in Islam, there is no words for "hand's up", there is no words "surrender", there are only two thing's; Win as a "MUJAHID" or Die as a "SYAHID"

:bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam:

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina atau India tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. ~TGNA~



Segala Catatan Adalah Pandangan Peribadi Penulis, Tidak Mewakili Pendirian/Pandangan Mana Mana Pihak : jari'menari abuAMMAR aka jeansLusuh



Dengan membaca atau melihat di Blog ini anda telah bersetuju dengan persaratan Blog ini, dengan itu tiada apa jua cara dan tindakan yang dapat dikenakan pada Blog ~ jeansLusuh ini



Wednesday, October 31, 2012

Don't judge the book ...

Alhamdullilah! Dalam diam tidak diam, sudah 3 bulan saya disini. Pada awalnya perasaan genbira yang amat sangat apabila di beri peluang untuk bersama sama menetap di rumah ini. Namun kegembiraan itu semakin lama semakin terpadam. Terasa seperti bersalah atau seperti dipersalahkan.

Ukhuwah yang sepatutnya semakin erat, tetapi ia seakan semakin renggang. Ukhuwah yang dahulunya terikat atas dasar kesepakatan untuk membantu sesama insan kini seakan menjadi satu permasaalah. Entah dimana silapnya, entah dimana kurangnya terasa diri ini seperti tidak diterima untuk mengisi atau sudah semestinya bukan digeruni.

Biarkanlah, segala persoalan itu berenang renang di dalam diri. Biarkan sahaja segala kemusykilan bersarang lama mencari jawapan yang entah bila datang yang tidak pasti.

Kerana segala apa yang dilakukan kini semata mata ingin berbakti demi kemanusiaan Lillahita’ala. Benarlah kata rakan ‘ Don’t judge the book from it’s cover ‘ .. Diluar dan di dalam tidak semestinya indah dan sama bunga bunga katanya. Wallahuallam!.