in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Thursday, October 20, 2011

Sahabat : Inspirasi

Malam Selasa yang lepas aku bertemu dengan seorang sahabat baik aku; dulu, kini, selamanya insyaALLAH. Persahabatan yang tererat semenjak tahun 1999. Semasa aku menjadi sukarelawan di sebuah organisasi NGO tempatnya bekerja.

Seorang lulusan tinggi luar negara dalam bidang ‘chemical’. Namun sayangnya pada kerja kerja amal dan sukarelawan, tiada keinginan baginya membawa gelaran ‘DrChemical’ tetapi dia telah membawa gelaran ‘DrBubbles’ dengan penuh bangga.

Bersahabat dengannya banyak mengajar aku apa erti kasih sayang sesama insan yang memerlukan bantuan. Istiqomahnya dalam kerja kerja amal tiada istilah yang boleh digelarkan kepadanya, gelaran aktivis sekalipun tidak dapat menandingi gerak kerjanya.

Demi mengejar cita citanya untuk punyai NGO yang digerakkan sendiri. Dia meletakkan jawatan di sebuah Organisasi NGO Antarabangsa yang bergaji lumayan. Usaha yang tidak pernah pudar dan luntur, alhamdullilah kini impiannya untuk punyai NGO sendiri tercapai; Red Bubbles (KL And Selangor Red Bubbles Children Entertainer Society) di tubuhkan.

Kini dia boleh terbang bebas untuk melebarkan sayapnya mencari mereka mereka yang memerlukan bantuan. Jasanya pada penubuhan perpustakaan di rumah anak anak yatim, di masjid, di sekolah dan beberapa tempat, insyaALLAH akan dipermudahkan lagi dalam dia mengejar cita citanya melihat anak anak bangsa ini maju dan cerah masa hadapan mereka.

KINI .. dia menyibukkan lagi dirinya dalam bidang penulisan dan terjemahan. Memang seorang yang tidak mengerti untuk duduk diam, yang suka mencari kerja kerja yang mencabar.

Iskandar Shah Ismail aka DrBubbles .. Anak muda yang perwatakan lucu dan senang didampingi ini adalah seorang yang harus dijadikan inspirasi bagi generasi muda masa kini. Masa dan tenaganya yang diperuntukan untuk membantu sesama insan itu rasanya tidak mampu untuk dinilaikan dengan wang ringgit.

Sahabatku Tuan Iskandar Shah;
Sukarelawan tegar/ Penulis/ Penterjemah .. Syukran Jazakumullah Khairan Khatira di atas segala nasihat, tunjuk ajar, teguran, kritikan dan apa jua yang dijadikan pembakar semangat kepada aku.

Kelahiran terjemahan : Leaving Microsoft To The Change The World ini harapnya akan merubah hidup aku dalam bidang penulisan. Buku ini akan aku tanamkan sifat “iri hati” aku kepada anda. InsyaALLAH selepas ini aku pula yang akan menghadiahkan buku dari hasil kerja tangan aku sendiri. Doakan sahabat anda ini, Tuan.

Aku doakan segala impian anda akan tercapai dan dapat digapai. Dan aku juga mendoakan perjalanan hidup anda akan sentiasa didampingi kejayaan, keceriaan, kemenangan dalam pencarian. Yang pasti pencarian yang abadi sudahpun berada di sisi. Seorang solehah menanti nanti hari yang bahagia untuk hidup semati bersama anda; dan sahabat anda ini juga sudah tidak sabar ingin merasa nasi minyaknya. Selamat .. Selamat .. Selamat Tuan !!! You may best friend Bro ….

DAN ..

Malam Isnin sebelumnya aku bertemu dengan seorang sahabat yang lama bersahabat dengannya semenjak tahun 1997. Bekerja di Bank, jabatan, berhutang kad kredit (dia 7 aku 5 sahaja), berhutang peribadi dengan Bank Rakyat, berkaraoke, memancing, menubuhkan kelab Go-Kart, meminati ikan Flower Horn, meminati aktiviti kereta ‘remote control’, penyokong tegar pasukan Selangor (walaupun kedua duanya lahir di negeri lain hehe) dan lakukan berbagai aktiviti yang sama.

Namun dia terlebih dahulu berhenti bekerja sedang sedar yang dia tidak punyai masa hadapan sekiranya terus bekerja dengan Bank ini. Dan dengan tekad dan keputusan multamat dia telah mengambil VSS (Volunteer Scheme Service) untuk memperbaharui perjalanan hidupnya.

Pada mulanya aku rasa tindakan dia itu salah, dengan melihat dia yang punyai hutang keliling pinggang, mampukah dia hidup. Aku mengikuti perjalanan hidupnya. Kami sering berhubungan bertanya khabar, adakala aku akan menghubungi isterinya sekirannya talian taliponnya tidak dapat dihubungi.

Dia jatuh dan bangun .. dari mula berita kedai CCnya dipecah masuk dan sebanyak 20 biji computer hilang, kemudian dia menjadi Dj di majlis majlis perkahwinan, berniaga barang barang terpakai secara kecil kecilan ..

KINI .. dia punyai trek Drift sendiri, punyai kawasan Downtown sendiri, punyai pusat hiburan (rehat) untuk keluarga sendiri, menjadi agen pelancungan, keluar masuk ke negeri China untuk menjalankan perniagaan kain dan berbagai lagi bidang perniagaan yang diceburinya.

Azmee Ahmad; seorang anak muda yang begitu kuat semangatnya dan tidak mudah berputus asa. Mungkin sikapnya yang tidak menyombong dan lupa diri, yang sentiasa ingat kawan kawan dan membantu yang memerlukan bantuan, samaada dari segi nasihat atau kewangan dan ya, dia beruntung juga kerana punyai seorang insan yang begitu kuat menjadi tulang belakangnya .. Isterinya. Maka perjalanan hidupnya mudah dan terang sentiasa. Bro !! you Best Bro !! I’m saluted .. Aku doakan engkau akan berjaya dan terus berjaya.

Thursday, October 6, 2011

Sejarah Sungguh

Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata, pusing ke kiri dan kanan. Siling di renung, putaran kipas di kira. Masih, mata itu tetap berdegil, terbuka luas tidak mahu terkatup rapat.

Otak pula asyik berlegar, persoalan demi persoalan melayang di fikiran. Penat, letih dan lelah rasanya. Kepala sudah berat, sudah tidak tertanggung.

Itulah yang diadukan kepada aku. Kasihan dengannya, kami berjumpa.

“ Kawan, yang sudah itu sudahlah, anggaplah ia sebagai sejarah, sebagai pengajaran ”, kami duduk bersemuka. Restoran Hafiz Corner riuh dengan pelanggan.

“ Haiya, gua order teh panas maaaa, bukan teh sejuk, lu ada tulis kaa,” herdik seorang Uncle Cina kepada pelayan Bangla yang baru mendapat IC Biru selepas Program Pemutihan PATI baru baru ini. Si pelayan hanya senyum dan beredar untuk menggantikan air di minta.

“ Tidak, tidak boleh, perkara ini harus mereka perdebatkan secepat mungkin, harus mencari jawapan sekarang, aku tidak boleh menerima benda benda seperti ini dalam hidup aku, ini tanggungjawab aku, tanggungjawab yang besar, aku tidak mahu menipu dan menjadi pembohong selamanya”, kedua tangan di tekan di kepala, mengetuk ngetuk perlahan.

“ Iyalah, aku tahu, itu memang tanggungjawab engkau, tetapi engkau sabarlah dahulu, tunggu mereka mengistiharkan perkara yang sebenar ”. Aku cuba menenangkan nya.

“ Engkau tahu, sudah berapa ratus agaknya orang yang sudah aku tipu atau aku tidak pernah tipu, ahhhh .. atau aku yang tertipu, aduhhhh !! ”, wah .. parah sungguh sahabat aku ini, yang tidak seronoknya akupun turut terlibat.

“ Engkau tahu tak, sekarang ramai sungguh yang berjumpa aku, sms aku, email aku ingin tahu perkara ini, yang mana betul yang mana salah, ada yang marah marah kerana aku tidak ikhlas dalam segala jawapan yang mereka inginkan, mana aku hendak letak muka ni “, merah padam kedua cuping telinganya yang capang itu.

“ Iyalah, tetapi tang mana yang mereka kata tidak ikhlasnya “ aku cuba menyejukkan hatinya yang semakin bergelodak panas itu.

“ Baik engkau tengok ya .. hari itu Profesor ini kata, tidak pernah di jajah hanya di naungi dan sekarang Orang no 2 Kerajaan pula kata pernah di jajah, dan aku pula sebelum isu ini, aku ajar anak anak murid aku yang kita pernah di jajah, selepas Profesor ini kata tidak pernah dijajah aku beri tahu pula tidak dijajah hanya dinaungi .. ahhh sekarang Orang no 2 Kerajaan kata pernah dijajah .. oooo .. gila aku dibuatnya .. gila .. gilaaa wey !! .. anak murid aku bukannya seorang dua .. beratus tahu tak “’ dan dia melakukan satu tindakan yang drastik lagi mengejutkan aku dan pelanggan yang berada di situ, menyimbah kepalanya dengan milo ais gelas besar yang baru disedut sekali.

Dan aku tergelak terbahak bahak menekan perut sehingga terlentang ke lantai tanpa rasa malu dan segan silu. Nasib andalah wahai kawanku; Guru Sejarah … huahuahua !!!!

:Cerita ini tiada kena mengena dengan yang sudah dikebumikan, akan dikebumikan atau masih belum dikebumikan ya !! Tuan dan Puan: