in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Friday, May 6, 2011

hanya seorang Rusliana

Di dalam dunia ini, aku hanya mengenali seorang sahaja wanita besi yang bernama Rusliana.


Seorang yang berhati waja, keras hatinya, tidak pernah berputus asa, yang begitu tegar mengharungi hari hari hidupnya dengan insan insan yang tersayang selama 63 tahun.


Seorang Rusliana ini; pernah berbasikal sejauh 1 kilometer membawa hasil jahitan setiap hari, berjalan kaki ke kilang tempatnya bekerja sekitar 500meter pagi atau malam, bekerja di restoran makan, terjatuh dari pondok padi dan ditimpa bebanan berkilo kilo beras, berhujan, berpanas terik di tengah bendang sawah, berjualan kueh mueh juga nasi lemak di pasar malam dan berbagai lagi yang tidak tertulis.


Begitu banyak kudrat tenaga dan titik peluhnya mengalir untuk insan insan tersayang.


Seorang Rusliana ini; selalu berkongsi gembira, ceria, sedih dan duka dengan insan insan tersayangnya. Tidak pernah ia mengeluh apatah lagi mendengus dengan perangai insan insan tersayangnya. Usianya habis dicurahkan kepada insan insan tersayangnya.


Kasih sayang, kesabaran, senyuman, tawanya, garangnya sudah menjadi harta yang begitu mahal, tidak ternilai yang sukar dicari ganti jika kehilangannya. Tanpa itu semua, insan insan tersayangnya seolah seperti anak anak kapal yang kehilangan nakhoda.


Seorang Rusliana itu;

Emak. Banyak nama yang serupa dengan nama Mak di muka bumi ini, tetapi bagi kami hanya nama ini sahaja yang tetap tersimpan di sanubari. Emak adalah Malaikat yang menjaga kami di muka bumi ini. Emak adalah penjaga tegar kepada kami. Tanpa Mak, kami tidak tahu di manakah kami diketika ini.


Emaklah yang sama sama berkongsi hidup dengan kami. Kami senyum Mak senyum, Kami ketawa Mak ketawa, kami sakit Mak juga terasa. Mak sanggup berkongsi segala galanya dengan kami.


Emak tidak pernah meminta, menetapkan syarat. Mak tidak pernah inginkan rumah besar, kereta besar, duit bulanan. Apa yang Emak inginkan , kami senantiasa bahagia dan gembira.


Pengorbanan Emak kepada kami setelah kehilangan Allahyarham Ayah selama 26 tahun, sungguh tidak mampu kami balas. Membesarkan kami seramai 5 orang tanpa Suami tersayang disisi, sudah pasti begitu pedih sekali. Setiap cabaran dan onak yang datang, Emak tempuhi keseorangan.


Segalanya Emak lakukan keseorangan. Emak berjaya.


Emak, dari kelopak matamu tersimpan berbagai peristiwa silam. Emak langsung tidak menampakkan tua dan lelah, Emak biarkan ia melungsur deras menunjukkan ketabahan.


Emak, miskipun kadangkala terlihat nafasmu yang kadangkala tersekat sekat memikul beban yang dipertanggungjawabkan.


Emak tetap bertahan, memberi contoh dan perangsang semangat kepada kami bagaimana ingin menyusuri jalan yang adakala lurus dan bersilang, hari hari yang adakala terang dan gelap ini.


Emak, gambaran perjuanganmu selama ini yang tidak pernah pudar , boleh terlihat dari sedikit keriput tulang pipimu, tetapi wajah tenang menyembunyi segala itu.


Emak , kadangkala Emak menyorok segala kesakitan dan kepayahan, walaupun langkahmu nampak gementar, Emak menguntum senyuman untuk mengalih perhatian.


Ahh !! kami tidak tahu adakah kami mampu menggalas segala yang sudah di takdirkan itu di masa hadapan, seperti Emak.


Pengorbanan Emaklah yang membentuk kami menjadi seperti sekarang.


Kami bersyukur, kerana didikan Emak, kami semua menjadi anak Emak seperti yang Emak inginkan, tanpa doa Emak, kami pasti akan lalai dan tersasar.


Pengorbanan, pengorbanan, pengorbanan .. Terima kasih Mak, doakan kami agar kami akan menjadi seperti Emak dan Allahyarham Ayah, doakan kami agar kami mampu membalas segala pengorbanan Mak walaupun Emak tidak pernah meminta.


Teruslah menasihati, menegur, meleteri kami. Kerana itu semua yang menjadi punca kehidupan kami sukses dan dirahmati oleh ALLAH SWT.


Untuk Zaujah ku yang bakal menjadi Ummi, jadilah seorang Ummi yang mithali dan insyaALLAH segala susah senang akan kita hadapi bersama.


Mak Mertua dan Pak Mertua ku, terima kasih menerima saya sebagai menantu yang seadanya dan terima kasih kerana melayan saya seperti anak sendiri.


: Saat itu, Syurga begitu tenang dan hening, sehingga suara dari Bumi dapat terdengar. Sang bayi bertanya perlahan “ Ya ALLAH, jika saya harus pergi sekarang, bisakah KAMU memberitahuku nama Malaikat yang akan menjaga aku di Bumi nanti,” .. dan bersuaralah ALLAH SWT dengan penuh ketegasan “ Kamu akan memanggil Malaikatmu itu : EMAK, IBU, UMMI ” :