua hanyalah satu tuduhan yang ingin menjatuhkannnya. “sudah, apa aku peduli engkau ada bini atau ada anak, kalau dah tahu semua tu, kenapa kau buat hah, engkau ingat duit syarikat yang kau gelapkan ini duit mak bapak kau”, keras En Malaya, marahnya semakin menjadi “mulai esok saya tidak mahu melihat lagi muka awak di pejabat ini, keluar”, sambil menudingkan jari telunjuknya kearah pintu.

hemm, puas hati aku, baru kau tahu siapa aku, kunun pekerja yang jujur dan amanah, piirahh”, suara puashati, “En Malayapun satu, percaya bulat bulat apa yang aku cakap, ahh itu semua tak penting, yang aku tahu, duit itu kepunyaan aku”, “Najim masuk kedalam”, tergesa gesa dia ke bilik En Malaya, “Najim mulai esok awak akan mengambil tempat Faisal, awak dinaikkan pangkat dengan serta merta,” lebar senyum Najim, “wah, dahlah dapat duit, dapat naik pangkat lagi, rezeki rezeki”, jeritnya di dalam hati.

Faisal ke ni, Faisal ke ni”, “yea En Najim”, dia berlari kearah Faisal, ingin memeluknya, tetapi langkahnya terhenti, dia sedar, sekarang dia tidak lagi berbaju kemeja bertali leher, berbaju “kot” mahal, berseluar slack harga ribuan, berkasut kilat silih berganti, yang terlekat dibadannya kini, baju yang koyak disana sini, seluar panjang yang kusam berbau, kaki tidak beralas. Dia tertunduk malu, malu yang amat sangat.

Mari En Najim, kita makan dan minum dulu”, Faisal menarik tangannya, “ya ALLAH, insan ini, dialah yang aku hancurkan masa hadapannya, dialah yang aku burukkan di belakangnya, dialah yang aku tuduh berbagai semata mata inginkan pangkatnya, tetapi kini dia sedang menarik tanganku dengan penuh keikhlasan tanpa sebarang dendam”, matanya mula redup, kelopaknya telah jernih, kakinya layu untuk melangkah. “En Najim, orderlah nak makan apa”, “Faisal tolong jangan panggil saya Encik”, “baiklah, abang Najim, mintalah apa yang abang nak makan, saya tengok abang lemah sangat”, “ya ALLAH kecilnya hambaMU ini, aku yang dahulu berlagak sombong, aku yang sering membuli, aku yang sering menzalimi sesama insan, aku yang sering membezakan yang miskin atau kaya, tetapi belum aku mati sudah ENGKAU balas segala itu di dunia ini, ya ALLAH, maafkan aku ya ALLAH”, dia mengetap bibirnya yang kering.

sudahlah abang Najim, saya sudah maafkan abang, lama dah”, seperti tahu apa yang bermain di dalam fikirannya. Faisal membuka mulut sementara menunggu makanan tiba, “tapi Faisal”, lidahnya kelu tidak dapat berkata, hiba dengan layanan yang diterima.

abang setiap dari kita akan melakukan kesilapan, sikap tamak haloba, dengki mendengki, zalim menzalimi, mengadu domba dan berbagai sikap yang dibenci dan dilaknat oleh ALLAH itu memang tidak boleh disisihkan dari kehidupan manusia, hanya manusia yang sering mendekatkan dirinya dengan ALLAH dan Kekasih ALLAH Nabi Muhammad SAW di jadikan panduan dan ikutan sahaja yang dapat mengelakkan kita dari semua maksiat dan kebiadapan itu, abang baliklah ke pangkal jalan, bina kembali hidup abang, sebenarnya abang beruntung kerana di dunia ini ALLAH telah membalas segala perbuatan abang di jalan yang salah itu, maka abang carilah kembali jalan yang lurus, jalan yang sebenar benarnya, saya yakin dan pecaya, sekiranya abang telah benar benar merasa insaf dan ingin membersihkan diri dari segala kebajatan itu, lakukankanlah, jangan menangguh lagi, kerana hidup kita ini tidak lama”, lembut nasihat Faisal.

insyaALLAH, ALLAH akan bersama sama umatNYA yang ingin bertaubat keranaNYA, kalau abang senang nanti, abang datanglah kerumah saya yea, sekarang saya sedang mengusahakan sebuah perniagaan menjual barangan keagamaan dan pada masa yang sama saya ada menubuhkan sebuah Yayasan untuk membantu anak anak yatim, miskin dan saudara baru, sekiranya abang sudi, bolehlah saya ambil abang bekerja di Yayasan saya nanti, ini kad saya, Assalamualaikum ”, setelah membayar makanan Faisal beredar, “Wa’alaikummussalam” kad itu digenggamnya, “ya ALLAH kau lindungilah umat MU itu dari segala kesusahan dan kesukaran” ….

Tuesday, January 12, 2010

Catatan Si Sukarelawan: 3

Tanggal 2004, pulangnya aku dari Jakarta, aku mendaftar pula dengan sebuah badan NGO yang beribupejabat di Petaling Jaya. NGO ini menjalankan gerak kerja sukarelawan di dalam Negara di samping itu mereka juga mempunyai Sukarelawan sepenuh masa yang bertugas di Timor Leste, Cambodia dan beberapa Negara lain. Namun aku seperti biasa hanya mendaftar sebagai Sukarelawan biasa biasa ajer.

Tidak aku sangka pula, yang kononnya hanya ingin menjadi Sukarelawan biasa biasa ajer. Terjebak pula menjadi Sukarelawan hardcore. Aku yakin ini juga kerana pengalaman yang aku ada, maka pihak NGO terbabit telah memperlawa aku untuk menjadi sebahagian team core mereka. Peluang yang diberikan pastinya aku tidak tolak, ini semua pastinya untuk aku lebih mematangkan, memajukan, menambahbaik, memantopkan kerja kerja Sukarela aku, Bermula dengan dilamar sebagai sebahagian dalam Team Training, kemudian di amanahkan sebagai mentor (poyo), fasilitator di dalam program program motivasi, sebagai wakil penceramah di dalam program program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan NGO lain, khemah kerja sehinggalah di berikan tanggungjawab yang besar dalam pasukan Operasi Bantuan Bencana Kemanusiaan di dalam dan luar negara antaranya Bencana Tsunami Acheh, Gempa Bumi Pulau Nias, Sumatera, Gempa Bumi Jogjakarta dan bencana banjir besar di Malaysia.

Sehingga kini hari ini aku tidak nafikan betapa banyak pengalaman pahit manis yang aku kumpulkan, yang jika dibuku rasanya boleh di”market”kan, kununnya lah, yoyo’oojer .. hee hee hee .. Sedikit juga pengalaman itu adakalanya hampir hampir membuatkan aku hilang semangat, putus asa, kecewa, marah, sedih, hangin satu badan, ntah macam macam lagi .. tetapi .. apabila aku memutarkan pula betapa banyaknya kenangan terindah, manis, gumbira, ceria, terharu, dihargai segala usaha dan kerja aku oleh insan insan yang aku bantu, contoh seadanya seperti yang buta mengenali aku hanya dari bunyi derap tapak kaki, yang pekak berkomunikasi dengan bahasa isyarat yang indah lenggokkan tangan, anak anak yatim yang sering merindui aku, anak anak miskin yang menghargai setiap pemberian aku, saudara baru yang menjadikan aku sebagai teman berbicara bersoal jawab tentang agama, dapat pula bersukarela ke luar Negara, menjalin persahabatan dengan teman teman sukarelawan yang berlainan Negara, agama, bahasa, bangsa dan tatacara kehidupan. Merasai sama segala kesakitan, kepedihan, keperitan, kesedihan, kehilangan dalam misi misi bantuan kemanusiaan. Semua ini telah menambahkan kekuatan dalaman aku untuk terus bersukarela.

Tidak akan aku lupakan kepada abang, kakak, sahabat, teman yang aku anggap sebagai wira aktivis sukarelawan, yang mana mereka mereka ini tidak pernah menadah tangan untuk meminta minta diberikan pangkat pujian, permaidani merah segalanya. Mereka begitu professional dalam setiap gerak kerja. Pengorbanan mereka terlindung disebalik wajah wajah ceria mereka, kerana mereka tahu anugerah telah mereka terima malahan lebih hebat dari anugerah yang dihibur di dada akhbar atau di kaca TV media segala.
Terima kasih kerana memberikan impak semangat sukarela yang hebat kepada saya.

sumber inspirasi : AyahandaKolManaf, AbgAzlan, AbgNurhashim, SdrAhmadSapar, DrHassan, SdriKhatijah, KakFauziah, KakAmirah, KakKamariah&Wak, KakAmoi, PuanZaidah, AllahyarhamRosdi, AbgYusof&Isteri, SdrRaffie, SdrIskandar, SdrSiraj

memberikan peluang dan kepercayaan : ProfDrChandraMuzzafar, AbgGhazali, AlangZakiah, EnGhani, KakOnnie

Aku doakan agar anda semua akan dilindungi ALLAH dan dipanjangkan umur, kepada semua Sukarelawan yang sedang beraktif selamat bersukarela dan aku memohon kepadaMU Ya ALLAH agar KAU kuatkan dan berikan kesihatan yang baik kepada aku agar aku dapat meneruskan perjuangan yang tidak seberapa ini. AMIN

jL : Ahad 090110 lepas aku menghadiri Program Anugerah Sukarelawan Yayasan SALAM Malaysia, bukan Anugerah Juara Lagu k .. (aku suka Yuna dapat no2 yeaaa : sebab dia panggil BULAN banyak kali haaa haaa haaa) .. Mulanya aku hadir kerana jemputan dari SALAM Malaysia dan juga ingin bertemu rakan rakan volunteer lain .. Eih tak den sangko pulak .. dapek gak den Anugerah .. Allhamdullilah .. apopun den anggap penganugerahan ini akan mengkobar kobarkan lagi semangat den untuk bersukorelawan .. insyaALLAH dengan izin ALLAH ..
TerimaKasih~Syukran~ThankYou~Arigato Yayasan SALAM dan tahniah juga pada rakan rakan volunteers yang turut sama menyandang anugerah Aktif dan Cemerlang .. thumps up to all’s ..

: Helping others is not a skill nor a practice, it is the sincerity that comes from heart of humans :

Friday, January 8, 2010

Catatan Si Sukarelawan : 2

Dari MKS aku mula melebarkan lagi langkah kakiku. Aku dipelawa pula untuk bersukarela di 2 “task force” yang berbeza : “task force – Islamicare Outreach” membantu rakan rakan yang cacat anggota: cacat penglihatan, cacat pendengaran, spastik, Down syndrome dan “task force – Children Wellfare Sponsorship Programe” membantu anak anak yatim, anak miskin dan saudara baru.

Membantu mereka ini telah membuka mata aku bahawa yang buta itu celik hatinya, yang pekak itu peka jiwanya, yang spastik itu kental semangatnya, yang cacat anggota itu tidak merasa kekurangan akan dirinya, yang anak miskin tidak pernah merasa dirinya terhina, yang anak yatim piatu begitu mendampakan kasih sayang namun tidak pernah berduka, saudara baru yang begitu istiqomah mencari nur cahaya dariNYA. Kadangkala aku tidak menyangka, aku mampu bergerak dengan penuh komitmen di dalam 2 organisasi ini. Mungkin juga rapatnya aku dengan mereka, seolah berkeluarga. Membuatkan aku tidak sedar banyaknya masa dan tenaga yang aku curahkan bersama. 2 organisasi ini, begitu banyak pengajaran dan pengalaman yang memotivasikan diri aku. Bergaul bersama sama mereka ini membantu aku menjadi seorang yang senantiasa bersyukur dengan apa yang ada. Melihat mereka tidak pernah mengeluh kesah dengan segala kekurangan ada ketika membuatkan aku merasa malu dengan diri sendiri. Aku belajar banyak tentang erti kehidupan.

Perjalanan aku teruskan, berkenal pula dengan seorang, Saudara, dia mempelawa aku, jika ada masa katanya, untuk bersama dengan sebuah Pertubuhan Belia Islam. Mengajak aku bersama berusrah sekali setiap minggu. Melakukan aktiviti yang bergerak ke satu perjuangan beramal dan berdakwah. Tanpa banyak soal, dan diketika itu aku sendiri ingin mencari sebanyak mana amalan yang boleh. Aku mendaftarkan diri dengan Pertubuhan Belia Islam ini. Tanpa disangka juga dengan pengalaman yang aku ada, aku dipertanggungjawbkan sebagai Exco di daerah Wangsa Maju. Tugasan ini aku terima dan aku galas penuh kesyukuran di atas kepercayaan yang diberikan. Bersama Pertubuhan Belia Islam ini, aktiviti aku lebih bertumpu dengan remaja remaja terlanjur, belia belia yang sedang mencari arah hidup. Setiap aktiviti banyak dilaksanakan di masjid masjid juga surau surau. Aku juga sering menterlibatkan diri dengan program program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Belia yang lain seperti program sukan, seminar, kursus, perkhemahan, sambutan kemerdekaan dan berbagai lagi. Aku sering diberikan tugasan menjadi AJK, Sekretariat, Motivator, Fasilitator, Penceramah dan adakalanya sebagai kaunselor tidak bertauliah oleh sebahagian peserta.

Pertubuhan Belia Islam ini merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan, maka tidaklah terkiranya aku menghadiri kursus kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan juga Jabatan Belia Dan Sukan Negeri. Sememangnya banyak ilmu yang aku dapat dan kenalan yang aku jalin dengan Pertubuhan Belia yang lain. Dan disini jugalah aku belajar erti persahabatan dan ukhuwah yang sebenar, yang bukan cakap cakap kosong atau retorik semata. Tidak dinafikan ada sebilangan dari rakan Belia yang keterlaluan politiknya, namun apabila bersama dengan kami beberapa kerat yang lebih mementingkan kemajuan para belia/beliawanis demi Agama dan Negara, mereka akur dan turut serta didalam setiap program tanpa memikirkan sentimen sentimen tertentu.

Dalam rangka perjalanan aku ini. Aku juga tidak mahu ketinggalan untuk bersukarela dengan NGO yang berani bersuara menentang kekejaman dan ketidakadilan sedunia. Aku amat berterima kasih sangat dengan seorang aktivitis Sukarelawan yang amat aku kagumi. Dia jugalah yang telah memperkenalkan aku dengan salah seorang Founder/Presiden di sebuah NGO Antarabangsa, sebuah NGO yang banyak menyentuh soal soal keadilan sejagat. Bersama NGO ini aku dapat berkenalan dengan ramainya individu individu yang tidak termungkin orang sebarangan dapat duduk bersama mereka. Semeja dengan Profesor professor terkenal dari Universiti Antarabangsa, Bekas Ketua Pengarah Nuklear PBB, Ketua-ketua Agama Negara luar, Aktivis aktivis yang diiktiraf PBB, Ketua Pertubuhan NGO besar luar Negara seperti Pertubuhan Nahdatul Ulama dan Pertubuhan Muhammadiah Indonesia, malahan dapat berbual ilmuan dengan seorang Profesor yang tugasan khasnya mengumpul dan mencari data tentang kekejaman Yahudi Zionis dan dijadikan sebagai bahan tesisnya untuk rujukan dunia dan PBB.

Pengiktirafan yang diberikan oleh NGO ini tidak akan aku lupakan. Apabila aku telah diwakilkan untuk ke satu program Pertukaran Aktivitis Aktivis NGO Indonesia/Malaysia 2004 yang diadakan di Jakarta, Indonesia. Selama 2 minggu, aku telah dilayan seperti seorang VIP, disediakan sebuah Kijang (Unser) dan seorang Pak Supir (pemandu). Aku diambil dan dihantar ke hotel setiap hari. Mengadakan perbincangan dengan lebih kurang 18 Badan NGO di Indonesia sesuatu yang diluar jangka aku. Dan aku masih ingat lagi setiap perbincangan dengan NGO terbabit seringkali mereka bertanyakan akan kisah sebenar apa yang berlaku kepada rakyat mereka Nirmala Bonet, sedangkan ketika kejadian aku sememangnya berada di Indonesia dan aku sendiri tidak berkesempatan untuk melihat berita di TV, apatah lagi di Indonesia itu sendiri telalu banyak channelnya, so aku tengok channel yang best bestjerlah. Namun sebagai seorang Sukarelawan yang mewakili sebuah badan NGO Keadilan Sedunia, kami membincangkan kes ini dan kes kes yang lainnya spt masalah perhubungan 2 negara Indonesia/Malaysia dengan penuh ilmiah dan semangat setiakawan bersesuaian kami adalah sukarelawan badan NGO bukannya dari pemerintah.

Wednesday, January 6, 2010

CELAKAlah Pemimpin Itu

Rabu Januari 6, 2010

Viva Palestina: Lebih 10 Cedera, Tujuh Ditahan, Termasuk Warga M'sia

Mesir: Lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah, dan tujuh ditahan polis Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan di sini pada 11.40 malam Selasa waktu tempatan.

Yang ditahan termasuk seorang warga Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi, pelajar Perubatan Universiti Bristol United Kingdom yang menyertai konvoi itu sebagai sukarelawan konvoi dari London 6 Dis lepas.

Tunjuk perasaan itu oleh anggota Viva Palestina sebagai membantah keputusan Kerajaan Mesir melarang 59 buah kenderaan konvoi dibawa keluar dari pelabuhan AlArish untuk dibawa ke Gaza.

Polis Mesir bertindak ganas terhadap mereka selepas tiga jam anggota konvoi itu menunjuk perasaan di hadapan pintu masuk dan keluar keselamatan di pelabuhan El Arish. (jL : sama dengan sebuah 1Negara di Asia)

Empat anggota konvoi yang parah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Beberapa orang anggota konvoi mengalami kecederaan ringan akibat terkena lontaran batu dan gas pemedih mata.

Selain warga Malaysia, turut ditahan tiga rakyat Britain, dua warga Amerika dan seorang rakyat Kuwait.

Menurut saksi, kejadian itu dicetuskan ejen provokasi pihak kerajaan Mesir yang sengaja menghuruharakan keadaan. (jL : sama dengan sebuah 1Negara di Asia)

Terdahulu, anggota kontinjen berhimpun dan mengadakan benteng manusia memprotes keputusan kerajaan Mesir menghalang 59 kenderaan termasuk dua trak keluar dari pelabuhan itu.

Dalam masa sama, pihak berkuasa Mesir menempatkan 189 anggota unit anti rusuhan lengkap dengan meriam air dan gas pemedih mata. (jL : sama dengan sebuah1Negara di Asia)

Menurut pengasas Viva Palestina, George Galloway rundingan di peringkat tertinggi sedang diadakan oleh pihak Turki dengan kerajaan Mesir termasuk menuntut agar kesemua anggota konvoi yang ditahan dibebaskan segera.

Sehingga berita ini ditulis pada pukul 4.10 pagi waktu tempatan, keadaan kembali tenang walaupun kawalan dan kepungan masih dilakukan pihak berkuasa Mesir di pelabuhan itu, lokasi kesemua anggota konvoi kini berkampung.

Konvoi Viva Palestina disertai 450 pelbagai warga dunia yang bergerak dalam 220 kenderaan dalam misi penghantaran bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubatubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat Palestin di Gaza.

Misi bermula dari London pada 6 Dis lepas, melalui pelbagai tempat di Turki, Syria, dan Jordan.
Mereka sepatutnya tiba di Gaza pada 27 Dis, tetapi tertangguh akibat halangan kerajaan Mesir yang enggan membenarkan mereka menggunakan bandar Nuweiba sebagai pintu masuk ke Rafah sebelum tiba di Gaza.

Akibatnya, mereka terpaksa kembali ke Damsyik, Syria untuk mencari laluan lain untuk memasuki Rafah sebelum tiba di Gaza. - BERNAMA

jL : ayuh tunjukkan kesatuan ukhuwah kita umat Islam, hinalah pemimpin pemimpin Islam yang mengzalimi rakyat Islam sendiri, yang merestui darah rakyat Islam Palestine mengalir dan terus mengalir .. Hancur .. Hancur .. Hancur US .. Britain .. Israeli .. Celakalah Hosni Mubarak dan barua baruanya ..

Monday, January 4, 2010

Catatan Si Sukarelawan : 1

Alhamdullilah .. akhir tahun December 2009, genaplah usiaku 12 tahun. 12 tahun aku mengabdikan diri dalam kerja kerja Sukarela. Pejam celik pejam celik, aku tak sangka banyak sangat kenangan dalam kerjaya aku ni. Kerjaya tanpa gaji, socso, EPF, insuran, elaun, overtime macam keje tetap aku. Tetapi yang menghairankan tidak pernah pula aku merasa bosan atau letih sebagaimana kerja tetap aku yang bergaji, bersocso, berEPF, berinsuran, berelaun, berovertime ni. Emm mungkin suasana kerja mungkin. Tidak pula aku menafikan bersukarela ini begitu banyak pahit manis nya. Yealah dengan aku bersukarela lebih kurang 7 badan NGO, bunyinya macam tamak, tetapi aku ada sebab musabab. Berbagai gelagat dan karenah yang aku lihat, ada badan badan NGO ini bergerak dengan misi dan visi yang benar benar ingin membantu sesama manusia dan tidak kurang juga ada yang hanya inginkan glamour, menjadikan organisasi yang didekati sebagai satu batu lonjatan untuk menjadi “seseorang” yang akhirnya menjadikan organisasi NGO itu sebagai hakmilik pula. Tak kiralah samaada mereka itu Sukarelawan atau “staff” di dalam organisasi tersebut. Ahh banyak sangat dan ramai sangat yang aku lihat dan teramat kenal. Biarkanlah.

Alhamdullilah sekali lagi, aku tidak terikut ikut dengan rentak mereka. Tahun 1998, aku telah bermula bersukarela dengan sebuah badan NGO Islamik yang beroperasi di Ampang. Ini semua bermula pada ketika aku berjumpa dengan seorang sahabat yang selalu bersama sama menunaikan solat dipejabat aku. Seingat aku. Diketika itu sahabat aku ini sedang sibuk mengutip dana bagi membantu umat Islam di peristiwa tragis Ambon Maluku Indonesia. Dia turut mempelawa untuk bersama sama menghadiri satu mesyuarat sebuah NGO yang berorentasikan Bantuan Kemanusiaan di Setiawangsa. Dan bermulalah aku dengan seriusnya untuk bersama di dalam kerjaya Sukarelawan ini. MKS, NGO pertama yang aku bantu dengan tanpa pengalaman yang luas, namun aku telah dilayan begitu baik sekali oleh anggota anggota sukarelawan yang lain, sokongan yang amat padu dari saf kepimpinan MKS yang begitu berpengalaman, yang sudah berpuluh tahun menjadi Sukarelawan, aku tidak menoleh ke belakang. Bersama mereka ini aku belajar banyak tentang pengorbanan seorang sukarelawan itu.

Ya, sebagai sukarelawan walau kita melakukan kebaikan sebaik setinggi manapun tetap ada masyarakat mengatakan tidak baik. Apatah lagi sebuah badan NGO yang berlandaskan perjuangan membantu insan seAgama. Di dalam MKS ini sendiri, aku dapat merasa bagaimana sukarnya untuk bergerak, kita sering dipantau begitu sekali. Masih aku ingat, semasa aku bersama MKS, misi mereka ketika itu adalah untuk membantu mangsa kekejaman peperangan di Afghanistan, peperangan yang diketuai oleh Syaitan Besar US dan dibantu oleh konco konconya yang lain tidak kira dari agama kuffar maupun negara yang kununnya menjadikan Al Quran itu sebagai pegangan. Di ketika itu puak puak jahanam ini ingin menghancurkan kerajaan Tholiban yang dikemudi oleh seorang pejuang iaitu Osama Ben Laden. Namun usaha pada ketika itu gagal.

Maka didalam kekalutan itu ramainya rakyat Afgahistan telah melarikan diri ke sempadan Pakistan/Afghanistan Melihat dari kesukaran itu pihak MKS turun membantu mereka. Yang pastinya mereka tidak membantu membekalkan senjata atau wang ringgit kepada kerajaan Tholiban ketika itu, tetapi membantu rakyat Afghanistan yang menjadi pelarian peperangan. Keperluan terdesak seperti makanan, ubatan dan pakaian. Aku sering sahaja membantu mereka membuat program mencari dana, dari sekolah rendah ke sekolah menengah ke IPTA/IPTS, masjid, surau, pejabat pejabat kerajaan/swasta dan beberapa tempat lagi. Kami memohon agar masyarakat Malaysia membantu seadanya selain dari kami mengemaskinikan berita terbaru kepada mereka. Aku dengan inisiatif sendiri, telah memohon satu petak pasar mingguan di sebuah tempat di Shah Alam untuk menjual barangan terpakai seperti pakaian dan sebagainya. Dan setiap hari di hari Ahad seawal pagi sesudah subuh aku ke sana dengan memandu sebuah van yang agak uzur bersama sama dengan sukarelawan yang muda Ijah dan rakannya, Seorang ibu bersama anaknya dan Tuan Haji.

Keterlibatan kami yang begitu sekali membantu rakyat Afghanistan telah disalahmengertikan oleh beberapa pihak. Sehinggalah terjadi pejabat kami di pecah masuk dan PC telah dicuri, beberapa orang sukarelawan telah diintip begitu sekali. Namun insyaALLAH, setiap yang dilakukan demi kebaikan pasti akan dilindungi oleh ALLAH SWT. Walaupun beberapa dari mereka ditangkap dan disimpan selama beberapa tahun. (aku sebak tidak terkata apabila melihat wajah mereka terpampar didada akhbar dan dituduh sebagai pengganas). Walaupun diketika itu aku getar juga, adakah aku “the next”, namun keyakinan yang diberikan oleh beberapa individu yang aku percayai dan memahami yang mana satu undang undang Negara atau “undang undang rimba”, menasihati aku agar teruskan perjuangan ini, semangat aku tidak luntur. Aku yakin dengan apa yang aku buat.