in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Thursday, March 24, 2011

Nak jadi artis tak ?

Ha .. ha .. ha .. tergelak besar aku bila soalan ini diajukan.

Ini citer betul, teman tak nipu. Tidak ada kena mengena dengan isu panas sekarang ini.

Entah makhluk mana yang bersopan santun duduk di hadapan semasa “breakfast” pagi tadi. Bersamanya 2 orang wanita, cun oooo !!, mekap ala ala pelakun pentas Opera Cina lagi, tebal tak hingat.

Dia perkenalkan dirinya pegawai dari sebuah syarikat produksi yang baru beroperasi. Tidak dinyatakan pula nama produksi tersebut. Kununnnya sedang mencari pelakun tambahan untuk membuat filem yang akan dibekalkan kepada stesyen TV swasta atau bukan swasta. Panjang lebar dia bercerita tentang syarikatnya, keuntungan yang bakal dicapai dan bonus yang akan diberi kepada para pelakun dan krew (kununnya nak jadi DavidTeohlah, agaknya pun).

Katanya lagi, beberapa pengarah terkenal telahpun mengikat kontrak dengan syarikatnya. Pehhh !! jika dengar sememangnya haibat, tertarik sememangnya the bomb, hehehe .. Aku terloponglah, roti telur dengan Nescafe tak terusikpun.

Aku layan sahaja, seronok juga dengar dan seronok juga cuci mata nengok aweks make up tebal depan mata ahaks !!

Yang bagusnya, mamat ni bercakap sambil baik punya layan nasi lemak kopi “o”, dan aweks ni pula baik punya pulun roti telur teh tarik. Aku pun tak perasan bila masa dia orang ni ambil pesanan.

Akhir cerita, mamat ni minta nombor phone aku. Taubat aku tak bagi. Aku minta card business dia, wah !! berseri seri, “jap bang, saya ambil dalam kereta” dan terus bangun.

Tak lama lepas tu, hand phone salah sorang awek tuh berdering “bang kejap yea, kunci kereta kat saya,” dan dia orangpun tergesa tergesa bergerak. Meninggalkan aku, bungkusan nasi lemak, cawan dan pinggan yang sudah kosong.

Selepas 15 minit aku tunggu .. chehhhh !! aku kena kencing hancing .. aku kena tipu tipu tipu .. dahsyat !! aku kena tipu ..

Tak pasal pasal aku kena bayar apa yang dia orang makan. Apa nak buat dah memang rezeki dia orang lagi tu.

Aku kena pukau kee ??

Tetapi nasib baiklah, agaknya kalau aku terima pelawaan mereka sebagai pelakun, silap hari bulan aku terpaksa melakunkan wakta orang orang besar, watak untuk membunuh karekter seseorang melalui fitnah tidak masuk di akal, kerja orang yang tidak punyai maruah diri dan jahil agama.

Kerja orang yang meludah kahak ke atas, kena muka sendiri.

:keypadlock: Anak tak halal betul. Chit !!! ….

Tuesday, March 22, 2011

Jepun itu bukan Malaysia

Kelalaian negara Jepun melaksanakan pembangunan mesra alam‘. Pernah mendengar statement ini. Sebenarnya apa yang dia katakan menyerlahkan betapa; bercakap sedap mulut, tanpa menggunakan akal fikiran, tidak pernah hendak belajar, tidak tahu kemajuan satu satu negara, menunjuk pandai sedangkan tidak pandai, tiada budi bicara atau mungkin, mungkin ya .. menidakkan kekuasaan ALLAH SWT.

Walaupun cerita ini sudah basi dan pada masa yang sama malas hendak di ulas tetapi persoalan yang dilontarkan tengahari tadi di pusat membeli belah Sogo oleh seorang rakyat Jepun yang kemas keperibadiannya, membuatkan aku sebagai rakyat Malaysia tertanya tanya, begitu burukkah pula keperibadian rakyat Malaysia yang memberikan statement sedemikian rupa; harus diingat, apa jua kata kata yang keluar dari mulut Penjawat Tertinggi Negara, akan tercalit juga kepada rakyat bawahan.

Sudah hampir 2 minggu bencana gempa bumi dan tsunami melanda Negara Matahari Terbit, Jepun. Kesan yang ditinggalkan; kehilangan nyawa yang tidak terkira, kemusnahan yang tidak terduga dan paling membimbangkan kesan radiasi akibat kerosakan parah rektor nuklearnya.

Namun begitu dugaan ini diterima oleh penduduk Jepun dengan rasa rendah diri, mereka redha. Setakat ini mereka tidak menyalahkan kerajaan mereka akibat bencana yang menimpa, malah mereka bersama sama membantu di antara satu sama lain, mereka tidak berebut rebut makanan tidak mementingkan diri sendiri. Memang tidak boleh dinafikan lagi, rakyat Jepun adalah satu satunya rakyat yang berdisplin di dunia ini. Hanya mereka mengharapkan agar kerajaan mereka dapat mengatasi masalaah radiasi dengan lebih pantas lagi.

Dan sesuatu yang tidak terlihat di negara negara yang ditimpa bencana sebelum ini. Sekumpulan kanak kanak yang berumur di antara 13 – 17 tahun turut sama berganding bahu menubuhkan satu pasukan sukarelawan mereka sendiri, dan yang lebih menariknya, kumpulan ini diketuai oleh seorang anak yang berumur 15 tahun.

Kembali kepada statement itu. Mungkin Puan BESAR yang berkata kata ini perlu belajar dari kami kami yang pernah berkerja atau belajar di sana. Atau setidak tidaknya Google lah, kalau takut jatuh maruah pangkat yang ada.

“Back to 1990. Tochigi, Japan”. Aku pernah kesini untuk belajar sambil berkerja dengan sebuah syarikat elektronik; Hitachi Aircond, berjawatan sebagai “junior tech”, dalam bidang mekanikal. Dan pada ketika itu kami juga mengalami gempa bumi yang agak kuat, Alhamdullilah tiada tsunami. Beberapa jam selepas kejadian, kami diarahkan oleh pihak majikan untuk menghubungi keluarga. Begitulah cara mereka bekerja, kami tidak di layan seperti pekerja tetapi sebagai tetamu. Kebajikan kami amat dijaga.

Di Kilang ini, aku hendak jelaskan sedikit, semua mesinnya berteknologi tinggi. Suasana di kilang ini begitu mendamaikan. Kilang ini menggunakan begitu banyak bahan chemical dan racun. Jadi untuk memastikan penjagaan alam sekitar, mereka mengitar semula bahan bahan buangan itu dan diproses menjadi air yang begitu bersih dan jernih. Di sekitar Kilang ini terdapat aliran aliran kecil seperti longkang dan beberapa kolam yang airnya mengalir dari tangki pembersihan itu.

Percaya atau tidak, disepanjang aliran kecil/longkang dan kolam ini terdapat beratus spesis ikan air tawar. Apabila waktu rehat, kami akam memberi ikan ikan ini makan yang disediakan oleh pihak kilang. Ikan ikan ini bukannya bersaiz kecil, semua nya besar besar dan mantop. Jika di goreng pun sodap.

Dari situ kami dapat melihat betapa Jepun begitu mengambil berat dalam hal alam sekitar.
Di sekitar Bandar Tochigi ini contohnya, sebarang projek pembangunan, kesan terhadap alam sekitar begitu di titik beratkan. Sekiranya sebarang projek tidak mengikut syarat yang ditetapkan, projek itu akan diarahkan berhenti.

Jadi tidak hairan jika kita menjenguk ke dalam sungai sungai buatan di dalam Bandar ini, airnya sungguh bersih, mengalir tenang, tiada sampah sarap dan seperti biasa ikan ikan air tawar menjadi santapan mata; adakala membuatkan kita terpegun dan khayal melihat ikan ikan itu berenang bebas.

Cukuplah sedikit contoh ini. Jika berikan penjelasan yang panjangpun belum tentu Puan BESAR faham. Tak gitu !!. Jika tidak puashati turun padang, melihat sendiri, jangan bila ke sana dok sibuk terlentang di atas tilam tilam empuk di dalam bilik hotel VVIP. Kemudian ber”shopping” sakan.

Dalam pemahaman mudahnya Puan BESAR, apa yang terjadi di Jepun itu adalah kerana pergeseran plet pada kerak bumi. Gempa di bawah permukaan laut, maka itulah terjadinya tsunami, itulah juga terjadi semasa bencana tsunami tahun 2004 dahulu yang juga turut terkena tempiasnya di persisiran pantai timur di Malaysia; Kedah dan Pulau Pinang. Mungkinkah di Malaysia ketika itu “lalai melaksanakan pembangunan mesra alam”. Oohh !! mungkin sebab kedua kedua negeri itu di bawah pemerintahan pembangkang agaknya.

Dari berita yang didengar, Bandar Tochigi turut musnah. Aku mendoakan agar para pegawai dan kawan kawan di tempat kami belajar sambil bekerja dahulu selamat, begitu kepada keluarga angkat dan warden asrama kami. Harap semuanya dapat menyelamatkan diri. Solidariti kepada Kerajaan dan rakyat Jepun.

Dan kepada Puan Sri yang berpangkat BESAR, berambut BESAR dan berbadan BESAR pastinya. Berhati hatilah apabila berkata kata (atau membebel), tolong gunakan otak yang telah dikurniakan. Ingat, tidak semestinya Putrajaya yang terlalu menjaga alam sekitar itu tidak terlepas dari sebarang bencana.

Bumi ini milik yang SATU bukannya Satu Malaysia .. milik ALLAH SWT .. kita hanya merancang ..

Nota tumit: beberapa negara maju mungkin akan menghentikan sementara pembinaan loji nuklear, tetapi sebuah negara yang kununnya maju sangat (sambil tangan di kedua bahu, anak mata ke atas dan lidah terjelir) berkata, mereka akan meneruskan projek loji nuklear yang telah lama dicadangkan. Rakyat Gebeng, Kuantan, Pahang apa cerita projek Rare Earth ? tahniah lah ya !! kerana .. kerana apa ? emm ..

Hendak ulaskah kes video lucah ?? .. yang ini sama sama kita berdoa ke hadratNYA, yang benar tetap benar yang bersalah itu terimalah akibatnya di hari pembalasan atau mungkin di dunia lagi akan menerimanya.

Wednesday, March 16, 2011

Waktu itu semakin hampir

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya Kiamat semakun hampir dan ia merupakan tanda besar hari Kiamat. Hari ini sudah banyak tanda tanda kecil Kiamat.

Antaranya;

1. Zina bermaharajalela.
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalelanya alat muzik. (hiburan)
4. Menghias Masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang.
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan).
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara bersembunyi.
11. Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa cerita, penikam belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual. Berleluasa sekali tanpa rasa bersalah malahan berbangga.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik.
15. Anggota Polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan.
16. Banyaknya berlaku bencana gempa bumi.


Dan apabila melihat tanda tanda kecil ini, jelas antara 1-16 itu menunjukkan Kiamat itu semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda tanda besar Kiamat juga telah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun, 11 Mac 2011, negara matahari terbit telah dilanda trajedi tsunami dan kali ini merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara itu untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan 8.9 skala richter itu berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ‘Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin dekat.

Dan ALLAH SWT berjanji bahawa hari Kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH SWT tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga trajedi tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan lawak. Jadikanlah ia sebagai pengajaran buat kita.

ALLAH SWT baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya hari Kiamat semakin tiba.

Semoga kita tidak merasai hari Kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat dan tidak diaibkan pada hari Kiamat.

Dikongsi dari : jeming hasan.

Tuesday, March 8, 2011

Tak Boleh ,,

Perbualan ini agak menarik, antara Ayah dan anak .. beberapa hari yang lalu

Anak : Ayah, nanti besar Ammar nak jadi macam tu yea .. (sambil jari menuding kearah beberapa orang yang sedang minum sambil bergelak ketawa)

Ayah : Tak boleh (dengan wajah yang agak bengis)

Anak : kenapa ? .. Ammar nak jadi seorang anak yang berdisiplin, adil dan tegas.

Ayah : Ammar, kalau Ammar nak jadi seorang yang berdisiplin, adil dan tegas. Bukan kerja itu sahaja. Ayah senaraikan mereka yang lagi berdisiplin. Kalau orang tengokpun orang tak marah marah, orang tak benci, orang suka berkawan dengan Ammar, orang akan kata, wah !! baguslah Ammar kerja ni ..

Anak : kerja apa Ayah ?

Ayah : nanti Ammar besar, Ayah nak sangat tengok Ammar jadi Angkatan Tentera Darat, Udara atau Laut, jadi Doktor, jadi Anggota Bomba, jadi Cikgu atau jadi macam Ayah, pegawai Bank tapi aktif dalam kerja kerja sukarelawan.

Anak : hemmm !!, iyalah Ayah, hari tu Ammar tengok dalam internet, Ammar nampak dia orang pukul pukul, tendang tending, simbah air kat orang .. tak baikkan Ayah buat orang macam tu ..

Ayah : emmm .. (dahi berkerut teringat sesuatu dari kata kata anaknya) ..

Anak : kenapa muka Ayah macam tu ..

Ayah : eih ! takder apa apa, ok ! .. cuba Ammar tengok Askar .. diaorang nampak segak dan gagahkan, pakaian seragamnya nampak hebatkan, kalau Askar nie diaorang tak suka pukul atau tendang rakyat sendiri, Askar ini menjaga rakyatnya, setakat inilah ya anakku, masa depan Ayah tak tau lagi. Doktor, selalu berusaha menyelamatkan nyawa orang, tak kira orang tu agama atau bangsa apapun, Doktor ni tolong semua orang, tak kira dia miskin atau kaya, dia menteri atau bukan menteri, betul tak. Pastu Ammar tengok Bomba, kerja diaorang pun bahaya juga, selamatkan nyawa dan harta, pun sama bantu semua orang, Cikgu pula, sebab Cikgulah ramai orang jadi Askar, Doktor dan Bomba, akhirnya macam Ayah, jadi sukarelawan bantu orang seadanya.

Anak : lagi ayah .. (menenung mata Ayahnya)

Ayah : dan paling penting, Askar, Doktor, Bomba, Cikgu nie diaorang tak mintak rasuah, selalu bersikap adil dan tak berat sebelah, tak macam mereka tu, contohnya; bantu orang kaya jer orang miskin letak tepi, kalau orang tu anak, saudara mara, kawan kawan orang yang berkuasa, kalau mereka bersalahpun tak nak amik tindakan ..

Anak : oooo !!! ..

Ayah : Lagi kan, Askar, Doktor, Bomba dan Cikgu nie tak suka tendang atau pukul rakyat sesuka hati dan heemm .. banyak lagi .. nanti dah besar, Ammar nampak macam macam lagi kenapa Ayah tak bagi Ammar kerja macam diaorang tu .. (mulutnya muncung kearah beberapa orang tadi yang tidak henti henti bergelak ketawa, masyukk sungguh agaknya)

Anak : ok ! Ayah ..

Ayah : Dan satu lagi anakku, walau apapun pekerjaan, jika kita tiada ini .. kita tidak akan berjaya ..

Anak : Apa dia Ayah ? ..

Ayah : Agama .. jika kita tidak punyai iman dan akidah yang kuat, jika kita tidak mengikut segala perintah ALLAH; yang dilarangNYA kita buat, yang disuruhNYA kita tak buat, hidup kita pasti akan terumbang ambing, apalagi bila hukum hakam di dalam Al-Quran kita permainkan, Solat kita abaikan, kalimah Allahuakbar kita persendakan, semakin musnahlah hidup kita nanti; janjilah anakku; apabila besar nanti, Ayah tak kisah Ammar hendak kerja apapun, pastikan gelaran yang berada di depan nama Ammar bukannya Yang Berhormat, Dato’, Datuk, Tan Sri atau Tun tetapi biarlah sekurang kurangnya Al-Hafiz .. tegakkan Agama Islam anakku, bukannya yang lain ..

Anak : insyaALLAH Ayah .. Ammar akan pastikan segala jasa Ayah dan Ummi akan dibalas dengan seindah indahnya di dunia dan di akhirat nanti ….
MORALNYA : walau apapun pekerjaan yang kita lakukan, jika Al-Quran kita jadikan panduan, Solat kita jadikan tiang kehidupan .. insyaALLAH pekerjaan itu akan mendapat keberkatan dan kita sendiri akan dihormati oleh orang.

TETAPI, jika kita berpangkat besar, berpengaruh, berkuasa tetapi Agama Islam kita perlecehkan, percayalah hanya mereka mereka yang suka memperlecehkan Agama Islam jugalah disekeliling kita.

Namun, jika kita hanya pekerja bawahan, tidak berpangkat, tiada kuasa tetapi Agama Islam kita tatangkan, percayalah mereka mereka yang baik baik sahaja disekitar kita dan kerana istiqomah kita kepada Agama Islam, insyaALLAH orang orang orang yang beragama lainpun akan senang berdamping dengan kita.

Sebagai seorang Ayah, rasanya si Ayah berhak untuk memastikan anaknya punyai motto ini demi kesejahteraan di masa hadapan;

Islam Agamaku, Al-Quran panduanku. Hidup didunia ini turutilah segala firman ALLAH, insyaALLAH akhirat juga mendapat syurga.