in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Monday, July 18, 2011

kenangan bersama Mujahidah Sejati

Pagi tadi aku berkesempatan menziarahi Allahyarhamah Dr Lo’Lo Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa di Masjid Al-Akram Keramat. Allahyarhamah meninggal dunia di Hospital Selayang malam tadi (17 July 2011, jam 10.15pm).

Aku berada di sana tepat jam 9 pagi, alhamdullilah dapat menyedekahkan bacaan Yassin dan berpeluang untuk menatap kali terakhir wajah Srikandi Pejuang Islam ini. Subahanallah, bersihnya wajah pejuang Islam ini.

Diperkarangan Masjid orang ramai sudah mula ramai dan tidak putus putus datang sejak malam tadi, rata rata yang hadir tidak dapat menahan sebak, Allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang yang berdikasi dalam menjalankan sebagai wakil rakyat, mudah didekati dan tinggi keperibadiannya.

Jenazah disolatkan tepat jam 10pagi dan diimamkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi.
Dikebumikan lebih kurang pukul 11.10 pagi dengan di iringi kira kira 2,000 orang termasuk beberapa pemimpin tertinggi PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat. Turut kelihatan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil datang menziarahi jenazah.

Di kesempatan itu dapat juga aku bertemu rakan FB yang beberapa kali janji untuk bertemu iaitu Tuan Asri Ismail dan rakannya Jiwa Nan Tandus.

Bersama Allahyarhamah di PRK P059, Bukit Gantang 2009

Kenangan sebagai Petugas;

Kenangan aku sebagai Petugas bersama Allahyarhamah pada Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan kemenangan berpihak kepada MB Rakyat; Dato Seri IR Nizar tidak akan aku lupakan.

Berkempen bersama Allahyarhamah sesuatu yang istimewa. Di sebalik wajah lembut dan tuturkata yang berhemah, ternyata Beliau merupakan seorang pemidato yang hebat. Di setiap ceramah kelompok, isu yang dikupas akan disertakan dengan fakta fakta dan bukti yang relevan. Beliau juga amat dikenali di dalam Parlimen dengan kelantangannya bersuara. Justeru Beliau dihormati banyak pihak, kawan dan lawan.

Di Bukit Gantang, kemana sahaja ceramah kelompok yang beliau hadiri, pendengar pasti akan datang memenuhi kawasan ceramah. Dan kami yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan beliau kadangkala jauh ke belakang akibat di tolak oleh pendengar kerana ingin bersalam dan bergambar dengannya terutama para pengundi wanita yang berlainan latar belakang, bangsa atau agama.

Dan selama 3 hari itu, banyak aku belajar, bahawasanya untuk menjadi seorang yang ingin berjuang di jalan ALLAH SWT begitu banyak pengorbanannya. Tanggungjawab yang dipikul terlalu berat, amanah yang dijinjing begitu banyak dan seorang Srikandi inilah salah satu contoh seorang yang sanggup berkorban dan istiqomah dalam perjuangnnya sehingga ke akhir hayat.

Allahyarhamah menyantuni Petugas PRK P059, Bukit Gantang 2009

Dan pesanan Allahyarhamah melalui suaminya; kepada para petugas pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen agar terus menjalankan tugas melibatkan kepentingan penduduk.

Allahyarhamah meninggalkan suami Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim serta 4 orang anak.

Semoga keluarga Allahyarhamah menerima kehilangan Permata kesayangan ini dengan tabah dan sabar. Dan pastinya mereka berbangga kerana insan yang disayangi telah di panggil ALLAH SWT untuk sama sama dengan para Syahid dan Syuhadah.

Marilah kita sama sama berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar merahmati rohnya dan ditempatkan bersama sama orang yang soleh. Sesungguhnya Allahyarhamah benar benar istiqomah berjuang untuk Islam sehingga ke saat akhir ayatnya.

Allahuakbar !! Allahuakbar !! Allahuakbar !!

Tuesday, July 12, 2011

insyaALLAH 3.0 jika ada

“ Baik awak balik atau awak dengan kereta awak kami angkut masuk balai”.

Kali ini aku cukup cukup kecewa. Untuk pertama kalinya setelah hampir beberapa tahun aku tidak merasai curahan air dari trak dan bom yang memedihkan mata, kali ini aku sudah memasang niat untuk merasainya kembali. Beberapa rakan dari Facebook sudah pun meninggalkan nombor masing masing untuk bertemu nanti.

Namun aku hampa, cuba demi cubaan, ternyata kali ini aku tewas, kereta aku sudah di “marking” begitu sekali. Akhirnya aku akur, namun begitu untuk merasai bahang perjuangan, aku melayari blogger blogger yang dipercayai, melihat gambar gambar yang di upload kan dan melihat Stesyen AlJazeera yang tidak pernah aku ragui kebenaran dan kesahihan beritanya berbanding berita di Rangkaian RTM dan MediaPrima yang sudah begitu teruk dilacurkan.

Apabila mendengar segala penafian demi penafian dari mereka yang berkuasa gila, menafikan jumlah yang hadir dalam perhimpunan, tiada kekerasan, tahanan di layan dengan baik, tiada tembakan bom pemedih mata di hospital, tiada kecederaan dan malahan kematian yang di sengajakan pun tidak mereka akui. Hanya jumlah tahanan sahaja mereka takut berbohong, kata mereka bohong itu berdosa . huh !!

Terbukti yang Malaysia ini dipimpin oleh mereka mereka yang hanya pandai menipu dan membohong. Tetapi alhamdullilah segala penafian, pembohongan dan penipuan mereka dengan mudah dapat dipatahankan dengan mudah dengan gambar gambar, video youtube yang di muat turunkan.

Kini terserahlah kepada rakyat Malaysia sendiri. Yang ingin menyokong teruslah menyokong.

Yang inginkan perubahan, ayuh teruskan, perhebatkan .. BERSIHkan Malaysia dari kekotoran yang sudah tercalit terlalu lama ini.

Thursday, July 7, 2011

nostalgia:Kuning2007

Aku sudah mula bersiap, baju kuning yang aku beli dari seorang teman sudah aku sorokkan di dalam beg. Di nasihatkan untuk tidak memakainya. Seorang teman meng”sms”, ; Syeikh jangan pakai baju dulu, simpan dalam beg, nanti dah sampai Masjid Negara baru pakai ; . Malam sebelum nya sudah begitu banyak sekatan jalanraya, bukan 24 jam dah, 48 jam jadinya.
Aku mula bergerak, seorang; aku memang tidak suka pergi berkumpulan, bahaya, mudah disyaki jika bergerak berkumpulan. Aku mengenakan seluar jeans dan kasut sukan, ini memudahkan untuk aku, main kejar kejar nanti J
Bas Metro aku tahan untuk ke LRT Ampang. Jalan sudah sesak, menurut Abang Tiket, sekatan jalanraya dari Ampang ke KL bermula dari Flet Ahmad Razali sehinggalah ke KL, gila, setiap 2KM ada sekatan jalanraya, rungut Abang Tiket. Tidak mengapa Abang Tiket, orang ramai tetap naik juga Bas Metro ini walaupun adakala orang menyumpah cara Abang Driver memandu.
Sampai di LRT Ampang, terlihat ramai kelibat Anggota Polis dan yang berpakaian premen (SB) sedang usha dan memeriksa setiap penumpang yang di syaki. “Ah, sudah, check beg pulak,” ..
Namun sekali sudah ke hadapan tidak mungkin akau akan berpatah balik ke belakang, sampai di kaunter aku mengangkat tangan sambil tersenyum kepada salah seorang Anggota Polis. Sekadar menghormati beliau, kononnya.
Setelah tiket aku beli, aku terus menuju untuk menaiki tren, aku sengaja melalui halangan tiket di hadapan Anggota itu,
“Pergi mana Bang,” di menegur, senyum pahit.
“Ohh ! kerja Bang, sesak sesak camniepun Bos suruh datang kerja gak,” sambil menunjukkan “name tag” yang digantung leher, penting; lesen besar..
“Ok Bang, jangan turun ke sana sudah Bang,” nasihatnya, atau dalam maksud sebenar; ‘ini amaran aku’.
“Ohh !, tak nanti kena buang keje lak,” namun di dalam hati, “suka hati akulah, engkau bukan bagi aku makan, hehehe.”
Lepas halangan pertama, tiba di Stesyen LRT Masjid Jamek Kuala Lumpur. Aura sudah terasa. Hati sudah mula berkobar kobar. Sekali lagi halangan apabila ingin keluar dari tren. Seperti biasa apabila di tahan, aku menunjukkan lesen besar aku, “name tag”.
Terlepas sahaja dari halangan itu, aku terus berlari kearah Masjid Jamek KL, menukar baju dari baju berkolar ke T-Shirt berwarna Kuning. Megah. Di dalam Masjid terlihat sekumpulan anak muda sedang menunaikan Solat Sunat.
Kami berkumpul, baju Kuning semakin ramai dan di kawal oleh Tentera Merah (Pahlawan Unit Amal). Kami sudah bersedia untuk mara ke Masjid Negara, di sana ramai Kepimpinan Tertinggi Rakyat Marhaen sudah berkumpul.
Doa dibacakan. Kami sudah bersedia untuk berdepan dengan setiap provokasi dari pihak FRU, Polis dan SB yang diupah gajinya dari cukai yang kami bayar.
Namun kami diminta untuk tidak melawan, bertindak kasar atau berada diluar kawalan.
Malangnya; pergerakan kami telah di sekat, kami di kepung.
Kami telah diserang dengan pancutan air dari Trak FRU dan ditembak dengan gas pemedih mata dari setiap sudut dan arah.
Ada yang ditendang dan diterajang oleh Anggota FRU dan SB sehingga ada yang patah riuk. Pun begitu, Alhamdullilah kami tidak membalasnya.
Kerana provokasi itu, kami tidak dapat bersama dengan rakan rakan lain berarak ke Istana Negara. Kami hanya mampu mendengar berita rakan rakan yang telah berjaya melepasi serangan yang tidak kesudahan dari anggota anggota yang kami bayar dari cukai kami.
Apapun, pengalaman bersama sama rakan di Masjid Jamek KL, meninggalkan satu nostalgia berharga bagi aku, memang benar untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, bukannya mudah.
Apalagi untuk menyedarkan mereka yang sudah sebati seperti darah daging yang menolak kebenaran dan keadilan, yang sudah terlalu kenyang dengan kekejaman dan kebatilan, yang sudah dipekak dan dibutakan dengan kuasa, pangkat dan wang ringgit.
Rakan rakan jemaah,
Kita sedang berperang dengan orang orang yang masih hidup dalam minda kejahilan, sememangnya orang orang sebegini bukannya mudah untuk kita tembusi apalagi mereka di kelilingi oleh puak puak kafirun yang menjadi tulang belakang mereka.
Mereka inilah yang menentang Islam, mereka inilah yang menentang hukum ALLAH SWT.
Merekalah inilah pencinta kezaliman dan pencinta ketidakadilan.
InsyaALLAH kita mohon dan berdoa agar ALLAH SWT sahaja yang mengajar, menegur, memperingat dan menyedarkan mereka dengan apa carapun yang diingini olehNYA.
Biarkan mereka tahu yang berkuasa, yang kuat itu siapa.
Rakan rakan jemaah.
Maafkan aku, kali ini aku mungkin tidak dapat bersama teman teman, ada kekangan yang tidak boleh aku elakkan.
Aku tetap mendoakan kalian, wahai rakan rakan seperjuangan ku.
Kali ini anda bukan sahaja akan ditempur oleh Pemuda UMNO, FRU dan SB tetapi anda akan ditempur oleh mereka mereka yang mendabik dada kononnya pencinta Negara dan Bangsa iaitu Angkatan Tentera (sedih mereka juga sudah tertipu sama jika terlibat dakam operasi), Perkasa yang tiba tiba sayangkan Raja Raja, berpencak silat dengan Persatuan Silat Lincah dan berbagai NGO yang tumbuh bak cendawan selepas hujan yang mereka sendiri tidak tahu apa perjuangan mereka sebenarnya.
Hati hati rakan rakan jemaahku.
Hidup .. Hidup .. Hidup Islam, Takbir !! Takbir !! Takbir !! ..

Friday, July 1, 2011

1993 sampai pencen

Hari ini aku mula berkerja dengan “azam” yang baru, sistem kerja yang baru, pegawai pegawai tertinggi yang baru, berlogo yang baru, berbahasa badan yang baru, ber :name tag” yang baru, tambahan rakan rakan sekerja yang baru, tekanan yang baru, stress .. stress .. stress yang baru.

Hanya; di tempat yang lama, kerusi yang lama, meja yang lama, drawer yang lama, printer yang lama, keyboard yang lama, PC yang lama, pintu pejabat yang lama, pangkat yang lama dan GAJI YANG LAMA hahaha !! (itu tandanya gembira).

Oriental Bank : 1993 – 2000

Eon Bank Group : 2000 – May 2011

Hong Leong Bank : May 2011 - ??

Kerja sampai pencenlah.