in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Monday, May 31, 2010

Apa erti Palestina buat kita : WASIAT SYUHADA

WASIAT ASSYAHID SYEIKH AHMAD YASIN UNTUK UMMAT ISLAM SELURUH DUNIA.-

-Renungkanlah wahai saudara. Moga ruh jihad menyala dalam tubuh kita-

Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab ( symbol ummat Islam) sudah sampai ke tahap mana keadaan ini??

Sesungguhnya aku seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang lumpuh (lumpuh setelah disiksa di penjara Israel) . Aku bukan seorang penceramah lantang yang mampu mengegarkan semua tempat dengan suaraku (yang lemah ini). Aku tidak mampu ke mana mana bagi memenuhi keperluanku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa macam macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian sebegitu wahai bangsa arab, kalian diammembisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku kepada kami sehingga tiada satupun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah…..Tiada satu kumpulan pun dari kalangan kalian bangun menentang musuh musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukar kami dari kalangan mulia kepada golongan yang diinaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah kamu yang mahu bangkit menentang musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah ummat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah Negara ummat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami. Adakah pertubuhan umat ini, tenteranya, partinya, tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya dan keluar beramai ramai sambil melaungkan;

Ya Allah, perkuatkanlah saudara kami yang sedang dipatahkan tulang mereka, kasihanilah saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hambamu yang beriman.!!

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang perang besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh kami dan bukan mati dengan melarikan diri.Akan mati bersama kami anak anak kami, wanita , orang tua dan pemuda kami. Kami jadikan kalangan merekakayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Jangan kalian menanti kami menyerah diri atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah.Biar kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhadak.Jika kalian mahu, marilah bersama kami. Tugas membela kami di bahu kalian. Kalian sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa yang lalai dari kewajipan amanahnya.

Kami juga berharap supaya kalian jangan menjadi usuh yang menambah derita kami.DEMI ALLAH jangan menjadi musuh kami wahai pemimpin ummat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah kami mengadu kepadaMu….kami mengadu padaMu….kami mengadu padaMu…. Lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan orang orang yang lemah..Engkaulah tuhan kami…kepada siapa engkau tinggalkan kami..Orang jauh yang menyerbu kami atau musuh yang menguasai kami. Ya Allah kami mengadu padaMu darah darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak kanak yang diyatimkan, wanita yang dijandakan, ibu yang kehilangan anak,rumah yang diruntuhkan… tanaman yang dirosakkan… Ya Allah, kami mengadu padaMu berseleraknya kesatuan kami, Berpecahnya kesatuan kami, berbagainya haluan kami akhir akhir ini. Kami mengadu padamu lemahnya kaum kami, tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh kami……..

Siapa Rachel Corrie ?

Seorang aktivis

Rachel Corrie, lahir pada 10 April 1979
Bapa : Craig Corrie eksekutif insurans, Ibu : Cindy , sukarelawan Olympia, Washington Amerika Syarikat.

Menyertai Pergerakan Keadilan dan Keamanan Olympia dan menyertai pelbagai kempen berkaitan aspek keamanan serta isu alam sekitar .

Seterusnya menjadi ahli Pergerakan Solidariti Antarabangsa (International Solidarity Movement), bercuti dari pembelajaran dari kolej Evergreen utk menyertai bantahan kemanusiaan di Rafah, Palestine.

Bagi beliau banyak yang dapat dilakukan tanpa keganasan, termasuk menghalang rejim Zionis melaksanakan rancangan jahat bersistematik ke atas penduduk Palestine. Dalam satu email kepada keluarganya, Corrie menceritakan kekecewaan yang dilihat di Rafah. Pada 14 Mac 2003 pula, dalam temubual dengan stesen penyiaran timur tengah, Corrie menanggapi apa yang disaksikan itu sebagai ‘pemusnahan terancang terhadap kemudahan rakyat untuk hidup’.

Kadang-kadang, katanya, dia dapat merasakan betapa banyaknya mesin pembunuh Israel di sekelilingnya bersedia melakukan tugasan jahat itu ketika menikmati hidangan makan malam bersama penduduk setempat.

Dengan keyakinan sesuatu perlu dilakukan untuk rakyat Palestine itulah – pada 16 Mac 2003 – Corrie menjadikan tubuhnya sebagai perisai untuk sebuah rumah milik seorang ahli farmasi yang didiami bersama isteri dan tiga anaknya.

Misi Corrie bersama enam aktivis ISM lain (tiga warga Britain dan tiga AS) cuba mengagalkan tindakan tentera Israel merobohkan rumah tersebut. Ada banyak versi diceritakan mengenai detik tegang itu. Bagaimanapun, Tom Dale, aktivis ISM yang berdiri beberapa meter dari gadis berambut lurus dan perang itu mengungkapkan “jentolak (tentera Israel) ada di depannya. Dia mula berdiri dan tanah ditolak ke atas kakinya. Dia cuba merangkak ke atas untuk mengelak ditimbus. Ketika jentolak itu terus bergerak dia terjatuh dan tertimbus. Kelihatan kakinya seperti tersepit di bawah jentolak. Dia kelihatan panik. Akhirnya dia berada di bawah jentolak, mungkin diantara roda-rodanya. Ia berlaku di antara kira-kira enam atau tujuh saat.”

Menurut seorang aktivis ISM lain, Joseph Smith, kejadina itu berlaku antara jam 4.45 dan 5 petang. Apbila jentolak D9 (bernombor 949623) itu berundur, mereka segera mendapatkan Corrie yang kesakitan.

“Belakangku patah” rintih Corrie yang mengenakan jaket oren untuk mudah dilihat, termasuk kepada pemandu jentolak tersebut. Seorang rakan duduk memegang kepalanya manakala dua yang lain di kiri kanan tubuh Corrie yang longlai. Matanya terpejam dan darah mengalir dari hidungnya.

Itulah kata-kata akhir dari mulutnya sehingga dia disahkan terbunuh 20 minit kemudian, kurang sebulan lagi untuk menyambut ulang tahun ke 25.

Dihina oleh pihak yang amat terhina

Namun tidak semua orang bersimpati. Pensyarah pentadbiran perniagaan universiti Haifa, Steven Plaut, berkata Corrie adalah anak muda fanatik yang beranggapan mampu mengubah dunia apabila bersekutu dengan pangganas timur tengah dan rakyat Palestine yang membunuh orang awam.

“Dia menyertai ISM sebuah kimunis-anarkis yang memberikan sokongan terbuka kepada keganasan Palestine. Corrie bersama-sama rakannya dari ISM berkampung di semenanjung Gaza untuk menghabiskan masa cuba melakukan provokasi terhadap tentera Israel dan mengaggap operasi antipengganas” tulis Plaut yang juga kolumnis akhbar migguan Jewish Press setahun selepas kejadian.

jL : rejim laknatullah 1Israel ini sememangnya tidak mengira siapapun, mereka akan membunuh selagi ada masyarakat atau negara lain yang masih setia berada di bawah buntut hina mereka. Laknat 1Israel. Membunuh sesiapa sahaja yang cuba menghalang segala sikap buruk hina jijik seperti syaitan terhadap masyarakat Palestina.

Thursday, May 27, 2010

apahal ko

Apahal pengkhianat rakyat Palestina neh datang ke bumi aku. Apahal pemimpin 1Negara berpoyo pula menerima dia datang dan disambut dengan carpet merah. Apahal pula mamat pengkhianat neh kata dia sedang berusaha sedaya upaya untuk mengrealisasikan kedamaian di Palestina, dah berpuluh tahundah, yang kenyang dan gemuk mamat pengkhianat rakyat Palestina neh yang kesana sini disponsor makan dan minum, rakyat Palestina terutama, di Gaza, makan peluru dan gas pembunuh.

Bukan main lagi tengok tengok keindahan PuteraJayanya, amik angin tasik, amik gambo. Tetapi semasa pemimpin pejuang Hamas datang dahulu pemimpin 1Negara hendak bertanya khabar pun tidak langsung. Buyers betul, diskriminasi betul .. lepas tuh pulak kata komited dengan perdamaian antara Palestina dan laknatullah 1Israel, tapi mintak nasihat kat laknatullah tuh .. huhuhuhu … keypadlock

Fatah : penguasa kesayangan United Shit Of America dan lembu laknatullah 1Israel. penipu besar dan raja pengkhianat rakyat Palestina.

HAMAS : pejuang sebenar rakyat Palestine yang ingin menegakkan panji panji Islam di tanah Palestine yang amat tidak disukai kebanyakan pemimpin Barat malahan pemimpin Arab terutama pembunuh umat Islam yanag beragama Islam kununnya Mesir dan pemimpin Islam yang duduk dibawah punggung puak puak laknatullah Barat.

Hancur Hancur 1Israel, United Shit Of America, si pencacai hamba abdi Hosni Mubarak kepala “shit” Mesir dan balaci balacinya ..

Tuesday, May 25, 2010

Assalamualaikum wahai para dae'i

Aku bukanlah agamawan, yang boleh berbicara dan bersemuka dengan para Agamawan, tetapi aku tetap hormat dan sayang dengan para mereka :Ulama’,Mufti, Ustaz, Ustazah dan para dae’I, tetapi apabila mereka sendiri yang membuatkan aku rasa terkedu dengan tingkah laku mereka, apadaya aku untuk katakan tidak dengan tindakan itu .. cukuplah dengan kata kata ini untuk aku merasakan kegusaran yang melanda para Agamawan kini ..

Wahai Ustaz, Ustazah, para dae’I, Ulama juga Mufti

Janganlah hati umat disakiti
Kedudukan Antum amat tinggi
Janganlah kedudukan dikhianati
Hanya kerana kepentingan diri

Ikutlah tanggungjawab para pejuang Agama di zaman Nabi
Lebih pentingkan umat dari para kroni
Lebih sayangkan perjuangan dari pangkat tinggi
Lebih cintakan Illahi dari pangkat Dato, Tun, Tan Sri

Bersepakatlah menjaga integriti
Usahlah dijadikan bahan caci
Sudahlah para artis disanjung tinggi
Tidak perlulah ditambah hinaan pada antum lagi

Bermuzakarahlah andai ada pendirian sendiri
Berbincanglah dalam jemaah yang dihormati
Bersemukalah penuh keikhlasan dan rendah diri
Janganlah media kalut dijadikan wadah mencari sensasi

Ini bukanlah ingin menegur atau menasihati
Kami sendiripun masih mencari cari
Tetapi kerana amat sayangkan Antum wahai para dae’i
Yang selayaknya diangkat insan pewaris Nabi

Ayuh bangkitlah menunjukkan diri
Tegah cegahlah segala kemungkaran dikeliling kini
Maksiat, kezaliman, ketidakadilan dan yang terkini
Halalnya dengan pemberian lesen judi

Sekadar ingatan untuk diri sendiri

Bukankah Al-Quran dijadikan panduan
Bukankah Sunnah diikut berzaman
Apakah lagi yg kita inginkan
Islam itu NUR dalam kehidupan

Marilah semua wahai teman
Fikirkan yg mana kita inginkan
Dunia hanyalah pinjaman
ISLAM, AL-QURAN, SUNNAH tetap berkekalan

Wallahu’alam

Friday, May 21, 2010

asal boleh

Pihak berkuasa akan memantau taukeh taukeh atau broker judi bola sepak piala dunia secara serius. Menurutnya ini kerana pertaruhan bola sepak ini tidak sah, tidak halal, haram di sisi agama kerana tidak berlesen.

Jadi untuk mendapatkan pertaruhan judi bolasepak piala dunia yang sah dan tidak haram hanyalah pada agen judi bertauliah, Vincent Tan yang BERJAYA, kerana judinya halal mengikut fatwa pemimpin pemimpin 1Negara

Lesen perjudian halal sukan yang diluluskan ini bukan hanya untuk Piala Dunia , tetapi juga untuk :
English Premier League
Spanish Primera Liga
Germany’s Bundesliga
Italy Series A
Uefa Cup
Champion’s League
English FA Cup .
Tak kena cara , Liga Perdana Malaysia pun boleh . Ini target agen judi bertauliah Vincent Tan yang BERJAYA nak buat duit hasil judi halal sukan yang diluluskan dan dianugerahkan kepadanya pada jangka panjang. 1Negara boleh, asal bolehjer :keypadlock:

jL : semakin pening dengan undang undang 1Negara neh, sesuka sukijer buat tafsiran halal dan haram. Patutlah banyak kesongsangan tabiat yang berlaku di 1Negara neh. Inilah rakyat yang didahulukan dengan dosa bersubahat, padan muka aku sebab ada pemimpin camnie.

Wednesday, May 19, 2010

Demo : BangBung dan Judi

Demo 1 : Sekumpulan wanita (wanita kee ? hikhikhik) berdemo di hadapan Mahkamah Syariah Gombak kerana marahkan Bang Bung sebab Bang Bung (BB) berpoligami tanpa kebenaran. Kalau hendak difikirkan apa yang BB lakukan tidak salah apapun di sudut agama, BB kahwin mungkin kerana ingin menghindarkan dia dan Kak Zizie (KZ) dari melakukan atau terjebak dengan perkara yang tidak elok tidak senonoh. Kalau BB dan KZ berfikiran camtu, seeloknya kita salutelah. Lagipun kahwin tanpa kebenaran ni rasanya dari sudut Agama tidak salah, kerana proses BB kahwin tetap sama, iaitu lelaki, perempuan, wali, saksi, dan akad/nikah. Cuma yang salahnya dari sudut undang undang duniajer. Alaa apa sangatlah dengan undang undang dunia ni. Tak kemanapun, banyak yang tidak adil dari adilnya. Pengamal undang undangpun bukan semuanya betul belaka pun, dari Hakim sehinggalah lawyer pecacai, kebanyakannnya lebih dicucuk hidung dan pentingkan RM dari keadilan, itu konpem. BB dan KZ hanya melanggar undang undang dunia jer, yang boleh diubah ubah, kejap ada kejap tak ada, boleh tukar dan ubah sesuka hati mak bapak diaorangjer.

Demo 2 : Sekumpulan jemaah melakukan demo di hadapan Masjid Kg Baru seusai solat Jumaat kerana marahkan sebuah negara Islam (kununnya) menghalalkan judi. Demo di ganggu oleh mereka mereka yang suka berjudi (mungkin) atau yang bersahabat dan bersubahat dengan kaki judi (mungkin juga). Menghalalkan judi ini sudah umpama memijak hukum ALLAH. Tanyalah semua orang yakni budak budak kecil pun tahu, yang judi itu haram, haram jadah, tetapi masih ada yang lihat judi itu hanyalah sekadar pertaruhan yang menguntungkan untuk rakyat yang kununnya didahulukan (abah ko). Dan paling menyakitkan, yang menghalalkan judi itu sama bangsa dan agamanya dengan Bang Bung. Lantaran itu tindakan PakMenteri yang meghalalkan judi ini lebih teruk dan jijik dari apa yang dilakukan oleh BangBung. BangBung hanya melanggar undang undang dunia tetapi PakMenteri ini bukan sahaja bakal merosak dan meranapkan mentaliti generasi masa hadapan, yang paling hina langsung tidak menghormati Agama yang dianutinya . PakMenteri Haram Jadah.

Kalau BangBung akan dihukum kerana kesalahannya tidak mengikut undang undang dunia, bagaimana pula dengan PakMenteri HJ ini yang bakal menghancurkan masa hadapan negara. Jika BangBung bersalah, ia hanya melibatkan antara BangBung dan KakZizie sahaja. Bagaimana pula PakMenteri HJ ini, yang bakal melibatkan sekitar 28 juta rakyat 1Negara.

Sekiranya BangBung bersalah, kita doakan kebahagiaan dia dan isterinya. Mereka melakukan perkara yang baik dan bagus walau pun ada orang yang nampak itu bersalah. Itu menjadi salah hanya kerana dilakukan tanpa kebenaran undang undang dunia, undang undang ciptaan manusia.

Tetapi jika PakMenteri ini dipandang tidak bersalah dan apa yang dilakukannya dianggap remeh sahaja, sah dan sahih, kepala hotak kita semua sudah disuntik dengan nafsu syaitan semata. Nau’zubillah, jauhkanlah.

Bung Mokhtar disuruh letak jawatan oleh NGO Wanita, PakMenteri HJ sorang neh tak suh letak jawatan gak kee ?? ..

Judi itu : maksiat, najis, kotor, jijik, haram .. haram jadah .. paham tak PakMenteri dan puak puaknya .. keypadlock

Tuesday, May 18, 2010

BERJAYA berjaya merosakkan

Akhirnya BERJAYA milik Vincent Tan berjaya mendapatkan lesen judi “World Cup 2010”. Satu keputusan yang mantap oleh pemerintah 1Negara (abah ko). Satu kejayaan yang besar buat pemerintah 1Negara (mak ko). Satu pengorbanan yang hebat oleh pemerintah 1Negara kepada rakyatnya yang didahulukan (kepala lutut ko). Ntah spesis haram mana yang telah merasuk dan meracun di kepala pemikiran para pemerintah ini sehingga mengakibatkan puak puak ini mengambil keputusan yang begiti genius sekali, keputusan meghalalkan judi. Tak cukup lagi dengan kedai nombor yang bersusun di setiap inci bumi 1Negara nie, tuh belum lagi di kira pusat pusat maksiat yang terdedah sana sini. Ntah dari mufti atau ulama mana yang memberikan nasihat begitu ilmuan ini kepada mereka atau mereka sendiri yang merasa diri mereka lebih hebat dari para ilmuan Agama maka mereka membuat tafsiran sendiri, judi itu halal. Hancur.

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lbh besar dari manfaatnya.”

Sungguh ironi sekali dalam keadaan bangsa yg bermajoriti tinggi penduduknya beragama Islam dan pemimpinnya majoriti beragama Islam perjudian dihalalkan dek kerana nafsu, wang dan kuasa. Seolah judi ini ingin dijadikan darah daging. Hingga tidak rasa bersalah langsung menyuapkan rezeki yang haram itu ke perut anak dan isteri.

Allah SWT telah memperingatkan dgn tegas mengenai bahaya judi ini di dalam surat Al-Maidah ayat 90 - 91 yg artinya “Hai orang-orang mukmin! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adl kotor berasal dari perbuatan setan; oleh krn itu jauhilah supaya kamu beruntung. Sesungguhnya setan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan salat; oleh krn itu apakah kamu mau berhenti?”

Nabi saw bersabda yg artinya “Barangsiapa berkata kepada rakannya mari bermain judi maka hendaklah ia bersedekah.”.
Banyak bentuk-bentuk perjudian yg dikemas dgn cara dan model bermacam-macam sehingga memberi kesan bahwa hal itu bukan perjudian. Sekalipun hiburan dan permainan itu dibolehkan oleh Islam tetapi ia juga mengharamkan tiap permainan yg dicampuri perjudian yaitu permainan yg tidak luput dari untung-rugi yg dialami oleh si pemain. Di balik pelarangan judi di dalam Islam ini terkandung suatu hikmah dan tujuan yg tinggi sekali :

~Hendaknya seorang muslim mengikuti sunatullah dalam bekerja mencari wang dan mencarinya dgn dimulai dari pendahuluan-pendahuluannya. Masukilah rumah dari pintu-pintunya dan tunggulah hasil dari sebab-sebabnya.

~Islam menjadikan harta manusia sebagai barang berharga yg dilindungi. Oleh krn itu tidak boleh diambil begitu saja kecuali dgn cara tukar-menukar seperti yg telah disyariatkan atau dgn jalan hibah dan sedekah.

~Perjudian itu dapat menimbulkan permusuhan dan pertentangan antara pemain-pemain itu sendiri kendati dari mulut dan lahirnya mereka telah saling merelakannya. Bagi pihak yg kalah dalam judi diamnya itu tidak sekadar diam tetapi membawa perasaan dongkol di dalam hatinya.

~Kerugian itu mendorong pihak yg kalah utk mengulangi perbuatan judi lagi. Dan bagi yg menang pun krn sudah merasa menang ia merasa penasaran dan ketagihan utk memenangkan lagi padahal belum tentu menang lagi boleh jadi sebaliknya kalah. Dan seterusnya sehingga membuat lingkaran setan tak henti-hentinya melakukan maksiat.

~Selamanya permainan judi sibuk dgn permainannya sehingga lupa akan kewajibannya kepada Tuhan kewajiban akan diri kewajiban akan keluarga dan kewajiban-kewajiban lainnya. Renungkanlah firman Allah SWT yg artinya “Barangsiapa yg menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dgn sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yg tidak memperoleh apa-apa di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah segala yg mereka usahakan di dunia serta sia-sialah segala yg telah mereka kerjakan.” .

Wallahu’allam

Monday, May 17, 2010

haloo how r u ..

Wah lama sudah tak update,. Alhamdullilah, cuti cuti macam biasa. Seronok ? sudah tentu gitu, pergi berdua bukan solo beb hikhikhik. Yerler lama ooo tunggu. Duk kat Awana Porto Malai, Island Hoping, naik kete cable, kena “pau” ngan peniaga Langkawi haa haa haa, tapi takperlah yang penting enjoy bersama bunga cinta, cheewahh .. terlebih sudah.

Tapi sepanjang itu aku tidak lepas dari menyibuk dengan isu isu semasa. Bila yang ada 6 kotak jadik Senator (apa pengorbanannya pada negara, tiada siapa yang tahu), yang GERTAK nak adakan perhimpunan pada 13 Mei tapi kena tangguh (ntah siapa yang hendak diGERTAKnya, tiada siapa yang tahu), yang kena tembak lagi sebab tak berhenti dan kena tembak tak pasal tengok orang mengamuk, yang SIBU tidak seperti yang Hulu Selangor (mata RM), yang kena sound sebab berpolitik dalam masjid kununnya (yang satu boleh yang satu tak boleh, tiada siapa yang tahu), yang kempunan Piala Thomas, yang bagik minyak kat negara jiran, apa ? blok L blok M ? ntah .. yang aku tau aku duk kat blok AA .. hikhikhik ..

yang best dan terhebat sekali bila dah ada judi cop halal, dari Jabatan Agama mana ?, wa’puche’taw, judi bolasepak piala dunia yang dihalalkan oleh Menteri Melayu, Melayu tau, sekali lagi Melayu, wey Melayulah, betul .. tak percaya tanya Jamil Khir, Mashitah ngan Harusmoney.

Nama orang Melayu tuh kalau tak silap aku, kalau tak silap akulah lebih kurang gini bunyi namanya Dr Awang Adek Hussien.

Beliau dirakamkan oleh akhbar tempatan berkata :
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen
membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba
mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada
pertaruhan haram)."

Fatwa baru yang terhebat amat hebat alaf baru, judi berstatus halal dengan alasan yang memualkan, sengal, sengap, bedengong, bahlol : tak taulah, takder kepala hotak kot atau otak kat lutut atau kat buntut. Ahh persetankan kalian semua.

Apapun yang penting aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan :

Selamat Hari Ibu : kepada semua insan yang teristimewa ini, Selamat Hari Ibu, Mak, hadiahnya dapat menantukan huahuahua. Mak yang terbaik, terbest, yang sempoi, yang terhebat dari yang hebat, yang gemilang, terbilang konpem mak tak pernah temberang anak anak Mak, pengorbanan Mak sememangnya tidak terbalas. Kami sayang Mak. Maklah buah hati kami.

Selamat hari Ibu kepada Ammar Mom .. “thanz a lot for looking and taking care my hero”. Mekasih sekali lagi.

Selamat Hari Guru : pada semua guru guru di atas segala masa dan tenaga anda, special dedicated pada guru guru yang mengajar di pendalaman, yang kurang dari segala keselesaan, andalah guru yang sebenarnya guru. Teringat cikgu cikgi di Sekolah Rendah Simpang Lima Kelang, Sekolah Menengah Anglo Chinese School Klang (ACS), Sekolah Menengah Khir Johari Beranang. Cikgu Abu Sujak (Allahyarham), Cikgu Nancy, Cikgu Zainuddin eih ramai lagilah. Terima Kasih Cikgu.