in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Friday, August 27, 2010

aku rasa Merdeka

Aku rasa aku telah lama Merdeka tetapi masih dijajah
Aku rasa di kiri kanan aku rasa begitu pesat dengan budaya penjajah
Aku rasa merebakkan penyakit “soo-sial” bak barah virus penjajah
Aku rasa anak muda mudi mabuk cinta dengan dunia khayalan ciptaan penjajah
Aku rasa mereka bergelumang dosa dan maksiat ikutan nafsu sesat si penjajah
Aku rasa bahasaku hampir dihapuskan kerana bahasa penjajah
Aku rasa undang undang negaraku kuat tercalit sisa busuk undang undang penjajah
Aku rasa perangai pemimpin pemimpin aku lebih teruk dari perangai penjajah
Aku rasa agamaku ditekan dicengkam sang penguasa berkiblatkan penjajah
Aku rasa Tok Guru, Ulama, Ustaz, Ustazah diugut dipaksa mengikut selera penjajah
Aku rasa semua amalan murni diracuni dengan amalan keji penjajah
Aku rasa aaahh aku Merdeka tetapi jiwaku amat parah
Aku rasa aku Merdeka tetapi hatiku gundah
Aku rasa aku telah lama merdeka tetapi aku masih dijajah

jeansLusuh aka AbuAMMAR

Monday, August 23, 2010

Syawal tetap sama

Syawal akan tiba tidak lama lagi. Rakan rakan di kelas Haziq mula bercerita tentang baju baru, balik kampong, main bunga api dan jalan jalan ketika cuti yang panjang itu. Girang mereka, tidak sabar menanti cuti Hari Raya. Haziq tidak pernah berimpikan semua itu. Sudah 7 tahun, Hari Raya Aidilfitri bagi Haziq hanyalah seperti hari hari biasa. Tiada cuti Raya baginya. Panjang atau pendek, Haziq tetap berada terperap di rumah. Akan tetap melihat siang dan malam benda yang sama di hadapan mata. Tidak akan ada apa yang istimewa. Paling tidak pun Haziq melihat rumput lalang di hadapan rumahnya memanjang, dan ketika itulah hari harinya sedikit terisi,

“Haziq, nanti petang tolong Umi potong rumput depan tu yea, Umi takut nanti ada ular pulak”, seloroh Umi. “ok, mi”, Haziq tidak pernah mengeluh apatahlagi membantah.

Hari ini hari akhir bersekolah, esok sudah bermula bercuti, cuti untuk menyambut Syawal. “Murid murid, hari ini adalah hari terakhir kita berjumpa sebelum menyambut Syawal, Cikgu harap kamu semua jangan terlalu nakal masa cuti ini dan jaga diri masing-masing, insyaALLAH kita jumpa minggu hadapan, selamat bercuti semua dan Selamat Hari Raya” senyum CikguZam.

“terimaaa kaaasih Cikgu, Selamat Hari Raya Aidilfitri Cikgu, kami semua mohon maaf”, anak muridnya seramai 33 orang itu bersuara serentak. “Haziq, tunggu sekejap,” langkah Haziq terhenti dimuka pintu, Haziq melambai lambai kearah kawan kawan yang lari riang. “Haziq cuti ni, ada kemana mana tak?”, Haziq menggeleng “duk rumahjer Cikgu”, matanya mula redup. “takperlah Haziq jaga Umi dan jangan lupa tolong Umi ok, Haziq jaga diri ya”, CikguZam tidak mampu berkata apa, tangannya mengusap rambut Haziq yang sedikit peluh.

Simpatinya pada anak kecil ini begitu sekali. Dari Tahun 2 dia mengetahui akan keperitan anak ini. Keperitan yang bermula dari Tahun 1 itu benar benar membuatkan anak ini tidak seperti anak yang seusia dengannya. Dia terlalu mentah untuk menghadapi keperitan itu, tetapi dia terlalu matang pula menghadapi seorang diri. Kesabaran Haziq itu sendiri memotivasikan diri CikguZam.

Haziq mempunyai bapa tetapi tidak didepan mata, hanya bertemu sekali kala itupun setahun atau dua baru bertentang mata, bertemu pula di belakang tembok jernih putih tidak dapat bersentuh rasa, tangan kasar ayah hanya diraba dalam khayalan sahaja. Masa sering mencemburui pertemuan mereka, kerinduan tidak terungkai dikala bersama, hanya air jernih deras laju mengocak jiwa, Ayah selalu berpesan kepadanya, jangan sesekali toleh ke belakang majulah kehadapan, Ayah akan mendoakan kejayaan Haziq dan percayalah Ayah pasti akan terlepas dari cengkaman dan genggaman yang tidak berkesudahan ini, doakan Ayah agar kuat menghadapi cabaran.

Haziq jadilah anak yang baik pejuang yang tulen bukan pejuang bertopeng sahaja. Jagalah Umi seperti mana Umi memanjakan Haziq, jangan dikasari dilukai hati Umi. Umi umpama pejuang yang berada di saf hadapan keluarga kita. Bentenglah Umi, jangan benarkan sesiapa yang menzaliminya. Janji Haziq kepada Ayah, akan Haziq jadikan diri ini sebagai perisai yang kukuh di hadapan Umi.

“Pak Cik boleh saya tanya kenapa Ayah saya terlalu lama tinggal di dalam bilik besi itu”, sapa Haziq kepada beberapa orang yang berada bersamanya ketika pertemuan dengan Ayah. Muka muka berwatakan bengis, bongkak, ego, sombong, tidak berhati perut dan tiada perasaan itu hanya memandang sinis pada Haziq. Ada pula yang menunjukkan rasa meluat melihat tangisan Umi dan Ayah ketika sedang berbicara, ahh betapa busuk bak najis, hitam pekat bak air longkang hati dan jiwa mereka semua.

“maaf Pak Cik boleh saya tahu siapa nama Pak Cik semua”, seorang menghentak dinding menunjukkan kekuatan di dunia yang sebenarnya apabila di panggil Malaikat Sakaratul Maut getar kaki seluruh badan tidak terkata pula. “ISA,” mendabik dada bangga. Ahhhhh .. rupanya mereka yang duduk di dalam rimba rupanya. Itulah yang Haziq tahu apabila mereka memperkenalkan siapa mereka yang kotor ini. Dan Haziq pasti akan menunggu lama lagi Ayah untuk bersama sama bercuti dan selama itulah Haziq tidak faham mengapa Ayah di asingkan dalam hidupnya, sedangkan apa yang dia tahu Ayah seorang pejuang yang ingin menegakkan kebenaran agamaNYA, itu sahaja.

Tuesday, August 17, 2010

diKerandakan

Roh Ramadhan baru sahaja terasa
Sudah ada keluarga yang mengalirkan airmata
Kehilangan orang tersayang ketua keluarga
Yang hilang bukan terpisah badan dengan nyawa
Yang hilang kerana dituduh menderhaka
Menderhaka kepada sang penguasa
Sang penguasa yang berjiwa dengki penuh hina
Sang penguasa yang gemar menghumban insan tidak bersalah di neraka ciptaan mereka
Neraka yang dibina bagi memuaskan nafsu serakah ketua mereka
Ketua mereka yang tidak pernah berubah dari dulu kini selamanya
Ketua mereka yang ingin melawan dengan AL-MUQIT yakni YANG AMAT BERKUASA
Ketua mereka yang ingin menolak segala hukum hakam dari AL-HAKIM yakni YANG MAHA BIJAKSANA

Ketua mereka lupa mati, lupa dosa dan pahala
Untuk mengekalkan pengaruh kuasa sebagai sang penguasa
Untuk menunjukkan bongkak yang nyata
Maka undang undang rimba terus diguna
Terbungkam terhumbanlah mereka yang mencari keredhoanNYA
Terpenjara di dalam keranda
Keranda IkutSukaAku

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wah Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdullilah Ramadhan datang lagi.

Mudah-mudahan Allah panjangkan umur kita semua untuk bertemu Ramadhan Al-Mubarrak ini.

Semoga Allah juga mengampuni segala dosa dan kesalahan atas ketelanjuran kita selama ini.

"Ya Allah,Kau ampunilan segala dosa-dosa yang telah kami lakukan, samaada secara sengaja atau tidak kami sengajakan. Kami jua mengharapkan ehsanMu Ya Allah, agar kau ampuni dosa dan kesalahan kedua ibubapa kami, datuk dan nenek kami, suami-isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, teman-teman serta sahabat-sahabat kami, jiran tetangga kami serta semua kaum Muslimin dan Muslimat yang masih hidup ataupun yang telah pergi menghadapMu Ya Allah....Amin"

Kepada yang mengenali jeansLusuh secara langsung atau tidak, jL ingin menyusun 10jari meohon ampun serta maaf zahir & batin buat semua teman-teman jika jL ada melakukan sebarang kesalahan melalui tutur kata dan perlakuan pada semua.

Dan insyaALLAH di bulan Ramadhan ini blog jL akan diisi dengan cerpen cerpen pendek, puisi dan sajak tentang perjuangan pejuang Islam Palestina.

Monday, August 9, 2010

ekor diekor terekor

Sebentar tadi sayup sayup antara dengar atau tidak seorang PakBerkuasa mengatakan sedang berbincang; berbincang berbincang berbincang sementara duk berbincang poket koyak rabak kena cincang kihkihkih ….

Anda pernah diekor oleh saman ini. Sedikit pengalaman beberapa tahun banyak yang lepas. Aku juga tidak terlepas diekor, tetapi yang menariknya ketika di ekor itu aku di tempat lain dan disaman di tempat lain. Pening lalat juga bagaimana aku berada di dua tempat yang berbeza dan jaraknya bukan dekat, berpuluh KM juga, namun apakan daya, saman tetap samankan, yang berkuasa tetap berkuasa. Lagipun pada ketika itu aku ikut sahaja apa yang dikata, masa itu tiada tempat hendak mengadu, semua takut sahaja, umpama lembu dicucuk hidung. Alhamdullilah sekarang ada juga pihak yang sudah membuka mata, harapnya mereka lawanlah sampai saman ekor ini dimahsuhkan. Kalau hendak saman, biarlah benar benar kerana bersalah memandu laju atau sebagainya.

Pun begitu, pengajaran dari itu, sekiranya ia berlaku seperti kes aku, cepat cepatlah buat laporan, takut ada yang menggunakan nombor kereta kita untuk melakukan sesuatu yang tidak elok. Kerana itulah aku tukar kereta, pada masa yang sama ada rezeki sedikit.

Tak mahu lah saman saman ekor lagi yea yea yea, carilah pendapatan yang “betul” sikit, tidak baik aniaya orang nie, tidak berkat Bro. Fikir fikirlah sendiri

Thursday, August 5, 2010

ia datang lagi

Alhamdullilah beberapa hari lagi Ramadhan kembali ke sisi kita. Sesungguhnya sekiranya kita ini umat Nabi Muhammad SAW pasti menanti nantikan bulan yang mulia ini. Sebulan itulah kita akan belajar segala galanya, dari tidak makan minum di hari siangnya, menjaga segala keperibadian dan semua pancaindera, pertuturan, perlakuan, kebajikan dan yang paling penting istiqomah menghabiskan Solat Terawih. Semestinya ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini dijanjikan pahala yang banyak disamping pelbagai kelebihan yang lain.

Alhamdullilah, kali ini aku tidak lagi bersahur, berbuka keseorangan. Tidak lagi bersahur dengan Nescafe 3 in 1 cicah biskut atau roti dan tidak lagi berbuka di kedai makan atau bungkus makan di rumah.

Jika diingat ingat beberapa tahun dahulu, ketika keseorangan .. ahhh sememangnya sempoi. Jika orang lain berkejar kejar ingin pulang awal, yang isteri ingin masak manakala si suami terkejar mengambil isteri ditempat kerja atau mengambil anak di sekolah. Aku rilek sahaja. Diketika orang berpusu pusu di pasar pasar Ramadhan membeli juadah untuk berbuka puasa sehingga tidak cukup tangan, aku pula tenang duduk di meja restoran membaca akhbar sementara menunggu pelayan mengambil order dan menunggu waktu berbuka.

Kebiasaannya minggu pertama dan kedua puasa, aku “round round” berbuka puasa di masjid sekitar Selangor/Kuala Lumpur. Masjid Muadz Jabar Setiawangsa, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Masjid Jalan Duta KL, antara masjid yang sering aku kunjungi untuk berbuka puasa. Oppps bukan sekadar berbuka puasa sahaja, aku akan haruskan untuk berterawih sekali. Jika terlalu letih setidak tidaknya aku akan buat “8” disambung witir sendiri. Masjid Muadz Jabar Setiawangsa adalah masjid pilihan aku. Kerana kebiasaannya masjid ini akan mengambil imam dari negara Arab dan dibantu oleh pelajar Tahfiz. Tetapi aku sebenarnya lebih suka berimamkan adik adik Tahfiz dari sini dari negara Arab. Mereka juga tidak kurang hebatnya selain tidak sombong dengan jemaah.

Selepas ini aku pasti akan merindui kesempoian aku yang dahulu. Dan akan melalui satu kesempoian yang baru bersama Zaujahku.

Selamat datang Ya Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini akan memberikan sinar baru dalam hidupku juga keluargaku. Amin

Monday, August 2, 2010

4 hari dugaan untuk aku

Selasa malam minggu yang lepas, tidak semena zaujah mengadu sakit di bahagian dada, kepala dan perut, mulanya ingat hanya sakit biasa, namun selepas Isyak, sakitnya semakin kuat, melihat caranya menahan sakit sehingga mengalirkan airmata, membuatkan hati ini begitu sebak dan terasa sama kesakitan, namun begitu dia masih tidak mahu dihantar ke hospital, “saya tak mahu susahkan abang, takper saya sakit sikit sahaja” katanya perlahan sambil menekan dada. Namun kata kata itu tidak dipedulikan. Dia ku gendung, sehampir di kereta, tiba tiba dia tidak bernafas, pengsan, ya ALLAH, panik semakin menjadi, kereta dipecut laju, 3 lampu merah di robos begitu sahaja, biarkan di kejar polis trafik, ditahan dan disaman, peduli apa. Yang tersayang lebih penting dari segalanya. Jika perlu bertengkar atau bertumbuk bisa sahaja diketika itu.

Setiba di hospital, zaujah terus dimasukkan di wad ICU. Penantian satu penyiksaan, setelah hampir 45 minit barulah Doktor keluar, taklimat Doktor, zaujah harus ditahan untuk beberapa hari bagi Doktor mencari punca penyakit. Selama 4 hari, zaujah dimasukkan beberapa botol air, di x-ray, di scan, di ambil darah. Aduh siksanya melihat lengan di kiri kanan membengkak akibat di cucuk jarum, tidak lalu makan, terlalu lemah. Bersamanya sepanjang terlantar di hospital, selera sendiri turut hilang, melihat wajah pucatnya hati tidak tenteram “Ya ALLAH sembuhkanlah penyakitnya secepat mungkin, tidak tertahan hamba ini melihat akan kesakitan yang ditanggungnya”.

“Abang baliklah, saya ok, kalau cuti lama lama nanti abang kena buang kerja pulak, kenapa abang tak makan makan, kenapa muka abang pucat, janganlah macam ni, maafkan saya, susahkan abang”, katanya perlahan. Hanya mampu tersenyum “jangan risau abang ok, pasal kerja jangan risau, dah call Boss, dia kata takper boleh ambik cuti”, “tapi saya nak balik rumah, kat sini mesti mahalkan, kosnya mesti tinggi, takper saya makan ubat jer”, senyum lagi “jangan risau pasal tuh, yang penting sayang cepat sihat, bila dah ok betul, kita balik .. k”,.

“ok, Puan, petang ini sudah boleh balik, tapi kena buat follow-up, next week kena jumpa saya, Encik jumpa saya sebentar di bilik saya”, ajak Doktor. “ok, as I mentioned earlier, penyakit isteri Encik ini mungkin akan mengambil masa untuk pulih, tapi jangan risau ia tidaklah kritikal, penyakit 3 in 1 ini boleh diatasi sekiranya dibuat pembedahan kecil, tetapi saya nasihatkan Encik cuba cari alternatif lain dahulu, berikan dia makanan yang berkhasiat dan konsisten dengan ubat yang diberi, Encik jangan risau dan jangan biarkan dia risau juga, make her happy ok, I can see since last 4 days, awak berdua memang loving couple, nurses semua kata camtu”, ketawa kecil Doktor.

Zaujahku, sekiranya Sayang merasa kepedihan dan kesakitan itu, percayalah abang juga merasainya, insyaALLAH Sayang tidak akan dibiarkan merasai segala dugaan ini keseorangan, kita kongsi bersama Sayang .. selagi terdaya kita berusaha, tidak kira apa cara .. yang penting sama sama kita berdoa pada yang ESA ..