in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Wednesday, September 19, 2012

September Yang Kita Lupa ...


Setiap 11 September, seluruh makhluk di bumi ini begitu mengingati akan trajedi di negara Uncle Sam, kununnnya negara Uncle Sam ini telah diserang oleh militan Islam oleh pengganas Islam, maka beriya iyalah negara negara lain mengadakan hari memperingati kejadian “misteri” itu, meratap pilu pemimpin dunia memberikan ucapan, membara pula ucapan para pemimpin Islam yang kununnya tidak bersetuju dengan tindakan pengganas Islam itu, dikatakan bahawa yang merencanakan trajedi “misteri” itu bukanlah penganut agama Islam yang sebenar, mereka ini begitu begini, pelbagai tohmahan dan cacian dari mulut beberapa orang pemimpin Islam sendiri, walaupun sudah beberapa tahun trajedi “misteri” ini tidak dapat dibuktikan siapa dalang disebaliknya, yang ada hanyalah tuduhan tuduhan dan tuduhan belaka, tanpa bukti yang nyata .. TETAPI trajedi yang berlaku di depan mata, yang dilihat dan didengar penuh bukti dan nyata, tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang ingin mengambil tahu, peritiwa hitam yang terang terangan didalangi oleh manusia manusia yang bertopengkan syaitan laknatullah, tiada siapa yang ingin mencaci dan menghina, hanya diam umpama si bacul durjana, tiada hari peringatan, tiada ratapan kesedihan, tiada ucapan panas bagi menghangatkan semangat demi yang terkorban, bacul .. bacul sungguh mereka mereka ini …..


Murni tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian ayah bonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Shatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Murni ditembak penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna TUHAN mengasihi ia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Satu bangsa yang sombong dan hina

BAIT BAIT keresahan dan kesedihan gubahan Allahyarham Zubir Ali seorang pencipta lagu puisi dan kemanusian yang tidak asing pada awal 80 dan 90an. Lagu yang mengenang peristiwa berdarah pada 27 tahun yang lepas. Pembunuhan yang meruntun jiwa, penyembelihan yang mendapat mandat dunia, curahan darah yang direstui sejagat, kezaliman dilakukan oleh bangsa yang “wahid” hina dulu, kini, selamanya.

DAN 17 September 1982, dunia menyaksikan episod kerakusan “binatang” yang tidak mengenal erti kemanusiaan dan perasaan hati. Kem Sabra dan Shatila di Palestin, dijadikan medan pembuas nafsu serakah mencabut nyawa. Pesta yang berpanjangan oleh si hina hanya untuk memuaskan jiwa kebinatangannya Tidak kira anak kecil, yang tua, lelaki atau wanita, semua tewas di hujung senjata. Mereka umpama sampah diperlakukan begitu keji. Dengan megah si “binatang” memuntahkan peluru dari muncung senjata, lagak seorang pengecut dan dayus hanya berani bersemuka dengan mereka yang tidak mampu melawan, dengan tangan kosong cuba melindungi keluarga dan orang tersayang. Ketua seluruh negara Islam di dunia ketika itu hanya memandang kemudian melalak dan melaung di belakang tembok, menyembunyikan diri. Hanya melihat darah saudara seagama mengalir tanpa pembelaan, membiarkan mereka terus menderita, dipijak sang penguasa rakus “binatang”.

SABRA dan SHATILA kem rakyat Palestin, menempatkan pelarian Palestin yang lari dari kekejaman si “binatang” telah menjadi idaman si ketua “binatang” laknatullah Arial The Devil Sharon untuk menunjukkan ‘kebinatangannya”. Di ketika redup petang ingin melabuhkan dirinya, sunyi pula menghampiri. Di ketika ibu sedang mencari-cari anaknya, di ketika si ayah melepaskan lelah setelah selesai menjalankan tanggungjawabnya. Mereka tidak sedar nyawa mereka sedang diperhatikan oleh si laknatullah Israel. Berarak keluar para bala “binatang” sambil mengangkat senjata dan menyanyi penuh kegilaan, penuh “kesyaitanan” tidak sabar ingin melihat ratap tangis si anak disisi tubuh hancur ibubapa, raungan si ibu memeluk erat sianak yang sudah tidak berkata, orang tua mengensut mencari perlindungan sementara nyawa masih ada.

SI “binatang” Arial The Devil Sharon dan bala tenteranya puas menunjukkan pada dunia sambil berteriak “lihat akulah raja dunia, akulah penguasa dunia” dengan angkuh sambil memperbetulkan topeng manusianya yang jiwa dikuasai oleh Syaitan besar yang dilaknat ALLAH SWT.

PERISTIWA sadis 27 tahun ini masih belum berakhir. Tidak cukup, tidak puas dengan menghirup dan menjamah daging para syuhada Palestin, si “binatang” terus rakus dan mengganas sehinggalah kini telah hampir 48 tahun, si “binatang” belum lagi hilang haus tekaknya dengan darah, belum lagi kenyang perutnya dengan daging penduduk Palestin.

PEMIMPIN bersilih ganti dan diiktiraf dunia, tidak kira Barat hatta Arab sendiri, mereka sanggup bersekongkol, berpeluk, minum semeja, bertaut tangan erat dengan si “penghuni Neraka jahanam ini. Tanpa memperdulikan darah seagama Islam yang semakin laju dan deras mengalir. Mereka bangga, apabila wajah durjana mereka terpampang di mata dunia berkembar dengan si “penghuni Neraka jahanam”. Malahan bersama pula menjadi tali barut dan barua kepada mereka. Sekadar contoh Mesir si Husni Mubarak jahanam, Mahmud Abas rakyat Palestin yang dayus boneka barat dan Israel. Bersekongkol dengan pemimpin yang mereka “cintai” ini untuk terus membunuh, bunuh dan terus bunuh, selagi mereka suka. Sambil si barua dan tali barut menikus tidak berhati perut.

NAMUN kesialan mereka tidak dibiarkan begitu sahaja oleh rakyat Palestin, mereka kini terasa hangat dan terbeban, gimana ingin membunuh semangat para anak kecil, anak muda, para belia Palestin, waima si ibu tua untuk membunuh roh Intifada di dalam diri mereka.

YANG pastinya bara semangat itu bukan lah gelora yang mudah untuk dihapuskan, gelora yang mudah untuk dipadamkan dan gelora yang sukar untuk dijinakkan. Intifada adalah deruan roh yang amat kuat didalam tubuh anak-anak Palestin ini. Biar apache, kereta kebal, bom tangan, muncung M16 atau segala kelengkapan yang ada. Tembok Intifada ini bukanlah Intifada nyanyian kumpulan nasyid Rabbani tetapi Intifada yang senantiasa tertanam didalam diri para pejuang yang hakiki, pejuang yang dijanjikan kematian dengan haruman mawar kasturi, pejuang yang akan gugur sebagai syahid sejati yang tiada galas ganti.

SEORANG gugur syahid, berdiri seorang malahan beribu lagi pejuang. Anak anak yang baru lahir diwakafkan untuk menjadi pejuang, menegakkan agama ALLAH, mengibarkan panji panji Islam, memerdekakan bumi Anbiya.

SELAGI roh para Syuhada para pejuang Palestine ini masih tererat di dada anak muda Palestin, selagi itulah puak laknatullah Israel ini tidak mampu menguburkan jihad di Palestin. Terutama di Tebing Gaza.

22 Mac 2004 : Gaza, tentra Israel membunuh pengasas HAMAS, Sheikh Ahmed Yassin dan sekurang kurangnya 7 orang turut Syahid. As Syahid terkorban diketika As Syahid keluar dari sebuah masjid seusai menunaikan solat Subuh. 3 buah peluru berpandu yang dilepaskan dari puak bacul laknatullah Israel menggunakan helicopter Apache.

BELUMPUN puas puak laknatullah Israel ini meraikan pembunuhan As Syahid Ahmed Yasssin. Mangsa seterusnya tidak lain dan tidak bukan, As Syahid Al Hafiz Dr Abdul Aziz Abdul Hafiz Ar Rantisi, pemimpin utama HAMAS. As Syahid telah dibunuh dengan kejam bersama 2 orang sahabat baiknya yang senantiasa bersama iaitu As Syahid Akram Nisar dan As Syahid Ahmad Al Ghurrah.

DAN kata kata semangat As Syahid Dr Rantisi : ANDA PASTI AKAN MATI, MUNGKIN KERANA BARAH ATAU APACHE (ISRAEL), SAYA PILIH APACHE: terus menjadi AUKU janji para pejuang Islam di serata dunia. Slogan yang buka retorik semata, slogan yang dijadikan batu pembakar juang untuk rakyat Palestin bagi memerdekakan bumi Anbiya Palestin.

BIAR tergadai nyawa, biar gugur menyembah bumi, biar kematian ditangisi, yang pasti pemergian mereka ini sememangnya di iringi doa oleh seluruh umat Islam yang juga mengimpikan, melihat, menyaksikan, mendengar Palestin bebas dari penjajahan dan penderitaan. Ingin melihat tangan-tangan dan kaki-kaki kotor, jiwa busuk, nafsu hina, jiwa tercela keluar dari kota suci tanah Anbiya di Palestin. Ingin melihat rumah ALLAH Masjid Al-Aqsa kembali dipenuhi dengan saf-saf para pencinta ALLAH dan RasulNYA. Agar kerinduan pada Masjid Al-Aqsa terubat. Islam terus bersinar dan berkilau.


ALLAHUAKBAR !! ALLAHUAKBAR !! ALLAHUAKBAR !!


Friday, September 7, 2012

Sebelum Bersolat Jumaat


Menyayat Hati - Isteri Memandikan Jenazah Suami Yang Tersayang Di Halang Kemudian....

Seorang isteri menangis-nangis ingin memandikan jenazah suaminya.. Tetapi Bapa mertuanya dan Anggota Polis Forensik tidak membenarkannya. Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri. 

Katanya, “ Jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dahulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu ” .....

Mendengar akan kekecohan itu, di luar bilik mayat hospital seorang Ustaz masuk dan bertanya, dan Ustaz berkata tiada masaalah untuk Isteri jika ingij memandikan jenazah suaminya.

Dan kemudian Ustaz dan beberapa orang lagi menemankan si isteri memandikan jenazah suaminya.

Dengan tenang si isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, " Inilah wajah suami yang aku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang, Semoga Allah mengampunkan dosa abang dan menyatukan kita di akhirat nanti.. "

Membasuh tangan jenazah suaminya sambil berkata, " Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. Semoga Allah memberi pahala untuk mu suami ku.. "


Membasuh pula tubuh jenazah suaminya dan berkata, " Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang kepada ku dan anak anak, semoga Allah memberi pahala berganda untukmu wahai suamiku "


Membasuh kaki jenazah suaminya sambil berkata " Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang, semoga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya "


Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata " Terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku. Sebagai seorang isteri, aku redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu. "


Mari kita sama sama berdoa agar kita semua di kurniakan sebaik-baik pasangan dunia dan akhirat. 

jL : dikongsi dari sebuah blog dan diedit bagi memenuhi aura keberkesanan kisahnya.

Wednesday, September 5, 2012

Perjuangan Yang Belum Selesai


Di hadapan pintu si anak sedang menanti penuh kesabaran kepulangan Ayahnya. Penantian yang sudah sekian lama. Telah hampir separuh usianya ia terpisah kasih sayang dengan Ayah. Ketika dia baru sahaja pandai memanggil  “ayah, ummi!”. Kasih sayang itu direntap dengan begitu keras. Di hadapan matanya dia melihat Ayah ditarik, leher dicekak, tangan diikat kebelakang dengan gelang besi. Tidak sempat dia hendak mencium tangan Ayahnya seperti kebiasaan sekiranya Ayah mahu kemana – mana. Malahan wajah Ayahnya tidak dapat ditatap. Itulah kali terakhir dia melihat sesusuk tubuh yang kerdil itu, kemudiaan dilenyapkan di dalam sebuan van putih bercermin gelap sekeliling.
Dia menjengkit jengkitkan kakinya menjengok ke jalan. Kenderaan berlalu deras,namun tiada yang berhenti dihadapan rumahnya. Jika adapun kenderaan itu tidak menumpangkan Ayah. Perkhabaran diterima, Ayah akan ber’cuti’ sebentar bagi melepaskan rindu padanya, itu kata Atok dan Nenek. Dan Nenek juga berpesan jika jumpa Ayah nanti jangan menangis dan jangan minta apa apa kerana Ayah datang sebentar sahaja. Si anak mengangguk angguk laju. Dia tidak kisah, dia tidak akan menangis dan tidak akan meminta apa apa  kerana sebelum inipun dia tidak pernah menangis atau meminta apa apa dari Ummi. Ummi selalu memberi nasihat, kata Ummi “seorang anak lelaki, anak Ayah mestilah berani macam Ayah, punyai kekuatan dan kesabaran macam Ayah. Tidak boleh menangis”,.
Ya! Walaupun teman teman sekolah, seorang dua guru dan jiran tetangga memandang serong malahan selalu sahaja di caci dengan kata kata anak orang jahat. Si anak tidak pernah untuk melawan apatah lagi menangis. Dia masih teringat bagaimana pada suatu hari Bulan Ramadhan, dia ke surau untuk menunaikan Solat Terawih dia telah dihalau oleh salah seorang Pak Cik yang berjawatan AJK Surau. Pak Cik itu kata “hey! budak, bapak kau kan orang jahat, jangan kau hendak cemarkan surau ini pula”. Si anak menunduk sayu dan melangkah keluar surau.
Tiba tiba dia terasa seseorang menyentuh bahunya, dia menoleh. Subahanallah! Jernih dan bersih sungguh wajah Pak Cik ini tidak seperti wajah Pak Cik AJK Surau. “Anak mahu kemana, terawih akan bermula”, Si anak hanya membisu.”Tidak mengapa, mari ikut Pak Cik kita berterawih di surau lain, surau yang akan membenarkan anak menunaikan Solat Terawih”,. Si anak mengangguk tersenyum girang.
Seusai Solat Maghrib Pak Cik menghantarnya pulang dan sebelum dia keluar dari kereta, dia bersalam dan mencium tangan Pak Cik, Pak Cik merenung matanya sambil tersenyum dan mengucup dahi si anak. Sebelum beredar Pak Cik mengingatkannya lagi “Sabar ya! Ini semua cubaan dari ALLAH SWT, sesungguhnya ALLAH sayangkan keluarga anak ., Apabila besar nanti perjuangkanlah Agama kita, Islam Allahuakbar!!”, si anak mengangguk lagi sambil tersenyum. Puashatinya, kerana selama ini dia hanya melihat wajah Pak Cik itu di beberapa akhbar yang menghina dan mengutuknya.
Sebentar sangat dia dapat memeluk tubuh Ayah yang semakin kecil. Tangan Ayah masih terikat kebelakang dengan gelang besi. Si anak duduk di ribaan Ayah, terdengar getaran dari mulut Ayah ketika membaca Surah Yasin, sesekali si anak terasa ada seperti air yang menitis di atas kepalanya. Ayah mencium dahi Ummi “maafkan Abang Sayang, Maafkan Abang”, Si anak melihat muka Atok dan Nenek, menangis kemudian dia memerhatikan orang orang di sekelilingnya, semua menangis. Eih! Mengapa mereka menangis?, terdetik di dalam hatinya.
“Anakku, Ayah terpaksa pergi ya!, insyaALLAH nanti Ayah datang lagi, doakan Ayah, doakan Ummi, jaga solat dan sambunglah perjuangan Ayah untuk mendaulatkan Agama Islam ya!’, Ayah memeluk eratnya, seperti tidak mahu dilepaskan. Beberapa rakan Ayah memujuknya untuk pergi. Dua orang Pak Cik beruniform menarik tangan Ayah perlahan, tidak seperti dahulu direntap kasar. Perlahan langkah Ayah kembali ke van putih bercermin gelap sekeliling.
Manakala Ummi pula diusung perlahan ke tanah perkuburan. Si anak mendongak ke atas langit yang cerah. Mencongak congak masa hadapannya. Adakah dia mampu mengharungi perjalanan yang panjang selepas ketiadaan Ummi dan mengharapkan sesuatu yang tidak pasti yang Ayah akan dilepaskan dari cengkaman Akta yang tidak berperikemanusiaan itu.

Tuesday, September 4, 2012

Alhamdullilah ! segalanya kerana Lillahita’ala


Hari ini genap sebulan saya menjadi Sukarelawan Sepenuh Masa, setelah hampir 3 bulan duduk duduk sahaja di rumah. Setelah berpuluh ‘resume’ di hantar dan berpuluh pula tiada jawapan, yang sudah ditemuduga pula, hanya janji tinggal janji .. haha!!
Bak kata rakan yang sama sama mencari kerja ‘ kau letak gaji tinggi sangat kot ‘. Rasanya tidak, gaji yang diminta jauh lebih kecil dari sebelumnya.
Pada mulanya, sehari dua agak sedikit kekok, maklumlah ditempat barulah katakan, walaupun sebenarnya saya sudah berulang alik di pejabat ini selama hampir 8 tahun. Malahan kakitangannya pula sudah seperti rakan rakan yang rapat.
Tetapi kali ini ada sedikit perbezaan, kawan rapat dan rakan sepejabat.
Sebenarnya setelah dipanggil untuk menerima surat tawaran sebagai Sukarelawan Sepenuh Masa , saya tidak dapat untuk menyorokkan kegembiraan saya. Tiba dirumah saya menjerit kepada zaujah.
‘ Alhamdullilah, Abang dapat juga menjadi sebahagian keluarga di NGO ini ’.
‘ Alhamdullilah! ‘ Zaujah tersenyum.
Ya! Walaupun tidaklah semewah dari yang saya dapat di tempat kerja yang lama. Tetap ia rezeki dari ALLAH SWT. Mungkin jika di kemaskini “ passbook ” tidak semeriah terdahulu tetapi saya mengharapkan “ passbook ” saya yang akan dibawa ke atas nanti penuh. InsyaALLAH..
Walaupun saya akan berada di sini hanya untuk 6 bulan, saya akan memastikan untuk memberikan sepenuh rasa tanggungjawab yang digalas dan membalas segala peluang yang pernah diberikan kepada saya di sepanjang menjadi Sukarelawan Sepenuh Masa di NGO ini.
Dan pada masa yang sama saya akan cuba mengaut sebanyak mana pengalaman dan pengetahuan yang mana boleh saya gunakan pula di organisasi NGO yang lain jika ada yang berminat.
Ucapan dari rakan FB Puan Hasnita Shaari ‘ Selamat berbakti demi kemanusiaan Lillahita’ala ’ dan dari rakan bekas sekerja ‘ Bagus tu, kerja yang mulia tu ’ .. amin .. amin …