in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Friday, November 11, 2011

jejak kasih : mentor dan mentee

Hampir setahun juga aku tidak melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti sukarelawan dan mana mana misi bantuan kemanusiaan. Rindu .. sungguh rindu, apabila mendengar ada sahaja bencana berlaku di dalam atau di luar negara, kedua kaki ini sudah menggigil, bergerak gerak hendak ke tempat bencana untuk membantu.

Alhamdullilah .. malam tadi aku berkesempatan menghadiri Mesyuarat dan Taklimat Persediaan Banjir dengan sebuah badan NGO; Malaysian Relief Agency (MRA) di pejabat mereka di Kampung Baru.

Gembira dapat bertemu dengan rakan rakan sukarelawan baru, yang muda muda macam aku ada dan yang “otai” pun ada. Mereka seperti tidak sabar untuk turun ke lapangan. Semangat begitu membara, seperti membaranya Team 4 X 4 Lipan Bara yang sudah bersedia dengan puluhan sukarelawan dan jentera masing masing.

Istimewanya malam itu, aku dapat bertemu kembali dengan para aktivis kemanusiaan/sukarelawan yang aku jadikan sebagai mentor dan amat aku hormati. Para aktivis yang sudah memperhambakan diri dalam dunia bantuan kemanusiaan dan sukarelawan, berpuluh tahun lamnanya. Jika dikongsikan pengalaman mereka, entah berapa banyak pula “roll tape” hendak digunakan.

Begitu lama tidak bertemu dan bertanya khabar dengan mereka , ia umpama jejak kasih di antara mentor dan menteenya. Tuan Shirajuddin, Tuan Shahrul, Kak Fauziah yang merupakan Head Of Task Force aku sekitar tahun 2002 – 2006 dan Abang Khairil.

Mereka ini adalah insan yang selayaknya (bagi aku) mendapat banyak anugerah di atas perlibatan mereka di dalam dunia kesukarelaan dan bantuan kemanusiaan, Malahan mereka ini saya anggap sebagai “aktivis berani mati” ulang suara “aktivis berani mati” bukannya pengebom berani mati .. OK !!.

Tanyalah bencana apa dan di mana yang tidak pernah mereka redah untuk memberi bantuan, dari bencana alam sehinggalah konflik peperangan. Negara bergolak mana yang tidak pernah mereka jejaki untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan, ulang suara; bantuan kemanusiaan, bukan bantuan peperangan .. OK !! .

Chenchen (pelarian peperangan), Afghanistan (pelarian peperangan/gempa bumi) , Pakistan (pelarian peperangan), Iraq (pelarian peperangan), Palestina (Gaza –kekejaman laknatullah 1Israel)), Kashmir (pelarian peperangan), Somalia (pelarian peperangan), Indonesia (bencana alam), Thailand (bencana alam). Sudah mereka redah.

Apatah lagi di negeri negeri tanah tumpah mereka sendiri ini, negeri di mana di dalam Malaysia ini curahan peluh mereka tidak mereka tumpahkan .. tsunami, banjir, tanah runtuh, kebakaran besar, orang asli, anak anak yatim …. Dari Perlis hinggalah ke Sabah ..

DAN .. yang membuatkan aku tabik pada mereka adalah .. mereka tidak pernah terhegeh hegeh atau mengendeng endeng di sebelah VIP atau VVIP untuk mendapatkan sebarang pengiktirafan, gelaran atau diselitkan sebarang “medal” di susuk baju mereka. Rasanya, tiada niat langsungpun.

InsyaALLAH, aku akan kembali mengaktifkan diri seperti 12 tahun yang lepas, zaujah sudah bersedia untuk ditinggal tinggalkan .. AmmarHafiz sudah sedia memberikan kata kata semangat kepada ayahnya.

Aku sudah bersedia untuk beraksi.