in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Saturday, April 14, 2012

Catatan I dan II

Catatan I

Sungguh !! Anak itu Amanah Kami

Sungguh !! siapa yang tidak sedih sebak melihat keadaannya yang dari seorang aktif tetapi tiba tiba tangan menggigil, lemah, apabila diberi makan keluar kembali, setiap 15 minit membuang air besar. Merangkak setapak dua, kembali terbaring memandang kami dengan wajah sayu mohon simpati tetapi tetap menguntum senyuman. “Ayah, Ummi .. Ammar Hafiz sakit tapi Ayah .. Ummi jangan risau ya!” mungkin itu kata katanya di sebalik senyuman wajah yang pucat itu.

“Encik mahu anak Encik masuk hospital kah?”, tanya Doktor Muda berbangsa Cina itu dengan lembut. “Ya CikPuan Doktor, kami rasa itu yang terbaik, dia boleh mendapat pemantauan yang rapi”, wajah zaujah sudah mula muram.

“Puan jangan risau, Puan boleh menjaga anak Puan, tetapi ayah tidak boleh ya!”, pujuk CikPuan Doktor apabila melihat perubahan di wajah zaujah. Zaujah mengangguk.

“Encik, Puan .. boleh keluar sebentar, kami ingin meminjam Ammar Hafiz sebentar,”.

“Abang ..,” Zaujah sudah mula mengeluarkan airmata. Dari dalam bilik rawatan terdengar tangisan yang luarbiasa bagi kami. “Sabar, mungkin tangannya sakit akibat dicucuk untuk memudahkan bekalan air ke dalam badan,”. Tangannya saya pegang erat. Terasa getaran esakan.

“Encik .. Puan,” kami dipanggil masuk oleh Puan Pembantu Perubatan. “Ok, itu ayah .. ummi, wah !! Puan, Ammar Hafiz betul betul kuat, he is strong .. bagus !!,” kata CikPuan Doktor.

Selama 4 hari anakanda TuanMuda dan zaujah menginap di hospital. Melihatkan pengorbanan zaujah yang menjaga Tuan Muda, dengan keadaan yang tidak selesa, membuatkan perasaan ini rasa bersalah kerana tidak dapat bersama berkongsi keadaan itu.

“Abang baliklah, rehat .. nanti jika ada apa apa Ayang call,” bisik zaujah setelah anakanda TuanMuda lena dalam dakapan ayahnya.

3 Malam tidur yang tidak lena, badan di rumah tetapi hati di hospital. Entah bagaimana keadaan kedua; Ummi dan anakanda TuanMuda.

Setelah 4 hari mendapat rawatan rapi, berita gembira kami terima. “Encik .. Puan, insyaALLAH jika tiada apa apa esok petang Ammar Hafiz bolehlah balik,” senyum Puan Doktor Pakar sambil tersenyum. “Yeay !! esok comel comel boleh balik ya!,” tangannya mengusap usap pipi halus anakanda TuanMuda, anakanda TuanMuda membalasnya dengan senyuman menunjukkan 2 batang gigi dan sebaris lagi yang baru ingin tumbuh.

Tetapi senyumannya hanya sebentar, selang seminggu kemudian anakanda TuanMuda kembali demam. Panasnya begitu merisaukan, dan telah mula nampak bintik bintik merah di pipi bulatnya.

“ Abang rasa anak kita ni kena campaklah sayang, tengok di muka dan tangannya,” ingin menyejukkan sedikit kegusaran di wajah zaujah yang telah bengkak matanya.

“ Emm, bawalah balik kampung, biar mak tengok, rasanya campak tu, haritu masa mak datangpun dah nampak macam ruam ruam merah,” .. arahan emak tidak mampu di tolak.

Dan tinggallah anakanda TuanMuda di kampung dan kesepian lah aku selama seminggu.

Alhamdullilah !! Semalam Zaujah dan Anakanda TuanMuda sudah pulang ke Teratak yang tidak seberapa ini. Selama seminggu bersama nenek dan emaknya, dibelai dan dimanjakan. Anakanda TuanMuda pasti akan merindui kedua yang disayanginya itu.

Demam anakanda TuanMuda juga sudah semakin kurang, aktifnya kembali. Seperti biasa sesampai sahaja di rumah, sofa coklat menjadi tuju utamanya. Sofa itu dipanjat dan bantal besar yang menjadi tempatnya melempiaskan lelah di dakap sambil tersenyum senyum.

Ya ALLAH !! betapa aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah Engkau kurniakan. Seorang zaujah yang penyabar, taat, penyayang dan solehah. Seorang anak yang comel, aktif, bijak dan manja. Ya ALLAH ya Tuhanku, kekalkanlah kebahagiaan ini selamanya, sinarilah keluarga kami dengan Nur IslamMU dan berikanlah kesihatan yang baik baik kepada kami sekeluarga senantiasa. Amin Amin Amin Ya RABB !!.

Catatan II

“Bro, engkau dekat mana?”, jiran sebelah menalipon, suaranya cemas. “aku ada dalam bilik .. tidur, baru sampai pukul 2 tadi,” .. “eih !! kau tidak rasa apa apa kee, aku di bawah ni, apartmen kita bergoyanglah tadi,” .. “huh!!” …

Lantas aku terus menuju ke hadapan TV Plasma Sony 39 inci. Zaujah dan anakanda TuanMuda aku biarkan tidur, tidak mahu menggangu.

Remote aku ambil dan terus ke rangkaian Al Jazeera. “Subahanallah, gempa bumi 8.7 berskala rikter mengoncang Acheh, amaran tsunami juga diberitakan, juga kepada 26 buah negara termasuk Malaysia.

Berita gegaran aku muatkan di dalam fb dan tidak sampaii beberapa saat “wall” di fb penuh dengan berita gegaran ini, ada yang berceritakan pengalaman semasa mengalami tempias “tremors” ini.

“Assalamualaikum, apa cerita ..” Tuan Iskandar hubungi aku.

“Waalaikummussalam, itulah, aku sudah sms rakan di Acheh, kita tunggu apa “update”nya, kalau perlukan bantuan, amcam !! kita gerak, kita gerak atas nama NGO DrBubbles.”

“Aku ok jer !! .. Tiada masaalah,” .. pantas jawab Tuan Iskandar aka DrBubbles.

- Tex SMS kepada rakan di Acheh “ Salam, Tifa, Angah terima berita ada gegaran kuat di sana ..gi mana keadaannya “

- Tex SMS dari rakan di Acheh (Ustazah Latifa) “ Waalaikummussalam, iya ! Kuat dan lama. Ini kami sedang mengungsi di rumah kawan yang jauh dari laut. Di tempat kami tak tsunami. Di beberapa tempat di Aceh tsunami. Tapi beritanya masih belum valid ”

- Tex SMS saya “ Alhamdullilah, nanti mohon di “update”kan kepada angah ya ! .. Syukran “

- Tex dari Ustazah Latifa Acheh “ iya ! iya ! insyaALLAH .. terima kasih ya Angah “.

Dan malam tadi, aku mengumpulkan kembali beg kembara, kasut “boot”, sleeping bag, baju hujan, seluar “adventure”, vest dan topi berlogokan Jalur Gemilang – bersiap siaga ..

“Sayang kalau abang pergi bantu di Acheh, boleh tak?”

“Abang hendak pergi dengan siapa?,”

“Dengan Abang Is,”

"OK!” .. senyumnya tetapi aku pasti dia akan menarik muka mencuka jika aku katakan akan pergi dengan NGO ‘sekian sekian’.

Gambar : Ustazah Latifah bersama anak yatim semasa berkunjung ke sini dahulu.