in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Monday, January 31, 2011

ALLAH tidak akan bertanya menang atau kalah ...

Lama betul tidak mengemaskini blog, segalanya disebabkan marah akibat “broadband” yang terlalu lembab. Alhamdullilah, sejak 2-3 hari ini, kelajuan sudah seperti biasa, walaupun kadangkala rasa mengantuk itu masih ada, terlalu lama dan perlahan juga ia.

Januari 2011 sudah pun tamat. Tiada yang menariknya. Cuma yang tertariknya, dimana pilihanraya kecil bertalu talu, baru selesai di Tenang kemudian di Merlimau, di Pelabuhan Kelang belum ada khabar berita, manakala ahli politik berjawatan MP atau ADUN semakin suka main lompat lompat dan suka jadi bebas. Bebas dari segi apa, hanya mereka sahaja yang tahu.

Pun begitu kemelut dunia tidak dijangka, berlaku kebangkitan rakyat yang nyata. Negara negara Timur blok Arab yang tidak pernah alami krisis besar yang kononnya sering mengata kuasa mereka kuat dan teguh, rakyat berada di bawah tapak kaki mereka, kini sudah tidak boleh mendadik dada.

Bermula dengan runtuhnya Rejim Tunisia yang mengamal ajaran ditaktor, kini Rejim Zionis Hosni Mubarak pula menerima tempiasnya (mengapa Zionis Hosni Mubarak: kerana 1Israel menjadi idolanya).

Mungkin ini balasanya kepada pemimpin “Islam” yang angkuh, yang membantu Laknatullah Kafirun 1Israel menzalimi, menindas dan membunuh rakyat rakyat yang tidak berdosa di Gaza Palestina. Yang bergelak tawa sama melihat darah anak anak yang ingin membesar sebagai pejuang terkorban sama. Dan insyaALLAH selepas Mesir akan merebak pula ke Jordan. Ini adalah sebahagian daripada pemimpin, so call Islam yang mengkhianti saudara seISlam mereka sendiri. Yang bersekongkol dengan laknatullah 1Israel.

Manakala yang paling kurang ajar, yang bermuka muka, yang teramat Munafiknya, yang masih duduk sebagai pemerintah yang berlakun sebagai pembela tanah Palestina, terus bermaharajalela di tatang bagai minyak yang penuh oleh negara negara kuasa besar yang gila.

Dihadapan kununnya merekalah yang menjadi hero, merekalah yang kehadapan bagi mencari jalan penyelesaian dan sebagainya. Tetapi dibelakang, merekalah peranan utama yang merampas tanah penduduk, yang memberi maklumat terhadap pembunuhan pejuang Palestina dan mereka jugalah pengkhianat besar rakyat Palestina.

Kini Fatah (PLO) pimpinan Zionis Mahmud Abas dan kroni kroninya sedang menunggu penuh debaran.

Sekiranya Rejim Zionis Hosni Mubarak tumbang, semua pembohongan mereka akan pecah, mengeluarkan semua kebusukan hati hitam pekat mereka, dan tak kala itulah dunia Islam yang begitu mengiktiraf sangat Balaci Khadam Besar 1Israel ini akan membuka mata bahawa selama ini mereka ditipu, atau sebenarnya mereka sudah tahu Zionis Mahmud Abas sememangnya dajal bagi rakyat Palestina. Dasar ……

InsyaALLAH, kebangkitan rakyat yang menolak pemimpin pemimpin bernafsu syaitan dunia ini akan berjaya dan akan tertegaknya pemerintahan yang adil, saksama dan yang lebih penting panji panji Islam akan megah berkibar. Kita sama sama mendoakan mereka.

Kuasawan negara yang lain, yang mana mendabik dada, akulah sang penguasa yang kuat, yang punyai pengikut buta tuli berjuta juta, berbilion billion, yang memegang semua penguasa keselamatan negara, yang mampu memijak kepala rakyat jelata selamanya, fikir fikrikanlah, yang sombong, bongkak dan bodoh sombong itu tidak akan kekal lama.

Bak kata PakSamad: panggungnya Tunisia, filemnya Mesir, Kuasawan kita wajarlah menafsir.

CikguMala, para jemaah, para petugas, anak muda, kebangkitan rakyat di mana jua berada yang mendambakan perjuangan menegakkan agama Islam. Pesanan Allahyarham Pak Hamka dalam Tafsir Azhar "Allah tidak akan tanya menang atau kalah, tapi Allah akan tanya sama ada kita berjuang untuk Islam atau berjuang menentang Islam".

Wednesday, January 5, 2011

2011 masih bayi tetapi ..

2011 masih bayi, tidak sampai seminggupun hayatnya.. 2011 jangkaan negara ini akan sedikit Tenang dari isu isu yang kalut marut seperti yang berlaku pada tahun 2010.

2010 yang penuh dengan haru biru, caca marba, tunggang langgang. Dari isu sooSIAL, moral, kepimpinan dan Politik. Ada yang berdrama genre sedih, lucu, luar kewarasan dan tidak kurang juga yang bikin kepanasan.

Alih alih di keTenangan seminggu 2011 ini di kocakkan dengan beberapa isu yang berbangkit. Isu yang menyentuh menyentap tersentak sanubari rakyat kebanyakan.

Mula dengan kepanasan. Isu perlantikan yang entah mana satu yang benar. Isu Amah yang sehingga sekarang menjadi perbualan hangat tetapi hanya di alam cyber tidak di penerbitan tontonan awam..

Oohh !! begitu bahaya untuk disentuh, jika disentuh akan bertimbunlah laporan, jika digesel pelbagai ungkapan akan gelaran dihamburkan.

Duduklah diam diam wahai rakyat picisan. Anda hanya hamba sahaya yang tiada nilai “value” yang tinggi, sekadar golongan hamis yang mengemis di mata mereka.

KeTenangan seminggu 2011 di bangkaikan lagi dengan busuk kenaikan ooppss !! adakah penyelarasan ?, bermula dengan roti canai dan teh tarik ‘increased” harga tebar dan tariknya.. Ahh tidak beberapa saat kemudian.

Harga Petrol Ron97 dan minyak tanah pula diselaraskan. Ooiitt !! kenaikanlah. Oh .. oh .. maaf, ada yang marah rupanya.

Sudahlah hampir seminggu ikan di dapur tidak dapat digoreng kerana penyamun penyamun terancang yang diiktiraf menyorokkan bahan minyak masakan ini.

Kini para penyamun tarbus ini, menyamun secara sedar pula wang saku untuk mengisi minyak kereta dan minyak tanah ; apa ya !! kata orang kampung, yang masih berlampukan kerdipan minyak tanah. Mereka masih Tenang rupanya.

Sampai bilakah keTenangan yang diimpikan akan tercapai. Sampai bilakah wahai sang rakyat begitu Tenang dengan sikap yang dilagakkan para penyamun tarbus ini.

Sampai bila wahai anda rakyat yang dengan Tenang gemar mengangguk ini akan berubah, tercelik mata, atau mereka memang Tenang dengan segala permainan magis hebat para penyamun penyamun tarbus sehingga sukar untuk berubah.

Tenang, Tenang, Tenang … mungkinkah keTenangan itu nanti tercipta di Tenang, Johor ? ..

Ish !! inilah ngomelan seorang rakyat yang jiwanya tidak Tenang. Mencongak congak lagak mereka yang dengan Tenang menghancur dan memporak perandakan keTenangan 2011 yang masih suci bersih.

Apakah 2011 seperti 2010 tidak pernah Tenang, ya harus; selagi mereka yang berada di atas, yang senang lenang ini, yang masih tegar berbuat nista tidak menyedari yang ALLAH pasti telah memperhitungkan segala amal dan dosa yang telah mereka perbuat.

Atau panas berapikah 2011 dengan isu isu yang hangat membara .. nantikan sahajalah adakah keTenangan itu mungkin dirobek robek seterusnya.

2011 .. 12 bulan 365 hari 4,380 jam .. akan Tenangkah ???

Cukuplah .. sikit sikit sudahlah.

:Negaraku tanah tumpahnya darah rakyatmu:

Sunday, January 2, 2011

Daaa !!

Blog ini tidaklah mendapat ranking yang tinggi, followers pun ala kadar sahaja. Pernah dikutuk oleh rakan rakan yang pernah membaca, katanya tiada yang istimewa. Ya, memangpun tiada yang menarik untuk ditatap dan ditenung. Sudah namanya Blog peribadi, bukannya Blog yang dibayar gaji untuk membodek seseorang, organisasi, syarikat atau jemaah Menteri. Jika ada bayangan terasa dikeji , carilah puncanya, atau cuba fikir sendiri.

Blog ini adalah luahan diri dari isi hati, bukannya untuk memuji atau memuja orang yang tidak seharusnya diletakkan darjat sedemikian tinggi. Jika ada yang tidak se”bulu”, silalah angkat kaki. Memangpun Blog ini syok sendiri, jika ada yang rasa sedikit teruja, di ucapkan terima kasih dan mungkin boleh bertukar pendapat dan pandangan bersama.

Blog ini untuk layan di kala “free”. Blog ini sesuka hati hendak ditulis dan dilakarkan mengikut rasa acuan sendiri.

Masih ada yang tidak faham dengan setiap halaman Blog ini. Katanya Blog ini suka mengata memerli, mengkritik, senantiasa tidak puashati. Ohh ya kee ? Aduh !! tidak tersedar pula diri. Atau mungkin ada yang yang buta hati ? .

Hendak dibandingkan dengan Blog ranking dan followersnya yang tinggi, yang hanya kerana lebih teruk maki hamunnya dan bahasa yang tidak langsung masuk di akal fikiran fitrah manusia, contohnya yang keterlaluan menghina Ulama berlebihan memuja artis.

Atau, Blogger-blogger ranking tinggi yang sering menulis dengan menggunakan kata-kata yang kasar, kesat, biadab, tidak bersopan dan entah apalagi.

Jika tidak mahu ditegur dan dikritik, hanya mahu dipuji dipuja, ubahlah cara, tuturkata, perangai juga. Atau jadi sahaja insan biasa .. bukankah molek jika setiap kritikan yang diterima sebagai jalan untuk memperbaiki dan bermuhasabah diri .. begitu juga Blog ini, yang memberi semangat untuk menulis akan semakin bersemangat penulis, yang menegur cara berhemah atau tidak begitu terhemah, Blog ini akan cuba perbaiki lenggok bahasa dan ulasan, ceritera, satira juga entri.

Yang penting; Blog ini tidak mengejar populariti atau ranking tinggi, ikut apa hendak dikata, asal tidak lari dari lunas lunas bahasa manusia itu sudah pasti .. I’m Sorry !!!

Akhir kata untuk tahun 2010. jeansLusuh dan keluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru. Mohon maaf, dihalalkan segala makan minum dan perbuatan sepanjang tahun 2010. 0-0 kita dan buka buku baru. Jika ada azam baru, simpan simpanlah sehingga azam itu sudah terbukti dilaku, jika tidak simpanlah sehingga ia berlaku.

Ohh yaaa !! masih ingin menyorak kegemilangan pasukan muda bolasepak Malaysia .. y’ll Rock … Walaupun anda dijadikan bahan slogan atau logo pihak pihak tertentu. Alahai !!

Azam tahun baru jL = dengan yang tahun dahulu dahulu .. membangun bersama Islam .. insyaALLAH

ApaBarang : Mohamed Khusrin Munawi itu balaci sedar atau tidak disedarikah ? .. Apa apalah ..