in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Tuesday, March 30, 2010

Kembar Syaitan Laknatullah

Speaker Mahmoud al-Abrash dari Syria, Ali Larijani (Republik Islam Iran) dan Mehmet Ali (Turki) menggesa supaya Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) memanggil sidang tergempar bagi membincangkan tindakan yang berkesan terhadap keganasan regim zionis Israel terhadap tempat suci dan penduduk awam Palestin.

Pencerobohan pasukan bersenjata zionis Israel terhadap Masjid al-Aqsa untuk kesekian kalinya adalah merupakan satu lagi siri tindakan keganasan tajaan negara haram Israel yang melangkaui kewarasan tamadun manusia.

Tindakan zalim itu bukan sahaja dialami oleh penduduk awam Baitul Maqdis dan Palestin tetapi ianya juga merupakan satu tindakan angkuh serta bongkak regim zionis terhadap umat Islam di seluruh dunia.

Kita menyedari bahawa tindakan yang diambil oleh OIC sebelum ini ternyata tidak berupaya untuk mengekang keganasan pihak zionis Israel tetapi dalam masa yang sama semua pihak adalah tidak wajar untuk berputus asa dalam mencari penyelesaian terhadap konflik ciptaan zionis itu. Negara Negara Arab Islam bukannya Negara Arab “Selam” haruslah terus menerus memberikan tekanan terhadap Negara Negara Barat malahan mereka seharusnya tidak selamanya dibuai mimpin lena di celah kangkang pihak pihak Al-Kafirun Barat terutamanya United “Shitt” Of America.

Memang tidak boleh dinafikan lagi, kedua dua setan besar, United “Shitt” of America (USA) dan Israel The Devil ini sememangnya begitu akrab sekali. Jadi tidak menghairankan sekiranya setan setan ini terus menerus melakukan tindakan tindakan laknat dan bangsat terhadap rakyat Palestina. Kekejaman terbaru mereka mengempur penduduk yang tidak berdosa di salah sebuah perkampungan di Gaza dan mengakibatkan 4 orang remaja Palestina Syahid membuktikan betapa busuk dan hinanya mereka ini. Menceroboh dan meruntuhkan rumah rumah rakyat Palestina sewenangnya untuk menempatkan anak anak haram Israel.

Beberapa hari yang lepas Kepala Setan Israel telah berkunjung ke United “Shit” Of America untuk mengadakan perbincangan dengan ahli Setan setan di United “Shit”. Dalam pertemuan itu SiSetan Barack Obama mengatakan “yes”nya kepada SiSetan Israel Benjamin Netanyahu untuk meluaskan lagi nafsunya dengan memberikan “thump-up” bagi membina banyak lagi kawasan penempatan haram jadah untuk penduduk Israel. Ini semakin mengecilkan lagi bumi anbiya itu untuk diduduki oleh penduduk Palestina.

Masjid al-Aqsa terus diperkosa dan dilaporkan oleh aktivis Palestina hampir rebah ke bumi. Saban hari kita melihat di dalam media eletronik akan kekejaman Kafirun Israel ini membuta tuli membunuh rakyat Palestina, kita pula membuta tuli tidak melakukan apa apa. Masih ingin berjabat tangan dengan pemimpin pemimpin laknat ini, memanggil pula mereka untuk berceramah tentang keadilan, lebih dari itu menjadikan mereka sebagai penasihat pula, dan entah apa apa lagi, kita di buta tulikan oleh mereka. Sampai bila ?. Sampai kita terhantuk baru kita tergadah ?. Padan muka.

Kepada seluruh umat Islam yang beriman dan berakidah marilah kita terus mendoakan agar saudara kita di Palestina akan terus berjuang dan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
InsyaALLAH kemenangan pasti menjelma.

Thursday, March 25, 2010

adakah wajah itu wajah kita ?

Mencuri hukumnya berdosa. Makanan hasil curian akan menyebabkan darah daging bercampur dengan hasil yang haram.

Jika barang curian itu adalah pakaian maka ibadah yang ia kerjakan tidak diterima jika ia memakai pakaian tersebut untuk melakukan ibadahnya itu.

Dalam sebuah hadith Nabi saw bersabda yang maksudnya :

"Siapa yang memakai pakaian yang haram maka solatnya tidak akan diterima selama ada ia memakainya."

ALLAH SWT telah menjelaskan hukuman yang patut dikenakan di dunia bagi sesiapa yang mencuri sebagaimana firman-NYA:

"Orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah daripada ALLAH. (Ingatlah) ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." – Surah al-Maaidah: 38.

Nauzubillah betapa beratnya dosa mencuri ini dan betapa peritnya pula hukuman yang akan diterima. Namun masih ada yang tidak merasai apa apa dengan larangan ini. Bagi mereka apa yang penting segala kehendak mereka. Mereka lebih memikirkan kesenangan di dunia sahaja, apabila telah innalilah nanti, itu dunia lain alam lain. Kununnya tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi di sana. Begitu sekali daif kejahilan mereka. Dan disebab kejahilan inilah maka berapa banyaknya kes kes haram ini berlaku, dari sekecil kecil hinggalah sebesar besar kes berlaku. Dari mencuri handphone, kereta, bas, lori, balak, engine kapalterbang terus mencuri/melarikan anak dara orang, bini orang hinggalah sebesar mencuri dengan cara mengenakan cukai sesuka hati, menghaibkan wang zakat dan menghakmilikkan wang royalti rakyat. Semua boleh. Apa yang penting, aku kaya dan aku punya harta, biar apa cara sekalipun : ISA – IkutSukaAku:

Antara 7 jenis wajah mayat di dalam kubur adalah.
Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.
Ketika kita di talkinkan nanti.
apabila mereka menyuruh kita duduk, mereka juga akan menyoal kita. Mereka berkata : Siapakah Tuhan kamu? ; Siapakah Nabi kamu? ; Apakah Agama kamu? ; Apakah nama Qiblat kamu? ; Siapakah Saudara kamu? ; Apakah pegangan iktikad kamu? ; Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Mampukah kita menjawab segala soalan itu ?. Sedangkan semasa hidup kita lupa siapa diri kita sendiri. Atau mungkin semua soalan itu kita mampu jawab, namun apa pula bekalan amalan yang kita ada dan kita bawa. Sedangkan segala barangan curian itu tidak kita pulangkan kepada yang hak, sedangkan semua barangan curian itu sudah menjadi darah daging kita. Itu mencuri, belum lagi maksiat maksiat lain yang telah dan sedang diamalkan sekarang. Fikir fikirkanlah. Segeralah bertaubat nasuha sekiranya kerja kerja haram itu telah terlalu sebati dan sudah menjadi sebahagian dalam hidup kita.

Selagi kita ada masa, ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara :

sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

Sesungguhnya taubat nasuha sebagaimana yang disuruh oleh syarak itu ialah berhenti dengan segera dari dosanya itu kemudian menyesal didalam hati melakukan dosa tersebut kemudian berazam tidak akan mengulangi lagi dosa itu di masa2 akan datang.

jL : hoi mamat yang rembat handphone aku hari Jumaat lepas, pulangkanlah balik, dahlah mencuri, buat kerja haram nie pagi Jumaat pula tu, helo aku tak halalkan barang yang engkau ambil tu, sumpah aku tak halalkan, sebab cara ko rembat begitu teramat hina sekali. Insaflah tak kemananya guna barang curi nie, takut telinga ko bernanah sepanjang ko guna hp tu nanti :keypadlock:

Tuesday, March 23, 2010

murahnya maruah

Tarikh/Masa : 22 March 2010 / jam 12.45 tengahari

Tempat : Fast Food Restaurant, Carefour Ampang

Hari tu aku MC, selepas appointment dengan Doktor Mata, badan sedikit letih selepas BINGKAS dan dicampur pula dengan “hati panas” apabila HP aku dicuri didepan mata. Bernanahlah orang yang cilok HP aku tuh. So aku ke Carefour Ampang nak jengok jengok HP baru. Terasa patah kaki kalau takder gajet nie.

Round round tak nampak pula HP yang berkenan. Perutpun mula berlagu mencari pengisian. Entah macamana teringin pula ke Pizza. Sebenarnya akudah lama tak layan Pizza neh, rasa takleh nak gie, ntahlah, nak cakap aku boikot, tak pastilah pulak, tapidah takder choice, layanjerlah.

Customer tak ramai, adalah dalam 2-3 keluarga termasuk aku tidak berkeluarga. Di sudut restaurant tuh, ada seorang makhluk lelaki dan 3 makhluk perempuan. Aku tak ambik port sangat, yang pastinya 3 orang perempuan itu adalah staff dan aku nyakin pulak yang mamat lelaki tuh mesti Store Manager (gelaran untuk Manager yang keje di restautant camneh, aku tahu sebab aku penah buat part time di Domino Pizza 8 tahun lepas).

Tengah baik punya layan, tiba tiba si mamat neh nie menengking kat 3 orang staff tuh. “I don’t care, I apa peduli, bila bila masa I boleh halau you all dari sini bla la bla” banyak lagi ayat ayat yang tidak sedap didengar, ish telinga dah bengkak dengar mamat neh sound diaorang. Macam macam di maki hamunnya mereka. Nak jer aku campak Pizza kat depan aku neh, nak jer aku simbah dengan sup panas neh, nak jer aku cucuk perut mamat tuh dengan garpu neh. Punyalah kurang ajar, malaun betul.

Kalaupun nak tunjuk lagak yang awak tuh Bos, pielah cari tempat yang privasi sikit, apa takder pejabat ke sebesar restaurant camtuh. Yang paling aku bedegang tuh, salah seorang darinya pangkat kakak dengan mamat berdengung tuh. Memang kurang ajar beb. Apa nak tunjuk ler kunun dia Bos, so menengking nengking orang dekat kawasan awam, tempat orang nak makan pulak tuh. Bodoh bahlul, aku marah sangat, panas dah membara aku pie bayar, aku tanya adik kat counter bayaran “wah bukan main garang lagi Bos, dah takder tempat lainkee nak sound orang, orang lainpun ada gak jawatan tinggi, tapi tak macam tuh”, adik tuh dengan muka sedih “apa nak buat bang, dia kan Bos”, Bos bahlul tuh dik. Allo Bro, lu ingat maruah orangtuh hegenya macam hege pizza kee ?.

Come onlah, jangan pijak orang tak tentu pasal, jika iapun mereka itu bersalah, ikutlah prosedur sikit ataupun company korang tuh memang takder prosedur, ikut suka hati makbapak tiri korangjer, kalau takpun gunalah kepala otak, janganlah ikut kepala lutut. Berapa sangatlah gaji ko kalau jadik Manager kat Pizza tuh, maaflah bukan nak menghina, tapi itu kenyataan. Masa aku di Domina Pizza dulu, Store Manager aku perempuan Cina, tapi dia punyalah tolerance sampai Pizza Makers ngan Raiders yang tak sembahyangpun dia tegur, dia suh pie sembahyang, kalau dia nak sound mesti masuk dalam opis. Memang baik punya olang. Neh lu Melayu Bro, taulah keje dekat syarikat Western takkan kepala otakpun nak ikut Western. Cis busuk punya olang !! :Keypadlock: satu lagi Bro, jangan cakap English kalau cakap macam itik tapi bahasa ayam, HANCUR, aku dengarpun pening. Sebelum blah aku jelling gak kat mamat neh, hek alaahhh tak hensem muka tak suci langsung, camtupun Pizza ambik jadik Manager eeee.

Today, BOS kitaorang belanja makan tengahari sambil berkaraoke. Happening, gua bukan nak bodek BOS gua, lagipun dia tak baca blog neh. Cumanya dia neh memang takder musuh dikalangan staffnya seramai 9 orang. Apapun masaalah, dia ada cara tersendiri untuk menyelesaikannya, tuh kitaorang kekal bekerja dengan dia. Kitaorang semua cool. Barulah kepimpinan melaui tauladan, Bos borek pekerja rintik. Bos sempoi pekerja oraitttt.

So kalau sesapa yang nak pekena Pizza kat Carefour Ampang neh, pastikan mamat selanga tuh takder, kalau tak korang muntah nanti tengok muka mamat sengal neh, piiirrrahhhh …

jL : gue pantang betul kalau orang tak respect each other neh, macam aku kata dulu, apa aku kira aku peduli apa, kalau lu VVIP sekalipun, kalau lu tak respect kat orang, janganlah harap orang nak respect kat lu …

Wednesday, March 17, 2010

pintu hatidah tertutup ?

Bila aku baca akhbar Kosmo terbitan Sabtu 13.03.2010 lepas, aku terkedu, apakee bengap bodoh sombong sangat Sang Penguasa buat statement begini “DBKL anggap alat seks cenderamata”, aku tidak pastilah yang bercakap itu bangsa dan agama apa dan begitu juga Menterinya, hari berikutnya pula (16.03.2010) akhbar Kosmo melaporkan banyak lagi kedai alat seks yang bertaburan di sekitar KL/Selangor ni dan kebanyakannya pula berada di dalam kompleks membeli belah yang terkenal dimana purata pengunjungnya adalah pelajar sekolah, remaja dan para belia. Dan terbitan 17.03.2010, Kosmo di anak tirikan dalam operasi serbuan dan lebih mengelirukan pihak yang bertanggungjawag melakukan operasi secara senyap sunyi senyapjer. Apapun tahniah Kosmo di atas keberanian anda membongkar gejala haram ini.

Teringat satu peristiwa pada sambutan tahun baru beberapa tahun yang lepas.

mungkin pintu kami dah tertutup dengan Islam, bang”, Subahanallah .. bergetar jiwa aku ketika itu. Mungkin ada yang tidak percaya apa yang aku sentuh kali ini. Tetapi bukalah minda kita yang semakin hari semakin sempit kini. Sempit dengan virus virus yang bertaburan di sekitar kita. Virus perosak Agama. Konsert, hiburan, keruntuhan moral, bohsia, bohjan, buang bayi, mengandung anak luar nikah, khalwat, video lucah, dadah, ragut, rogol, bunuh, mencuri banyak lagi virus virus yang kedapatan yang menjajah minda kebanyakan masyarakat kini, khususnya para remaja Melayu.

XX dan YY, bukan nama sebenar, aku sembang dengan mereka di KLCC pada petang sebelum menyambut tahun baru. Hari itu aku bosan gaban. So aku ambil keputusan “start the engine” kete dan menggatal ke KLCC, kununnya ingin melihat bunga api dan hiburan. Satu keputusan yang paling bodoh aku lakukan, sebabnya aku memang tidak pernah menyambut tahun barupun, azam yang sebelumnya pun tak pernahnya berjaya. Jam pukul 4ptg, jalan sudah mula sesak, aku park kete di sebelah masjid KLCC. Senang sikit nak kuar dan lagipun aku nak solat Asar dulu. Seusai solat Asar, pengumuman dari AJK Masjid bahawa ada beberapa badan NGO akan mengadakan Operasi Malam Tahun Baru bagi memantau dan menasihati para pengunjung pada malam itu. Pihak Masjid juga mohon agar para pengunjung tidak menjadikan kawasan Masjid dijadikan port lepak untuk mendengar konsert/hiburan yang akan diadakan pada malam tersebut.

Sedang aku ambil angin di beranda Masjid bersebelahan kawasan kebun bunga. Aku terlihat 2 remaja, aku rasakan dalam linkungan umur belasan tahun, sedang layan makan burger dan coca cola, dicelahan jari mereka, sebatang rokok. Pakaian mereka agak ranggi, berjaket kulit, berseluar ketat dan berkasut boot, mungkin ini yang dipanggil group punk kot. Rambut mereka pula tegak berpajak pajak, tangan bergelang paku dan berantai leher (besi kalau tak silap aku). Ntah kenapa, aku teragak pula nak join dan chit chat dengan mereka (secara ringkas) :

AKU : Assalamualaikum (aku senyum)

Mereka : (menoleh dan melihat aku atas bawah .. tidak menjawab Salam tetapi mereka senyum sambil menyuakan burger di tangan)

AKU : eih takper .. abang baru makan .. adik dari mana ??

Mereka 1 : ooh dari Selatan Bang, sampai pagi tadi, kitaorang ada 15 orang, yang lain pergi carik duit, malam ni nak enjoy gila Bang ..

AKU : oooo .. abis malam ni nak tido kat mana ? dah malam mesti bas dah takder kan ..

Mereka 2 : takkisah Bang, kitaorang dah biasa, tiap tiap tahun macam ni .. alaa kat station baspun ok, esok bas datang kami terus naikjer ..

AKU : emmm .. mak ayah tahu kee .. adik semua datang sini ..

Mereka : (mengeleng) .. tak tau (serentak)

AKU : adik tak rasa kee buat benda benda macam ni, cam takder faedah, pastu tak bagik tau mak ayah pulak, kalau kena tangkap camner ?

Mereka 2 : kalau kena tangkap dah takdir Tuhan lah …ha ha ha ha (mereka menggelakkkan aku)

AKU : eih dik, tak baik main mainkan nama ALLAH dik, ini takdir adik carik sendiri ..

Mereka 1 : alaa abang, kami ni bukan kisah sangat dosa pahala ni bang, sekarang ni tengah muda, layanlah, nanti kalau dah tua, apa boleh buat lagi ..

AKU : tapi dik kalau tak sempat tua ? pastu tak sempat mengucap pulak ..

Mereka 2: abang kami memang tak reti mengucap pun, kalau nak mngucappun kami tak nak (dada aku bergetar .. aku mengucap panjang) ..

AKU : adik tak boleh cam nie, kita yang beragama Islam ni, kenalah tau halal haram dik, baik buruk dik ..

Mereka 1: bang, jadik macam kitaorang ni lagi best, semua kira halal, apa benda yang kata haram bang, nak cari kondom ?, nak minum carlberg ?, nak cari filem blue ?, nak cari pompuan ? .. abang bagik tau kitaorang, kat mana yang tak boleh jumpa semua benda benda tu, senang ke susah nak dapat bang ? (mereka menyinis aku)

AKU : memanglah senang nak dapat dik, tapi adik tau semua tu kan tak elok dan salah di sisi Agama kita

Mereka 2 : kalau salah kenapa senang nak dapat, kenapa boleh jual kat kedai kedai, open lagi ..

AKU : adik ada masa lagi berubah dik, balik ke pangkal jalan, jadi remaja yang lagi hebat dari ini …

Mereka 2 : sorilah Bro, kami ni dah kira takder harapandah, hati kami ni dah tertutup, kami dah sumpah takkan jadi cam budak Islam yang lain .. lagipun kami tak salah di sisi undang undangkan ?, dalam IC memang Islam, tapi dalam ICjerlah .. haahaahaahaha (telinga aku semakin pedih, hati aku mula sebak)

AKU : oklah dik, abang nak balikdah nie, jomlah kita maghrib dulu (aku membuat cubaan terakhir) .

Mereka 1: takperlah bang, abang pegi dulu, nanti kalau jumpa Tuhan kim salam yea bang .. haahaahaa

AKU senyum pahit, di kawasan lapang berhampiran KLCC, sudah terdengar bunyi musik “sound check”, menandingi gema Azan Maghrib dari corong Masjid KLCC .. aku meninggalkan tengah Kuala Lumpur, jalan semakin macet. Di kiri kanan, anak Melayu berlari anak sambil berpegangan tangan, di atas motor berpeluk erat, di dalam kereta ada yang berduaan ketawa manja dan ada juga yang berhimpitan padat lelaki dan wanita. Jalan sesak ke perut Bandar, aku memandu perlahan keluar dari “kepanasan” kota, ingin menghilangkan kering tekak, aku menyinggah di sebuah kedai yang beroperasi tanpa henti .. bukak peti ais ahhh .. Calbergs, Tonik Kencing Syaitan tersusun cantik di atas rak bercampur dengan air tin Milo yang hendak aku beli, aku letak kembali. Di kaunter bayaran aku mencapai chewing gum ahhh kondom pula terletak bersebelahan aku letak kembali . benarlah kata adik berdua tu tadi .. mana haramnya kalau semua boleh senang senang dapat di kedai dan dijual open sahaja .. di mana aku sebenarnya kini …

Catatan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian/pandangan mana mana pihak : jari’menari abuAMMAR aka jeansLusuh

Friday, March 12, 2010

apa aku kira, aku peduli apa

Apa aku kira, aku peduli apa kau siapa, bagi aku semua manusia itu sama sahaja. Darah merah, tidak makan lapar, tidak minum dahaga, sakit jumpa Doktor atau bomoh, pakai seluar pakai baju (melainkan tidak siuman), menangis, ketawa, boleh berjalan (selagi ada kaki), boleh bercakap (selagi tidak bisu), boleh mendengar (selagi tidak pekak), sakit perut buang air besar dan kentut konpem berbunyi dan berbau (garenti busuk). Jadi apa yang engkau hendak banggakan apa yang engkau ada.

Apa aku kira, aku peduli apa. Kaduk naik junjung (betul ke peribahasa neh, emm bohjerlah). Camtulah kekadang perangai manusia manusia yang perasan dia hensem atau kaya raya. Bila terasa dia terlebih sudah dari orang lain. Agak agak dia ada lebihan rumah, lebihan kete atau lebihan motor, tak kiralah besar atau kecik .. erk atau lebihan bini mungkin. So jadi dia nak orangjer respect kena hormat kat dia, orang lain lu punya hal, sebab lu orang takder lebihan dari aku. Dey .. thambi piiiraaahh .. engko ingat segala lebihan ko tuh boleh bawak masuk kuburkee .. silap hari bulan sebelum ko “innallillah” lagi segala harta lebihan ko tuh boleh lenyap camtujer. So jadi janganlah nak berlagak sombong.

Apa aku kira, aku peduli apa. Engkau nak orang hormat engkau ?. Sejak bila pula engkau hormat orang ?. Engkau hendak orang tunduk dan dengar cakap engkau ?. Bila pula engkau hendak tunduk dan dengar cakap orang ?.

Apa aku kira, aku peduli apa. Kalau engkau tidak mahu orang mengata engkau di belakang, sedangkan perangai engkau itu sendiri membuatkan orang meluat dan tidak sengaja buat dosa kering mengutuk engkau dibelakang. Jadi kalau engkau hendak orang hormat pada engkau, engkau hormatlah pada orang, tidak perlu menunjuk nunjuk atau berhidung tinggi, yang tinggi itu suatu hari akan jatuh juga. Apabila sudah jatuh, masa itulah engkau tahu yang engkau perlukan orang disekeliling engkau untuk membantu. Tapi terkejut gak aku, ghupenya bukan aku sorangjer dia tak hormat pada orang yang hormat kat dia, ada lagi orang lain .. emmm eloklahtuu ..

Apa aku kira, aku peduli apa ……………

Aku peduli dengan diri aku sendiri, aku hormat orang, aku tidak kisah kalau orang tidak hormat aku. Tapi bila orang yang aku hormat tidak hormat pada aku, alhamdullilah, aku tidak kisah hilang kawan sebab masih ada lagi orang yang aku hormat dan tahu pula menghormati aku. Itu barulah aku kira dan aku peduli. Wallahuallam ……..

Hujan lebat pd rakaat pertama Solat Sunat Istisqa

KOTA BHARU, 12 Mac:
Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.
Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

jL : aku tak tahulah apa lagi nak cakap sekadar .. Allahuakbar !! Allahuakbar !! Allahuakbar !! .. emm yang hantar memorandum pada Kerajaan Kedah lepas, cuba cubalah buat solat dari menjerit jerit dahtuh mempertikaikan pulak ketentuan ALLAH SWT ..

Tuesday, March 9, 2010

kau & KAMI

KAMI
Menari di lantai tidak rata
Bertempur tidak sama
Mencari kemenangan seadanya
Hanya iman dan aqidah senjata utama

Kau
Menari sungguh menggila
Bertempur menggunakan segala yang ada
Memperkudakan semua sang penguasa
Kau jadikan mereka terlalu hina

KAMI
Bergerak dengan sokongan tanpa harta
Semangat di tanam dengan zikrullah
Dengan kekuatan ilmiah dan himpunan doa
Kekuatan fizikal bersama ummah

Kau
Bergerak dengan sokongan wang dan laba
Mencari kekuatan berencah tamak haloba
Semangat kemenangan ditanam dengan ugutan belaka
Kekuatan fizikal dibantu oleh si pencacai ganster

KAMI
Inginkan kemenangan dengan redho dari yang empunya dunia
Memerintah berlandaskan qalam Al-Quran dariNYA
Pemimpin yang berkeperibadian seperti kekasihNYA
Yakni Nabi Muhammad junjungan besar menjadi Idola

Kau
Inginkan kemenangan dengan menghina dan mencaci yang empunya dunia
Memerintah dengan menolak qalam Al-Quran dariNYA
Pemimpin yang berkeperibadian seperti Firaun dahulu kala
Tindakan penuh nafsu nafsi sahaja

KAMI
InsyaALLAH tidak gentar walaupun darah berhambur
Biarkan tubuh gugur
Iman dan Aqidah tidak terkubur
Panji panji Islam tetap ku junjung penuh luhur

Friday, March 5, 2010

Katak Lompat Air Kosong 20sen

1
lompat si katak’s lompat
lompat tinggi tinggi
apa yang engkau dapat
jual maruah dan harga diri

2
lompat si katak’s lompat
lompat tinggi tinggi
tak maluke dengan saudara dan sahabat
“tak .. sebab maruah diaorang juga aku beli”

3
lompat si katak’s lompat
lompat tinggi tinggi
lepas ni apa lagi yang engkau dapat
“aha .. apa lagi kasi tambah bini”

4
lompat si katak’s lompat
lompat tinggi tinggi
RM pastilah berlipat lipat
“yealah .. nak buat onar sana dan sini”

5
lompat si katak’s lompat
lompat tinggi tinggi
lepas ni apa lagi kau nak buat
“nak tambah ahli katak’s lagi”

6

lompat si katak lompat
lompat tinggi tinggi
ketua engkau katak’s memang hebat
ada aura gincu tersendiri…

7
lompat si katak’s lompat
lompat tinggi tinggi
bolehlah tubuh NGO Yang Berhormat
namakannya The Frog’s Sensasi

8
lompat si katak’s lompat
lompat tinggi tinggi
tak taulah apa pandangan masyarakat
bila dapat pemimpin’s macam ini

9
lompat si katak’s lompat
lompat tinggi tinggi
mehlah semua beringat ingat
cukuplah kena sekali, jangan berkali kali

10
lompat si katak’s lompat
lompat tinggi tinggi
kat dunia memanglah semua nikmat
nanti di akhirat lu pikirlah sendiri

jari’menari: abuAMMAR aka jeansLusuh


Air Kosong RM0.20

Hidup Melayu, Hidup Islam berbuih buih mulut menjerit, melolong lolong tepi jalan, beriya iya menggengam tangan, kununnya nak jaga Kesucian Islam dan kedaulatan Melayu …..

Alih alih yang membantu ibu tunggal yang memerlukan bantuan untuk menyekolahkan anaknya seorang ketua agama dari agama lain ..

Yang kononnya YB, Jabatan Agama, NGO Melayu, NGO Islam itu hanya memandang sampah pada ibu tunggal tersebut .. macam macam alasan bagik .. terlepas pandanglah, persatuan penduduk tak bagik taulah, tidak dapat laporanlah, itulah inilah blaa blaa blaa sejuta alasan .. weyyy sengap ke apa .. kan ibu tunggal tuh dah kata dia sudah mengadap berkali kali, berjumpa ntah berapa kali, meminta minta dan resultnya dia dihalau dan dihina begitu sahaja .. alloooo ada sikit perasaan malulah .. cittttt … jawatan boleh tahan .. tapi takat pangkatjer .. otak taraaaaa … bikin malu 1Negara .. kununnya lerrrr ..

Tuesday, March 2, 2010

Adik, apa khabar ?

Assalamualaikum Adik Syafiah Humaimah Sahari.

Adik apa khabar di sana ?. Abang harap adik gembira dengan alam yang lebih mendamaikan dan nyaman. Jauh dari segala kekejaman, kezaliman, ketidakadilan, maksiat dan onar yang memening dan menyerabutkan fikiran. Sudahkan adik berjumpa dengan teman teman Adik yang senasib dengan Adik ?. Sudahkah Adik berkenalan dengan Adik Nurin Jazlin, Adik Haserawati Saridi, Adik Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, Adik Nurul Huda Abd Ghani, Adik Sharlinie (yang masih belum ditemui), Adik Asmawi (yang masih belum ditemui) dan beberapa lagi kawan kawan adik yang lain. Mereka semua anak anak yang baik Dik, anak anak yang dirindui oleh ibubapa mereka. Adik berkawanlah dengan mereka ya. InsyaALLAH mereka akan menjadi teman rapat Adik disana.

Adik Syafiah,

Abang yakin Adik tidak kenal Abang, begitu juga Abang tidak pernah bertemu muka dengan Adik. Abang hanya mengenali Adik di dada akhbar dan media elektronik. Adik comel, dari gambar Adik, Abang yakin Adik seorang yang lincah dan mesti suka bercakap kan?. Adik mesti petah, suka berlari lari dan Adik mesti suka patung Barbiekan. Tapi sayang Dik, perkenalan ini dieratkan dengan cara yang menyebakkan, menyesakkan, menyedihkan, menyakitkan dada Abang. Abang kenal Adik setelah adik disakiti begitu kejam. Mungkin sekiranya ada insan yang lebih mulia bertemu Adik terlebih dahulu, mungkin Adik tidak diperlakukan seperti itu. Mungkin Adik sedang bermain buaian di padang permainan taman dengan rakan rakan sebaya. Mungkin Adik sedang mengejar ais krim yang dijual Pak Cik Mat. Mungkin Adik sedang melihat lihat roti di atas motorsikal Uncle Mutu. Mungkin Adik sedang membelek belek ikan dan sayur di atas lori pick-up Uncle Ah Chong. Tapi itu semuanya mungkin Dik.

Adik, kenapa Adik dikenalkan dengan makhluk jahanam itu. Kenapa Adik di ketemukan dengan syaitan yang bertopengkan manusia itu. Tapi Dik, ini bukan salah Adik. Abang tahu Adik merindui belaian seorang Ayah, yang telah lama Adik tidak ketemu. Tapi .. Dik, harapkan pagar pagar makan padi .. insan yang disangka akan memberi sinar pada Adik rupa rupanya hanyalah satu mimpi ngeri. Abang dapat tahu Dik, makhluk jahanam ini bukan berseorangan menzalimi Adik, tapi ada beberapa orang lagi. Ahh .. itu biarlah pihak bertanggungjawan yang menyelesaikannya, walaupun Adik terpaksa bersabar beberapa tahun untuk melihat makhluk makhluk jahanam ini diadili, kadangkala Adik terpaksa pula menerima hakikat apabila makhluk makhluk jahanam ini di denda tidak setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan. Namun Dik, nyakinlah, mungkin makhluk jahanam ini terlepas dari balasan di dunia, balasan di akhirat nanti mereka tidak akan terlepas begitu sahaja. Kerana Dik, makhluk jahanam ini akan diadili oleh para Hakim yang tidak boleh dijual beli, makhluk ini akan terima pembalasannya dengan adil, percayalah Dik.

Adik Syafiah,

Abang tidak dapat tidur apabila terfikirkan Adik. Abang seolah terasa segala kesakitan yang Adik alami. Ya ALLAH, apalah dayanya tubuh secomel Adik untuk mempertahankan diri. Abang tidak dapat bayangkan bagaimana jerit pekik Adik ketika menerima asakan, tumbukan, terajang, terjah, hentakan kaki di tubuh comel Adik. Suara Adik yang merayu agar dihentikan segala kezaliman itu, tangisan sedu Adik menahan kesakitan itu. Mata Adik yang merenung sayu pinta simpati agar berhenti dari kegilaan itu. Tangan lembut Adik yang cuba mendakap kaki syaitan itu agar berhenti dari terus dihayunkan ke badan Adik. Ya ALLAH, Dik, Abang tidak tahu bagaimana Adik menerima itu dalam setiap saat. Abang tidak tahu bagaimana tabahnya Adik menantikan saat tragis itu untuk berhenti.

Detik jam telah berlalu Dik. Adik telah meninggalkan kawan kawan Adik, meninggalkan kicauan burung, gelak tawa di taman permainan, mungkin buaian juga akan merindui Adik. Tetapi percayalah Dik, Adik tetap akan diingati dan akan dirindui oleh mereka mereka yang mengenali Adik. Abang pun begitu juga, walaupun Abang hanya kenal Adik di helaian akhbar.

Adik Syafiah,

Damailah Adik disana, kami akan terus mendoakan Adik dan rakan rakan Adik yang senasib, senantiasa didekatkan dengan ALLAH SWT, diletakkan bersama sama orang orang yang soleh solehih, dilapangkan pusara, gembiralah Adik di sana, Abang pasti ramainya malaikat yang sayang pada Adik, yang akan menjaga Adik sebaiknya. Adik tidak lagi perlu risau dengan tangan tangan dan kaki kaki syaitan itu. Makhluk jahanam itu tidak mampu mengganggu Adik disana.

Adik, kami disini akan cuba mencari keadilan untuk Adik. InsyaALLAH Abang pasti akan ada pihak yang berusaha untuk memastikan makhluk makhluk jahanam itu menerima balasan yang setimpal.

Adik, sampai disini dahulu ya, Adik tolong sampaikan salam sayang Abang pada adik adik yang lain ya. Katakan pada mereka, kami semua disini merindui mereka.

Adik damailah disana, semoga ALLAH merahmati Allahyarham Adik Syafiah Humaimah Sahari dan adik adik semua.

AL-FATIHAH