in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Monday, July 19, 2010

Pie dan kawan kawannya

Hari itu Pie memanggilnya sesat
Kawan kawan Pie begitu juga menuduhnya sesat
Mereka kata dia sungguh sesat menyesat
Berbuih mulut Pie dan kawan kawannya kata dia amat sesat
Jangan berkawan dengan dia kerana sesat
Pie dan kawan kawannya berbahasa sungguh hina dan kesat
Tiba tiba Pie dan kawan kawannya berubah penuh hebat
Tiba tiba Pie dan kawan kawannya menghulur tangan ingin berjabat
Kata mereka demi perpaduan untuk bangsa yang hebat
Guna pula seorang yang tinggi darjat
Yang dahulu pernah di ajak berdebat
Kononnya boleh menjadi jambatan untuk mengikat
Yang satu sesat, yang satu mulia teramat
Lupakah kawan kawan Pie atau terdesak sangat
Sehingga ludah yang meleleh kembali dijilat
Di manakah muka diletak, tidakkah merasa kelat
Sungguh Pie dan kawan kawan telah pening lalat
Sungguh Pie dan kawan kawannya telah hilang sengat
Sungguh Pie dan kawan kawannya hilang maruah tiada darjat

Tuesday, July 13, 2010

alkisah dulu~2 : kaki pukul

Paling best masa aku hendak amik SPM. Seingat aku malam pada hari Isnin aku ada paper English (1&2) tapi pada malamnya kitaorang jamming kat rumah orang kawin, joget lambak. Habis dekat pukul 2pagi gak. Balik rumah mak aku perhambat, bebel kaw kaw kat aku. Aku senyum jer. Kalau tak silap aku 2 kali gaklah jamming kat rumah orang kawin masa hari SPM. Nak amik result, mak warning, kalau teruk sendiri mau ingat, alhamdullilah result aku bolehlah, setakat nak mintak kerja boleh diguna pakailah. (emm sekarang pegawai Bank tau cheewah hehehe)

Kita orang hampir hampir gak nak buat album. Husband kakak angkat aku offer. Puncanya lepas kami jamming kat majlis kawin dia. Husband dia neh kerja kat Polygram Music. Dia cakap buat satu album, ada 2 lagu killer then concentrate buat mini konsert. Masa tuh masing masing uuuuu, simpan angan angan. Cuma aku yang tak confiden. Apapun keinginan tuh ada. Bila masa kami hendak ke studio buat audition, sehari sebelum itu group kami diterjah berita sedih, 2nd lead kami yang juga founder FANORA meninggal dalam satu kemalangan. Kami semua down habis. Bagi menghormati Allahyarham Abg Halim, kami decided untuk berehat beberapa ketika, sebab jammingpun rasa macam tak meriah. Setelah lama berehat, akhirnya semua ambil keputusan untuk tidak ke audition itu dan bermain muzik sekadar suka sukajer.

Dan FANORA sedikit demi sedikit berkubur, Ujang selepas berkahwin sudah mula serius dengan keluarganya, Buyau begitu juga, Pak Maran ikut tabligh, Man langsung tidak dapat dikesan dan aku sendiri alhamdullilah mendapat kerja dengan sebuah syarikat Jepun dan menetap di sana selama setahun. Pun begitu minat aku pada muzik masih terbuku. Di Jepun aku berkenalan dengan sekumpulan remaja yang juga bermain muzik. Jumpa dalam train hendak ke Bandar Tochigi.

Memang rock giler diaorang neh. Punk Rock gitu, semua rambut stail Trojan, kena angin tak goyang punya. Tapi punyalah respect kat orang. Perwatakan garang tapi semua bersopan santun hahahaha itulah rock Jepun, sampailah laa nie. Aku join diaorang, aku ingat lagi bila diaorang nak test skill aku, kami main lagu band rock Jepun; Loudness “Heavy Chain” yang kitaorang memang selalu mainpun dan Earthshaker, aku tak ingat tajuknya, wah diaorang suka bukan main, padahal diaorang tak tahu lagu tuh Search bawak gak, rentaknya lebih kurang lagu “Nombor”. Suka sesangat rockers Jepun neh.

Balik ke Malaysia aku bekerja di Bangi di Syarikat Jepun neh. Aku baik dengan salah seorang pegawai di HR. Dia ada tanya kalau kalau aku ada band ke untuk dinner kilang yang pertama. Aku cakap ada tapi dah berpecah, so kami bercadang untuk set satu band, kami cari dan gali, akhirnya kami dapat set satu band. Tak tau nak letak apa nama, kami letak aja nama company “Hitachi Aircond Band” huahuahua. So setiap kali ada dinner, kamilah yang concured. Glamour pulak kat kilang tuh kejap, selepas 3 tahun aku resigned dan tak tahu apa jadi pada kekawan yang lain.

Dekat 11 tahun dah tak pukul, minat masih ada, setakat setting drumtuh masih ingat lagi, macamner susunan tom tom dan simble. Cuma nak ejas tune mungkin lupa sikit. Hemm layanjerlah nanti. Lagipun sekarang neh santapan minda hanya dengan lagu lagu Nasyid jer, tapi no hal kalau nak layan lagu rock otai gue bisa lagi. Ok gang FANORA selamat ber reunion kembali. Rock beb hahahaha ..

Tuesday, July 6, 2010

alkisah dulu2 ~1: KakiPukul

Malam semalam kawan kampong call, ajak jamming, ada jemputan kenduri kawin, katanya sebelum bulan puasa neh .. hahaha .. jamming ??. aduh ada stamina lagi ke nie nak pukul, lagipun dah lama bebenor tak memukul nie. Ntah boleh lagi nak layan 2 padle atau tak. Dulu kalau setakat nak layan 3-4 jam dalam studio xder hal. Tetiba teringat masa dolu dolu, masa mula mula join band “FANORA” neh. Gila apa masa tuh form 3 nak SRP, geng lain semua dah kerja. Ujang lefthand guitarist keje draftman DBKL, Arwah Halim 2nd lead keje technician , Buyau basist pun technician, Man 1st Vocalis keje travel agencies dan Pak Maran 2nd Vocalis pun technician. So aku sorangjer budak sekolah .. hahahaha.

Mula mula jamming kat Wisma Punca Emas Seremban, studio Tam Wings (masa tuh ganti Sham Wings yang keluar). Aku masa tu ikutjer, sebab abang dan pakcik akupun ada tapi dia nie layan snooker kat tingkat 3, hehehe masa tuh drummernya abang aku sendiri Along, abang aku neh dulu dia memang main brass band di Sekolah Menengah La Salle Klang, so ingat dia bolehlah main drum cam dia main drum brass band tuh. Jadi mereka pun mainlah lagu pertama, Musnah (Search), hemm amik ko memang musnah giler, drum ntah kemana, vocal ntah kemana, beat abis, hanyut. Akhirnya abang aku angkat stick, surrender. Semua dah mula gelabah, booking 3jam.

Tiba tiba Pakcik aku suruh aku main. Terkejut aku, tapi memangnya aku dah nak pulun dah, geramjer tengok set drum tuh. Ujang tanya aku boleh ketuk kee?, aku just cakap kita cubalah dulu, diaorang decided nak main gak lagu Musnah neh, diaorang pulak tak tahu yang aku memang Search fan, masa tuh pun tengah meletup Wings, Search dan Sweet Charity. So memang semua pakat main lagu group neh kalau jamming pun. Maka dengan penuh bergaya kami mainkan lagu tuh sehinggalah habis, dan kelagu seterusnya dan lagi dan lagi hingga tidak sedar masa booking dah habis. Habis jamming, kitaorang pegi makan makan dan teruslah aku diterima sebagai geng FANORA. Aku gumbira tetapi bersyarat aku kenakan, tidak menggangu jadual sekolah aku dan setiap kali nak jamming diaorang lah yang kena “tong tong” belanja aku, tambang bas, makan minum dan sewa studio. Diaorang semua pakat setuju, aku lagilah setuju. So jadilah aku artis kampong. Boleh kata kat Beranang masa tuh kalau ada majlis kawin, kitaorang akan dijemput buat performance dan udah pasti joget lambak tak boleh lepas. Glamour aku masa tuh.

Pada awalnya mak aku risau gak dengan pelajaran aku, tapi alhamdullilah SRP dan SPM aku dapat keputusan yang cemerlang gak. Aku tidak melanjutkan pelajaran kerana aku ingin berdikari. Pada masa yang sama aku masih lagi bermuzik.

Bersambung :